Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 31 Oktober 2020

Ramai Sokong Idea Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10,000, TSMY Perlu Pertimbangkan Bukan Terus Menolak.

Politik | Seperti yang kita sedia maklum, terdapat cadangan agar pemilik akaun KWSP dibenarkan keluar wang simpanan mereka; paling maksima RM10,000 bagi tujuan membayar hutang.

Cadangan ini dimulakan oleh Najib pada Khamis.

"Harap lanjutan moratorum pinjaman automatik (terutamanya bagi Sabah) dan pengeluaran "one-off" sehingga RM10k bagi akaun 1 KWSP akan ada dalam bajet.

Saya percaya ramai ahli-ahli parlimen akan sokong,"
tulisnya dalam kenyataan itu.

Dan mengejutkan, ramai pula yang sokong. Ini termasuklah penyokong pembangkang. Bagi mereka cadangan itu bagus kerana;

- Ada yang nak bayar lumpsum hutang bank dan AEON, macam hutang kereta tinggal lagi RM10k dan ke bawah.

- Ada yang nak jadikan modal meniaga.

- Ada yang hilang kerja & nak gunakan duit tu untuk bayar loan rumah 7,8 bulan sementara dapat kerja lain. Itupun tak tentu gaji sama macam kerja lama.

Ini semua komen-komen yang boleh dibaca kat post Najib.

Kebanyakan mereka bersetuju dan beri alasan;

- entah sempat tua entahkan tidak. Tahu-tahu je ada yang mati, umur pun belum 55 tahun lagi. Sudah ada beberapa kes sebegitu.

- kerajaan tak perlu bersikap negatif terhadap cadangan tersebut kerana rakyat terdesak nak selamatkan diri mereka. Ia bukan digunakan untuk bermewah dan enjoy.

- lagipun itu wang kepunyaan rakyat. Mereka ada hak untuk menggunakan ia di waktu kecemasan.

Benar. Simpanan hari tua sangat penting. Banyak kes kita baca. Ramai warga emas tak punya wang simpanan mencukupi selepas bersara. Kenapa ya?

Itu semua kerana kos sara hidup yang tinggi. Segala-galanya mahal. Bermula dari rumah dan kenderaan. Sementara kita bantu rakyat legakan masalah kewangan mereka; kerajaan juga patut 3 tahun dari sekarang memikirkan langkah bagi mengurangkan harga rumah sehingga 50%. Dan mengurangkan riba loan rumah dan kenderaan. Jika harga rumah RM500K. Nak bayar dekat RM1 juta. Masuk akal ke tu? Asyik kapitalis je menang. Sakit rakyat dibuatnya.

Sementara itu, PM dalam responnya terhadap cadangan itu berpendapat amat sukar kerajaan melaksanakan idea itu. 


Ini mungkin merujuk simpanan hari tua yang akan susut. Oleh itu kerajaan boleh buat begini;

1. Hanya benarkan yang terdesak sahaja keluarkan wang mereka. Pastikan lengkap segala rekod & pembuktian.

2. Bagi yang nak bayar loan. Keluarkan check kepada bank yang dimaksudkan. Tak semestinya RM10k pun. Cukup sekadar yang mereka perlukan.

3. Bagi yang nak gunakan sebagai modal meniaga, perlu ada senarai & resit pembelian. If not, blacklist pengeluaran bagi tempoh tertentu.

Cadangan dari Najib pula, penyimpan boleh top up bila punya wang lebihan di kemudian hari wajar dipertimbangkan kerajaan.

Selain itu Najib mencadangkan utamakan KWSP dalam agihan projek kerajaan supaya KWSP dapat menstabilkan semula aliran kewangan mereka. 

Oleh kerana itu tak wajar kerajaan menolak bulat-bulat cadangan tersebut apatah lagi tempoh moratorium juga tak dilanjutkan.

Sebaiknya kerajaan patut kaji dan perhalusi cadangan tersebut dan tambahbaik jika ada kekurangan di sana sini. 

Jangan pula sampai ada yang menuduh kerajaan tahan wang penyimpan kerana kerajaan dah menggunakan wang KWSP sudahlah. - 31 Oktober 2020.

Nasihat Untuk UMANY, Berhenti Merosakkan Imej Aktivis Pembangkang.

SOSMED | Kumpulan University Of Malaya Association Of New Youth - UMANY buat hal lagi. Kali ini mereka menasihati AGONG untuk tidak masuk campur dalam urusan negara.


Langkah ini dipercayai dibuat atas tujuan nak menyindir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, tetapi ternyata makan diri mereka semula. 


Sebaik sahaja UMANY mengeluarkan kenyataan itu, halaman mereka diserang bertalu-talu oleh netizens. Tak tahan dikecam agaknya, akhirnya halaman FB UMANY hilang dari radar. Ingatkan kental sangat. 


Dalam kenyataan itu, UMANY berkata YDPA mempunyai kuasa atas tiga perkara sahaja iaitu;

1. Melantik individu yang diyakini mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri.

2. Menolak pembubaran Parlimen.

3. Memanggil Raja-Raja bermesyuarat.

Dalam ertikata lain, UMANY berpendapat Istana Negara tak ada hak mengulas mengenai bajet 2021.

STAND WITH THAILAND KONON. BARU KENA KECAM KAT FB TERUS CABUT..


UMANY sebenarnya tak faham. Istana Negara memberikan seruan supaya Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang bekerjasama demi kebaikan rakyat sementara kita menghadapi wabak covid19. 

Bukannya boleh dilihat sebagai campurtangan. Lebih kepada nasihat dan peka dengan situasi semasa.

Apa yang anehnya ialah PH sendiri bersetuju tetapi UMANY pula berlebihan.

Sebagai rekod;

- Semua parti pembangkang menghormati titah AGONG dan telah pun memulakan langkah pertama dengan menyeru kerajaan libatkan penyertaan Ahli Parlimen PH dalam bajet 2021.

2. Sehingga kini PN belum respon terhadap langkah PH.

3. Sementara itu Rais Yatim persoalkan penolakan terhadap darurat.

4. Terdapat seorang peguam juga menyaman kerajaan kerana AGONG menolak pengisytiharan darurat - lawak apekah ini? Yang pro darurat ini PPBM bersama PAS dan team UMNO yang menyokong Annuar Musa dan Hishammuddin Hussein. Manakala Zahid dan Najib adalah team UMNO yang menolak darurat.

5. Dan hari ini PM membayangkan seolah-olahnya perlunya darurat bagi mengelak negara mengadakan PRK dan PRN Sarawak.

Ini bermakna, walaupun AGONG menolak darurat kerana mementingkan rakyat, kerajaan tak semestinya telah menghentikan langkah tersebut.

Daripada UMANY sibuk nak menasihati AGONG, eloklah UMANY menasihati kerajaan kenapa kita tak perlu darurat buat masa kini. Selain itu, meskipun AGONG menasihati agar semua pihak sokong bajet 2021, ia bukanlah bermakna AGONG suruh sokong melulu.

Telah menjadi amalan sejak dulu setiap pembentangan bajet datang dengan perbahasan. Ini bermakna setiap ahli Parlimen tetap ada ruang membahas usul. Kenapa nak bayangkan titah AGONG seolahnya kena sokong dan tak boleh bahas?

Itulah pentingnya fasih BAHASA MALAYSIA. Entah apa yang mereka faham mengenai kenyataan Istana Negara agaknya sampai kalut nak keluarkan kenyataan bodoh. - 31 Oktober 2020.

Warga Felda Minta Penjelasan Kenapa Pendapatan Dipotong Selama 12 Bulan.

SEMASA | Hari ini ada dua isu yang membabitkan warga FELDA. Satu mengenai program perintis sedekah yang katanya dipaksa bersedekah sebanyak RM50 sebulan selama 6 bulan persamaan RM300. Boleh bayar lumpsum atau bulanan.

Respon yang diterima pelbagai; 

- Ada yang kata ia amalan lama & disensasikan pengkritik (refer pembangkang).

- Ada yang kata amalan itu tak pernah wujud.

- Ada yang kata ia dibawah MPKK.

- Ada yang kata amalan itu sebenarnya ikut kawasan.

- Sumber kami pula melaporkan ia bukan paksaan. Nak sedekah boleh taknak pun tak apa dan selama ini ramai je yang suka membangkang tak bayar pun. 😂.

Setakat ini FELDA juga belum keluarkan apa-apa kenyataan rasmi. 

Isu kedua membabitkan potongan RM30 selama 12 tahun. Respon juga pelbagai. Ada yang kata ia bayaran zakat. Tapi ada yang kata tidak dimaklumkan.




Kenyataan penuh;

Zulkefli Nordin | Keluhan Peneroka Felda. Jangan perlekehkan keluhan ini. Tidak semua masalah kita sama. Mohon Felda beri pencerahan. Kasihanilah Peneroka Felda. Jangan dibebankan lagi mereka dengan masaalah baru pula.

👇👇👇👇

Assalamualaikum Datuk. Saya dengar cerita dan sekarang ni dah jadi isu dan rasa tidak puas hati dengan cara ini. Ini terpaksa atau dipaksa oleh pihak atasan Felda kah atau pihak pengurusan Felda? Yang mana setiap peneroka Felda akan dikenakan potongan sebanyak RM30 sebulan x dengan 12 bulan jumlahnya RM360.

Katanya potongan untuk anak-anak yatim. Bayangkan kalau keseluruhan Felda yang ada berapakah jumlah semua wang tersebut.


Masalahnya bagi kami peneroka Felda yang belum lagi ambilalih ladang bagaimana cerita. Kami cuma terima bantuan sara hidup peneroka Felda . Pendapatan bulanan RM1,500 sahaja. 

Belum bersih, bersih kami terima RM300 ke RM400. Kenapa pihak atasan Felda & pengurusan Felda suka hati nak buat potongan gaji kami. Kami peneroka Felda tidak setuju dan tidak benarkan sama sekali.

Note : Dulu isu potongan Insuran Ladang. Bila berlaku serangan Ulat Bungkus yang amat teruk kami tanya Felda kenapa tak claim Insuran ladang. Terkejut kami bila dimaklumkan insuran ladang tidak pernah wujud. Dalam paysheet terang-terang tulis potongan Insuran Ladang. Tiba-tiba dimaklumkan ianya sudah jadi Tbung P
ulihan Ladang. Dan duit tabung dah kering! Sehingga sekarang Felda tak pernah bentang berapa yang sudah digunakan berapa pulak yang berbaki. Sebab itu bila timbul cerita tabung ni kami di NGO SGBF jadi "seram" !

#SGBF - 31 Oktober 2020.

Nota : Ejaan asal telah disunting.

Isnin, 26 Oktober 2020

DAP Sokong Titah Agong, Tolak Cubaan Ambil Kuasa Menggunakan Darurat.

Anthony Loke | RAJA BERPERLEMBAGAAN

1) Dalam tempoh 72 jam yang lalu, rakyat Malaysia melihat sendiri bagaimana sistem Raja Berperlembagaan berfungsi dalam negara kita.


2) Kuasa budi bicara Yang Di-Pertuan Agong telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membatasi keputusan dan tindakan pihak Ekskutif.

3) Keputusan Yang Di-Pertuan Agong untuk tidak memperkenankan pengisytiharan darurat disambut baik oleh rakyat Malaysia.

4) DAP menyokong sepenuhnya keputusan tersebut. Selama ini, musuh politik kami sentiasa melemparkan fitnah bahawa DAP ialah parti yang menentang sistem Raja Berperlembagaan dan ingin menghapuskan insititusi Diraja.

5) Ini adalah tohmahan yang langsung tidak berasas.

6) Dasar perjuangan DAP jelas mendukung sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dasar ini telah pun termaktub dalam satu dokumen penting DAP iaitu Deklarasi Shah Alam 2012 dengan kandungan seperti berikut:

i) Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.

ii) Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

iii) Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.

iv) Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan, serta menggalakkan penggunaan dan pengajian bahasa-bahasa ibunda lain untuk membentukkan masyarakat yang cemerlang dan berbilang bahasa.

7) DAP akan terus berjuang di atas landasan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

8) Marilah kita sama-sama mempertahankan sistem demokrasi kita dan menolak sebarang usaha mengambil kuasa melalui perintah darurat.

Yang ikhlas,

Loke Siew Fook

Ahli Parlimen Seremban

Najib Sahkan Cadang Kerjasama Dengan Anwar Sehingga PRU15.

Najib Razak | Ada media portal yang laporkan seolah-olah saya mendesak semua ahli parlimen UMNO untuk sokong Anwar jadi PM. Ini kurang tepat. 

Mesyuarat hari ini adalah untuk semua ahli parlimen membincang halatuju parti dalam krisis Covid hari ini dan kita diberi peluang untuk mengeluarkan pandangan masing-masing. 

Cadangan pertama saya adalah untuk UMNO mendesak satu tarikh yang tetap untuk Pilihanraya Umum pada masa hadapan selepas Covid terkawal. Membubar parlimen untuk mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semula juga pilihan parti semasa PM7 letak jawatan pada bulan Februari lalu. 

Saya berpendapat ini adalah pilihan terbaik untuk negara sebab majoriti yang tipis kerajaan PN adalah punca politik tak stabil pada ketika ini dan ini juga akan menyebabkan pelabur tak yakin dengan negara sebab mereka akan bimbang untuk melabur jika kerajaan akan tumbang pada bila-bila masa. 

Saya juga berpendapat bahawa PM8 telah mencorak langkah yang salah untuk meminta darurat dalam usaha kekalkan kuasa dan saya bimbang bahawa permintaan dia yang ditolak YDP Agong dan Raja-raja Melayu boleh menyebabkan UMNO disalahkan pengundi. 

Cadangan kedua saya ialah jika cadangan pertama ditolak PN maka UMNO perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk parti Anwar jika UMNO masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah. 

Namun, cadangan saya ada syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan melibatkan parti DAP. Ini ditegas beberapa kali dalam mesyuarat hari ini. 

Saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada bulan Februari lalu walaupun pada masa itu PPBM merupakan musuh kita yang banyak mengambil ahli-ahli parlimen UMNO, kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga PRU15? 

Syarat-syarat ini termasuk membuka jalan untuk UMNO mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi melihat pada masa kini PPBM memonopoli jawatan PM, Menteri kanan yang paling kanan, menteri kewangan, menteri ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi tanpa sebarang wakil dari parti UMNO, PAS atau mana-mana parti lain. 

Dengan ini kita boleh merangka pelan bantuan dan rangsangan ekonomi yang lebih effektif seperti melanjutkan moratorium pinjaman serta mempercepatkan pakej bantuan khusus untuk Sabah yang amat diperlukan segera tetapi gagal dikeluarkan sejak sebulan dahulu walaupun impak kepada Sabah pada masa kini adalah amat parah. 

Followers FB saya juga faham bahawa saya sudah beberapa kali meluahkan kekecewaan saya dengan pengendalian Covid kerajaan PN terutamanya untuk kluster-kluster penjara yang menyumbang bahagian paling besar kes Covid dalam gelombang ketiga ini. Walaupun UMNO tak terlibat dalam kementerian tersebut, UMNO tentu akan disalahkan. 

Dan jika kita diberikan peranan lebih besar, kita boleh menyumbang kepada usaha untuk menyelesaikan kelemahan ini. Saya juga terbuka kepada pilihan untuk teruskan sokongan bersyarat kita kepada kerajaan PN sehingga PRU15 tetapi kita perlu berunding semula syarat-syarat supaya UMNO dan BN diberi peranan lebih besar terutamanya dalam hal-ehwal berhubung rancangan ekonomi. 

Apapun, itu antara cadangan dan pendapat saya dalam mesyuarat hari ini. Terpulang kepada parti untuk menilai dan membincang cadangan-cadangan ini. Sebagai orang parti, saya akan terus menyokong keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang sedang bermesyuarat malam ini. 

NOTA: Entah siapa portal MalaysiaNow yang diurus adik Latheefa Koya ini? Lapor yang bukan-bukan. Tiada sesiapapun yang serang saya dalam mesyuarat hari ini. 

Noh Omar tak serang saya dan Nazri tak serang saya. Nazri tak hadir dalam mesyuarat hari ini pun sebab dia ada di Kelantan. - 26 Oktober 2020.

Pertikaikan Titah Agong, Warganet Kecam Rais Yatim.

POLITIK | Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dato' Rais Yatim dikritik netizens kerana dianggap mempertikaikan titah diraja berkenaan perutusan Istana Negara di Twitternya hari ini.

Rais menulis;

"Baik sekali hebahan nasihat Tuanku YDA ini. Cuma satu perkara amat penting dari segi per 40(1A) Perlembagaan telah tercabul. Kenapa Peguam Negara tidak menimbulkan bahawa peruntukan mandatori per 40 telah diketepikan? Ini kan tonggak Raja Berperlembagaan?," tulisnya dalam kenyataan itu.

Sejurus membuat kicauan tersebut, netizens kemudiannya membalas kenyataan Rais adakah beliau sedang mempertikaikan keputusan YDPA dan Majlis Raja-Raja berhubung pengisytiharan darurat.

Malahan ramai diantara mereka turut 'sekolahkan' Rais Yatim bahawa dalam perlembagaan setiap fasal harus dibaca dengan fasal yang lain.

Bermakna jika membaca fasal 40(1A) harus dibaca dengan fasal 150(1) dan 150(2). 

Sebagai rekod, kabinet PN memutuskan untuk melaksanakan perintah darurat namun ianya ditolak Yang Dipertuan Agong sekaligus menolak dakwaan kononnya kedudukan monarki di Malaysia adalah sekadar RUBBER STAMP seperti tanggapan umum.

Kabinet membuat keputusan tersebut pada Jumaat dan Agong berkata baginda akan memberikan keputusan selepas selesai bermesyuarat dengan Raja-Raja Melayu.

Dalam tempoh menunggu, penyokong PN dan juga kerajaan PN telah membuat pelbagai hebahan dan penerangan tentang darurat dan kebaikannya kepada rakyat.

Meskipun begitu, Najib dan barisan penyokongnya serta pro UMNO dilihat menolak darurat. Satu-satunya pemimpin UMNO yang dilihat pro kepada pengisytiharan darurat, ialah Tan Sri Annuar Musa apabila membuat beberapa kenyataan yang condong kepada darurat untuk mengelak PRK, PRN dan PRU15 dalam masa terdekat sehinggalah covid19 berjaya dibendung.

Bagaimanapun PN dan para penyokongnya membuat pusingan U selepas YDPA menolak permohonan darurat. - 26 Oktober 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...