Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 31 Oktober 2020

Ramai Sokong Idea Pengeluaran Akaun 1 KWSP RM10,000, TSMY Perlu Pertimbangkan Bukan Terus Menolak.

Politik | Seperti yang kita sedia maklum, terdapat cadangan agar pemilik akaun KWSP dibenarkan keluar wang simpanan mereka; paling maksima RM10,000 bagi tujuan membayar hutang.

Cadangan ini dimulakan oleh Najib pada Khamis.

"Harap lanjutan moratorum pinjaman automatik (terutamanya bagi Sabah) dan pengeluaran "one-off" sehingga RM10k bagi akaun 1 KWSP akan ada dalam bajet.

Saya percaya ramai ahli-ahli parlimen akan sokong,"
tulisnya dalam kenyataan itu.

Dan mengejutkan, ramai pula yang sokong. Ini termasuklah penyokong pembangkang. Bagi mereka cadangan itu bagus kerana;

- Ada yang nak bayar lumpsum hutang bank dan AEON, macam hutang kereta tinggal lagi RM10k dan ke bawah.

- Ada yang nak jadikan modal meniaga.

- Ada yang hilang kerja & nak gunakan duit tu untuk bayar loan rumah 7,8 bulan sementara dapat kerja lain. Itupun tak tentu gaji sama macam kerja lama.

Ini semua komen-komen yang boleh dibaca kat post Najib.

Kebanyakan mereka bersetuju dan beri alasan;

- entah sempat tua entahkan tidak. Tahu-tahu je ada yang mati, umur pun belum 55 tahun lagi. Sudah ada beberapa kes sebegitu.

- kerajaan tak perlu bersikap negatif terhadap cadangan tersebut kerana rakyat terdesak nak selamatkan diri mereka. Ia bukan digunakan untuk bermewah dan enjoy.

- lagipun itu wang kepunyaan rakyat. Mereka ada hak untuk menggunakan ia di waktu kecemasan.

Benar. Simpanan hari tua sangat penting. Banyak kes kita baca. Ramai warga emas tak punya wang simpanan mencukupi selepas bersara. Kenapa ya?

Itu semua kerana kos sara hidup yang tinggi. Segala-galanya mahal. Bermula dari rumah dan kenderaan. Sementara kita bantu rakyat legakan masalah kewangan mereka; kerajaan juga patut 3 tahun dari sekarang memikirkan langkah bagi mengurangkan harga rumah sehingga 50%. Dan mengurangkan riba loan rumah dan kenderaan. Jika harga rumah RM500K. Nak bayar dekat RM1 juta. Masuk akal ke tu? Asyik kapitalis je menang. Sakit rakyat dibuatnya.

Sementara itu, PM dalam responnya terhadap cadangan itu berpendapat amat sukar kerajaan melaksanakan idea itu. 


Ini mungkin merujuk simpanan hari tua yang akan susut. Oleh itu kerajaan boleh buat begini;

1. Hanya benarkan yang terdesak sahaja keluarkan wang mereka. Pastikan lengkap segala rekod & pembuktian.

2. Bagi yang nak bayar loan. Keluarkan check kepada bank yang dimaksudkan. Tak semestinya RM10k pun. Cukup sekadar yang mereka perlukan.

3. Bagi yang nak gunakan sebagai modal meniaga, perlu ada senarai & resit pembelian. If not, blacklist pengeluaran bagi tempoh tertentu.

Cadangan dari Najib pula, penyimpan boleh top up bila punya wang lebihan di kemudian hari wajar dipertimbangkan kerajaan.

Selain itu Najib mencadangkan utamakan KWSP dalam agihan projek kerajaan supaya KWSP dapat menstabilkan semula aliran kewangan mereka. 

Oleh kerana itu tak wajar kerajaan menolak bulat-bulat cadangan tersebut apatah lagi tempoh moratorium juga tak dilanjutkan.

Sebaiknya kerajaan patut kaji dan perhalusi cadangan tersebut dan tambahbaik jika ada kekurangan di sana sini. 

Jangan pula sampai ada yang menuduh kerajaan tahan wang penyimpan kerana kerajaan dah menggunakan wang KWSP sudahlah. - 31 Oktober 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...