Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 2 November 2020

Maszlee Umum Keluar PEJUANG, Mungkin Risau Jika Bersama Tun Akan Kalah PRU15..

POLITIK | Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malek mengumumkan keluar dari PEJUANG berkuatkuasa hari ini.

Pengisytiharan itu dilakukan menerusi Facebook rasminya hari ini. 


"Saya Maszlee Malik, ahli parlimen Simpang Renggam dengan ini mengumumkan penarikan diri sebagai ahli jawatankuasa penaja penubuhan parti Pejuang," katanya dalam kenyataan itu.

Menurut Maszlee lagi, tindakan itu dibuat berdasarkan kajian lapangan yang dilakukan terhadap rakyat terbanyak.

"Keputusan dibuat berdasarkan dapatan fakta melalui kajian lapangan dan tinjauan terperinci terhadap aspirasi dan rakyat terbanyak.

"Saya yakin, rakyat sudah muak dengan politik percaturan kuasa oleh pihak politikus elitis. Rakyat mahukan ahli politik yang fokus berkhidmat dan benar-benar menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang,"
jelasnya lanjut.

Dipercayai penarikan diri Maszlee dari PEJUANG adalah untuk bebas dari pengaruh dan bayangan Tun Mahathir.

Sebelum ini, PEJUANG mengeluarkan kenyataan media mengenai pendirian parti itu terhadap belanjawan 2021.

Bagaimanapun nama Maszlee tak disertakan sekaligus menimbulkan pelbagai tanda tanya dikalangan netizens.

Sejurus dengan pengumuman tersebut, timbul pula spekulasi baru. Adakah Maszlee akan kekal bebas atau menyertai parti politik lain.

Dua nama parti yang naik ialah PPBM dan PKR. - 2 Novemver 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...