Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Februari 2020

Warganet Kecam Kastam Batal Notis Tuntutan Cukai RM20.65 Kepada Carlberg Malaysia.

Sosmed | Nampaknya tindakan Jabatan Kastam
membatalkan notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM20.65 juta dari Carlsberg Malaysia mengundang pelbagai spekulasi di sosial media. 

Laporan yang tersiar di The Edge itu diulangsiar oleh Free Malaysia Today dengan tajuk : "Kastam batal tuntutan cukai jualan, penalti RM20.65 juta kepada Carlsberg" dan menerima respon negatif dari warganet.

Abdul Karim : Salah satu ejen pembunuh ni. Kilang arak.. Orang lain yang mabuk, orang lain yang hilang nyawa, merana keluarga.

Fazrul Aliaa : Cukai 20j. Bayangkan profit company berapa ratus juta? Laknat Allah kepada kamu semua.

Ahmad Zamani : Kalau rakyat biasa sampai lubang cacing dicarinya.

May Havens : Wow, marhaen macam kami kau perah macam nak mampos!

Fairus Zana MRathi : Siapa menang rakyat senang again???

Azree Toretto : Untung syarikat ni.. terbaik lil alamin. 


Warganet juga dilihat 'tag' Khalid Samad dalam berita berkenaan dan menuntut penjelasan.

Sebilangannya secara sinis menyindir mungkin ini cara yang digunakan bagi menghapuskan kilang Carlberg. 


Jabatan Kastam tidak memberikan apa-apa kenyataan berhubung laporan itu setakat ini.

Baca berita penuh dibawah ini;


Jabatan Kastam membatalkan notis tuntutan cukai jualan dan penalti berjumlah RM20.65 juta kepada pengeluar minuman keras, Carlsberg Malaysia, lapor The Edge Markets.

Akhbar itu melaporkan Carlsberg dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia semalam berkata, ia menerima surat daripada pengarah Jabatan Kastam Selangor kelmarin berhubung perkara itu.

Katanya, pembatalan notis tuntutan cukai jualan berjumlah RM13.76 juta dan penalti RM6.88 juta bagi 1 Julai 2011 hingga 14 Jan 2014 itu berkuat kuasa 15 Jan lalu.

Pada September 2014, Carlsberg dilaporkan berkata, Jabatan Kastam Selangor menuntut duti eksais berjumlah RM35.7 juta, cukai jualan sebanyak RM13.76 juta dan penalti RM6.88 juta mulai 1 Julai 2011 hingga 14 Jan 2014.

Syarikat itu bagaimanapun menolak liabiliti ke atas tuntutan itu dan akan mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.

Ini ialah berita baik ke-2 bagi Carlsberg selepas syarikat itu dilaporkan akan disenaraikan dalam Indeks Standard Global MSCI mulai 28 Feb ini. - 15 Februari 2020.

Hukuman Untuk Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian RM10,000 Dan Penjara 12 Bulan, Logik Ke?

Mohd Fared Mohd Khalid, EXCO Majlis Belia Malaysia (Tulisan asal terbitan The Malaysian Insight) | NYAWA itu bermaruah, terhormat bahkan dipelihara. Memelihara nyawa (hifz an-nafs) adalah prinsip kedua dari lima prinsip maqasid syariah (makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia) yang ditetapkan Islam.



Kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu mabuk bukan isu baru namun ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Keburukan arak ini telah terang. Namun kerana dilesenkan, maka ia dibenarkan menurut undang-undang. Islam telah lama mengharamkan umatnya menogok minuman ini.

Ia juga merupakan prinsip maqasid syariah yang ketiga iaitu menjaga akal (hifz al-aql). Mengelakkan akal dan kewarasan kita dari hilang atau rosak adalah tuntutan Islam.

Kemalangan yang disebabkan oleh pemandu yang mabuk wajar dikenakan hukuman lebih berat. Setakat ini Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Jika melibatkan kematian Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan digunapakai yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Ketika ini undang-undang di negara kita membenarkan sehingga 80mg alkohol dalam 100ml darah sekalipun had antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 50mg dalam 100ml darah.
Tatkala kerajaan sibuk hendak meratifikasi konvensyen antarabangsa berkenaan hak asasi manusia, tapi rupa-rupanya, gagal mengiktiraf kepentingan nyawa rakyatnya dalam isu pemandu mabuk ini.

Dalam era Malaysia Baharu ini, sewajarnyalah nyawa manusia perlu lebih diutamakan berbanding hak untuk orang menjadi mabuk.

Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan hukuman penjara dalam tempoh yang lebih lama kepada pesalah dan dikenakan bayaran ganti rugi ke atas mereka bagi mangsa atau keluarga mangsa.

Lesen memandu mereka juga wajar digantung dalam tempoh yang lebih lama malah mereka juga wajar diwajibkan masuk ke dalam kelas pemulihan dari tabiat buruk ini.

Asasnya mudah, mabuk adalah pilihan sendiri. Berani buat, berani tanggung akibatnya.

Oleh itu MBM mendesak agar pindaan Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga membawa kematian pengguna lain dipercepatkan. - 15 Februari 2020.

Polis Masih Tunggu Hasil Laporan Ujian Air Kencing Kali Kedua Adun Dengkil.

POLITIK | Portal Harian Metro melaporkan pihak polis masih menunggu hasil laporan ujian saringan air kencing kali kedua daripada pakar patologi berhubung kes 17 individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan di sebuah kondominium di Jalan Puchong pada 12 Januari lalu.
 

 
Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Roze Shaari berkata, tindakan susulan akan diambil sejurus menerima laporan berkenaan.

“Kami masih menunggu keputusan laporan itu. Saya tidak boleh memberi satu tempoh masa bila polis dijangka akan menerima laporan terbabit.

“Sebarang perkembangan lanjut berkaitan kes itu akan dimaklumkan kemudian,”
katanya, memetik laporan portal itu.

Pada 28 Januari lalu, Pengarah JSJN Bukit Aman ketika itu, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dilaporkan berkata, polis sudah menjalankan ujian saringan air kencing untuk kali pertama dan ujian kedua diserahkan kepada pakar patologi untuk mendapatkan pengesahan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dipetik berkata, JSJ Bukit Aman akan mengeluarkan kenyataan sekiranya laporan berhubung kes berkenaan diperolehi nanti.


Sebagai rekod, ADUN Dengkil Adhif Syan Abdullah ditahan bersama 16 individu lain dalam serbuan di sebuah kondominium yang disyaki menjadi tempat penyalahgunaan dadah dan judi.

Hasil saringan awal dilakukan terhadap 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan itu, 16 daripada mereka didapati positif dadah. - 15 Februari 2020.

Denda RM100k, Digantung 6 Bulan Untuk Wakil Rakyat Gagal Isytihar Harta.

POLITIK | The Star melaporkan wakil rakyat yang gagal mengisytiharkan aset berisiko dikenakan denda yang lebih tinggi.

Ini selaras dengan rancangan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk meminda dan meningkatkan denda pelanggaran.

Buat masa sekarang, denda bagi mereka yang gagal mengisytiharkan harta adalah sebanyak RM1,000 tetapi jumlah itu mungkin dinaikkan kepada RM100,000.

Selain denda, wakil rakyat berkenaan boleh dianggap menghina Dewan dan boleh diusir keluar atau berdepan penggantungan kehadiran selama enam bulan.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berkata jawatankuasa sedang dalam fasa terakhir memuktamadkan jumlah denda.

“Tiada jumlah ditentukan lagi. Jawatankuasa akan buat lebih banyak kajian tentang perkara itu dan jumlahnya akan ditentukan selepas itu,” kata Ariff, memetik laporan The Star.

Sumber akhbar itu juga dipetik berkata yang denda sekarang berjumlah RM1,000 dianggap terlalu kecil untuk wakil rakyat.

“Niat menaikkan denda adalah untuk mengembalikan maruah Parlimen. Sekarang ia jadi bahan jenaka kerana tiada rasa hormat,” kata sumber.

Tarikh akhir pengisytiharan harta adalah pada 5 Disember 2019.

97% atau 131 wakil rakyat kerajaan dan 68 orang atau 81.9% wakil rakyat pembangkang sudah mengisytiharkan harta mereka. - 15 Februari 2020.

Rabu, 12 Februari 2020

Subsidi Haji Pukal Dihapuskan, Diganti Dengan Subsidi Bersasar Kepada B40 Lapor The Edge.

POLITIK | Portal The Edge melaporkan sumber dari Tabung Haji menyatakan agensi itu merancang melaksanakan subsidi haji bersasar mulai tahun hadapan.


Ketika ini semua jemaah haji kali pertama tertakluk kepada subsidi haji tanpa mengira kelas pendapatan.

Subsidi haji bersasar itu nantinya akan menumpukan kepada kumpulan jemaah haji kali pertama yang berada dalam kumpulan B40.

Menurut sumber yang dipetik portal itu, pada awalnya Tabung Haji merancang mahu melaksanakan subsidi haji bersasar pada tahun ini namun ditangguhkan oleh orang atasan yang lebih berkuasa.

"TABUNG HAJI sedang membuat beberapa langkah bagi mengurangkan kesan penghapusan subsidi pukal kepada jemaah haji. Tidak dapat dipastikan bilakah pengumuman (penghapusan subsidi pukal) akan dibuat tetapi dijangkakan ia akan diumumkan pada tahun hadapan," kata sumber itu kepada wakil The Edge.

Laporan itu turut menyebut, bagi tabung 2019, kos subsidi yang ditanggung oleh Tabung Haji adalah RM400 juta.

Menurut laporan itu lagi, setiap surat tawaran yang dihantar kepada bakal jemaah haji kali pertama ada menyatakan samada jemaah itu mahu menerima atau menolak tawaran subsidi.

Meskipun subsidi haji dikekalkan tahun ini tetapi tiada jaminan ia akan dikekalkan pada tahun hadapan kata sumber itu lagi.

Dipercayai penghapusan subsidi pukal akan meningkatkan jumlah dividen tahunan yang akan diterima oleh semua pendeposit.

Sebagai rekod, Tabung Haji telah diletakkan dibawah pengawasan Bank Negara sejak tahun 2019 selepas audit khas yang dilakukan mendapati wujudnya beberapa percanggahan dalam rekod kewangan agensi itu.

Meskipun dikecam, Tabung Haji mempertahankan SPV atas alasan bagi membetulkan semula urustadbir Tabung Haji yang telah terjejas disebabkan keputusan pelaburan yang salah oleh pemimpin terdahulu.

Sekali lagi Tabung Haji dikecam pada awal tahun ini kerana melupuskan beberapa pegangan saham dalam syarikat perladangan yang terletak di Sabah dan Sarawak.

Tabung Haji memperjelaskan melupuskan pegangan saham adalah langkah yang betul bagi membantu syarikat itu melabur di ladang yang lebih menguntungkan, apatah lagi pelaburan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu tidak menepati sasaran unjuran yang dibuat bahkan wujudnya unsur-unsur manipulasi maklumat dari segi keluasan ladang.

Laporan polis mengenainya juga telah dibuat. Azeez yang pernah mengetuai Tabung Haji tidak pernah membuka mulut atas dakwaan itu, sebaliknya semua isu berkaitan Tabung Haji dipersoalkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi. - 12 Februari 2020.

"Cukuplah Layan Orang Politik Macam Raja," - Amerul Affendi.

SOSMED | Pelakon filem One Two Jaga, Amerul Affendi, berkata orang politik tidak seharusnya dilayan bagaikan raja kerana golongan ini bekerja untuk rakyat dan dipilih oleh rakyat. 


Pelakon berusia 33 tahun itu berkata demikian di Twitternya pada Selasa.

"Cukup-cukuplah layan orang politik tu macam raja. Pun*** betul lah! Dia orang tu bekerja untuk kita, balaci kita. Kita yang pilih mereka," tulisnya dalam kenyataan itu.


Walaupun tidak dinyatakan secara tepat, kenyataan Amerul itu dipercayai ada kaitan dengan tekanan yang diterima oleh beberapa pelawak tempatan dan kumpulan Drama Band yang diserang hebat oleh penyokong partisan tertentu kerana berang pemimpin pujaan mereka dikritik dalam acara seni.

Kenyataan Amerul itu turut disokong oleh pengikutnya di sosial media.

Sir Eito Abdul Halim : Orang pilitik tu dah memang kite maklum perangai dia, yang tak boleh blah tu supporter dia oi! Padahal kerja makan gaji cukup bulan je. Adoiii..

Pyan : Betul. Ini tak habis-habis bila ada program nak kena setup kerusi sedap makan sedap untuk diorang. Diorang tu lebih dari mampu, layan sama rata je. Kalau dia complain, jerit ramai-ramai kau tu wakil rakyat. Ingat!!!!

Jemi : Kan!!! Kata bekerja untuk rakyat, tapi bila turun padang... tup2 rakyat pula terpaksa bekerja keras untuk depa.... phui!!!

Lilith : Bukan mereka sahaja yang kaya raya tetapi sekeluarga termasuklah adik beradik dan saudara mara mereka sekali buat rumah atas satu tanah besar yang sangat lapang. Kiranya, boleh buat kampung untuk menempatkan saudara sendiri. Logik ke kaya macam itu sekali???

Jeck Rizal : Rezeki Allah dah tentukan. Bukan ditangan wakil rakyat atau orang politik geng... jadi tak perlu jilat.๐Ÿ˜†

Sebagai rekod, kumpulan RARE yang terdiri dari Ilya, Ropie dan Ajak Shiro telah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana mengkritik kerajaan dalam program Maharajalawak manakala Drama Band juga memohon maaf kerana menyindir Rosmah dan Najib dalam acara #AJL34. - 12 Februari 2020.

Selasa, 11 Februari 2020

Najib Pertikaikan PH Jual Saham Syarikat John Keells Holdings.

Najib Razak | Secara senyap bulan lalu, kerajaan PH telah menjual seluruh 10.8% pegangan mereka dalam konglomerat terbesar negara Sri Lanka., John Keells Holdings Plc, Harga yang dijual ialah RM520 juta dan pembelinya ialah kumpulan Fairfax dari Kanada melalui Citigroup. 


Pelaburan dalam syarikat ini dibuat oleh Khazanah pada bulan Mac 2012 masa BN dengan harga sekitar RM360 juta. Kini telah dijual oleh kerajaan PH kerana penjualan belum selesai. 

Alasan yang diberi oleh PM ke-7 kenapa aset-aset negara terus dijual ialah untuk kurangkan hutang negara. Namun hutang negara tak pernah turun masa PH walaupun banyak aset negara yang dibina masa BN telah dijual oleh mereka. 

Sebaliknya, hutang langsung negara naik dengan kadar lagi laju dari RM686 bilion pada akhir tahun 2017 ke RM815 bilion bulan ini. 

Dulu, PH sering tuduh Malaysia sudah dijual oleh Najib dan sudah bankrap. Saya pun pelik jika Malaysia sudah dijual dan sudah bankrap, dari mana datangnya begitu banyak aset negara untuk PH jual secara lambak dalam tempoh masa 20 bulan sahaja?

https://www.reuters.com/article/khazanah/malaysias-khazanah-buys-sri-lankan-john-keells-stake-for-120-mln-idUSL4E8EH04M20120317 

http://www.ft.lk/front-page/Fairfax-buys-10-7-JKH-stake-from-Khazanah-for-Rs-22-7-b/44-693402 

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2020/01/11/fairfax-acquires-khazanah-stake-in-sri-lanka-firm

Isnin, 10 Februari 2020

Isu 6 Kotak Ezam, Bekas Pemuda PKR Cerita Kisah Belakang Tabir.

Viral | Bekas Reformis, Tuan Hamdan Taha mahu menjawab isu kotak Ezam kepada semua pihak yang membangkitkan perkara itu sejak muktahir ini. 

Hamdan Taha |
Isu kotak saudara Ezam Mohd Noor dan pemuda keadilan tahun 99 -2001

Saya tolong jawap lah ye walaupun sudah berkali kali dijawab perkara ini, saya terpanggil tolong jawap kerana saya antara orang yang terlibat perkara ini. 


Isunya apa 6 kotak itu... isunya adalah bahan bukti rasuah menteri menteri dan anak anak perdana menteri yang telah di siasat oleh BPR ketika itu di tahun 1998.

Antara yang di dedahkan didalam kotak tersebut ialah kes rasuah yang melibatkan Rafidah Aziz menteri kerajaan umno ketika itu.

Kes Rahim Tamby Chik dan kes Mirzan yang terlibat di dalam menyelamatkan syarikat beliau di jual ke Petronas dan kes Perwaja. Kes Perwaja ini juga saya bangkitkan dalam perhimpunan agung pemuda tahun 98.

Setelah saudara Ezam dan pemuda keadilan ketika itu membuat kenyataan dan tunjuk bukti dokumen rasuah yang ada laporan BPR apa yang terjadi, Ezam dan 6 lagi kami di pemuda keadilan di tahan oleh pihak polis di bawah umno dan Dr. Mahathir. Termasuklah saya, rumah kami di geledah untuk mencari bahan bukti lain.

Kes yang kami dedahkan tidak di siasat langsung, sebaliknya kami di siasat. Ada di antara kami ditahan di dalam lokap dan di bawa ke mahkamah selepas beberapa hari.

Ezam pula selepas dibebaskan beliau jelajah dan terus dedahkan penyelewengan menteri menteri dan anak perdana menteri Dr. M bersama saya juga terlibat.

Akhirnya beliau dan 10 orang dari kami ditahan di bawah ISA atas isu pendedahan rasuah tersebut atau isu 6 kotak tersebut.

Rumah digeledah untuk kali kedua dan mereka mengambil semua bahan bukti tersebut. Ezam di bicarakan di atas OSA kerana mendedahkan bahan rahsia kerajaan walaupun bahan rahsia itu ialah dokumen rasuah para menteri.

Beliau di penjarakan dua tahun di penjara kajang, beliau adalah orang pertama di malaysia yang di dakwa dan dipenjara dalam kes OSA atau pendedahan 6 kotak tersebut, selepas beliau belum ada lagi di penjara dalam kes OSA kerana Rafizi telah di bebaskan jika tidak Rafizi orang kedua.

Jadi jika ada yang masih bertanya dan bermain dengan isu itu adalah hanya sekadar menghina dan tidak betul-betul ambil kira isu tersebut. Kerana 6 kotak itu telah pun diambil pihak polis dan sebahagiannya telah pun di dedahkan. Tapi kerajaan ketika itu PM ialah Dr. Mahathir tidak membenarkan perkara itu berlaku dan penjarakan siapa sahaja yang mendedahkannya.

Isunya di sini orang yang bertanya tetang isu 6 kotak itu benar benar faham ke isu itu. Apa jasa orang orang yang bertanya itu dalam memperjuangkan isu rasuah di dalam negara malaysia ni. Apakah sumbangan pihak yang bertanya itu dalam menegur pemimpin mereka dalam isu rasuah. Kami yang terlibat sekurang kurangnya berani berlawan ketika di dalam umno dan di luar umno.

Saya sendiri berani mempersoalkan isu Perwaja dan isu Mas di dalam perhimpunan agung umno sehingga membawa pemecatan saya. Jadi kadang kadang orang yang banyak mempersoalkan isu kotak itu berkata kata hanya sifat hati yang mahu menghina sahaja bukan kerana memahami isu.

Yang menariknya mereka yang banyak fail rasuah itu sekarang berada di dalam bersatu. Dan mereka yang ada fail baru pula semua ada di dalam umno. Apa yang nak saya sampaikan ialah 6 kota itu seperti isu 1MDB lah juga. Masa itu bila orang PH dedahkan maka umno gunakan akta yang sama OSA sehingga najib mendakwa Rafizi Ramli dalam kes yang sama sahaja seperti isu 6 kotak.

Latifah koya ketua pengarah sprm sekarang mendedahkan semua yang ada dalam kotak sprm kepada masyarakat termasuk audio Najib dan rosmah. Kerana dia kerajaan dan najib sudah tidak berkuasa maka tidaklah Lathefa itu di dakwa. 

Cuba Najib PM dan Lathefa dedahkan secara terbuka audio Najib.... apa akan jadi pada Lathefa agaknya masa itu.... sudah tentu di tangkap...

Itu sebab saya benci polis dan SPRM yang berpangkat di malaysia ini. Mereka bukan mencari kebenaran tapi hanya lalat dan najis kepada siapa PM. 

Bolehkah kita bayangkan jika penganti Tun Mahathir nanti ambil tindakan kepada Tun Mahathir dan keluarga. Sudah pasti masa itu sprm dan polis akan buat kenyataan kami ada bukti tun m dan keluarga mempunyai kekayaan melampau batas dan ada terlibat salah laku. Jika itu berlaku bukan lagi 6 kotak tapi ada ribuan kotak.

Terima kasih. - 10 Februari 2020.

Karya Mata Lebam Anwar Diturunkan, Artis Minta Penjelasan BOD Balai Seni Negara.

SOSMED | Karya Ahmad Fuad Osman bertajuk "Hilang" telah diturunkan dari pameran di Balai Seni Negara dakwa Pereka Grafik, Fahmi Reza di Facebooknya hari ini.




Karya dari Ahmad Fuad Osman itu memaparkan lukisan wajah Anwar Ibrahim yang lebam matanya akibat ditumbuk oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor pada tahun 1998.

Poster-poster mata lebam itu dihimpunkan dan menjadi salah satu karya yang dipamerkan di Balai Seni Negara sejak 28 Oktober 2019, sebelum diarahkan turun pada 4 Februari 2020, bersama tiga lagi karya milik Ahmad Fuad Osman.

"Dahulu mereka sensor seni, kini mereka masih sensor seni.

Karya dari tahun 2002 berupa poster-poster "Hilang" dengan lukisan muka Anwar Ibrahim ini telah diturunkan daripada sebuah pameran seni di Balai Seni Negara minggu lalu.

Tiga karya lain turut sama diturunkan bersama-sama dengan karya ini. Keempat-empat karya milik Ahmad Fuad Osman ini sudah dipamerkan sejak 28 Oktober 2019 tahun lalu sebelum diturunkan pada 4 Februari 2020 atas aduan salah seorang pengarah Balai Seni Negara.

Kebiasaannya ramai orang mengambil sikap tidak peduli dan bersetuju bila penguasa sensor karya-karya yang mereka tak suka dan anggap tak selari dengan pendirian dan sensitiviti mereka, tetapi hanya akan membantah bila penguasa sensor karya-karya yang mereka suka.

Siapa setuju dengan censorship daripada penguasa ni? Siapa tak setuju dengan censorship daripada penguasa ni?,"
tulis Fahmi Reza dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fuad Osman turut mengesahkan 4 karyanya telah dibuang dari pameran berikutan menerima aduan dari BOD Balai Seni Negara.

Menurut Ahmad Fuad beliau menerima surat pemakluman pada tarikh 21 Januari dan mesej WhatsApp pada 24 Januari bagi memberitahu pihak Balai Seni Negara akan membuang 4 karyanya dari pameran itu.

Ahmad kemudiannya menulis surat balas menuntut penjelasan pada 7 Februari dan berkata lebih baik menutup kesemua karya pamerannya daripada membuang 4 karyanya dari pameran itu.

Ahmad Fuad juga menyelar tindakan cencorship berbaur kepartian sepatutnya tak lagi patut diamalkan dan mempersoalkan tahap intergriti Ahli Lembaga Pengarah Balai Seni Negara. - 10 Februari 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...