Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 10 Februari 2020

Karya Mata Lebam Anwar Diturunkan, Artis Minta Penjelasan BOD Balai Seni Negara.

SOSMED | Karya Ahmad Fuad Osman bertajuk "Hilang" telah diturunkan dari pameran di Balai Seni Negara dakwa Pereka Grafik, Fahmi Reza di Facebooknya hari ini.




Karya dari Ahmad Fuad Osman itu memaparkan lukisan wajah Anwar Ibrahim yang lebam matanya akibat ditumbuk oleh Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor pada tahun 1998.

Poster-poster mata lebam itu dihimpunkan dan menjadi salah satu karya yang dipamerkan di Balai Seni Negara sejak 28 Oktober 2019, sebelum diarahkan turun pada 4 Februari 2020, bersama tiga lagi karya milik Ahmad Fuad Osman.

"Dahulu mereka sensor seni, kini mereka masih sensor seni.

Karya dari tahun 2002 berupa poster-poster "Hilang" dengan lukisan muka Anwar Ibrahim ini telah diturunkan daripada sebuah pameran seni di Balai Seni Negara minggu lalu.

Tiga karya lain turut sama diturunkan bersama-sama dengan karya ini. Keempat-empat karya milik Ahmad Fuad Osman ini sudah dipamerkan sejak 28 Oktober 2019 tahun lalu sebelum diturunkan pada 4 Februari 2020 atas aduan salah seorang pengarah Balai Seni Negara.

Kebiasaannya ramai orang mengambil sikap tidak peduli dan bersetuju bila penguasa sensor karya-karya yang mereka tak suka dan anggap tak selari dengan pendirian dan sensitiviti mereka, tetapi hanya akan membantah bila penguasa sensor karya-karya yang mereka suka.

Siapa setuju dengan censorship daripada penguasa ni? Siapa tak setuju dengan censorship daripada penguasa ni?,"
tulis Fahmi Reza dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Fuad Osman turut mengesahkan 4 karyanya telah dibuang dari pameran berikutan menerima aduan dari BOD Balai Seni Negara.

Menurut Ahmad Fuad beliau menerima surat pemakluman pada tarikh 21 Januari dan mesej WhatsApp pada 24 Januari bagi memberitahu pihak Balai Seni Negara akan membuang 4 karyanya dari pameran itu.

Ahmad kemudiannya menulis surat balas menuntut penjelasan pada 7 Februari dan berkata lebih baik menutup kesemua karya pamerannya daripada membuang 4 karyanya dari pameran itu.

Ahmad Fuad juga menyelar tindakan cencorship berbaur kepartian sepatutnya tak lagi patut diamalkan dan mempersoalkan tahap intergriti Ahli Lembaga Pengarah Balai Seni Negara. - 10 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...