Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Februari 2020

Denda RM100k, Digantung 6 Bulan Untuk Wakil Rakyat Gagal Isytihar Harta.

POLITIK | The Star melaporkan wakil rakyat yang gagal mengisytiharkan aset berisiko dikenakan denda yang lebih tinggi.

Ini selaras dengan rancangan Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk meminda dan meningkatkan denda pelanggaran.

Buat masa sekarang, denda bagi mereka yang gagal mengisytiharkan harta adalah sebanyak RM1,000 tetapi jumlah itu mungkin dinaikkan kepada RM100,000.

Selain denda, wakil rakyat berkenaan boleh dianggap menghina Dewan dan boleh diusir keluar atau berdepan penggantungan kehadiran selama enam bulan.

Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof berkata jawatankuasa sedang dalam fasa terakhir memuktamadkan jumlah denda.

“Tiada jumlah ditentukan lagi. Jawatankuasa akan buat lebih banyak kajian tentang perkara itu dan jumlahnya akan ditentukan selepas itu,” kata Ariff, memetik laporan The Star.

Sumber akhbar itu juga dipetik berkata yang denda sekarang berjumlah RM1,000 dianggap terlalu kecil untuk wakil rakyat.

“Niat menaikkan denda adalah untuk mengembalikan maruah Parlimen. Sekarang ia jadi bahan jenaka kerana tiada rasa hormat,” kata sumber.

Tarikh akhir pengisytiharan harta adalah pada 5 Disember 2019.

97% atau 131 wakil rakyat kerajaan dan 68 orang atau 81.9% wakil rakyat pembangkang sudah mengisytiharkan harta mereka. - 15 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...