Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Februari 2020

Polis Masih Tunggu Hasil Laporan Ujian Air Kencing Kali Kedua Adun Dengkil.

POLITIK | Portal Harian Metro melaporkan pihak polis masih menunggu hasil laporan ujian saringan air kencing kali kedua daripada pakar patologi berhubung kes 17 individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditahan di sebuah kondominium di Jalan Puchong pada 12 Januari lalu.
 

 
Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Roze Shaari berkata, tindakan susulan akan diambil sejurus menerima laporan berkenaan.

“Kami masih menunggu keputusan laporan itu. Saya tidak boleh memberi satu tempoh masa bila polis dijangka akan menerima laporan terbabit.

“Sebarang perkembangan lanjut berkaitan kes itu akan dimaklumkan kemudian,”
katanya, memetik laporan portal itu.

Pada 28 Januari lalu, Pengarah JSJN Bukit Aman ketika itu, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dilaporkan berkata, polis sudah menjalankan ujian saringan air kencing untuk kali pertama dan ujian kedua diserahkan kepada pakar patologi untuk mendapatkan pengesahan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dipetik berkata, JSJ Bukit Aman akan mengeluarkan kenyataan sekiranya laporan berhubung kes berkenaan diperolehi nanti.


Sebagai rekod, ADUN Dengkil Adhif Syan Abdullah ditahan bersama 16 individu lain dalam serbuan di sebuah kondominium yang disyaki menjadi tempat penyalahgunaan dadah dan judi.

Hasil saringan awal dilakukan terhadap 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan itu, 16 daripada mereka didapati positif dadah. - 15 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...