Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 12 Februari 2020

Subsidi Haji Pukal Dihapuskan, Diganti Dengan Subsidi Bersasar Kepada B40 Lapor The Edge.

POLITIK | Portal The Edge melaporkan sumber dari Tabung Haji menyatakan agensi itu merancang melaksanakan subsidi haji bersasar mulai tahun hadapan.


Ketika ini semua jemaah haji kali pertama tertakluk kepada subsidi haji tanpa mengira kelas pendapatan.

Subsidi haji bersasar itu nantinya akan menumpukan kepada kumpulan jemaah haji kali pertama yang berada dalam kumpulan B40.

Menurut sumber yang dipetik portal itu, pada awalnya Tabung Haji merancang mahu melaksanakan subsidi haji bersasar pada tahun ini namun ditangguhkan oleh orang atasan yang lebih berkuasa.

"TABUNG HAJI sedang membuat beberapa langkah bagi mengurangkan kesan penghapusan subsidi pukal kepada jemaah haji. Tidak dapat dipastikan bilakah pengumuman (penghapusan subsidi pukal) akan dibuat tetapi dijangkakan ia akan diumumkan pada tahun hadapan," kata sumber itu kepada wakil The Edge.

Laporan itu turut menyebut, bagi tabung 2019, kos subsidi yang ditanggung oleh Tabung Haji adalah RM400 juta.

Menurut laporan itu lagi, setiap surat tawaran yang dihantar kepada bakal jemaah haji kali pertama ada menyatakan samada jemaah itu mahu menerima atau menolak tawaran subsidi.

Meskipun subsidi haji dikekalkan tahun ini tetapi tiada jaminan ia akan dikekalkan pada tahun hadapan kata sumber itu lagi.

Dipercayai penghapusan subsidi pukal akan meningkatkan jumlah dividen tahunan yang akan diterima oleh semua pendeposit.

Sebagai rekod, Tabung Haji telah diletakkan dibawah pengawasan Bank Negara sejak tahun 2019 selepas audit khas yang dilakukan mendapati wujudnya beberapa percanggahan dalam rekod kewangan agensi itu.

Meskipun dikecam, Tabung Haji mempertahankan SPV atas alasan bagi membetulkan semula urustadbir Tabung Haji yang telah terjejas disebabkan keputusan pelaburan yang salah oleh pemimpin terdahulu.

Sekali lagi Tabung Haji dikecam pada awal tahun ini kerana melupuskan beberapa pegangan saham dalam syarikat perladangan yang terletak di Sabah dan Sarawak.

Tabung Haji memperjelaskan melupuskan pegangan saham adalah langkah yang betul bagi membantu syarikat itu melabur di ladang yang lebih menguntungkan, apatah lagi pelaburan yang dibuat oleh kerajaan terdahulu tidak menepati sasaran unjuran yang dibuat bahkan wujudnya unsur-unsur manipulasi maklumat dari segi keluasan ladang.

Laporan polis mengenainya juga telah dibuat. Azeez yang pernah mengetuai Tabung Haji tidak pernah membuka mulut atas dakwaan itu, sebaliknya semua isu berkaitan Tabung Haji dipersoalkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi. - 12 Februari 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...