Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Oktober 2018

Azmin KO, Rafizi Menang Besar Di Perak.

RAFIZI RAMLI |#REFORMASI20TAHUN MENDAHULUI SELEPAS 11 NEGERI

Saya cukup terkejut dengan keputusan pemilihan di Perak hari ini, yang memberi lonjakan terbesar dan meletakkan saya di hadapan mengatasi Saudara Azmin Ali.





Terima kasih kepada pengundi-pengundi di Perak yang memberi 6,700 (61%) undi kepada saya, berbanding 4,359 (39%) kepada Saudara Azmin. Saya juga menang di 19 dari 24 cabang di Perak, satu keputusan yang paling besar di mana-mana negeri setakat ini .

Saya juga berterima kasih kepada pengundi-pengundi di Kedah yang menyaksikan saya mendapat 3,210 (47%) undi berbanding Saudara Azmin (3,653 undi, atau 53%).

Dengan 158 cabang dan 12 negeri telah mengundi Semenanjung & Wilayah Persekutuan (kecuali 6 cabang di Selangor yang akan mengundi esok), *saya kini mendahului Saudara Azmin sebanyak 995 undi.* Ini mengambil kira keputusan di cabang-cabang Negeri Sembilan dan Melaka yang telah dikeluarkan keputusan.

Kedudukan terkini adalah seperti paparan jadual keputusan yang saya sertakan.

*Rafizi Ramli: Undi – 47,542 atau 50.5%, Cabang – 86 atau 54.4%*

*Azmin Ali: Undi – 46,547 atau 49.5%, Cabang – 72 atau 45.6%*


Ini adalah satu keputusan yang sangat baik mengambil kira saya tiada sebarang kedudukan dalam kerajaan dan berkempen dalam serba kekurangan. Keputusan dari negeri-negeri (terutamanya Perak) memberi gambaran jelas ada tuntutan dari akar umbi yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan Pusat.


Saya berharap prestasi ini dapat diteruskan di 6 cabang terakhir di Selangor esok, dan disambung pula di Sabah dan Sarawak. Saya berharap sukarelawan dan jentera kempen #Reformasi20Tahun terus segar dan bersemangat untuk membuat pecutan terakhir.

Saya yakin dengan momentum yang ada, disambut pula dengan sokongan yang baik di Sabah dan Sarawak, agenda reformasi dalaman yang kita bawa melalui #Reformasi20Tahun boleh dilaksanakan. - 27 Oktober 2018.

'Cabut Lari' Dari Interview Mary Ann Al Jazeera, Ini Penjelasan Najib Razak.

Najib Razak | i) Sebentar tadi, Al-Jazeera telah menyiarkan temuramah yang dirakam serentak ketika isteri, anak dan anak tiri saya disoalsiasat oleh pihak polis semalam.

Biarpun wawancara ini melangkaui masa yang dipersetujui serta menyeberang skop yang dipersetujui, saya tetap menjawab soalan soalan tambahan yang diajukan.




Tetapi, individu yang mengendali wawancara itu juga adalah wartawan bertanggungjawab bagi satu program mengenai pembunuhan Altantuya, dan dia bertegas mahu menyoal soalan mengenainya, disebalik pelbagai penafian saya, disebalik kes pembunuhan itu sudah melalui prosiding mahkamah terperinci, malah dua minggu lalu, atas permintaan saya, pegawai saya telahpun membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat semula bagi membersihkan nama saya.


(Lihat wawancara penuh dibawah ini;)

 

Walaupun saya sudah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB yang bukan pun di dalam skop yang dipersetujui, wartawan yang bernama Mary Ann ini tetap tidak mahu kembali kepada topik asal iaitu legasi saya dan ekonomi negara.

Malahan, dia terus menekan tentang isu Altantuya dan 1MDB yang sedang di dalam proses pengadilan di mahkamah dan mencelah semasa saya sedang menjawab serta berulang-kali untuk mengaitkan nama Jho Low kepada saya walaupun saya sudah jawab peranan Jho Low kepada dia dipermulaan wawancara ini.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menghentikan temubual ini kerana tidak mengikuti apa yang telah dipersetujui dan ianya tidak adil kepada saya. Saya berpendirian tidak mahu mereka melanjutkan fitnah mengenai dua-dua isu itu terhadap saya, yang sudah berkali-kali dijawab dan terlalu banyak kali diberi penjelasan.

Saya diberitahu bahawa pihak Al-Jazeera sedang cuba untuk mengatur satu lagi wawancara dengan saya supaya matlamat asal dua-dua pihak akan dapat dicapai.



 

ii) Selepas saya nyatakan sekali lagi di dalam wawancara Al-Jazeera bahawa saya TIDAK pernah berkenalan ataupun bertemu dengan mendiang Altantuya, saya lihat ramai lagi yang menuduh saya menipu hanya kerana mereka pernah lihat gambar yang tersebar kononnya saya duduk bersama Altantuya.

Saya pelik mengapa ramai lagi tidak tahu bahawa Tian Chua dari PKR sudah lama MENGAKU bahawa gambar ini ialah bahan edit dilakukannya.

Selepas mengaku gambar itu palsu pada masa itu, Tian Chua berkata beliau tidak pernah kata gambar itu ialah gambar sahih dalam blog dia dan dia tidak bertanggungjawab terhadap penyebaran gambar tersebut dan andaian yang dibuat oleh mana-mana pihak mengenainya. http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…

Sebagai satu lagi bukti bagaimana berkesannya pengaruh dari propaganda palsu ialah sehingga hari ini selepas lebih dari 10 tahun, ramai masih mempercayai bahawa bahan letupan yang digunakan dalam kes itu ialah bahan letupan canggih C4 gred militari (bagi dakyah boleh mengaitkan saya yang bertugas sebagai Menteri Pertahanan pada masa itu)i.

Kebenarannya ialah pihak penyiasat forensik sudah lama memberitahu bahawa bahan yang ditemui di tempat kejadian bukan C4 tetapi adalah bahan letupan PETN dan RDX yang juga boleh didapati di setengah tapak pembinaan dan di kuari batu:   http://www.mstar.com.my/…/berita-m…/2014/06/24/altantuya-c4/

Nampaknya, tuduhan dan propaganda palsu lebih senang disebar secara meluas di Malaysia berbanding penjelasan dan kebenaran. - 27 Oktober 2018.


40 MP UMNO Jumpa Mahathir, Bincang Lompat Parti.

POLITIK | Selepas Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed berbuat demikian semalam, hari ini blogger yang juga bekas Ketua Pengarang NSTP, A.Kadir Jasin dipetik sebagai berkata 40 Ahli Parlimen UMNO akan turut menyertai PPBM tak lama lagi.


Bagaimanapun perkara itu katanya tertakluk kepada keputusan parti. Mesyuarat mengenai perkara itu dibincangkan malam tadi.

Menurut Malay Mail, A.Kadir Jasin memberitahu kepada media itu, seramai 40 Ahli Parlimen UMNO telah pun berjumpa dengan Tun Mahathir dan Muhyiddin Yasin bagi membincangkan hal berkenaan 'lompat parti'.

Sebelum ini blogger pro Amanah, Mohd Sayuti Omar berkata sekurang-kurangnya 3 Ahli Parlimen dari UMNO akan dilantik menjadi menteri bagi memperkemaskan kabinet Mahathir.

Mahathir dikatakan tidak berpuas hati dengan prestasi sesetengah menteri Pakatan Harapan yang masih berperangai seperti 'pembangkang' meskipun telah berjaya menjadi kerajaan.

Mustapa Mohamed atau lebih dikenali sebagai Tok Pa diura-urakan akan menyertai barisan kabinet Mahathir pada awal tahun hadapan. 

Sementara itu, ramai menjangkakan PPBM dalam proses 'merekruit" Ahli Parlimen UMNO yang berkebolehan bagi membantu memperkukuhkan parti itu dan barisan kerajaan. - 27 Oktober 2018.

Jumaat, 26 Oktober 2018

Isu ICERD, ARMADA Sound Menteri Perpaduan P.Waytha Moorthy Kaw-Kaw.

Kenyataan Media Exco ARMADA, MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR | AMARAN KEPADA P. WAYTHA MOORTHY ISU ICERD.

ARMADA selaku sayap Parti Pribumi BERSATU Malaysia (BERSATU), sebuah parti yang juga merupakan salah satu komponen dalam koalisi Pakatan Harapan, biarpun ditubuhkan sebagai sebuah parti berasaskan kaum, namun tetap jelas bahawa Parti BERSATU berpegang kepada asas yang menjadi pegangan Pakatan Harapan (PH) malah asas kepada tertubuhnya Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan bersatu-padu dan pasti tunjangnya adalah Perlembagaan Persekutuan, maka BERSATU sekerasnya menolak segala bentuk fahaman rasisme demi agenda integrasi nasional!


Pun begitu, selaku Exco ARMADA Malaysia, dalam pada kami (ARMADA) menolak faham rasisme, namun berbalik kepada asas, kita tidak boleh pandang mudah tentang sentimen masyarakat pribumi yang dalam masa sama menjadi tunjang silang budaya masyarakat majmuk di Malaysia, apatah lagi Hak Orang Melayu dan Bumiputera yang selama ini terpelihara dan dipelihara oleh Perlembagaan Persekutuan jelas menjadi asas pada keharmonian tanahair. Maka selaku Exco ARMADA Malaysia, saya menyelar kenyataan Waytha Moorthy yang juga samar dalam hasrat beliau untuk meratifikasikan ICERD (International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination)

Menteri, P. Waytha Moorthy perlu memberi kenyataan dengan jelas apabila menyebut bahawa beberapa klausa dalam perlembagaan mungkin perlu dirombak, agar ianya tidak memberi kerisauan kepada masyarakat Bumiputera. Namun mewakili ARMADA, saya memberikan amaran awal kepada P. Waytha Moorthy supaya janganlah menyentuh artikel atau perkara yang sensitif dan selama ini menjadi tunjang keharmonian negara.

Perkara 3, Perkara 153, 160 dan sewaktu dengannya perlu kekal biarpun kita maklum bahawa selagi ada langit dan bumi dan selama mana Majlis Raja-Raja tidak menghancurkan mereka sendiri, perihal ini tidak mampu diganggu-gugat,tetapi jangan ada sedikitpun cubaan untuk menyentuh perkara-perkara tersebut walau apa cara sekalipun!

Benar orang Melayu tidak boleh bersikap defensif dan senantiasa berselindung disebalik hak-hak yang memelihara kedudukan orang Melayu, kerana orang Melayu perlu bangkit dalam segenap hal dan lebih berdaya saing dengan memainkan peranan lebih unggul dalam memajukan Malaysia agar bangsa Melayu lebih disegani bukan kerana polisi yang memelihara Bumiputera, namun kerana upaya bangsa Melayu itu sendiri.

Namun tidak kira siapa, asas yang membentuk Perlembagaan Negara yang menjadi natijah kontrak sosial dan akar penyatuan setiap bangsa tetap perlu dipelihara. Jangan sekadar kita mengejar kulit tetapi isinya kosong! Tidak guna kita mengejar sesuatu yang dikatakan ‘polisi’ tetapi hakikatnya kita telah ‘trigger button’ yang boleh menyebabkan lagi perpecahan!

Banyak negara di barat termasuk US kononnya mempunyai polisi yang memberi kesaksamaan dan tidak menggalakkan rasisme, namun lihat adakah Malaysia sama seperti US dan Eropah sehingga ada yang sanggup bunuh-membunuh kesan dari perkauman melampau? Kita memerlukan acuan kita sendiri! bukan hanya mengikut telunjuk ‘orang luar’ yang nak mengajar kita tentang sesuatu dan merasakan mereka lebih baik dari kita!

Mengambil contoh Demokrasi, Barat sering melaungkan merekalah demokrasi terpimpin, namun PRU 14 membuktikan peralihan kuasa di Malaysia cukup matang tanpa sedikitpun pertumpahan darah! Maka kenapa kita masih lagi ingin membiarkan dunia luar mengajar kita tentang baik buruk? Ya kita perlukan contoh dan idea(polisi) yang baik dari sesiapapun (dunia luar), namun ACUAN SENDIRI adalah teras utama dengan menilai upaya setiap isi dalam Malaysia.

Mewakili Biro Pendidikan juga, saya ingin bertanya kepada P Waytha Moorthy, adakah beliau bersedia untuk memastikan semua sekolah vernakular ditutup? Dan adakah dasar afirmitif untuk membantu kaum tertentu selain Bumiputera perlu diabaikan? Jika kita mampu menjadikan pendidikan dengan menutup semua sekolah vernakular sebagai asas integrasi nasional dan wadah 'Ratifikasi ICERD' terlebih dahulu, maka semestinya kita mampu melihat jangkauan lebih besar. Jika tidak, kembalilah kepada realiti dan fokus kepada acuan kita! Memastikan keharmonian terbela dan rasisme terhakis!

MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
Exco ARMADA Nasional, Parti Pribumi BERSATU Malaysia.

Selepas Dibangsatkan, Kini Asyraf Wajdi Dusuki Digelar Lembik, Pondan Sajat Oleh Pro UMNO.

SOSMED | Ahli UMNO kini sedang bergaduh sesama sendiri disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki semalam yang meminta agar Zahid Hamidi bercuti sementara sehingga kes perbicaraannya di mahkamah selesai.



 
Tidak semuanya bersetuju dengan kenyataan terbuka itu dan menyebabkan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki diserang oleh beberapa kelompok UMNO yang dilihat pro kepada Zahid Hamidi. 

Lokman menjadi individu pertama tampil dengan membangsatkan Ketua Pemuda UMNO itu dan kemudiannya beberapa pihak tampil dengan nada membela Zahid dan mencerca Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di sosial media.

BACA : Asyraf bangsat kata Lokman!

Berikut adalah beberapa kenyataan dari ketua, ahli UMNO yang tular di laman sosial;

Aemierulrizaki Rambli, Pemuda dan Ahli UMNO Kuala Selangor | PENYOKONG MEMUKUL PALU, KETUA MEMBONGKANG TIDUR.

Saya melihat apa yang dilakukan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia (KPUM) hari ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal apabila bertindak melanggar Presiden yang sedang dalam kecederaan berperang dengan ketumbukan perang Mahathir.

Ahli-ahli UMNO khasnya pemuda yang masih setia dalam parti adalah ahli yang tidak mempunyai kepentingan apa-apa.

Mereka ini kebanyakannya orang biasa yang tidak ada wang banyak, orang kampung, tidak berpelajaran tinggi atau boleh dikatakan "kasta rendah" yang terus setia bersama UMNO kerana percaya kepada perjuangan parti keramat ini yang membela agama, bangsa dan tanah air mereka.

Mereka ini boleh saja pergi kepada Mahathir PPBM yang melambai-lambai dengan janji manis dan tawaran menarik tetapi mereka tunggu dalam parti yang digoncang bagai taufan melanda.

Berbeza dengan kepimpinan yang "berkasta tinggi", yang kebanyakannya hidup mewah berkereta besar, berumah besar dan mempunyai pelajaran tinggi dan atas sebab itu kebanyakan mereka terpilih sebagai pemimpin atasan yang diharapkan oleh golongan "kasta rendah" untuk memberi arahan dan jalan supaya susun atur perang melawan rejim Mahathir teratur dan mampu bertahan dengan serangan-serangan gila ketumbukan perang Firaun itu.

Malangnya apa yang terjadi hari ini memberi tamparan buat pemuda "kasta bawahan" bila keputusan KPUM menggesa supaya Presiden UMNO berehat dengan alasan memberi ruang kepada beliau untuk menghayati kes-kes yang sedang menghujani presiden itu.

Sebagai seorang ketua berlatarbelakang agama adalah sangat tidak wajar KPUM membuat keputusan itu yang seolah-olah mengakui bahawa presiden kita yang difitnah itu telah disahkan bersalah.

Kita juga tidak melihat KPUM dan barisan EXCO bersungguh dalam peperangan dengan kerajaan zalim Mahathir sebaliknya lebih kepada seronok menyerang kepimpinan sendiri dan berlagak menjadai hero dalam reban.

Kita nak maklumkan KPUM bahawa ramai dikalangan orang kita yang tak mampu untuk mengisi minyak dan membayar tol berulang alik ke mahkamah Putrajaya tetapi dalam hati mereka membuak semangat untuk mempertahankan presiden dan mantan presiden serta kepimpinan yang lain yang difitnah dan diserang bertalu-talu menggunakan undang-undang acuan Mahathir.

Jadi janganlah KPUM mematahkan semangat mereka.

Kalau KPUM tak suka saya rasa ramai yang bersetuju KPUM angkat kaki sahaja kerana ada ramai lagi ahli yang berdaftar sanggup mempertahankan presiden selagi belia tidak didapati bersalah.

Jika ada perancangan halus untuk mencari tempat, kedudukan dan kuasa baru jangan gunakan kuasa sebagai KPUM tanpa merujuk kepada ahli parti yang masih setia di seluruh negara ini.

Tulisan saya ini adalah datang dari diri saya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiap adan saya percaya bahawa ramai lagi ahli UMNO khasnya pemuda yang setia kepada parti dan pimpinannya yang sanggup mempertahankan presiden selagi mahkamah belum memtuskan beliau bersalah.

Saya mencadangkan agar KPUM dan mana-mana pemuda yang tidak mampu mempertahankan presiden agar berundur secara terhormat dan carilah kedudukan yang sesuai dengan kasta kalian.

UMNO ini sudah penat dengan sikap pemimpin yang mengambil kesempatan bila ahli-ahlinya disuruh memukul palu memanggil orang kampung berjuang tetapi malangnya ketuanya membongkang tidur tak sedar diri.

-------------

Tun Faisal Ismail Aziz | Malangnya UMNO dan Presiden kerana Pemuda bukan benteng yang waja. Itu hanya skrip dalam lagu saja.

Prinsipnya - kita sebagai pembangkang wajar menolak dan menyelar pendakwaan berpilih dan bermotifkan politik terhadap Presiden.Kita juga sebagai pembangkang wajar mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman kerajaan kerana membuat pendakwaan sebelum siasatan.

Sepatutnya itu nada Pemuda UMNO. Meminta Presiden berehat, bercuti bermaksud Pemuda akur dengan tindakan zalim kerajaan. Sepatutnya Pemuda kena berani ke hadapan dan lawan.

Lebih baik Lokman Noor Bin Adam, Isham Jalil dan Ketua Puteri UMNO lagi. Mereka faham konteks pendakwaan terhadap Presiden dan mereka bertindak melawan.

Pemuda pula lesu dan akur. Pemuda UMNO patut pergi berkursus dengan AMK dan Hishammuddin Rais dulu lah kalau macam ini lembiknya..

--------------

Hafizzulnaim Samsuddin | Ini lah pasalnya kalau geng marhaban lead PEMUDA. Seekor-ekor kenan Sajat. Tak garang langsung. Pi buat usrah kat masjidlah kalau macam itu. Tak pon meh sini teman starlight dahi tu kasi ada akal sket. Menyampah teman komer lembek cam pondanlah.. Cukuplah ketua Armada bunger yang cam aqua tu.. Ini dah berjangkit kat Pemuda UMNO. Mahacibai lu. - 25 Oktober 2018.

Akhirnya Di Parlimen Lim Guan Eng Jawab Hutang Rasmi Kerajaan RM686b. - Najib Razak.

NAJIB RAZAK | Semalam (23 Oktober 2018), Menteri Kewangan telah memberi jawapan bertulis kepada ahli parlimen mengenai hutang kerajaan.

Jawapan beliau adalah berikut:

1. Hutang rasmi kekal pada RM686 bilion. Jumlah RM1 trilion yang tak lekang di bibirnya adalah termasuk pembayaran pajakan sehingga tahun 2045!

Apa kata anda masukkan sekali kesemua bayaran pajakan dan perjanjian sewaan sehingga tahun 2100, Tentu propaganda hutang negara boleh naik sehingga RM2 trilion ataupun RM3 trilion. Lebih sedap didengar berbanding RM1 trilion.

2. Kerajaan telah mengeluarkan RM87.5 bilion hutang baru dari Januari hingga September. Berdasarkan laporan BNM, jumlah keseluruhan hutang pada penghujung Mac 2018 ialah RM705 bilion atau peningkatan RM19 bilion memandangkan hutang rasmi kerajaan kekal pada RM686 bilion pada penghujung 2017.

Ini bermakna kerajaan baharu telah meminjam sehingga RM60 bilion lagi hutang baharu sejak mereka ambil alih pentadbiran.

3. Jawapan Guan Eng juga mengesahkan bahawa tahap hutang kerajaan BN bagi tempoh 10 tahun hanya meningkat daripada 49.8 peratus pada 2010 kepada 50.8 peratus pada 2017.

Malah, peningkatan ini turut disifatkan Guan Eng sebagai dasar kitaran balas (counter cylical), termasuk pakej rangsangan RM67 bilion, bermakna kerajaan BN telah ambil langkah langkah wajar untuk meminjam dan berbelanja bagi menyelamatkan negara dari terjerumus ke dalam kemeseletan.

Disebalik segala propaganda dan putarbelit serta penipuan di luar parlimen untuk memburukkan kerajaan lalu, apabila di Parlimen, mereka dikehendaki bercakap benar.

Ini jawapan rasmi bertulis parlimen. Boleh baca.




----------------------

Demi menyedapkan hati dan untuk menagih secebis sorakan dari pemuja hutang RM1 trilion rekaan PH, kita jangkakan Menteri Kewangan akan jawab, biarpun pajakan ialah hingga 2045, ia tetap perlu dibayar. Oleh itu, ia tetap dikira sebagai hutang.


Sebelum dia jawab esok saya bagi tips sikit.

Ingat! Internet tak pernah lupa dan Guan Eng memang suka bongkarkan Guan Eng.

Hari itu di bawah desakan saya, Guan Eng sendiri sudah mengesahkan peranan kerajaan pusat yang menolong Pulau Pinang mengurangkan hutang kerajaan negeri sebanyak 90%.

Saya dedahkan sedikit lagi.

Hutang kerajaan Pulau Pinang ketika itu berjumlah RM655.4 juta dirasionalisasikan (atau diserap) oleh kerajaan persekutuan pimpinan saya di mana kerajaan negeri membayar (pajakan) secara runcit setiap tahun bagi tempoh 45 tahun.

Pada 1 Jun 2011, Guan Eng sendiri menulis mengenai pajakan aset air Pulau Pinang selama 45 tahun di mana kerajaan negeri perlu membayar sewaan RM14.56 juta setahun selama tempoh itu.

https://limguaneng.com/…/historic-water-restructuring-agre…/

Namun selepas rasionalisasi itu, Guan Eng berulangkali menyebut kononnya kerajaan negeri pimpinannya berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 90 peratus apabila mengenepikan pajakan 45 tahun itu.

Nampak sangat bahawa pajakan hanya dikira sebagai hutang apabila mahu memburukkan kerajaan BN dan mengelak dari menunaikan janji manifesto tetapi ia TIDAK dikira sebagai hutang jika dia mahu memuji diri sendiri.

Bukankah pajakan yang dibuat kerajaan Pulau Pinang untuk aset air selama 45 tahun itu juga hutang sebagaimana perkiraan Guan Eng kini?

Bak kata sebuah iklan, saya tiada masa untuk pening kepala. - 25 Oktober 2018.

#RinduZamanMahathir, Ini Luahan Zam Yahaya.

ZAM YAHAYA | Tahun 1998 di mana tahun kemuncak krisis ekonomi, saya meraikan hari lahir Nadya yang ke-3 tahun dengan hanya 5 beranak. Ali ketika itu berusia dua tahun dan Aisha hanya dua bulan. Saya baru sahaja berhenti kerja sebagai Pengurus Bendahari di sebuah institusi kewangan dengan cubaan menyelamatkan perniagaan bowling saya tetapi, ia musnah tidak lama selepas itu.
Gambar - Zam Yahaya
Akhirnya, saya belajar membuat dan menjual biskut dengan bantuan orang gaji saya dari Pattani dan Indonesia yang ketika itu mereka tidak mahu pulang ke negara masing-masing walaupun sudah beberapa bulan saya tidak membayar gaji mereka disebabkan keadaan yang sangat terdesak.
 

Kesusahan mencari pendapatan berlangsung selama setahun sebelum saya mendapat pekerjaan dalam Capital Market pada awal tahun 2000. Kemudian, mengalami kemelesetan ekonomi sebanyak tiga kali di bawah pemerintahan Mahathir. Saya hilang pekerjaan buat kali kedua dan terpaksa sekali lagi meletakkan jawatan selepas kemelesetan ekonomi kali ketiga. Institusi kewangan tempat saya bekerja itu seperti berada di ambang kejatuhan dan tiada cara dapat diselamatkan.
 

Ia betul-betul menyakitkan buat kali kedua ia terjadi memandangkan saya perlu menyara tiga orang anak. Saya boleh memberitahu apa yang berlaku dan kenapa sistem kewangan negara kita meruntuhkan seluruh kewangan negara ini. Saya boleh bercerita seperti sebuah buku. Pendek kata, ia disebabkan oleh dasar ekonomi kapitalisma yang diamalkan oleh Mahathir dan kroninya yang menjadi punca utama ekonomi negara berdepan dengan krisis kewangan yang terbesar.
 

Tetapi, dengan cara negara kita ditadbir sekarang ini, mungkin keinginan dan kehendak kalian akan tercapai dalam masa satu atau dua tahun ini.
 

Jadi, Saya berharap saya salah. Betul-betul berharap ia salah. - 25 Oktober 2018.

Terjemahan : SuaraTV
Asal : Zam Yahaya 

Wikileaks & Wikipedia Pun Tak Reti Bezakan, Lokman Adam Jadi Bahan Troll Di Sosmed.

SOSMED | Ini gara-gara tindakan Lokman Noor Adam yang memuatnaik satu gambar kononnya pendedahan mengenai kekayaan Tun Mahathir.

Di post itu Lokman menulis, "Wow, Wikileaks mendedahkan bahawa Tun Mahathir Ketua Negara nombor 2 terkaya di dunia selepas Hosni Mubarak. Nilai bersih kekayaan USD 44 billion tu. Patutlah anak dia semua billionaire," katanya. 

Bagaimanapun apa yang membuatkan Lokman Adam termalu sendiri apabila di bahagian atas gambar yang dikongsikannya tertera pautan asal dimana gambar itu diambilnya yakni dari laman Wikipedia, satu portal yang boleh diedit oleh sesiapa sahaja yang memperolehi akses selepas mendaftar dengan mudah. 

Lokman Noor Adam terkantoi disitu dan posting itu nampaknya tidak lagi kelihatan berada di Facebooknya.

Beberapa pihak yang menyedari tentang kesilapan Lokman Noor Adam itu kemudiannya dengan segera merakam bukti dengan menangkaplayar post tersebut. Antaranya Effa Amran.

Effa Amran di kicauan itu berkata, "Bila kerja kau asyik fitnah orang, Wikileaks dengan Wikipedua pun tak kenal.. 

Wikipedia ini boleh edit tau tuan-tuan dan puan-puan," ciapnya seperti nada menyindir.


Ini bukan kali pertama Lokman menyebarkan fitnah. Awal bulan ini Lokman Adam pernah menyebarkan fitnah dimana beliau mendakwa menerima maklumat satu portal berita terkemuka di Singapura telah mendapat berita mengenai seorang lelaki Indonesia yang diliwat Anwar Ibrahim.

Lokman bagaimanapun memadamkan kenyataannya itu selepas berkata tersilap menerima maklumat. 

Bagaimanapun selepas laporan polis dibuat, beliau dengan angkuhnya mencabar kerajaan untuk tidak mengamalkan undang-undang rimba dan tidak gentar disiasat seolah-olahnya berada di pihak yang benar. Aneh bukan? ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. - 25 Oktober 2018.

Terima Kasih Mahathir Kerana Tunaikan Janji 20% Royalti Untuk Kelantan - Nik Abduh.

BERNAMA | AHLI Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kerana mengotakan janji untuk memberi royalti petroleum kepada Kelantan.

Nik Abduh berkata perkara itu berada di luar jangkaannya memandangkan kerajaan negeri itu telah dinafikan hak sejak sekian lama.

“Saya pernah berjumpa dengan Tun Abdullah (Ahmad Badawi) dan Yang Berhormat dari Pekan dan mereka masih bersetuju bahawa Kelantan tidak ada hak ke atas royalti tersebut yang diperjuangkan oleh PAS.

“Agak susah untuk dua perdana menteri membuka kunci besar yang telah dikunci oleh YB Langkawi. Tetapi takdir Allah bahawa​​​​​​ kunci yang begitu kukuh itu akhirnya Allah hantar YB Langkawi semula untuk membukanya. Itu takdir yang tak mampu saya fikirkan sebelum ini.

“Oleh itu, saya nak ucap terima kasih kepada YB Langkawi,”
katanya dalam perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 pada persidangan Dewan Rakyat semalam.




Beliau turut mengakui pernah bersifat pesimis terhadap Dr Mahathir serta janji yang dibuat dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya lalu untuk memberi royalti petroleum sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak di negara ini.

Nik Abduh yang juga Anggota Jawatankuasa PAS Pusat berkata kesungguhan yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir itu dipuji berikutan Kelantan tidak menerima royalti minyak sebaliknya menerima wang ehsan sejak 2010. - 25 Oktober 2018.

Lokman Adam Bangsatkan Dr Asyraf Wajdi Dusuki Kerana Minta Zahid Hamidi Bercuti Sebagai Presiden.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PERGOLAKAN mula tercetus dalam Umno apabila Ahli Majlis Tertinggi Lokman Noor Adam secara terbuka mengecam Ketua Pemuda Dr Asyraf Wajdi Dusuki kerana meminta Presiden Ahmad Zahid Hamidi berehat sementara menunggu perbicaraan jenayah terhadapnya selesai.


Menjawab kenyataan Asyraf hari ini, Lokman berkata beliau kecewa dengan sayap Pemuda yang berani mencadangkan Zahid berehat daripada menjalankan tugas-tugas presiden sehingga perbicaraan 45 pertuduhan jenayah ke atasnya selesai.

“Pemuda Umno di bawah pimpinan Asyraf sepatutnya jadi kepala mempertahankan Islam, mempertahankan keistimewaan hak Melayu, mempertahankan agenda Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan mempertahankan Yang Di-Pertuan Agong, tapi malangnya hari ini, apabila presiden kita sudah ditindas, sudah ditekan oleh pemerintah oleh (Dr) Mahathir, tekanan, kita pula jadi bangsat, tekan dan minta presiden kita bercuti,” Lokman dalam sebuah video yang dimuatnaik di Facebook malam ini.

“Saya nak tanya agenda siapa ni, Asyraf? Apa yang kamu fikir, apa yang kamu nampak?”

Lokman juga berkata beliau bersedia meletak jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi untuk mencabar Asyraf dalam pemilihan semula ketua Pemuda.

“Saya cabar kamu untuk letak jawatan dan buat pemilihan semula. Saya akan letak jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi dan saya akan lawan kamu sebagai ketua Pemuda Umno,” kata Lokman lagi.

Lokman menjadi pembela kuat Najib sejak kejatuhan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan seringkali menggerakan ahli parti untuk menunjukkan sokongan apabila Najib disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan di mahkamah ketika dibicarakan.

Najib kini berdepan 38 pertuduhan kerana salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1Malaysia Development Berhad serta dana kerajaan lain.

Zahid pula berdepan 45 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi dan menerima suapan projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Lokman yang kalah bertanding Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis itu juga berkata Asyraf “dibutakan dengan penipuan Pakatan Harapan” jika beliau tidak boleh melihat bagaimana Zahid dianiaya.

“Kalau ada pemimpin Umno yang masih lagi tidak boleh nampak bahawa apa yang dilakukan ke atas Najib (Razak) dan apa yang dituduh kepada Zahid, masih tak nampak ia masih penganiayaan, lebih baik bunuh diri, maksudnya ini metafora, jangan butakan mata.

“Malangnya, ketua Pemuda Umno yang sepatutnya hari ini duduk di barisan hadapan memperjuangkan nasib rakyat yang ditipu Pakatan Harapan.” - 25 Oktober 2018.

Khamis, 25 Oktober 2018

Mansuhkan Tol Bukannya Satu Mimpi - Faris Jamalludin.

FARIS JAMALLUDIN FJ | Ada tok menteri tu kata memansuhkan tol adalah satu mimpi. Rakyat ramai marah dan tok menteri tarik balik kenyataan yang kedengaran angkuh dan takbur itu. Kata tok menteri dia tak berniat. Entahle. Kata dia keadaan kewangan tak bagus. Pelik jugak sebelum ni depa kata negara nak bankrap tapi boleh pulak tutup 10 tol dan siap buat highway tak dak tol lagi. Haaa lagu manaaaa tu?

Yelah sebelum depa memerintah dah ada pemerintah lain yang memansuhkan tol, dan buat projek lebuhraya tanpa tol dan walaupun orang nampak tak signifikan tapi masih memberi kebaikan pada rakyat jelata.

Sebenarnya pemansuhan tol bagi lebuh raya dan pembinaan lebuh raya tanpa tol ni pernah jadi realiti dalam negara kita yang indah dan permai ini.

Dizaman PM-PM yang diterajui Tun Razak, JKR bersama-sama Angkatan Tentera menggembleng tenaga membina Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Perak dan Kelantan. Ini projek mega era 70an yang mana ekonomi Malaysia masa tu pun baru nak naik. Ya tuan-tuan, lebuh raya yang menghubungkan Gerik dan Gua Musang, merentasi Tasik Banding ini dibina tanpa ada tol dan sampai sekarang pengguna JRTB ini masih tidak dikenakan tol.

Mungkin generasi KAMI (sekadar meminjam terma yang ditetapkan oleh Nome Nozwir) tak berapa tahu sangat pasal JRTB ni sebab ia cerita zaman komunis. Tapi itulah, ramai jugak yang tak tahu bagaimana PAS selepas mereka memenangi pilihanraya umum di Terengganu pada tahun 1999 mengotakan janji memansuhkan tol Jambatan Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Literally "hari ni kahwin esok dapat anak". Selepas 9 tahun, Jambatan Sultan Mahmud yang dibina ketika era PM4 pada tahun 1990 mengutip RM0.50 bagi setiap kenderaan akhirnya dimansuhkan bila PAS menang pada tahun 1999 dan kekal tak dak tol sampailah sekarang.

In fact kan, dalam kekalutan pentadbiran PM6 yang orang kata hutang negara billiun trilliun tu pun sempat tutup 8 tol seluruh negara dan tak letakkan tol pada Lebuh Raya Pan Borneo serta jambatan2 di Sarawak.

Aneh. Patutnya pemerintah sekarang kenalah lagi berganda2 jadi champion rakyat, lawan rekod parti PAS yang janji hari ni menang esok tutup 1 tol jambatan pada tahun 1999 dan overtake parti BN yang dah ada rekod memansuhkan sehingga 10 tol lebuhraya dan jambatan seluruh negara termasuk bina satu lebuh raya Pan Borneo tanpa tol langsung sejak tahun 2010. PH takdok lagi rekod mansuhkan tol. Haaaa cer cube cer cube.

Nak kata ekonomi tak bagus, kan kita dah terselamat dari hutang triliun ringgit bila peralihan tampuk kuasa berlaku pada PRU14 hari tu dan pulak laporan suku pertama RMK11 di parlimen tempoh hari menyebut hutang nasional pada aras 700 billiun kurang lebih je. Takkan la mansuh tol Jambatan Penang dan tol Simpang Renggam sebagai permulaan pun tak mampu ye dak? The nation economy is on the right track kan. Should be doable lah. Lagipun keutamaan kan untuk rakyat.

Hmmm.. entahlah.

Tapi itulah, belum apa-apa tok menteri cakap hanya mimpi rakyat. Damn son. Gila tak juara rakyat. Mahamenteri lagilah kata impossible to do so.

Takpalah, marilah kita berhuhu.

Masih rasa memansuhkan tol jambatan dan lebuhraya sebagai mimpi? Mungkin untuk pemerintah yang mentadbir negara ala multinational corporate company memanglah depa akan kata mustahil, susah, dan bla bla bla lagi. Ade je alasan depa.

Jadi marilah kita tidur sambil tempek sticker RFID kat dahi sempena memansuhkan tol itu hanya dalam mimpi sekelian rakyat jelata. Tapi sementara tu kita bacalah kisah tol yang dah dimansuh sebelum dimana ia bukan mimpi.

SIC SEMPER TYRANNIS

http://www.astroawani.com/…/mansuh-tol-terpulang-kepada-rak…

http://www.sinarharian.com.my/…/lebuh-raya-pan-borneo-di-sa…

http://dppkd.tripod.com/berita/tol.htm

https://www.utusanborneo.com.my/…/kerja-roboh-kaunter-tol-l…

https://m.malaysiakini.com/news/164312

https://careta.my/…/kutipan-tol-di-empat-plaza-tol-dimansuh…

https://www.bharian.com.my/…/tiada-tol-di-lebuhraya-perseku…

https://www.bharian.com.my/…/tol-batu-tiga-sungai-rasau-ber…

Ratifikasi ICERD & Implikasinya Ke Atas Status Bumiputera - Mohamad Jamalee.

Mohamad Jamalee | Rakan-rakan bertanya ICERD ni apakebende?

ICERD adalah akronim untuk International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination.

Secara permukaan, sudah semestinya nampak baik. Apa-apa saja berkenaan diskriminasi dan ketidak-adilan, kita tidak akan persetujui. Saya secara peribadi juga tidak bersetuju bab diskriminasi.

Tetapi untuk mewarnakan Perlembagaan Malaysia dalam warna diskriminasi adalah tidak tepat. Perlembagaan Malaysia adalah suatu bentuk tolak-ansur dan social compromise berdasarkan nilai-nilai sejarah, agama, sosio-ekonomi dan sosio-budaya yang melahirkan sebuah negara baru bernama Malaysia.



Mari kita lihat antara implikasi ICERD ni:

The International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD) PART I


Article 2

2. States Parties shall, when the circumstances so warrant, take, in the social, economic, cultural and other fields, special and concrete measures to ensure the adequate development and protection of certain racial groups or individuals belonging to them, for the purpose of guaranteeing them the full and equal enjoyment of human rights and fundamental freedoms. These measures shall in no case en tail as a con sequence the maintenance of unequal or separate rights for different racial groups after the objectives for which they were taken have been achieved.


Rujuk: https://www.ohchr.org/…/professionalinterest/pages/cerd.aspx

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Tidak boleh ada 'keistimewaan' mana-mana individu/kaum diatas individu/kaum yang lain.

MARA, MRSM, Rejimen Askar Diraja Malaysia malah apa-apa badan Islam boleh jatuh di bawah definisi "Diskriminasi" ini tadi. Walhal dari awal ia terbentuk dan dibentuk, kesemua di atas adalah sebahagian dari 'social compromise' yang dipersetujui BERSAMA-SAMA.


Dan bukan itu saja. Mari kita lihat klausa-klausa lain yang bakal dibawa bersama ICERD ini:

The Universal Declaration of Human Rights (UDHR)

Article 18.

Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance.


Rujuk: http://www.un.org/en/universal-declaration-human-rights/

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Setiap manusia adalah berhak dalam hak kebebasan beragama dan menukar agamanya.


Convention on the Rights of the Child(CRC)

Article 14

1. States Parties shall respect the right of the child to freedom of thought, conscience and religion.


Rujuk: https://www.ohchr.org/en/professionalinterest/pages/crc.aspx

Kesimpulan mudah faham syor tersebut: Anak-anak mempunyai hak untuk memilih agamanya dan ibu bapa perlu hormati hak tersebut.

Bukankah ini sepatutnya menjadi kerisauan anda serta generasi akan datang?

Ya, pemulanya boleh kata tak akan sentuh artikel-artikel dalam perlembagaan seperti Perkara 153 dan Perkara 3. Tapi sejujurnya sekelumit saya tidak percaya.

Awalnya mungkin takkan sentuh sebab tak nak dijadikan isu atau buat orang Islam dan Melayu marah. Tapi pada tahun-tahun akan datang bagaimana? Bagaimana jika timbul sekali lagi kes-kes rebut anak?

Memeterai perjanjian ini dengan mengatakan takkan sentuh perkara-perkara tentang Melayu dan Islam adalah SAMA SEPERTI mengatakan anda buka tudung saji tapi tak mahu makan. - 25 Oktober 2018.

Media Dilarang Menyatakan "Najib Bersalah" Kerana Perintah Tegah Siar Sementara, PRO BN Bersiap Nak Lapor Polis.

LAPORAN | Tan Sri Shafee Abdullah hari ini memperolehi PERINTAH TEGAH SIAR SEMENTARA dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ini berhubung tentang pernyataan-pernyataan yang dibuat oleh sesiapa sahaja dengan menggunakan ruang media, seperti ayat 'Najib bersalah' sedangkan proses perbicaraan masih berlangsung.

Di kumpulan WhatsApp pro Barisan Nasional pula, mereka telah bersiap sedia untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang cuba 'menghukum' dan dianggap memberikan penilaian tidak adil ke atas Najib.



Menurut viral WhatsApp yang tersebar itu, pro Barisan Nasional beranggapan ruang media itu termasuklah;

1. Media digital - TV, portal, aplikasi, blog dan sewaktu dengannya.

2. Media tradisional - surat khabar, radio, poster, dan sewaktu dengannya.

3. Media sosial - Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp, Telegram, YouTube, WeChat dan sewaktu dengannya.

Berdasarkan kenyataan Tan Sri Shafee Abdullah kepada pihak media, perkataan seperti "sesiapa sahaja tidak dibenarkan", "orang awam tidak boleh membincangkan dan mengeluarkan kenyataan secara prejudis", "apa sahaja jenis media", "membuat komen (respon)", "untuk menghentikan sesiapa sahaja berbuat komen seperti itu (Najib bersalah)," ada disebutkan tetapi perinciannya tidak dilaporkan secara jelas.

Pihak kami berharap ada wakil peguam yang boleh menghurai lanjut berhubung PERINTAH TEGAH SIAR SEMENTARA ini dengan tujuan untuk pencerahan kepada semua pihak.

Dan berikut merupakan laporan penuh;


FREE MALAYSIA TODAY | Peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah yang mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam pertuduhan menyalahgunakan jawatan dan pecah amanah, mempertahankan perintah tegah siar sementara yang diperolehnya dari Mahkamah Tinggi hari ini.

Beliau berkata perintah itu untuk menjaga “integriti” kes jenayah daripada kenyataan umum terhadap Najib sebelum perbicaraan bermula.

“Matlamat utama adalah untuk menghentikan sesiapa sahaja daripada membuat kenyataan di media yang dilihat sebagai tidak adil kepada Najib.

“Kenyataan seperti ‘Najib bersalah’ atau ‘Najib tidak bersalah’ tidak patut dibuat,”
katanya, selepas mengiringi Najib membayar jaminan bagi 4 pertuduhan terhadapnya.

Bagaimanapun, Shafee berkata, perintah itu tidak termasuk pelaporan berita mengenai prosiding mahkamah kerana mahkamah terbuka kepada orang ramai.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah tegah siar sementara yang diminta Shafee terhadap media daripada membincangkan merit kes itu.

Shafee berkata, “Kami mempunyai pembelaan yang baik dan anda akan melihat apabila perbicaraan bermula.”

Perbicaraan Najib dijangka bermula pada Januari 2019.

Ditanya sama ada beliau menjangkakan lebih banyak pertuduhan terhadap Najib, peguam itu yang mempunyai pengalaman luas dalam kes jenayah dan sivil, berkata: “Saya membiarkannya berlegar dalam imaginasi anda mengenai mengapa pihak berkuasa tidak mendakwanya bagi isu yang lebih besar, 1MDB”.

Hari ini, Peguam Negara Tommy Thomas tidak dapat menjelaskan sama ada lebih banyak tuduhan akan dikenakan terhadap Najib.

“Tidak dinafikan terdapat lebih banyak kertas siasatan oleh SPRM,” katanya, merujuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sementara itu, Shafee mengkritik bekas peguam negara, Tan Sri Gani Patail, yang mengetuai pasukan petugas khas 1MDB, yang mengeluarkan kenyataan bahawa Najib ditangkap.

“Saya tidak tahu apa yang dilakukan pasukan petugas khas itu. Dan ia kelihatan seperti mereka memberi nasihat kepada peguam negara dalam melaksanakan budi bicaranya,” katanya.

Beliau menambah, “ini adalah satu keadaan yang saya bersetuju dengan kenyataan Majlis Peguam mengenai Najib.”

Semalam, Presiden Majlis Peguam George Varughese mengkritik pasukan petugas 1MDB yang mengeluarkan kenyataan mengenai penangkapan Najib di rumahnya. 


Varughese berkata pasukan itu tidak mempunyai kedudukan undang-undang sama ada untuk menangkap Najib atau memutuskan sama ada Najib didakwa ataupun tidak. - 25 Oktober 2018.
 

Ahli Parlimen Pembangkang Geram Wakil Menteri Tak Pandai Jawab Soalan Di Parlimen.

BERITA HARIAN | Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘panas’ apabila wakil pembangkang mempertikaikan ketiadaan wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menjawab soalan.

Kekecohan bermula apabila wakil pembangkang tidak puas hati kerana Menteri Dalam Negeri dan timbalannya tidak ada dalam dewan ketika menjawab soalan nombor 13 daripada Ali Biju (PH-PKR Seratok).


Ali meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah status dan perancangan pihak KDN dengan keperluan pembinaan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Saratok yang baharu bagi menggantikan IPD sekarang yang telah beroperasi sejak tahun 1954.

Soalan asal itu dijawab oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Mohd Radzi Md Jidin, mewakili KDN.

Wakil pembangkang tidak puas hati apabila Mohd Radzi gagal menjawab soalan tambahan Ali dengan menjanjikan jawapan bertulis.

Ini menyebabkan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-MCA Ayer Hitam) bangun menggunakan Peraturan Mesyuarat mempertikaikan tindakan itu.

Katanya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan beliau memahami jika Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak dapat hadir kerana kemungkinan sedang mendapatkan rawatan kesihatan.

Bagaimanapun, difahamkan Muhyiddin ada majlis lain di Putrajaya pagi tadi.

Ka Siong berkata sepatutnya Timbalan Menteri Dalam Negeri (Datuk Mohd Azis Jamman) hadir untuk menjawab soalan yang berbentuk spesifik itu.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon bagaimanapun menyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan mengeluarkan arahan berhubung perkara itu.

Keadaan bertambah ‘panas’ apabila Mohd Radzi juga gagal menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-UMNO Bagan Datuk) berhubung pertukaran tanah untuk membina kemudahan anggota polis, sebaliknya menjanjikan jawapan bertulis.

Ka Siong dalam sidang media di lobi Parlimen kemudian berkata ia tidak pernah berlaku ketika pentadbiran BN.

“Seingat saya, pada zaman BN, jika ada yang berlaku hanya membabitkan menteri dalam kementerian yang sama seperti di Jabatan Perdana Menteri menjawab bagi pihak menteri dalam jabatan yang sama,” katanya.

Beliau turut membangkitkan masalah ketidakhadiran Menteri dan Timbalan Menteri pada persidangan kali ini yang bukan saja pada waktu sesi soal jawab tetapi ketika sesi perbahasan.

“Semalam empat kali kita ambil gambar ruang sebelah sana (tempat duduk Menteri dan Timbalan Menteri) semuanya kosong,” katanya.

Rashid yang ditemui di lobi Parlimen menyatakan peraturan Majlis Mesyuarat 24 (1) membenarkan mana-mana Menteri menjawab soalan yang dikemukakan ahli Parlimen.

“Saya ingin menasihatkan pihak Menteri supaya lebih berdisiplin, sebagaimana diatur, kalau tidak dapat hadir pastikan digantikan dengan Timbalan Menteri.

“Kehadiran di Dewan Rakyat ini perlu menjadi keutamaan atau jika ada tugasan lain ia perlu diaturkan sebaiknya,”
katanya. - 25 Oktober 2018.

Tiga Wakil Rakyat UMNO Akan Dilantik Jadi Menteri - MSO.

SPEKULASI | Blogger pro Amanah, Mohd Sayuti Omar mendedahkan tiga wakil rakyat UMNO dipercayai akan dilantik sebagai menteri oleh Tun Mahathir.

Perkara itu katanya sedang dalam perbincangan dimana ketiga-tiganya akan keluar UMNO dan menyertai BERSATU dan selepas itu berkemungkinan untuk dilantik sebagai menteri.

Kata perlantikan itu perlu bagi menguatkan barisan kabinet Tun Mahathir yang dilihat masih belum kukuh. Katanya lagi, Anwar juga akan dibawa masuk ke dalam kabinet dalam penstukturan semula barisan kabinet Tun Mahathir.


Mahathir sebelum ini dilaporkan hanya memberikan markah 40% hingga 50% kepada barisan kabinetnya berhubung prestasi menteri-menteri Malaysia.

Berikut apa yang dinukilkan oleh Mohd Sayuti Omar di Facebooknya pagi tadi;

"TIGA WAKIL RAKYAT UMNO BAKAL DILANTIK MENTERI?

Sekurang-kurang tiga wakil rakyat Umno diketahui akan bergabung dengan parti Bersatu. Bila belum ditetapkan dan usaha ke arah itu sedang dilakukan secara insentif.

Penyertaan mereka katanya atas jemputan special daripada Dr Mahathir Mohamad.

Mereka katanya akan dipertimbangkan untuk dilantik menjadi menteri.

Dr Mahathir diberitakan juga memerlukan penyertaan mereka bagi membantu memperkuatkan kabinetnya yang kini dianggap belum mantap. Kenyataan beliau yang dipetik mahu agar menteri disekolahkan ada kaitan dengan ura-ura itu.

Dalam pada itu dipercayai penyertaan mereka akan bersekali dengan kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam kabinet Dr Mahathir. Tunggu ulasan selanjut selepas makan nasi Manggie. Sila jengok blog Merah Tinta. Trims,"
katanya dalam satu kenyataan. - 25 Oktober 2018.

Walaupun Dicerca Dan Difitnah, Kerajaan Akan Tetap Bantu PAS Kelantan Bayar Gaji Kakitangannya - Lim Guan Eng.

LIM GUAN ENG | Kerajaan Negeri Kelantan masih berhutang sebanyak RM 1,460.7 Juta dengan Kerajaan Persekutuan pada 30 September 2018, dengan tunggakan hutang sebanyak RM 478.6 Juta, di mana pembayaran balik jumlah ini juga lewat dari yang dijadualkan. 

Hutang RM1,460.7 Juta kepada Kerajaan Persekutuan hanyalah hutang untuk pembangunan dan infrastruktur. Ini tidak mengambil kira Pendahuluan untuk perbelanjaan pengurusan yang merupakan bantuan kewangan tambahan oleh Kerajaan Persekutuan untuk membayar gaji/emolumen kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan dan kos operasi.
Lim Guan Eng
Kerajaan Negeri Kelantan telah mendapat pinjaman tambahan daripada Kerajaan Persekutuan dalam bentuk Pendahuluan untuk membiayai kos membayar gaji/emolumen dan kos operasi ini. Ini diakui sendiri oleh Kerajaan Negeri Kelantan dalam beberapa surat rasmi kepada Kementerian Kewangan. 

Seperti yang semua sedia maklum, Kelantan adalah penerima dan penghutang terbesar dana Pendahuluan. Perlu ditegaskan, hanya sebilangan kecil Kerajaan Negeri sahaja yang memohon dana Pendahuluan untuk bayaran gaji/emolumen dan kos pengurusan. 

Negeri-negeri seperti Selangor, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang tidak pernah meminjam dana Pendahuluan kerana mereka tidak ada masalah membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan negeri. Pada 30 September 2018 dana Pendahuluan yang dihutang oleh Kelantan ialah RM404.4 Juta, yang masih belum dibayar. 

Dengan kata lain, jumlah keseluruhan hutang Kelantan Negeri Kelantan, mencakupi hutang pembangunan dan hutang pengurusan sebenarnya ialah RM1,865.2 Juta. Perlu diingatkan bahawa jumlah hutang sebanyak RM1,865.2 Juta ini adalah bantuan tambahan di samping pemberian per kapita dan jalan yang telah diberikan kepada Kerajaan Negeri Kelantan sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

Saya terkejut ada barisan kepimpinan PAS yang tidak faham perbezaan di antara hutang untuk pembangunan dan untuk pengurusan. Begitu juga dengan mereka yang masih tidak mahu mengakui kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Kelantan yang begitu kritikal sehingga tidak mampu membayar gaji kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan. 

Kementerian Kewangan ingin membetulkan kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana Kerajaan Persekutuan tidak pernah menganggap permintaan bantuan kewangan untuk pembayaran gaji darpada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai permintaan sedekah. 

Sebaliknya, Kementerian Kewangan memberi perhatian yang serius terhadap permintaan bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri Kelantan untuk membayar gaji kakitangan kerajaan dan itulah sebabnya kelulusan dana diberikan. 

Dato’ Seri Hadi tidak harus menimbulkan prasangka jahat dan memainkan sentimen negatif terhadap Kerajaan Persekutuan lebih-lebih lagi kerana bantuan kewangan tetap dihulurkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan sebanyak RM22.5 Juta pada bulan Ogos untuk membayar gaji/emolumen kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Fakta, angka,dan rentetan peristiwa yang jelas menyatakan situasi sebenar di mana Kerajaan Negeri Kelantan terpaksa memohon untuk mendapatkan Pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan secara rasmi berulang-kali. 

Saya perlu ulangi bahawa bantuan kewangan untuk Kerajaan Negeri Kelantan membayar gaji/emolumen kakitangan kerajaan masih akan diluluskan meskipun dalam suasana dicerca oleh barisan kepimpinan PAS, dan juga ketika Kerajaan Persekutuan sedang berhadapan dengan pelbagai kekangan kewangan. 

Sama ada audit perlu dijalankan ke atas Kerajaan Negeri Kelantan, terpulanglah kepada Kerajaan Negeri kerana itu hak, tanggungjawab dan amanah masing-masing dan Kerajaan Persekutuan tidak akan campur tangan dalam urusan Kerajaan Negeri. 

Barisan kepimpinan PAS harus mengubah sikap dari memainkan fitnah jahat kepada pendekatan yang lebih profesional dan berdisiplin untuk mencari sumber-sumber hasil yang baru dan menarik minat pelabur untuk membangunkan ekonomi Negeri Kelantan. 

Angka dan fakta serta pengurusan profesional, bukannya sentimen dan fitnah jahat secara melulu, yang berupaya menyelamatkan sebuah negeri gagal yang tidak mampu membayar gaji/emolumen kakitangan Kerajaan Negeri. 

Sekiranya bantuan kewangan yang diberikan dibalas dengan makian, nescaya para pelabur pun keberatan hendak datang ke negeri Kelantan. 

Sayangi Malaysiaku! - 25 Oktober 2018.

Menjawab Dakwaan Kelantan Penghutang Terbesar & Gagal Bayar Pinjaman.

SHAYIR SULAIMAN | Menteri Kewangan Terkhilaf, Kelantan Bukan Peminjam Terbesar.

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Kewangan bertarikh 23 Oktober 2018 yang menyatakan Kerajaan Negeri Kelantan masih belum membayar balik pinjaman Pendahuluan sebanyak RM388 juta, yang menjadikan Kerajaan Negeri Kelantan penghutang terbesar pinjaman Pendahuluan sehingga 31 Disember 2017.

Namun, fakta dan angka yang terkandung di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017 menunjukkan statistik yang berbeza. Untuk makluman, penyata tahunan ini telah diserahkan oleh Akauntan Negara Malaysia kepada YB Menteri Kewangan melalui ‘Surat Penyampaian’ bertarikh 6 Ogos 2018 untuk dibentangkan di Parlimen.
Poster troll yang tersebar di sosmed
Di dalam Lampiran 3 Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017, terdapat perincian jumlah Pinjaman dan Pendahuluan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan seperti berikut:

a) Baki Pinjaman 2017 Mengikut Negeri (Lima Tertinggi), m/2 243.

i. Pahang RM3.06 bilion
ii. Sabah RM2.8 bilion
iii. Kedah RM2.6 bilion
iv. Sarawak RM2.5 bilion
v. Kelantan RM1.4 bilion

b) Baki Pendahuluan 2017 Mengikut Negeri (Lima Tertinggi), m/s 245.

i. Melaka RM414 juta
ii. Kelantan RM364 juta
iii. Perlis RM243 juta
iv. Pahang RM152 juta
v. Kedah RM147 juta

Ternyata Menteri Kewangan telah terkhilaf dalam meneliti fakta dan angka ini, apabila menyatakan Kelantan merupakan penghutang tertinggi pinjaman Pendahuluan bagi tahun 2017, sedangkan yang tercatat adalah negeri Melaka dengan jumlah RM414 juta.


Malah angka Pendahuluan Kerajaan Kelantan berjumlah RM388 juta yang disebut oleh Menteri Kewangan juga berbeza dengan angka RM364 juta yang tercatat di dalam Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017.

Persoalannya, adakah Menteri Kewangan tersilap merujuk fakta dan angka rasmi Kerajaan atau mengulangi kesilapan beliau yang sering tersilap titik perpuluhan.

Konsep Pinjaman Pendahuluan.

Perlu difahami bahawa pinjaman Pendahuluan ini adalah mekanisma biasa yang diambil oleh kerajaan mahupun syarikat, untuk menampung kekurangan aliran tunai (shortfall) bagi memenuhi komitmen pambayaran semasa, dengan jangkaan akan menerima hasil dalam masa akan datang. Ianya dipanggil ‘advancement’ atau ‘bridging-loan’ dalam pengurusan kewangan.

Malah dalam konteks Kerajaan Kelantan dan kerajaan Negeri yang lain, cabarannya adalah kekurangan aliran tunai (cashflow) untuk membuat pembayaran dalam tempoh 14 ke 30 hari dalam bulan tertentu, dengan jangkaan hasil (revenue) yang akan dipungut hanya akan diterima dalam tempoh lebih 30 hari. 

Inilah hasrat yang terkandung di dalam surat Kerajaan Negeri Kelantan bagi memohon pinjaman pendahuluan kepada Kerajaan Persekutuan. Situasi ini bukan hanya dialami oleh Kelantan, dan tidaklah boleh dikira sebagai lemah dalam menguruskan kewangan.

Kerajaan Persekutuan perlu menghormati dasar federalisme yang memberikan hak kepada Negeri dalam aspek peruntukan dan pinjaman kewangan, tanpa mempolitikkan tanggungjawab ini. 

Malah, semua pihak perlu menilai dengan adil tahap pengurusan, urustadbir, dan integriti yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Kelantan sejak tahun 1990, sehingga mampu bertahan dan melaksanakan 1001 program kebajikan kepada rakyat, dalam keadaan sumber hasil yang terhad, kekangan kewangan dan sekatan royalti oleh Kerajaan Persekutuan.

Jika situasi yang ditanggung Kelantan dihadapi oleh Kerajaan Negeri lain, belum tentu kerajaan tersebut boleh bertahan sehingga hari ini. Inilah fakta dan angka yang perlu difahami.

Syahir Sulaiman, Pengarah Strategi DPPM
24 Oktober 2018

Rabu, 24 Oktober 2018

Guan Eng Akauntan Cabuk, Ini Penjelasan Sebenar Mengenai Akaun Disatukan Naik 7 Kali Ganda.

SYAHIR | Bila akauntan cabuk dapat jadi Menteri Kewangan macam ni la jadinya.

Siapa tak kenal Lim Guan Eng yang memang terkenal dengan tabiatnya yang memanipulasi angka-angka kewangan kerajaan untuk mengaburi mata orang ramai terutamanya penyokong PH.

Masa jadi Ketua Menteri Penang dulu, yang selalu dia canang kononnya hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya dikurang 96% kerana kecekapan pengurusan kewangan kerajaan DAP sedangkan hutang itu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang mengambil alih juga aset pengurusan air Pulau Pinang.

Sekarang dah jadi Menteri Kewangan, tabiat hodoh menggembar gemburkan angka kewangan masih kekal malah lebih teruk.

Selepas jadi Menteri Kewangan, yang dia asyik ulang-ulang Kerajaan BN sebelum ini boros, belanja berlebihan sebelum pilihanraya umum untuk memancing undi sehingga wang di dalam Akaun Hasil Disatukan turun daripada RM11.86 billion kepada RM450 juta pada 30 April 2018 iaitu penurunan sejumlah RM11.41 billion atau 96%.

Bagi yang tak faham selok belok kewangan kerajaan mesti ada yang akan percaya, malah menganggap BN merompak RM11.41 billion tersebut.

Saudara Shahril Sufian Hamdan Naib Ketua Pemuda UMNO dah sekolahkan Menteri Cabuk Lim Guan Eng tadi dekat sini.



Saya nak sambung ulas lebih panjang sedikit, untuk mereka yang tak faham dan percaya bahawa apa yang Lim Guan Eng cakap itu benar iaitu BN telah membazir sebelum PRU.

Pertama kena faham apa itu Akaun Hasil Disatukan. Ia adalah sebuah akaun kerajaan yang merekodkan semua urusan hasil (masuk) dan perbelanjaan mengurus (keluar) Kerajaan Persekutuan. Hasil yang kerajaan kutip seperti cukai pendapatan, dulu GST, sekarang SST, royalti petroleum, dividen daripada Petronas, Khazanah, lesen, denda dan lain-lain semuanya dimasukkan ke dalam Akaun . Hasil Disatukan.

Perbelanjaan mengurus kerajaan macam emolumen seperti bayar gaji dan pencen penjawat awam dan pesara kerajaan, bayar faedah hutang kerajaan, beli barangan dan perkhidmatan untuk kerajaan, subsidi semuanya digunakan daripada Akaun Hasil Disatukan.

Setiap hujung tahun Akaun Hasil Disatukan akan ditutup dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan sejak 1996 baki Akaun Hasil Disatukan kekal tidak berubah sejumlah RM11,863,127,086 atau Ringgit Malaysia Sebelas Bilion Lapan Ratus Enam Puluh Tiga Juta, Seratus Dua Puluh Tujuh Ribu Lapan Puluh Enam. Tidak pernah kurang, tidak pernah lebih.

Setiap tahun sejak 1996, jumlah hasil kerajaan akan sentiasa melebihi perbelanjaan mengurus. Baki daripada hasil tolak perbelanjaan mengurus pula akan dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan untuk perbelanjaan pembangunan.

Sebab itu baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan kekal pada RM11.86 bilion setiap tahun sejak 1996.

Ini yang Lim Guan Eng tak nak anda semua tahu ataupun sebenarnya dia pun tak tahu.

Yang dia tahu nak tunjuk baki Akaun Hasil Disatukan jatuh, kemudian pekik terlolong kerajaan BN membazir sebelum pilihanraya.

Baki Akaun Hasil Disatukan yang "ditinggalkan" kerajaan BN RM450 juta yang kini sudah meningkat kepada RM3.7 bilion pada 31 Ogos 2018 bukanlah kerana kecekapan Lim Guan Eng ataupun Kerajaan Pakatan Harapan, tetapi kerana hasil yang memang pun akan akan dikutip oleh kerajaan tidak kiralah parti mana pun menjadi kerajaan.




Hasil kerajaan memang akan bertambah menjelang akhir tahun kerana pembayaran dividen daripada Petronas, kutipan cukai pendapatan korporat dan petroleum, royalti petroleum yang dibayar menjelang hujung tahun.

Hujung tahun 2018 ini baki Akaun Hasil Disatukan pasti akan kekal RM11.86 bilion seperti mana sejak 22 tahun yang lalu. Pada masa itu mari kita lihat sama ada Lim Guan Eng akan terus memperbodohkan orang ramai dengan mengambil kredit kenaikan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan.

Soal yang kedua benarkan Kerajaan BN membazir sebelum pilihanraya?

Perbelanjaan Kerajaan pada Januari - April 2018 berjumlah RM98.49 bilion berbanding RM89.08 bilion bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya (Januari - April 2017) iaitu peningkatan perbelanjaan sebanyak 10.6%.

Dalam masa yang sama, pada Januari - April 2018 kerajaan mengutip RM71.88 bilion berbanding RM61.96 bilion bagi Januari - April 2017 iaitu peningkatan kutipan hasil sebanyak 16%.

Kenaikan kutipan hasil 16%, kenaikan perbelanjaan 10.6%, apakah yang membazirnya? Lainlah kalau kenaikan perbelanjaan lebih tinggi daripada kutipan hasil.

Seperti mana yang saudara Shahril Sufian Hamdan cabar Lim Guan Eng, dia mesti dedahkan perbelanjaan mana yang membazir. Item perbelanjaan mengurus yang mana satu dikatakan membazir? Adakah bayar gaji dan pencen kakitangan awam membazir? Adakah belanjakan subsidi untuk rakyat itu membazir? Adakah membayar untuk barangan dan perkhidmatan yang dibeli dan digunakan kerajaan membazir?

Setakat dedahkan angka tidak cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan sebelum ini membazir.




Kalau kutipan hasil RM73.58 billion bagi tempoh Mei - Ogos 2018 adalah kerana kecekapan pengurusan kewangan kerajaan Pakatan Harapan, adakah kutipan berjumlah RM76.18 bilion bagi tempoh Mei - Ogos 2017 kerana pengurusan kewangan kerajaan BN yang cekap?

Kalau ikut logik Lim Guan Eng kutipan hasil yang lebih rendah menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tak cekap dari segi pengurusan kewangan kerajaan.

Saya harap lepas ni tak adalah yang dah nak percaya propaganda Akaun Hasil Disatukan tinggal RM450 juta dan kerajaan PH tambah baki Akaun Hasil Disatukan sehingga menjadi RM3.7 bilion kerana pengurusan kewangan yang baik.

Ini semua manipulasi angka oleh akauntan cabuk Lim Guan Eng yang mahu mengaburi mata mereka di luar sana yang tidak berapa arif dan faham tentang kewangan kerajaan.

Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2018 akan berbaki RM11.86 bilion seperti tahun tahun sebelumnya dan ini bukanlah kerana Pakatan Harapan mahupun Lim Guan Eng. Ini kerana itulah amalan perbendaharaan yang diamalkan sejak berpuluh-puluh tahun.

Saya kasihan dengan Akauntan Negara yang terpaksa mengeluarkan kenyataan media untuk mengesahkan apa yang Lim Guan Eng cakap. Saya pasti beliau faham bahawa tidak ada apa-apa yang luar biasa dengan baki Akaun Hasil Disatukan yang turun sehingga RM450 juta. Akauntan Negara samalah seperti Ketua Pengarah Kastam dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN yang terpaksa mengiyakan dan mengikut telunjuk Menteri Kewangan paling tak cerdik dalam sejarah Malaysia yang hanya tahu berpolitik sahaja. - 24 Oktober 2018.

Rujukan:

1. Akaun hasil disatukan naik 7 kali ganda dalam 4 bulan - Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/448206

2. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017 - Laporan Ketua Audit Negara
https://www.audit.gov.my/…/LKAN2017%20Siri%201%20-%20Penyat…

3. Central Government Operations - Bank Negara:http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=58&pg=255&ac=1&bb=cgo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...