Gambar - Zam Yahaya |
Kesusahan mencari pendapatan berlangsung selama setahun sebelum saya mendapat pekerjaan dalam Capital Market pada awal tahun 2000. Kemudian, mengalami kemelesetan ekonomi sebanyak tiga kali di bawah pemerintahan Mahathir. Saya hilang pekerjaan buat kali kedua dan terpaksa sekali lagi meletakkan jawatan selepas kemelesetan ekonomi kali ketiga. Institusi kewangan tempat saya bekerja itu seperti berada di ambang kejatuhan dan tiada cara dapat diselamatkan.
Ia betul-betul menyakitkan buat kali kedua ia terjadi memandangkan saya perlu menyara tiga orang anak. Saya boleh memberitahu apa yang berlaku dan kenapa sistem kewangan negara kita meruntuhkan seluruh kewangan negara ini. Saya boleh bercerita seperti sebuah buku. Pendek kata, ia disebabkan oleh dasar ekonomi kapitalisma yang diamalkan oleh Mahathir dan kroninya yang menjadi punca utama ekonomi negara berdepan dengan krisis kewangan yang terbesar.
Tetapi, dengan cara negara kita ditadbir sekarang ini, mungkin keinginan dan kehendak kalian akan tercapai dalam masa satu atau dua tahun ini.
Jadi, Saya berharap saya salah. Betul-betul berharap ia salah. - 25 Oktober 2018.
Terjemahan : SuaraTV
Asal : Zam Yahaya