Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 21 Oktober 2018

Pemandu Teksi Menangis, Mengamuk, Menjerit Keluar Dewan, Tun Mahathir Bersedih Dilayan Secara Biadap.

LAPORAN | Tun Mahathir hari ini bersedih apabila dilayan secara biadap oleh segilintir pemandu teksi yang berang mendengar penjelasannya berhubung perkhidmatan GrabCar.


Ini susulan dari desakan wakil persatuan teksi Langkawi yang menyeru agar perkhidmatan GrabCar dikeluarkan terus dari Langkawi bagi membantu pemandu teksi mencari rezeki seperti itu.

Ada sesetengah pemandu teksi dilaporkan bukan sahaja susah mencari rezeki disebabkan GrabCar malahan mereka tidak lagi mampu menanggung keluarga. 

"Sekarang nak beli susu anak pun tak lepas, nak beli susu anak pun tak boleh. Inilah keluhan-keluhan kami," kata salah seorang pemandu teksi yang hadir dalam sesi dialog bersama Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

"Kalau pendapatan kami RM15, RM20 nak tampung keluarga memang tak mampu. Berapa ramai pemandu teksi yang menangis setiap malam? Cuma kita taktahu dan tak nampak sahaja? Berapa ramai isteri yang resah bila suami wangnya dah habis? Sekarang nak makan pun tak mampu. Dulu boleh simpan duit bagi mak kat kampung tapi sekarang tak boleh. Keadaan kami terlalu daif," kata pemandu teksi yang dikenali sebagai Pak Long.

Selepas sesi soal jawab dan luahan perasaan pemandu-pemandu teksi tamat, Tun Mahathir kemudiannya menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan.

Oleh kerana kebanyakan pemandu teksi mengeluh mengenai persaingan dengan GrabCar yang disifatkan tidak adil berikutan;

- Tiada permit teksi
- Tidak perlu melalui pemeriksaan PUSPAKOM
- Tidak perlu menggunakan kereta yang dikhaskan
- Tidak perlu mematuhi peraturan yang ditentukan pihak kerajan

Maka Tun Mahathir ketika menjawab menyentuh mengenai ketidakadilan tersebut dan mengulas mengenai GrabCar.

Menurut Tun Mahathir beliau telah pun meminta Menteri berkaitan melihat kepada masalah yang dibangkitkan namun setakat ini tiada apa-apa tindakan. 

Tun Mahathir juga mengakui kewujudan persaingan yang tidak adil diantara GrabCar dan pemandu-pemandu teksi sedia ada.

Bagaimanapun Tun Mahathir mengatakan beliau tidak boleh berjanji untuk menghapuskan perkhidmatan GrabCar di Langkawi. 

Ketika inilah secara tiba-tibanya terdapat suara-suara yang menjerit dan mempertikaikan jawapan balas Perdana Menteri itu kemudiannya keluar meninggalkan dewan.

Terkesan dengan tindakan spontan itu, Tun Mahathir dengan wajah yang kelihatan sayu dan terkejut kemudiannya dengan nada terkilan mengatakan beliau sedia meletakkan jawatan jika tidak percaya yang beliau mampu menolong menyelesaikan permasalahan pemandu-pemandu teksi di Langkawi.

“Kalau tak percaya saya boleh buat, buat sendirilah. Tengok apa nak jadi. Saya nak tolong. Tapi kalau tak ada bantuan kepada saya, saya tak boleh tolonglah," katanya seperti kesedihan.

“Ya, saya Perdana Menteri. Saya bukan nak jadi Perdana Menteri. Saya bersara dah tapi orang panggil balik. Sebab itu saya datang. Kalau tak nak saya jadi Perdana Menteri hari ini pun saya letak jawatan. Tak ada masalah bagi saya,” katanya lagi.


Tun Mahathir juga mengakhiri sesi dialog tersebut dengan mengatakan beliau akan cuba menyelesaikan keluhan yang didengarinya dalam majlis itu.

Ketika ini di laman sosial, terdapat beberapa undian dan gesaan yang menyuruh Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri yang dilakukan oleh kem pembangkang.

Sesetengahnya pula mahu mencari maklumat dan identiti beberapa pemandu teksi yang bersikap biadap terhadap Perdana Menteri Malaysia dalam majlis dialog tersebut. - 21 Oktober 2018.
 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...