Malam jumaat (18 Oktober 2018) diadakan himpunan solidariti untuk Zahid Hamidi yang ditahan dalam lokap SPRM di Puterajaya sementara menunggu dibawa ke mahkamah pagi jumaat (19 Oktober 2018). Himpunan solidariti itu disertai sama oleh isteri Zahid, Hamidah Khamis bersama anak-anak dan cucu-cucunya.
Zahid menyerah diri kepada SPRM petang khamis. Beliau boleh untuk tidur di rumah bersama isteri dan anak cucunya malam itu. Tetapi menurut Hamidah beliau tidak mahu dijamin dan sedia untuk tidur dalam lokap SPRM. Tidur dalam lokap bagi Zahid bukan sesuatu yang baharu, sebelum ini, bahkan di zaman mahasiswa lagi beliau sudah pernah diburu polis.
Apabila Zahid sedia untuk berada dalam lokap SPRM mungkin dia ada motif tersendiri. Mahu menguji sejauh mana para penyokongnya rela berkorban untuk membelanya. Mahu menguji sejauh mana setiakawan rakan-rakannya. Dan malam itu sedikit sebanyak Zahid dapat mengenali mana kawan sejati dan mana kawan palsu.
Menyaksikan himpunan itu menerusi live FB, saya teringat apa yang berlaku kepada Anwar 20 tahun lalu. Begitulah ketika Anwar ditahan kemudian dipenjara dahulu. Para penyokongnya datang berdemostarsi dan melaungkan Reformasi pada setiap hari Sabtu sepanjang tahun. Saya salah seorang peserta yang tidak pernah mungkir.
Isteri Anwar, Dr Wan Azizah ikut sama turun ke gelanggng memperjuangkan suaminya. Begitu juga dengan anak-anaknya yang masih belasan tahun ikut sama berarak melaungkan Reformasi, mengecam Dr Mahathir dan menuntut Anwar dibebaskan.
Hal yang sama berlaku malam ini. Ia mengulangi balik peristiwa 20 tahun lalu. Cuma apa yang bezanya watak atau hero yang diperjuangkan berbeza. Dahulu Anwar tetapi malam ini Zahid. Dahulu Dr Wan Azizah kini Hamidah.
Para penyokong Zahid tentu berharap aura atau sikon di zaman Anwar itu akan berlaku. Zahid akan mendapat pembela daripada penyokongnya terdiri daripada orang-orang Umno. Rakyat akan membuak bangkit bersamanya. Itulah yang diharapkan.
Anak sulung Zahid, Nurul Hidayah yang hidup penuh gossip dan kontroversi ikut sama berucap menjerit mencari Anwar dan Nurul Izzah minta membela ayahnya. Nurul Hidayah memangkah Anwar dan Nurul Izzah agar mengotakan kata. Dia seakan melepaskan rasa geram dan kesal kerana Anwar dan Nurul Izzah tidak hadir untuk membela bapaknya.
Orang yang tidak tahu dan tidak membaca sejarah lampau tentu akan bersimpati dan terpanggil dengan laungan Nurul Hidayah itu, tetapi bagi yang mengenal sikap dan perangai ayahnya akan ketawa atau tersenyum mendengar jeritan itu. Nurul Hidayah sepatutnya tahun bengkang bengkok ayahnya di lorong Reformasi.
Apa yang Nurul Hidayah harapkan? Beliau sebelum mengungkit dan menjerit menyalahkan Anwar dan Nurul Izzah patut mengenali akan perangai ayahnya. Tahu akan sejarah ayahnya macam mana membeluk meninggalkan Anwar ditengah medan perjuangan. Zahid seorang refomis yang belut. Zahid telah mengecewakan Anwar. Anwar memaafkan Zahid tetapi tidak di kalangan mereka yang setia dan rela berkorban untuk Anwar. Yang kesal dengan sikap belut Zahid.
Justeru kepada Nurul Hidayah dan sesiapa jangan mudah lupa kepada kisah lampau dan jangan mengharap budi kepada orang yang kita tidak setia kepadanya. Mengharap buah dari pokok yang tidak kita taburi baja sesuatu yang silap.
Peristiwa Zahid belut tempoh hari pasti diingatkan oleh Anwar dan orang-orangnya. Makanya kalau Anwar tidak menjawab jeritan Nurul Hidayah usahlah berduka lara. Lupalah Anwar dalam episod Zahid ini. Baca sejarah dulu ia akan dapat dijadikan penawar marah dan kesal. Trims.