Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Oktober 2018

Guan Eng Akauntan Cabuk, Ini Penjelasan Sebenar Mengenai Akaun Disatukan Naik 7 Kali Ganda.

SYAHIR | Bila akauntan cabuk dapat jadi Menteri Kewangan macam ni la jadinya.

Siapa tak kenal Lim Guan Eng yang memang terkenal dengan tabiatnya yang memanipulasi angka-angka kewangan kerajaan untuk mengaburi mata orang ramai terutamanya penyokong PH.

Masa jadi Ketua Menteri Penang dulu, yang selalu dia canang kononnya hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang berjaya dikurang 96% kerana kecekapan pengurusan kewangan kerajaan DAP sedangkan hutang itu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional melalui Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang mengambil alih juga aset pengurusan air Pulau Pinang.

Sekarang dah jadi Menteri Kewangan, tabiat hodoh menggembar gemburkan angka kewangan masih kekal malah lebih teruk.

Selepas jadi Menteri Kewangan, yang dia asyik ulang-ulang Kerajaan BN sebelum ini boros, belanja berlebihan sebelum pilihanraya umum untuk memancing undi sehingga wang di dalam Akaun Hasil Disatukan turun daripada RM11.86 billion kepada RM450 juta pada 30 April 2018 iaitu penurunan sejumlah RM11.41 billion atau 96%.

Bagi yang tak faham selok belok kewangan kerajaan mesti ada yang akan percaya, malah menganggap BN merompak RM11.41 billion tersebut.

Saudara Shahril Sufian Hamdan Naib Ketua Pemuda UMNO dah sekolahkan Menteri Cabuk Lim Guan Eng tadi dekat sini.



Saya nak sambung ulas lebih panjang sedikit, untuk mereka yang tak faham dan percaya bahawa apa yang Lim Guan Eng cakap itu benar iaitu BN telah membazir sebelum PRU.

Pertama kena faham apa itu Akaun Hasil Disatukan. Ia adalah sebuah akaun kerajaan yang merekodkan semua urusan hasil (masuk) dan perbelanjaan mengurus (keluar) Kerajaan Persekutuan. Hasil yang kerajaan kutip seperti cukai pendapatan, dulu GST, sekarang SST, royalti petroleum, dividen daripada Petronas, Khazanah, lesen, denda dan lain-lain semuanya dimasukkan ke dalam Akaun . Hasil Disatukan.

Perbelanjaan mengurus kerajaan macam emolumen seperti bayar gaji dan pencen penjawat awam dan pesara kerajaan, bayar faedah hutang kerajaan, beli barangan dan perkhidmatan untuk kerajaan, subsidi semuanya digunakan daripada Akaun Hasil Disatukan.

Setiap hujung tahun Akaun Hasil Disatukan akan ditutup dan diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan sejak 1996 baki Akaun Hasil Disatukan kekal tidak berubah sejumlah RM11,863,127,086 atau Ringgit Malaysia Sebelas Bilion Lapan Ratus Enam Puluh Tiga Juta, Seratus Dua Puluh Tujuh Ribu Lapan Puluh Enam. Tidak pernah kurang, tidak pernah lebih.

Setiap tahun sejak 1996, jumlah hasil kerajaan akan sentiasa melebihi perbelanjaan mengurus. Baki daripada hasil tolak perbelanjaan mengurus pula akan dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan untuk perbelanjaan pembangunan.

Sebab itu baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan kekal pada RM11.86 bilion setiap tahun sejak 1996.

Ini yang Lim Guan Eng tak nak anda semua tahu ataupun sebenarnya dia pun tak tahu.

Yang dia tahu nak tunjuk baki Akaun Hasil Disatukan jatuh, kemudian pekik terlolong kerajaan BN membazir sebelum pilihanraya.

Baki Akaun Hasil Disatukan yang "ditinggalkan" kerajaan BN RM450 juta yang kini sudah meningkat kepada RM3.7 bilion pada 31 Ogos 2018 bukanlah kerana kecekapan Lim Guan Eng ataupun Kerajaan Pakatan Harapan, tetapi kerana hasil yang memang pun akan akan dikutip oleh kerajaan tidak kiralah parti mana pun menjadi kerajaan.




Hasil kerajaan memang akan bertambah menjelang akhir tahun kerana pembayaran dividen daripada Petronas, kutipan cukai pendapatan korporat dan petroleum, royalti petroleum yang dibayar menjelang hujung tahun.

Hujung tahun 2018 ini baki Akaun Hasil Disatukan pasti akan kekal RM11.86 bilion seperti mana sejak 22 tahun yang lalu. Pada masa itu mari kita lihat sama ada Lim Guan Eng akan terus memperbodohkan orang ramai dengan mengambil kredit kenaikan baki terkumpul Akaun Hasil Disatukan.

Soal yang kedua benarkan Kerajaan BN membazir sebelum pilihanraya?

Perbelanjaan Kerajaan pada Januari - April 2018 berjumlah RM98.49 bilion berbanding RM89.08 bilion bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya (Januari - April 2017) iaitu peningkatan perbelanjaan sebanyak 10.6%.

Dalam masa yang sama, pada Januari - April 2018 kerajaan mengutip RM71.88 bilion berbanding RM61.96 bilion bagi Januari - April 2017 iaitu peningkatan kutipan hasil sebanyak 16%.

Kenaikan kutipan hasil 16%, kenaikan perbelanjaan 10.6%, apakah yang membazirnya? Lainlah kalau kenaikan perbelanjaan lebih tinggi daripada kutipan hasil.

Seperti mana yang saudara Shahril Sufian Hamdan cabar Lim Guan Eng, dia mesti dedahkan perbelanjaan mana yang membazir. Item perbelanjaan mengurus yang mana satu dikatakan membazir? Adakah bayar gaji dan pencen kakitangan awam membazir? Adakah belanjakan subsidi untuk rakyat itu membazir? Adakah membayar untuk barangan dan perkhidmatan yang dibeli dan digunakan kerajaan membazir?

Setakat dedahkan angka tidak cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan sebelum ini membazir.




Kalau kutipan hasil RM73.58 billion bagi tempoh Mei - Ogos 2018 adalah kerana kecekapan pengurusan kewangan kerajaan Pakatan Harapan, adakah kutipan berjumlah RM76.18 bilion bagi tempoh Mei - Ogos 2017 kerana pengurusan kewangan kerajaan BN yang cekap?

Kalau ikut logik Lim Guan Eng kutipan hasil yang lebih rendah menunjukkan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tak cekap dari segi pengurusan kewangan kerajaan.

Saya harap lepas ni tak adalah yang dah nak percaya propaganda Akaun Hasil Disatukan tinggal RM450 juta dan kerajaan PH tambah baki Akaun Hasil Disatukan sehingga menjadi RM3.7 bilion kerana pengurusan kewangan yang baik.

Ini semua manipulasi angka oleh akauntan cabuk Lim Guan Eng yang mahu mengaburi mata mereka di luar sana yang tidak berapa arif dan faham tentang kewangan kerajaan.

Akaun Hasil Disatukan pada 31 Disember 2018 akan berbaki RM11.86 bilion seperti tahun tahun sebelumnya dan ini bukanlah kerana Pakatan Harapan mahupun Lim Guan Eng. Ini kerana itulah amalan perbendaharaan yang diamalkan sejak berpuluh-puluh tahun.

Saya kasihan dengan Akauntan Negara yang terpaksa mengeluarkan kenyataan media untuk mengesahkan apa yang Lim Guan Eng cakap. Saya pasti beliau faham bahawa tidak ada apa-apa yang luar biasa dengan baki Akaun Hasil Disatukan yang turun sehingga RM450 juta. Akauntan Negara samalah seperti Ketua Pengarah Kastam dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN yang terpaksa mengiyakan dan mengikut telunjuk Menteri Kewangan paling tak cerdik dalam sejarah Malaysia yang hanya tahu berpolitik sahaja. - 24 Oktober 2018.

Rujukan:

1. Akaun hasil disatukan naik 7 kali ganda dalam 4 bulan - Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/448206

2. Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2017 - Laporan Ketua Audit Negara
https://www.audit.gov.my/…/LKAN2017%20Siri%201%20-%20Penyat…

3. Central Government Operations - Bank Negara:http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=58&pg=255&ac=1&bb=cgo

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...