Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 18 Disember 2020

Kenapa Nak Sokong Grand Coalition?

NURUL ASYIKIN | Kita telah difahamkan apa matlamat Grand Coalition secara asasnya setakat ini.

Baca sini dan sini.

Tetapi kenapa mesti Grand Coalition? Kenapa tak je jemput parti Pejuang dan Warisan masuk Pakatan Harapan? Nama Pakatan Harapan dah busuk sangat ke sampai mereka menyampah (btw, memang dah busuk yer, please terima hakikat ini 😅).

Sebagai rekod, ada juga yang beranggapan idea GC merupakan strategi Tun untuk mengekalkan PN di puncak kuasa pada PRU15. 

Kalau nak diikutkan, masuk Pakatan Harapan lagi senang. Hanya perlu isytiharkan bahawa Pejuang dan Warisan nak masuk ke dalam PH. Jalan Pejuang mungkin sedikit sukar kerana belum diluluskan ROS tetapi bila dah buat pengumuman sedemikian, publik akan faham PEJUANG sebahagian dari PH meskipun belum rasmi.

Kalau anggap nama PH dah tercalar teruk, boleh tukar nama lain. Walaupun ia tak mampu mencuci imej pemimpin-pemimpin dalam parti gabungan tu at least boleh ada pendirian baharu disamping belajar dari kesilapan lampau. 

Proses pembelajaran tu sepanjang hayat. Benda biasa je gagal, yang penting selepas gagal nak berputus asa atau terus bangkit dan memperbaiki kelemahan atau tidak.

Tapi kenapa PEJUANG dan WARISAN tak buat macam tu? Benda ini cukup mudah dan diketahui oleh umum. Pejuang dan Warisan tak mahu Anwar. Mereka boleh bersama PKR. Tapi mereka tak mahu Anwar berada di posisi teratas dalam gabungan baru ataupun ringkasnya, Grand Coalition.

Jika Anwar berada di hierarki tertinggi Grand Coalition (GC selepas ini), maka siapa yang akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke 9 bagi parti-parti gabungan pembangkang? Anwar lah. Inilah masalahnya. Tun dan Shafie taknak Anwar.

Jadi macam mana nak plan singkirkan Anwar dari posisi tersebut?

Grand Coalition adalah jawapan dia. Dan ketika ini GC berada di fasa dua. Iaitu mengolah persetujuan umum dan parti. Persetujuan ahli, penyokong. 

Sepanjang dua minggu lepas GC berada di fasa 1, iaitu fasa memperkenalkan ia kepada umum.

Mereka gunakan ayat seperti pembangkang perlu disatukan, Anwar gagal lawan Belanjawan 2021. Logiknya, tiap-tiap tahun memang pembangkang gagal melawan Belanjawan pun. Tetapi apabila gagal melawannya pada tahun ini ia merupakan satu kesalahan serius.

Naratif ini dimainkan supaya apabila Anwar disingkirkan dan diletakkan Tun Mahathir, penyokong tidak akan protes.

Dan apa yang paling kelakar dalam naratif ini ialah, PKR perlu mendapatkan numbers. Lebih tepat, Anwar. Ini ialah satu misi yang diletakkan atas bahu Anwar jika mahukan sokongan DAP dan Amanah.

Tetapi siapa yang tumbangkan kerajaan PH? Tun Mahathir.

Siapa yang diletakkan beban dan perlu bertanggungjawab atas tertumbangnya PH? Anwar.

Yang buat masalah Tun Mahathir, yang kena cuci Anwar. Sejak dari awal lagi PKR telah memilih untuk move on dan bertembung melalui jalan pilihanraya, tetapi disebabkan desakan dan tekanan, maka PKR perlu mendapatkan numbers. Jika tunggu PRU15, ini bermakna PKR dianggap tak kisah kerajaan dirampas cara khianat dan tak serius dalam mempertahankan mandat rakyat.

Setelah ikut flow yang dua parti komponen PH ingin PKR lakukan, maka inilah adalah harga yang Anwar perlu bayar.

Pertama. Anwar tak berada dalam kabinet PH pun semasa Tun menjadi PM. Tapi selepas PH tertumbang, Anwar perlu membersihkan imej PH dengan membahas isu polisi, pentadbiran dan tindakan merugikan rakyat yang dilakukan PN. Sepanjang melakukan proses itu, penyokong PN memaki hamun Anwar dan menyalahkan Anwar sepanjang 22 bulan PH menjadi kerajaan. Dimana Tun Mahathir pada ketika ini? Buat roadshow menyalahkan Anwar dan Najib. Tak sekalipun mencuci dan membersihkan imej PH. Yang masih tinggal dalam PH, perlu membersihnya sendiri.

Kedua. PKR mendapat tawaran dari PN. PKR tidak tinggalkan PH. Anwar memilih setiakawan. PKR mahu terus bersama DAP dan Amanah walaupun disebabkan tindakan itu Anwar dianggap liberal. Tetapi hari ini Anwar dan PKR yang ditinggalkan.

Yang anehnya pun orang kita. Dengan menggunakan perkataan sahaja, Anwar ialah liberal. Tak pernah nampak keluarga Anwar buat majlis tarian, mandi berbikini tepi kolam ataupun terlibat dalam aktivisme LGBT. Tetapi Anwar ialah liberal. Anwar anti melayu. Anwar tak pernah cakap melayu malas, tetapi Anwar musuh melayu. Di satu sisi, kumpulan-kumpulan liberal anti Anwar kerana dia membawa elemen keislaman ke dalam pentadbiran Malaysia semasa menjadi Menteri Pendidikan dan seterusnya Timbalan Menteri, di satu sisi yang lain, kumpulan-kumpulan pro Mahathir berkata Anwar liberal dan musuh melayu. Mereka even tak konsisten pun dalam tuduhan mereka. Dua kumpulan berbeza membawa dua tuduhan berbeza dan tuduhan-tuduhan itu pula contradiks antara satu sama lain.

Fasa mengolah persetujuan umum ini cukup penting dalam pembinaan jenama GC. Apa yang ingin dilakukan ialah;

- Tak boleh tidak PKR mesti bersama-sama barisan pembangkang, gagal mengikuti flow ini PKR ialah PEMECAH kepada GABUNGAN PH dan PENGKHIANAT.

- Anwar tak lagi patut berada di posisi teratas. Seat itu harus diberikan kepada Tun Mahathir. Pilihan pertama. Jika gagal menyakinkan pimpinan dan penyokong, maka Shafie dan Mukhriz akan menjadi calon proxy.

- Penting salah satu dari tiga nama di atas ialah kerana mereka ialah calon PM seterusnya dari gabungan pembangkang.

Macam mana PKR boleh selamatkan diri mereka dari tekanan ini? Keluar dari PH bermaksud menghancurkan PH dan akan dihina sampai mati oleh penyokong-penyokong PH.

Menerima kembali Tun dan membiarkan beliau mengetuai barisan pembangkang membuat ahli-ahli sendiri meninggalkan PKR.

Option ketiga. Bersetuju GC. Tetapi Anwar ialah leader untuk mengelak skim pengkhianatan berulang kembali. Rekodnya Tun Mahathir PENGKHIANAT. Rekodnya, Shafie langsung tak boleh dibawa berunding dan berada di rumah Tun semasa membincangkan langkah-langkah pengkhianatan.

Bagaimana PH patut menyerahkan kunci kuasa ini kepada KUMPULAN PENGKHIANAT?

Dan bagaimana mampu penyokong PH menerima semua tindakan di atas dengan hati yang terbuka? Maka, dalam fasa mengolah persetujuan inilah, penyokong-penyokong PH, khususnya PKR kena bersatu melawan tindakan GC yang mahu meletakkan kembali Tun Mahathir atau proxynya di puncak kuasa.

Sehingga GC keluarkan kenyataan. Kita tak akan calonkan Tun, Shafie dan Mukhriz sebagai CALON PERDANA MENTERI KE 9 ataupun mengetuai GC. Selagi mereka tak cakap ini, tak payahlah kita memperbodohkan diri kita sokong GC. 

Cukuplah 22 bulan Manifesto Bukan Kitab Suci. Dan membina kerajaan dengan lompatan UPKO dan UMNO. 

Kita memang perlukan pembaharuan. Benar Anwar memang banyak kelemahan dan kecuaian. Tetapi selagi kewujudan Anwar membuatkan Mahathir serba tak kena, maka dia perlu diletakkan disana. Kita akan letak Anwar. Supaya kita boleh sekat langkah ketamakan Mahathir. Anwar tak jadi Perdana Menteri pun takpe. Janji dia boleh buat Tun Mahathir dan proxynya tak dapat seat PM9, itu lebih dari cukup. - 18 Disember 2020.

Grand Coalition Kini Di Fasa Dua. - Part 2.

Nurul Asyikin | Kita dah tahu babak-babak yang mendorong ke arah mewujudkan Grand Coalition.

Baca sini.

Tapi kita perlu tahu. Ia belum dimuktamadkan. GC kini memasuki fasa dua. Fasa dua ialah fasa mengolah persetujuan. 

Persetujuan siapa yang GC ingin dapatkan?

GC ingin dapatkan persetujuan;

1. Pimpinan dan parti-parti gabungan.

2. Rakan sekutu rasmi dan tak rasmi.

3. Ahli dan penyokong.

1 dan 2 telah bermula lebih awal, dan 3 sedang bermula. Bagi PH, DAP dan Amanah telah bersetuju setelah Lim Guan Eng dan Muhammad Sabu mengeluarkan kenyataan bersama semalam (17 November 2020).

PKR tidak dilibatkan. PKR dianggap tidak bersetuju kerana perlu bersama Tun bukan sekadar rakan dalam satu gabungan, bahkan ketua yang baru dalam hierarki GC.

Macam mana DAP, AMANAH, PEJUANG dan WARISAN boleh membuatkan PKR bersetuju dengan penyatuan tersebut dan seterusnya berketuakan Tun Mahathir ataupun proxynya?

Dengan membuat perkara berikut;

- membentang idea GC dan membahasnya secara positif supaya public khususnya para penyokong nampak ianya indah dan bagus-bagus belaka.

- menyerang kredibliti PKR dan Anwar. Jika imej Anwar dan PKR lemah, maka PKR dan Anwar akan diasak luar dan dalam bahawa PKR wajib menyertai GC.

Tetapi apa yang mereka tidak ceritakan ialah, GC juga bertujuan mengangkat kembali Tun Mahathir sebagai calon PM9.

Eh, siapa cakap?

Mudah bacaannya. Jika GC kekal dengan kepimpinan yang sama, Warisan, MUDA dan PEJUANG hanya perlu memohon masuk Pakatan Harapan. 

Membina GC adalah alat untuk melupuskan Anwar dari hierarki kepimpinan atasan. Jika Anwar mengetuai GC ini juga bermakna Anwar calon PM9.

Anda fikir Tun Mahathir dan Shafie Apdal akan turun kempen PRU15 supaya sokong Anwar menjadi PM9? You are seriously crazy.

Kita sudah tentu akan fikir. Bagaimana GC boleh mendapatkan keyakinan rakyat jika kembali mengangkat Tun Mahathir sebagai PM9.

Ada ke orang nak undi GC? Of course la ada.

Ada ke orang percayakan GC? Of course la ada.

Tetapi adakah lebih ramai yang mengundi GC ataupun lebih ramai yang tidak mengundi?

Jika Tun Mahathir buka mulut membentang janji?

Bercakap mengenai korupsi?

Melayu?

Macam mana nak cuci penyakit PH dan Tun Mahathir dalam GC. Satu dua pembedahan tidak akan selesaikan masalah ini.

Dan seterusnya, dalam fasa kedua ini, fasa mengolah persetujuan, akan lebih banyak percakaran demi percakaran, perselisihan demi perselisihan berlaku.

Sebab tu dalam membentang idea GC, PH sepatutnya bersedia dengan Exit Plan yang stabil. Bukan itu sahaja, PH juga perlu memberikan peluang kepada semua cawangan parti untuk menyatakan pendapat.

Pada fasa ini, DAP, AMANAH dan PKR patut mengadakan mesyuarat bahagian, cawangan atau cabang masing-masing.

Usulnya, kamu bersetuju ke dengan GC?

Jika bersetuju kamu nak ke berketuakan Tun Mahathir atau proxynya (Shafie Apdal, Mukhriz) dan seterusnya mencalonkan salah satu dari tiga nama di atas sebagai Perdana Menteri ke 9.

Hasil dari keputusan itu, maka parti bertindaklah ikut keputusan majoriti. Jika sudah ditetapkan DAP dan Amanah mahu bersama Tun, dan PKR menolak Tun, maka ketika ini Exit Plan yang dirangka lebih awal patut dilaksanakan secara berperingkat. - 18 Disember 2020.

Grand Coalition, Apa Yang Diketahui Setakat Ini. Part 1.

NURUL ASYIKIN | Perkataan Grand Coalition ini pertama kali disebut oleh Annuar Musa, SU Barisan Nasional dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Facebook rasminya bertarikh 16 November 2020, dan seterusnya dilaporkan oleh beberapa portal media tempatan.

Rujuk sini.

Cadangan Annuar Musa pada masa itu ialah membawa semua parti yang tidak bersama Pakatan Harapan, termasuklah Pejuang dan Warisan untuk duduk bersama Perikatan Nasional dan menyertai pilihanraya umum ke 15 sebagai sebuah gabungan yang besar.

Ajakan penyatuan itu juga menjemput Makkal Sakti, PCM, Muda dan lain-lain parti kecil.

Bagaimanapun pada ketika itu ia tidak begitu mendapat sambutan umum kerana ada anggapan yang mengatakan bahawa itu adalah idea Tun Dr. Mahathir. Annuar Musa hanya menyampaikannya sahaja.

Cadangan Annuar Musa itu sebenarnya disokong oleh PAS dan ISMA.

Rujuk sini dan sini.

Dan ia berhenti disitu.

Entah bagaimana, pada 10 Disember, PEJUANG menerusi Timbalan Presiden Penaja, Marzuki Yahya berkata pembangkang memerlukan sebuah gabungan baru.

Ini kerana Anwar tidak meminta undi berbelah bahagi walaupun TSMY sudah hilang majoriti.

Gabungan baru itu tidak terhad kepada parti semata-mata malah ia menjemput mana-mana Ahli Parlimen yang tidak boleh menerima amalan korupsi.

Marzuki juga berkata, Malaysia perlu keluar dari kecelaruan politik selepas melihat Menteri Besar PPBM disingkirkan UMNO.

Rujuk sini.

Sebelum sampai ke 10 Disember iaitu cadangan pembentukan gabungan baru, naratif telah dibina seawal 1 Disember.

Pada 1 Disember, Warisan mencadangkan tukar Ketua Pembangkang.

Rujuk sini.

Pada 3 Disember dan 5 Disember, Amanah dan DAP menerusi wakil masing-masing telah bercakap kepada media bahawa pembangkang perlu bersatu.

Rujuk sini dan sini.

Pada 9 Disember, PEJUANG menyokong idea penyatuan barisan pembangkang. Rujuk sini.

Bermula 10 Disember, top leader memulakan serangan. Selepas Marzuki, Shafie menyambung pada 12 Disember. Rujuk sini.

Salahuddin menyokong idea penyatuan pembangkang pada 13 Disember, rujuk sini

Dan barulah Tun Mahathir memasuki gear mempertahankan dirinya pada 14 Disember, disini.

Tun Mahathir mengulangi kembali kenyataan dan penjelasan lamanya berhubung Langkah Sheraton adalah bertujuan untuk membina naratif baru dan membersihkan imejnya kembali.

Gambar : Lim Guan Eng Facebook

Dan Grand Coalition pun diumumkan pada 17 Disember 2020. Oleh pemimpin utama DAP dan Amanah.

Pada 15 Disember, barisan Tun Mahathir sebenarnya telah bersiap sedia dengan dua kemungkinan.

Pertama, jika Belanjawan 2021 gagal, maka Tun adalah Perdana Menteri seterusnya. 

Kedua, jika Belanjawan 2021 berjaya, maka Tun adalah calon Perdana Menteri seterusnya untuk gabungan baru yang akan dibentuk bersama parti-parti yang beliau sedang berunding. Ia tidak terhad kepada PH semata-mata.  Dan ya, ia untuk membawa kembali Tun Mahathir ke puncak kuasa. Dan itulah maksud Grand Coalition setakat hari ini. - 18 Disember 2020.

Tun Mahathir, Pergilah Melawat Orang Sakit.. - Sang Kelembai.

Zaharin Mohd Yasin | Pergilah melawat orang sakit. 

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak ada cadangan untuk pergi melawat balu Tun Razak Hussein yang sedang sakit di Hospital.

2. Sekurangnya boleh minta maaf atas arahan dia rumah pemberian Kerajaan mengenang jasa Tun Razak Hussein di Jalan Stonor. Di serbu Polis dan dipecahkan siling kununnya ada tersimpan duit. 

3. Sampai sekarang PDRM tidak minta maaf. PDRM pun tidak bersalah, hanya ikut arahan. Yang sepatut yang mengarah minta maaf. Sampai begitu di lakukan kepada keluarga Tun Razak Hussein.

4. Jika Tun Razak dan Harun Idris tidak bawa dia masuk ke dalam UMNO, mungkin dia pernah jadi Presiden PAS. Sebab salepas dipecat dalam UMNO dia berkempen untuk PAS.

5. Dia dikalahkan oleh bapa Mujahid Yusuf Rawa , tetapi boleh melantik Mujahid jadi Menteri. Anak orang yang bawa dia kembali dalam UMNO di hina dan cerca.

6. Tun Razak jadikan dia Menteri kamudian berkempen untuk menangkan jawatan Naib Presiden UMNO, balasannya hendak mempenjarakan anaknya.

7. Pergilah melawat balu Tun Razak Husssn itu. Mana kita tahu. Doa seorang yang dizalim telah dimakbulkan Allah . Antara doa dimakbulkan. mungkin boleh bertahan disinggahsana kuasa hanya 22 bulan dan parti yang ditubuhkan berantakan dan dia sendiri di pecat.

8. Jika tidak kerana Tun Razak Hussein.. mungkin dia masih lagi duduk di satu bilik di Maha Klinik mencari kehidupan. Hidupnya tidak semewah ini dan bergantung rezeki dengan banyak orang sakit.

Pergilah melawat Tun Puan Rahah Mohd Noh.. suaminya, jangan dinafikan jasa kepada kamu. Minta maaf kepadanya sebelum banyak lagi mudarat dari doa orang yang dzalim. 

Kerana dia bukan orang yang ada kaitan sebagai Perompak, Penyamun dan Pencuri. Hanya seorang Balu negarawan terbilang. - 18 Disember 2020.

Lim Guan Eng, Mat Sabu Pilih Tun Mahathir Dan Mahu Singkirkan Anwar. - Shahbuddin Husin.

Shahbudin Husin | MAT SABU, GUAN ENG MAHU SINGKIR ANWAR KETUAI BLOK PEMBANGKANG?

Berselindung di sebalik gesaan perlunya PH melakukan anjakan politik baharu dengan mengangkat PH Plus sebagai wadah perjuangan blok pembangkang, kenyataan bersama Lim Guan Eng bersama Mohamad Sabu kali ini adalah jelas bertujuan untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim.


Anwar sebenarnya mahu disingkir secara serentak sebagai Pengerusi PH dan juga Ketua Pembangkang.

Sudah tentu dengan penyingkiran Anwar itu, tujuan utamanya ialah untuk membawa Tun Mahathir Mohamad mengetuai PH Plus.

Dengan hujah bahawa PH mesti segera melakukan anjakan politik dengan menyatukan seluruh pembangkang menghadapi PRU akan datang dan melupakan kerjasama dengan Ahli Parlimen kerajaan bagi mendapatkan semula mandat rakyat, kenyataan Setiausaha Agung DAP dan Presiden Amanah itu adalah suatu benuk kata dua terhadap Anwar.

Mereka seolah-olah memberi amaran tentang usaha Anwar mahu mengambil alih kerajaan dengan sokongan segelintir Ahli Parlimen kerajaan adalah kerja sia-sia dan tak lebih seperti mengejar bayang-bayang saja.

Untuk itu, kata Mohamad Sabu dan Guan Eng lagi, masa dan sumber yang ada harus digunakan untuk mencari persamaan dalam kalangan rakan dan sekutu PH untuk menggerakkan perjuangan bersama rakyat berdasarkan nilai demokrasi yang utuh, tadbir urus yang baik, anti rasuah, kemajuan ekonomi dan keadilan sosial.

“PH harus berdepan dengan realiti ini dan perlu ada suatu anjakan politik semula dengan tumpuan kepada menyatukan rakan-rakan kita di kalangan Ahli Parlimen pembangkang yang berdiri bersama dalam pengundian menolak Belanjawan 2021 pada Selasa baru-baru ini.

“PH seharusnya tidak membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan oportunis yang hanya memperalatkan PH demi kepentingan peribadi mereka sendiri agar memperolehi tawaran yang lebih lumayan daripada kerajaan PN,” tambah mereka.

Apa yang harus disedari, kenyataan bersama Guan Eng dan Mohamad Sabu ini dikeluarkan tidak lama selepas Parti Pejuang dan Warisan menyuarakan perlunya blok pembangkang membentuk gabungan baharu serta PH harus menukar kepimpinannya.

Timbalan Presiden Pejuang, Marzuki Yahya berkata, gabungan baharu itu tidak harus terhad kepada parti politik semata-mata, tetapi mesti turut merangkumi Ahli Parlimen dan Adun lain yang tidak boleh menerima kerajaan yang ada sekarang.

Beliau berkata, kredibilti Anwar dan beberapa Ahli Parlimen PH juga telah tercalar teruk apabila tidak meminta undi belah bahagi pada pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021.

Presiden Warisan, Shafie Apdal pula tanpa berselindung menegaskan tentang perlunya PH menukar kepimpinan jika mahu memenangi PRU akan datang.

Beliau berkata, PH sebagai pembangkang akan gagal pada PRU akan datang jika masih diketuai oleh kepimpinan yang sama.

Sehubungan itu, kata bekas Ketua Menteri Sabah itu, perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh terhadap kepimpinan PH yang ketika ini tidak menyatukan dan tiada arah tuju.

Bersekali dengan saranan tersebut, Shafie turut mengumumkan bahawa Warisan akan berubah menjadi parti nasional, tidak lagi semata-mata untuk Sabah seperti sekarang ini.

Sama seperti Marzuki dan Shafie yang diketahui merupakan penyokong setia Tun Mahathir, Mohamad Sabu dan Guan Eng juga bukan rahsia lagi lebih terlekat hatinya kepada bekas Perdana Menteri itu, khususnya selepas diberikan jawatan menteri kanan dalam kerajaan era PH.

Selain itu, kes mahkamah Guan Eng juga digugurkan tidak lama selepas Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 2018 lalu.

Melalui gesaan agar PH perlu melakukan anjakan politik baharu dengan menggabungkan seluruh parti pembangkang, ini bermakna Pejuang, Warisan, Muda dan sebagainya akan berada di bawah satu bumbung atau lebih tepatnya di bawah PH Plus.

Ia dengan sendirinya bermakna PH tidak lagi berperanan sebagai blok pembangkang yang sebenar, sebaliknya digantikan dengan PH Plus.

Fasa kedua anjakan poliitik baharu yang seterusnya selepas PH Plus diwujudkan tidak lain ialah melantik siapa yang harus mengetuai gabungan tersebut.

Dengan Pejuang dan Warisan sudah berada dalam PH Plus, ditambah dengan Mohamad Sabu dan Guan Eng sendiri yang menyarankan anjakan politik baharu dilakukan, Anwar tidak mungkin terpilih lagi untuk mengetuai gabungan tersebut, walaupun beliau Pengerusi PH sebelumnya.

Sebagaimana Pejuang dan Warisan menolak Anwar sebagai calon Perdana sebelum ini, mereka juga pasti tidak akan setuju Presiden PKR itu untuk mengetuai PH Plus.

Dengan demikian, tambahan lagi Amanah dan DAP juga pasti senada serta bersatu hati dengan Pejuang dan Warisan, Tun Mahathir, kalau pun dibuat undian, secara majoritinya akan dipilih mengisi kedudukan sebagai Pengerusi PH Plus atau mengetuai blok pembangkang yang baharu.

Selepas itu, Tun Mahathir juga dengan sendirinya akan dicadangkan oleh PH Plus untuk mengambil alih jawatan Ketua Pembangkang menggantikan Anwar.

Akhirnya, tercapailah agenda bersama yang dirancang sekian lama untuk menyingkir dan membenam masa depan politik Anwar.

Soal sama ada PH Plus mampu menang atau tidak pada PRU15 akan datang, ia bukan lagi persoalan utama kerana perkara yang lebih penting ialah Anwar sudah berjaya diketepikan dan tidak lagi dalam posisi untuk menjadi Perdana Menteri. - 18 Disember 2020.

Selasa, 15 Disember 2020

Ada Tangan Ghaib Disebalik Yang Berhimpun Bantah Kerjasama PAS Dengan PPBM - Mokhtar Senik.

Ustaz Mokhtar Senik | Khabarnya siang tadi ada tujuh lapan orang dikatakan ahli PAS telah menyerahkan memo bantahan kepada PAS pusat di Pejabat Agung jalan Raja Laut. Antaranya ialah membantah kerjasama PAS dan BERSATU melalui PN. Kononnya mewakili suara akar umbi PAS. Namun saya pelik kalau akar umbi diwakili oleh hanya 7 atau 8 orang. Jika pun betul akar umbi, mungkin akar dan umbi dari pokok lain. Dari pokok mana saya sudah dapat jangka namun tak perlulah saya sebut disini. Kerana apa pun keadaan saya masih sangat sayangkan perdamaian.

Tangan ghaib dibelakang 8 orang itu sudah saya jangka. Mereka dah buat kerja sejak beberapa bulan yang lalu. Bersungguh benar mereka yakinkan saya bahawa kalau mahu menyelamatkan MN, PAS perlu buat keputusan putus dengan BERSATU. Namun saya bukan masih anak hingusan. Sedikit sebanyak saya dapat baca kelibat politik mereka. Bukan MN itu yang mereka fikirkan tapi individu tertentu yang nak diselamatkan. Dalam masa mereka yakinkan bahawa PAS perlu tolak BERSATU tapi dalam masa yang sama mereka dekatkan individu tertentu dalam UMNO dengan PH dan Anwar. 

Apakah dengan mengijabkabulkan individu UMNO itu dengan Anwar dan PH, MN akan jadi kuat? Saya ada sembang dengan beberapa orang pimpinan PAS bahawa waspada dengan satu gerakan yang bergerak atas nama SAYANGKAN MN tapi dalam masa yang sama sedang bermain mata dengan Anwar dan PH. Namun salah seorang dari mereka yang agak rapat dengan individu itu menafikan bacaan politik saya. Namun ternyatakan 2 minggu kemudian telahan saya adalah tepat.

Hari ini empunya tangan ghaib itu menggerakkan bantahan kepada PAS Pusat. Mengapa nak risau dengan PN antara PAS dan BERSATU? PAS tak pernah abaikan MN. Bahkan PAS bertekad akan terus mengukuhkan MN. Dalam sebuah pertemuan yang berlaku secara kebetulan pihak tersebut menyebut depan saya bahawa PAS telah mengkhianati UMNO, kerana menubuhkan PN bersama BERSATU. Saya tegaskan tuduhan itu tidak betul. Kerana antara PAS dan UMNO walaupun bersama dalam MN namun tiada siapa yang mengikat siapa. 

Yang ada cuma kesepakatan bahawa PAS atau UMNO tidak boleh mengadakan hubungan dengan PH atau mana-mana pimpinan PH. Kalau nak dikatakan PAS khianat kerana berkerjasama dengan BERSATU itu tidak betul. Kerana waktu PAS menghulurkan salam persahabatan dengan BERSATU, waktu itu BERSATU sudah keluar dari PH. Yang betul-betul khianat ialah bersekongkol dengan Anwar, kerana Anwar masih PH.

UMNO tidak rugi apa-apa pun jika PAS dengan BERSATU kekal dalam PN. Hubungan PAS dan UMNO tetap kukuh sebagaimana yang di piagamkan sejak setahun lebih yang lalu. Lagipun pimpinan UMNO dah mempelawa BERSATU bersama dalam MN dan BERSATU juga sudah bersetuju. 

Lalu mengapa setelah sejauh itu kita melangkah kearah penyatuan Muslim untuk sebuah agenda yang besar ini, tiba-tiba ada pihak mendesak PAS putuskan hubungan dengan BERSATU dan PN. 

Saya percaya dibelakang kumpulan pendesak itu bukan hanya ada tangan hitam namun pasti juga ada tangan putih yang sama-sama bertujuan HITAM. Ingat negara ini akan berubah menjadi hitam kembali jika PH dan DAP berkuasa. - 15 Disember 2020.

Ahli PAS Hantar Memo Tolak Kerjasama Dengan PN, Penyokong PAS Kata Tipu, Cubaan Kacau Bilau.

POLITIK | Siang tadi, lebih kurang 20 individu yang mendakwa mereka ialah ahli seumur PAS telah mendesak kepimpinannya mengkaji semula kerjasama politik antara PAS dan PPBM.

Kumpulan itu telah menghantar memo bantahan kepada Pejabat PAS Pusat. Memo itu juga disambut secara baik oleh wakil PAS iaitu Setiausaha Kerja PAS Pusat di hadapan pintu masuk.

Wakil kumpulan itu yang bernama Khairul Anwar menuntut 6 perkara iaitu;

6 Perkara yg tuntut oleh sekumpulan penyokong PAS di Pejabat PAS Pusat petang tadi.

1. Mengkaji semula hubungan politik PAS dengan BERSATU.

2. Mengkaji semula penyertaan PAS dalam PN.

3. Adakan Muktamar khas PAS untuk mencapai persetujuan ahli PAS keseluruhan mengenai PN dan BERSATU.

4. Memperkukuhkan MN sahaja.

5. Kaji dahulu sesuatu kes dan isu sebelum parti mengeluarkan kenyataan media agar kenyataan media tergesa-gesa SUA seperti isu politik di Perak tidak berulang.

6. Dedahkan kepada ahli dan penyokong Pas di bawah lambang apakah yang akan digunakan pada PRU15 kelak.

Bagaimanapun di sosmed lain pula kisahnya apabila rata-rata penyokong PAS beranggapan ia adalah aksi palsu yang mempergunakan nama Ahli PAS.

Boleh dikatakan hampir kesemua penyokong PAS tidak mempercayai memo tersebut dihantar oleh Ahli PAS. Malahan wanita yang turut berada di lokasi dan memegang banner juga dianggap bukanlah muslimah PAS sehingga gambarnya ditularkan netizens.

Selain itu rata-rata dari mereka juga mempersoalkan penggunaan perkataan akar umbi. Menurut penyokong-penyokong PAS, perkataan akar umbi ini sinonim dengan parti lain yang pastinya bukan PAS kerana ahli-ahli PAS adalah mereka yang taat dan patuh pada arahan pemimpin.

Berdasarkan pemerhatian ringkas ini, rasanya tak salah jika dianggap penyokong PAS dapat menerima PPBM dengan baik sekali. Paling tidak pun, majoriti berasa selesa kerjasama yang terbentuk antara PAS dan PPBM.

Ketika Khairul Anwar menghantar memo bantahan tersebut, beliau ada menyatakan nombor keahlian PASnya tercatat atas memo bantahan tersebut. Sudah pastilah Pejabat PAS Pusat mampu melakukan semakan samada Khairul Anwar sekadar menyamar untuk melakukan huru hara ataupun Ahli PAS yang menolak kerjasama dengan PPBM. - 15 Disember 2020.


Tun, KuLi Sudah Senja Patut Berehat Kerana Pemikiran Sudah Tak Relevan - Presiden ISMA.

Kenyataan Media | Cadangan Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh untuk mewujudkan kerajaan baharu, iaitu dalam bentuk 'kerajaan perpaduan' ini hanya akan merumitkan kekusutan rakyat Malaysia.


Kedua-dua tokoh ini sudah berada di usia senja dan sepatutnya berehat dari arena politik, apatah lagi sibuk menjadi pencatur politik negara. Era mereka sudah berlalu dan pemikiran mereka sudah tidak lagi relevan untuk politik masa kini.

Malah, kerosakan dan kecamukan yang kita lihat pada hari ini banyaknya berpunca daripada mereka juga. Jadi, apa lagi kita mahu harapkan dari mereka ini. Kita perlukan politik baharu, pemikiran baharu dan sikap baharu.

Kerajaan perpaduan tidak akan menyelesaikan masalah dan kekusutan yang melanda kalau isinya masih sama, iaitu diisi oleh pemimpin-pemimpin sama yang membawa idea, pemikiran dan sikap lama. Kita sudah saksikan mereka ini tidak pernah berubah dan tidak sudi untuk berubah pun. Ini cuma hanya akan bertukar tampuk pemerintahan sahaja, tetapi mengusutkan keadaan dengan proses perubahan lagi sekali.

Saya banyak kali ulangi, bahawa menunggu PRU-15 itu adalah yang terbaik bagi kita semua. Namun, mestilah menunggu dengan sabar kerana tempoh bagi penggal ini sudah tidak lama dan bukannya 'memaksa' PRU-15 berlaku dalam masa terdekat dengan pelbagai 'cara'.

Misi mereka yang suka mencatur-catur dan berebut-rebut kuasa lebih dari berkhidmat untuk rakyat menunjukkan bahawa mereka hanya tamakkan kuasa yang tidak pernah cukup demi kepentingan diri dan parti. Lebih malang, yang sudah dapat jawatan pun masih berasa tidak cukup kerana sentiasa mahukan lebih sehingga mengabaikan tanggungjawab yang diberi itu.

Malang sekali kita semua kerana mempunyai pemimpin sebegini. Rakyat sedang menderita menagih simpati tetapi mereka yang berada di kerusi empuk masih tidak sedar diri sibuk menagih kuasa.

Saya menyeru agar ahli-ahli politik yang masih waras untuk berfikir sejenak akan segala implikasi yang akan berlaku.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
15 Disember 2020

Tiada Pihak Ketiga Hadir Tuntut Harta Najib, Rosmah.

BERNAMA | Tiada pihak ketiga berkepentingan hadir ke Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur semalam (14 Disember 2020) bagi menuntut harta berupa ratusan beg tangan pelbagai jenama termasuk wang tunai, jam tangan serta 27 buah kereta yang dirampas daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta 16 pihak lain.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Khairuddin memberitahu pemberita, mahkamah sebelum ini menetapkan 14 Disember bagi kehadiran mana-mana pihak ketiga yang ingin menuntut harta sitaan kes itu.

“Sebelum ini ada pihak ketiga hubungi mahkamah (berhubung tuntutan ke atas harta sitaan) dan mahkamah minta mereka hadir hari ini, namun sehingga pukul 11 pagi ini tiada pihak ketiga hadir ke mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas.

Permohonan pengeluaran notis untuk pihak ketiga itu dikemukakan oleh pihak pendakwaan untuk membolehkan pihak ketiga hadir di mahkamah secara sendiri atau melalui peguam bagi memberikan tunjuk sebab mengapa harta berkenaan tidak boleh dilucut hak kepada kerajaan.

Menurut Faten Hadni, mahkamah seterusnya menetapkan 26 Mac depan untuk pendengaran kes itu.

Pihak-pihak diperintah untuk memasukkan hujahan bertulis masing-masing iaitu pendakwaan selewat-lewatnya 15 Jan tahun depan, semua responden untuk membalas selewat-lewatnya 8 Feb tahun depan dan selewat-lewatnya 1 Mac tahun depan untuk pihak pendakwaan membalas hujahan responden,” katanya.

Pihak pendakwaan sebelum ini menfailkan notis usul bagi memohon untuk melucut hak terhadap harta-harta tersebut dan menamakan Najib, Rosmah dan anak mereka iaitu Nor Ashman Razak Mohd Najib dan Nooryana Najwa Mohd Najib, Riza Shahriz Abdul Aziz (anak tiri Najib), Mohd Kyizzad Mesran, Senijauhar Sdn Bhd, Aiman Ruslan, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Yayasan Semesta, Yayasan Mustika Kasih, Rembulan Kembara Sdn Bhd, Goh Gaik Ewe (ibu kepada Low Taek Jho); Roger Ng Chong Hwa (bekas pegawai bank Goldman Sachs) dan isterinya Lim Hwee Bin, Kee Kok Thiam, Tan Vern Tact dan Geh Choh Hun sebagai responden pertama hingga ke-18.

Antara barangan yang disita itu ialah 52 beg tangan pelbagai jenama, 10 utas jam tangan pelbagai jenama, wang tunai berjumlah RM537,000, Pound Sterling 2,700, Rupee Sri Lanka 2,870,000, wang lama Ringgit Malaysia RM187,750, Pound Sterling 320,500, Rupiah 13,177,00, US$100, Hryvnies (Ukraine) 376, Euro 20, France 50, South African 10 Rand, Singapore Dollar 40, Riyal 531, Phillipines Peso 740 dan RM21,150 (wang baharu) yang disita pada 17 Mei 2018 oleh pihak polis.

Barangan lain yang disita pada tarikh sama ialah empat utas jam tangan pelbagai jenama, empat buah beg tangan pelbagai saiz dan jenama, 167 buah beg tangan pelbagai jenama dan 27 pasang kasut pelbagai jenama serta 40 buah beg tangan pelbagai jenama turut disita pada 11 Jun 2018.

Sebanyak 27 buah kereta jenama Nissan turut disita pada 2 Ogos 2018 selain sebidang tanah di Tanjung Bungah Pulau Pinang.

HSR Tidak Libatkan Singapura, Malaysia Bayar Pampasan RM300j.

Najib Razak | Media melaporkan kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak teruskan dengan perjanjian dengan Singapura yang dibuat kerajaan BN dahulu untuk projek HSR Kuala Lumpur ke Singapura.

Sebaliknya, projek akan ditukar dengan HSR Kuala Lumpur ke Johor Bharu dengan menggunakan teknologi tren yang lebih perlahan dan kerajaan akan membayar pampasan sekurang-kurangnya RM300 juta kepada negara Singapura.

Kos HSR-JB juga dilaporkan antara RM63 bilion hingga RM65 bilion - iaitu tak jauh berbeza berbanding kos asal sebanyak RM60 bilion hingga RM68 billion untuk projek asal HSR KL ke Singapura.

Akibat penukaran ini, jumlah penumpang setahun dijangka turun dari 8.4 juta setahun ke 4.2 juta menjelang tahun 2031. 

Ini akan memberi impak yang amat besar dari segi harga tiket (pengguna dari Singapura mampu membayar tambang lebih mahal) dan jumlah penumpang sehingga projek ini mengalami kerugian besar setiap tahun - bermakna kerajaan mungkin akan perlu membayar gantirugi atau bail-out operator HSR pada masa depan.

Jika ditukar ke JB sahaja dan menjadi lebih perlahan berbanding kelajuan asal sebanyak 350 km/sejam, projek ini tidak boleh bersaing lagi dengan sektor penerbangan KL ke Singapura.

Sektor penerbangan ini adalah paling sibuk dalam dunia dan HSR dijangka boleh menurunkan kos tiket, jumlah tempoh perjalanan dan juga pencemaran udara sebab tren elektrik adalah lebih efficient dan kurang mencemar.

Impian pergabungan antara dua ekonomi terbesar dan dua ibukota negara ASEAN juga tidak akan tercapai.

Akibatnya, manfaat ekonomi bagi Malaysia dari projek ini akan berkurang beberapa trillion Ringgit menjelang tahun 2050.

Tapi satu manfaat bagi kerajaan Malaysia ialah kerajaan boleh membuat segala keputusan perolehan untuk memberi kontrak kepada mana-mana pihak dengan sendirinya berbanding model JV dahulu di mana segala proses perolehan dan pemilihan vendor perlu ditimbang, dilaksanakan dan dipantau secara bersama oleh kedua-dua negara.

Saya harap laporan berita ini yang semakin rancak tanpa sebarang penafian dari kerajaan adalah tidak benar dan cuma spekulasi.

Jika benar, keputusan kerajaan ini akan banyak merugikan negara sebab walaupun kos projek agak sama tetapi jumlah pendapatan HSR serta manfaat ekonomi bagi Malaysia adalah jauh lebih rendah.

Isnin, 14 Disember 2020

Mahathir Dan KuLi Mungkin Ada Sokongan Kuat Untuk Ambilalih Kerajaan PN.

A. Kadir Jasin | 1. Jika esok tidak datang untuk Muhyiddin Mohd Yassin dan kerajaan tebuk atapnya, apakah yang akan terjadi?

2. Atau yang lebih tepat, adakah mana-mana pihak yang ada cukup sokongan untuk mengambil alih dan siapakah bakal Perdana Menteri mereka?

3. Ramalan di sidang akhbar bersama Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah petang ini menjurus ke arah kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional.

4. Untuk pengetahuan generasi muda, Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh ini adalah dua sahabat baik yang "bermusuh" dalam politik. 

5. Dr Mahathir panggil Tengku Razaleigh, "Li" dan Tengku Razaleigh panggil Dr Mahathir, "Doc" (untuk doktor).

6. Jadi apabila mereka berkongsi sidang media dan bercakap berkenaan kejatuhan kerajaan PN, tentulah mereka mempunyai asas yang kuat. 

7. Kalau tidak sama kuat dengan sokongan "strong, formidable, convincing" yang Anwar Ibrahim dakwa ada kepadanya, mungkin lebih kuat. 

8. Rasanya mereka tidak bercakap dalam nada "kuat, utuh, meyakinkan" yang Anwar dakwa. Kalau ia, tentulah Anwar hadir sama. 

9. Jadi kalau Doc dan Li ada sokongan yang lebih kuat daripada Anwar, siapakah calon mereka untuk ambilalih daripada Muhyiddin dan PN?

10. Apakah gabungan Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh ini lebih daripada sekadar sidang media bersama?

Wallahuaklam. Terima kasih. - 14 Disember 2020.

Puad Zarkashi Cadang UMNO Mulakan Kerjasama Dengan Anwar, DAP Di Perak.

Puad Zarkashi | NO ANWAR NO DAP

Slogan “No Anwar No DAP” digunakan oleh beberapa pemimpin yang berjawatan. Mereka tidak mahu kerajaan PN tumbang.
Apakah mereka ini nasionalis dan agamawan tulin? Biar ahli dan rakyat menilai sama ada mereka hipokrit atau tulin. 

Maaf, kalau kritikan ini keras dan pedas. Tetapi saya tidak mahu menoleh ke belakang. Saya tidak apologatik dan takut dikecam
Nak marah marahlah. Saya yakin masih ramai yang bersetuju dengan saya tetapi mereka simpan di dalam hati.

Pemimpin PPBM tumpang semangkuk guna slogan “No Anwar No DAP” untuk serang UMNO. Sejujurnya mereka takut dan rasa terancam jika wujud kerjasama itu.

Benar, No Anwar No DAP adalah keputusan MKT UMNO. Annuar Musa guna slogan ini untuk pertahan PN. Sebagai ahli MKT, saya pula tidak mahu UMNO terlalu rigid.

Ia bukan soal membentuk satu gabungan baru. Ini hanya kerjasama politik. Seperti PH sokong usul UMNO di Perak. Tidak salah. UMNO pun bukan ahli PN. MN juga belum daftar. 

Kita harus terbuka dengan kerjasama politik. DAP dan PKR pernah sokong usul tergempar UMNO dalam Parlimen bila membantah serangan Israel di Palestin.

Tidak dinafikan ada akar umbi UMNO yang keliru. Tetapi mereka juga keliru bila ada pemimpin UMNO yang berunding dengan Tun M dan Azmin tanpa pengetahuan MKT.

Dulu, siapa terfikir PAS bergabung dengan DAP. Siapa terfikir Muslimat PAS julang bendera Roket semasa PRU dan PRK.
Siapa terfikir Mahathir dan Muhyiddin bergabung dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO?

Wajarkah mereka dianggap pengkhianat kepada orang Melayu dan Islam kerana menjatuhkan kerajaan Melayu dengan bantuan Anwar dan DAP?

Sebab itu slogan no Anwar no DAP tidak semestinya relevan sepanjang masa. Senario berubah, orang berubah. Pemikiran politik lagi cepat berubah. 

Lim Chong Eu dipecat daripada DAP kerana terlalu cauvinis. Tetapi bila dia membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang bersama BN, dia dilihat sebagai tokoh moderate. Maka jika perlu, apa salahnya kerajaan perpaduan bermula di Perak.

UMNO mesti berani mempeloporinya demi kelansungan rakyat. Kenapa mesti takut.

UMNO luas pengalaman berpuloh tahun mentadbir negara dengan suhu perkauman yang sentiasa tinggi. Rusuhan kaum 1969 adalah pengajaran terbaik.

Tetapi dengan formula BN 1974, peristiwa itu tidak berulang walaupun sentiasa panas. Bahkan MCA dan MIC ada kalanya lebih keras membangkitkan isu kaum.

Maka apakah dengan pengalaman itu tiba tiba UMNO rasa takut dan lekeh untuk urus kerjasama dengan sesiapa hatta DAP. Yang penting kemampuan, kebijaksanaan, ketegasan, konsensus dan kejujuran politik.

Justeru UMNO Perak wajar diberi peluang bentuk kerajaan perpaduan tanpa perlu gabungan parti politik yang rigid. Ia pembuka jalan. - 14 Disember 2020.

Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan Kerana Tak Puas Hati Isu PPE.

POLITIK | Sejumlah ahli parlimen pembangkang keluar dewan sebelum undi belah bahagi dibuat bagi meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa peruntukan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Usul undi belah bahagi itu pula sebenarnya dicadangkan oleh Ahli Parlimen pembangkang namun mereka keluar dewan beramai-ramai sebelum undi belah bahagi dimulakan.

Disebabkan itu, PN menang bergaya dalam undi belah bahagi RUU Kementerian Wilayah iaitu 110 berbalas 7 dari wakil yang menolak.

Sebelum keluar, Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan tindakan Speaker yang membenarkan Ahli Parlimen yang menjalani kuarantin hadir ke Dewan Rakyat dengan memakai PPE.

Speaker kemudiannya memberikan penjelasan kenapa menteri dibenarkan langgar kuarantin namun pihak pembangkang nampaknya tidak berpuas hati dengan penjelasan Speaker Azhar Azizan Harun mengenai kehadiran tiga ahli parlimen yang memakai suit PPE lalu bertindak keluar dari Dewan Rakyat.

Bagaimanapun bukan semua Ahli Parlimen pembangkang keluar dari dewan. Yang tinggal itulah memberikan undi sebanyak 7 dan ada yang bertindak masuk semula selepas keluar untuk mengikuti perbahasan RUU belanjawan seterusnya. - 14 Disember 2020.

2 Menteri, 1 Ahli Parlimen Hadir Dewan Rakyat Pakai PPE, Walaupun Masih Dalam Kuarantin.

POLITIK | Tersebar dua gambar yang memaparkan beberapa Ahli Parlimen yang sepatutnya menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah - HSO (kuarantin selepas ini) namun hadir ke Dewan Rakyat dengan memakai PPE.

Menurut Malaysiakini, ada tiga Ahli Parlimen yang sedang menjalani HSO. Mereka ialah;

1. Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan = Menteri Sumber Manusia.

2. Ahli Parlimen Tenggara, Dr Adham Baba = Menteri Kesihatan.

3. Ahli Parlimen Batu, P Parabakaran.
 

Dan kesemua mereka hadir ke Parlimen dengan memakai PPE. Semalam, Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan berkata, Ahli Parlimen yang menjalani kuarantin dibenarkan hadir ke Parlimen dengan syarat memakai PPE dan perlu duduk di tempat khas yang jauh dari Ahli Parlimen lain.

Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang menempelak tindakan itu sebagai dua darjat dan menjadi bahan jenaka.

"Demi selamatkan kerajaan tebuk atap, 3 orang ahli parlimen (termasuk 2 orang menteri) yang dikuarantin dibenarkan mengundi di Dewan Rakyat. Kalau rakyat biasa, nak keluar bilik pun tak boleh. #DuaDarjat #BahanJenaka ," tulisnya dalam satu kenyataan di Twitter.

Sebelum ini mana-mana pihak yang diarahkan menjalani HSO tidak dibenarkan keluar rumah mengikut tempoh hari kuarantin. Mereka tak pernah diberikan pilihan iaitu boleh keluar jika memakai PPE.

Manakala mereka yang melanggar arahan pula didenda oleh kerajaan. Sudah tentu ini menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan rakyat terutamanya mereka yang pernah didenda akibat melanggar arahan kuarantin.

Jika dari awal dibenarkan keluar dengan syarat memakai PPE, apakah mereka yang kuarantin tidak akan mengambil peluang itu?

Jika peluang yang kerajaan berikan sama rata kepada Ahli Parlimen dan kepada rakyat, sudah tentu isu ini tidak berbangkit. Masalahnya, peluang tu tak sama.

Pada rakyat tidak boleh tidak mesti menjalani HSO. Tidak boleh keluar sama sekali. Tidak boleh lentur walau sedikit pun. Tetapi bila babitkan menteri boleh pula undang-undang itu diubahsuai. Tiba-tiba sahaja mereka dibenarkan keluar walaupun menjalani kuarantin kerana telah memakai PPE.

Mana keadilannya? Asyik rakyat je jadi mangsa politikus rakus. Pusing-pusing, tukar sana sini, balik-balik rakyat juga kena hentam. Ahli politik terutamanya menteri, relaks je tak kena apa-apa. Sedap betul hidup jadi ahli politik neh yer. - 14 Disember 2020.

Ahad, 13 Disember 2020

'Sarawak Darul Hana' Tidak Mengubah Identiti Negeri - PAS Sarawak.

Free Malaysia Today | PAS Sarawak mempertahankan penggunaan istilah Darul Hana untuk Sarawak dan menafikan dakwaan aktivis negeri berkenaan bahawa parti itu cuba mengubah identiti Sarawak daripada sebuah negeri sekular kepada negeri yang fokus kepada hanya satu agama.


Kerajaan negeri dan industri pelancongan biasanya merujuk Sarawak dengan istilah deskriptif Bumi Kenyalang.

Pesuruhjaya PAS negeri Jofri Jaraiee berkata istilah Darul Hana digunakan ketika pemerintahan Sultan Tengah dari 1627 hingga 1657 dan ia juga bermaksud sebuah tempat yang harmoni dan selamat kepada semua orang.

Bagaimanapun lima NGO tempatan berkata, penggunaan istilah deskriptif itu secara berterusan akan menggugat keharmonian kaum dan agama di negeri itu.

Mereka mendakwa PAS memutarbelitkan sejarah, dengan berkata, Sultan Tengah hanya memerintah kawasan kecil di sekitar Kuching hari ini dan hanya merupakan sebahagian kecil daripada Sarawak.

Jofri berkata istilah “Sarawak Darul Hana” mungkin asing kepada rakyat Malaysia kerana kurang kajian berhubung sejarah sebelum pemerintahan British.

“PAS akan terus menggunakan perkataan Darul Hana selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara kerana ‘Darul Hana’ bermaksud tempat yang aman,” katanya.

Jofri menafikan terdapat percubaan untuk mengubah nama negeri dan mendakwa pengkritik “cuba menimbulkan tanggapan yang salah bahawa PAS Sarawak memaksa orang bukan Islam memeluk Islam”.

Pada Ahad, protes terhadap penggunaan istilah berkenaan dikeluarkan oleh Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS), Kongres Kebangsaan Dayak (DNC), Persatuan Iban Sarawak (PAIS), Persatuan Balang Balai Nyabong (BBN) dan Persatuan Dayak Iban Sarawak cawangan Miri.

Mereka berkata Sarawak moden bukan kesinambungan kesultanan Tengah yang hanya bertahan selama 30 tahun dan istilah Darul Hana “tidak pernah digunakan sejak penubuhan kerajaan moden Sarawak pada 1841.” - 13 Disember 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...