Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 14 Disember 2020

2 Menteri, 1 Ahli Parlimen Hadir Dewan Rakyat Pakai PPE, Walaupun Masih Dalam Kuarantin.

POLITIK | Tersebar dua gambar yang memaparkan beberapa Ahli Parlimen yang sepatutnya menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah - HSO (kuarantin selepas ini) namun hadir ke Dewan Rakyat dengan memakai PPE.

Menurut Malaysiakini, ada tiga Ahli Parlimen yang sedang menjalani HSO. Mereka ialah;

1. Ahli Parlimen Tapah, M Saravanan = Menteri Sumber Manusia.

2. Ahli Parlimen Tenggara, Dr Adham Baba = Menteri Kesihatan.

3. Ahli Parlimen Batu, P Parabakaran.
 

Dan kesemua mereka hadir ke Parlimen dengan memakai PPE. Semalam, Menteri Undang-Undang, Takiyuddin Hassan berkata, Ahli Parlimen yang menjalani kuarantin dibenarkan hadir ke Parlimen dengan syarat memakai PPE dan perlu duduk di tempat khas yang jauh dari Ahli Parlimen lain.

Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang menempelak tindakan itu sebagai dua darjat dan menjadi bahan jenaka.

"Demi selamatkan kerajaan tebuk atap, 3 orang ahli parlimen (termasuk 2 orang menteri) yang dikuarantin dibenarkan mengundi di Dewan Rakyat. Kalau rakyat biasa, nak keluar bilik pun tak boleh. #DuaDarjat #BahanJenaka ," tulisnya dalam satu kenyataan di Twitter.

Sebelum ini mana-mana pihak yang diarahkan menjalani HSO tidak dibenarkan keluar rumah mengikut tempoh hari kuarantin. Mereka tak pernah diberikan pilihan iaitu boleh keluar jika memakai PPE.

Manakala mereka yang melanggar arahan pula didenda oleh kerajaan. Sudah tentu ini menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan rakyat terutamanya mereka yang pernah didenda akibat melanggar arahan kuarantin.

Jika dari awal dibenarkan keluar dengan syarat memakai PPE, apakah mereka yang kuarantin tidak akan mengambil peluang itu?

Jika peluang yang kerajaan berikan sama rata kepada Ahli Parlimen dan kepada rakyat, sudah tentu isu ini tidak berbangkit. Masalahnya, peluang tu tak sama.

Pada rakyat tidak boleh tidak mesti menjalani HSO. Tidak boleh keluar sama sekali. Tidak boleh lentur walau sedikit pun. Tetapi bila babitkan menteri boleh pula undang-undang itu diubahsuai. Tiba-tiba sahaja mereka dibenarkan keluar walaupun menjalani kuarantin kerana telah memakai PPE.

Mana keadilannya? Asyik rakyat je jadi mangsa politikus rakus. Pusing-pusing, tukar sana sini, balik-balik rakyat juga kena hentam. Ahli politik terutamanya menteri, relaks je tak kena apa-apa. Sedap betul hidup jadi ahli politik neh yer. - 14 Disember 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...