Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Disember 2017

Pemuda UMNO Bantah, IMANS : Caj & GST Untuk Pakej Umrah Dibatalkan Serta-Merta.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengumumkan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) petang tadi.

Menurut Ketua Setiusahanya, Datuk Rashidi Hasbullah, pembatalan itu selepas mengambil kira aduan orang ramai dan pihak berkaitan dengan industri lapor Awani.



Semalam, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan kesemua 65 agensi pelancongan berstatus muassasah di negara ini yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) diwajibkan menggunakan IMAMS bagi permohonan visa umrah

IMAMS yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia diperkenalkan bagi menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.


Terdahulu Pemuda UMNO memgedarkan kenyataan media yang membantah pelaksanaan IMANS selepas dilancarkan pada semalam.

SIARAN AKHBAR

PEMUDA UMNO bantah pelaksanaan IMAMS

KUALA LUMPUR, 16 Disember - Pemuda UMNO membantah pelaksanaan Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) yang dikuatkuasakan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, bermula semalam.

Pemuda UMNO memahami keputusan kerajaan untuk mengatasi masalah penipuan umrah yang semakin berleluasa tetapi IMAMS bukan kaedah yang terbaik.

Benar, sejak beberapa tahun ini  kita kerap mendengar berita jemaah yang hendak mengerjakan umrah ditipu. Tetapi kenapa diwujudkan IMAMS?

Sepatutnya Tabung Haji (TH) yang diberi tanggungjawab tersebut, bukannya kepada syarikat swasta yang dikuasai bukan Islam menguruskan IMAMS yang diberikan Lesen Khas Umrah (LKU) pada 1 Oktober lalu.

IMAMS ini bukan percuma, malah mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) RM5.10 selain bayaran tambahan RM45 untuk sistem dan pengurusan serta RM40 (insurans) kepada setiap umat Islam yang hendak mengerjakan umrah.

Berapa banyak untung yang masuk ke dalam syarikat tersebut?

Transformasi jenis apakah yang cuba dilakukan oleh kementerian ini kerana Pemuda UMNO yakin ia hanya akan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan akibat  penambahan kos mengerjakan umrah.

Tindakan ini bukan sahaja tidak bijak malah langsung tidak cerdik!

Banyak mekanisme lain yang boleh difikirkan kerajaan untuk mengatasi masalah penipuan umrah ini tetapi bukanlah dengan kaedah yang hanya menimbulkan polemik yang lansung tak menguntungkan malah membebankan...

Tidak masuk akal hal umrah diberikan kepada syarikat swasta yang diterajui oleh bukan Islam.

Pemuda UMNO turut kecewa apabila Tabung Haji langsung tidak membantah, menentang dan tidak bersuara berkenaan pelaksanaan IMAMS, menunjukkan pengurusan tertinggi TH langsung tidak peka dengan maslahah yang berlaku ini.

Apabila timbul isu sebegini sudah tentu menimbulkan persepsi di kalangan rakyat khususnya orang Islam bahawa TH tidak cekap sehingga ada syarikat yang diterajuj oleh bukan Islam bijak merebut peluang dalam hal ibadah orang islam..

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO mendesak kerajaan agar menimbangkan semula pelaksanaan IMAMS dan diganti dengan mekanisme lain yang lebih sesuai.

Pengendali atau penganjur pakej umrah juga disaran agar menolak sistem ini untuk membantu jemaah mengerjakan umrah.

Kerajaan perlu buka mata. Ini bukan masalah nak menang PRU14 tetapi kelemahan dan tidak cerdik kementerian berkaitan serta Tabung Haji yang diamanahkan untuk menjaga hak orang Islam.

*NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN*
Exco Pemuda UMNO
Pengerusi Biro HELP
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa

Semua Boleh Mohon KISS Jika Layak, Penerima BRIM, Zakat & JKM Pun Boleh!

KENYATAAN MEDIA

KEJAYAAN PROGRAM KISS DICEMBURUI

Tular di media sosial akan kenyataan dangkal yang menyatakan program terbaru kerajaan negeri Selangor Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) yang hanya indah khabar dari rupa.

Hakikatnya, sejak permohonan program tersebut dibuka semalam, pejabat-pejabat pusat khidmat masyarakat seluruh Negeri Selangor sesak dihadiri para ibu yang nyata gembira dengan inisiatif baru yang dibawa kerajaan negeri Selangor khusus untuk golongan ibu  yang selama ini tidak pernah diendahkan mana-mana pihak. 



Kenyataan yang tersebar itu nyata tidak berasas dan hanya propaganda jahat yang cuba menyemai kebencian rakyat yang semakin hari semakin sayang dengan kerajaan Selangor pimpinan YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga dan membesarkan anak-anak.

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu di Selangor, KISS diperkenalkan sebagai sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup yang semakin menekan kini menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

Serangan memburukkan program KISS menunjukkan program ini sangat berkesan dan mendapat sambutan yang sangat baik. Justeru ia pasti mengakibatkan rasa kurang senang kepada mereka yang mencemburui kejayaan Selangor ini.

Mana-mana ibu Selangor yang masih menanggung anak di bawah umur 21 tahun dan berpendapatan isi rumah kurang RM2000 layak untuk memohon walaupun telah mendapat bantuan sama ada dari kerajaan negeri mahupun pusat, permohonan mereka layak untuk dipertimbangkan.

Semua dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan tidak mendengar suara-suara sumbang yang cemburu akan kejayaan yang kita berjaya rasai di Selangor.

Maklumat lanjut boleh terus menghubungi talian 0355256600 atau terus layari laman web www.kiss.com.my

YB DR DAROYAH ALWI
Exco Kebajikan Negeri Selangor

"Saya Ahli UMNO Tapi Cuma Belum Daftar Sahaja," - Azwan Ali.

Azwan Ali satu nama yang tidak Beaasing lagi dalam industri seni kerana bertugas sebagai pengacara kini tampil mengegarkan dunia politik tanahair. Sebelum ini Azwan Ali dikenali sebagai personaliti hiburan yang 'kekwat' kerana mulut lazernya itu kini mahu melibatkan diri dalam bidang politik secara serius.

Menurut temubual Azwan bersama Sinar Online baru-baru ini Azwan mengesahkan yang beliau menentang abang kandungnya sendiri kerana merasa sedih diperlakukan oleh Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor.


“Saya doa depan Kaabah dia menang besar dalam PRU13 lalu. Sebagai adik, saya mahu tengok dia berjaya.

“Alhamdulillah, ALLAH SWT mendengar doa dan rintihan saya, dan memberi kemenangan buat dia dan Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Namun, katanya, itu cerita lama di mana perkara itu tidak akan berlaku lagi.

“Itu dulu... tapi lepas apa yang dia buat pada saya, adik dia sendiri, saya tak akan lupa. Hanya ALLAH SWT yang akan membalasnya.

“Perbuatan dia sangat melampau dan tidak boleh dimaafkan. Tiada lagi doa untuknya,” katanya lagi.

Mengakui sedih dan sakit hati dengan apa yang dilakukan abangnya itu, Azwan kini beralih tumpuan dengan membantu Umno dalam misi menewaskan Mohamed Azmin pada PRU14 akan datang.

Segala perkara benar akan terbongkar tidak lama lagi. Saya percaya setiap keburukan akan terbongkar juga.

“Saya tak takut kerana saya kenal siapa abang saya. Orang hanya melihat dari luar, tapi saya hidup dengan dia lebih 50 tahun,” ujarnya lagi.

Kisah adik beradik ini pernah menjadi tular beberapa tahun lalu dan kemuncaknya Azwan tidak hadir pada majlis pengkebumian Allahyarham ibunya, Che Tom Yahaya awal tahun ini.

Azwan berkata, dia punya alasan tersendiri untuk tidak hadir namun doanya sebagai anak tidak pernah putus untuk Allahyarham ibunya.

Azwan sebelum ini mengakui kisah keluarganya mampu dijadikan bahan untuk berkempen pada PRU14.

Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat mengetahui sisi sebenar seorang yang bergelar Menteri Besar yang juga abangnya, Mohamed Azmin.

“Saya hanya cerita kebenaran yang orang tak nampak selama ini. Saya berdendam dengan abang saya bukan kerana dengki atau apa, tetapi saya sudah tidak mampu bersabar lagi,” katanya.

Selama lima tahun Azwan berkata, dia membantu abangnya itu berkempen, namun usahanya tidak mendatangkan kebaikan kepada dirinya.

Selebriti popular tanah air, Azwan Ali juga mengakui dirinya merupakan penyokong tegar Umno selama ini.
Perjuangan menyokong parti itu bermula sejak kecil lagi.

“Saya memang dah lama bersama Umno. Saya memang ahli Umno, cuma belum daftar sahaja lagi,” katanya semasa dalam sesi temubual yang dibuat secara langsung oleh Sinar Online pada semalam.


Katanya, perjuangan bersama Umno pernah terhenti pada PRU13 di mana ketika itu Azwan membantu abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkempen untuk Pakatan Rakyat.

“Sekarang ini, saya dah sedia untuk mendaftar, kalau ada siapa-siapa yang sudi, bolehlah... daftarkan saya. “Saya tahu perjuangan parti ini macam mana, kerana itu masih bertahan,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, bidang politik ini merupakan satu bidang yang lain dan menarik minatnya untuk meneruskannya dengan lebih serius.

“Ia begitu lain, yang kuat sahaja mampu berada di sini (politik). Mungkin satu hari nanti, saya akan lebih serius. Buat masa ini, saya masih belajar selok-belok politik,” katanya lagi.

Azwan yang sebelum ini mendiamkan diri dari bidang seni sejak tiga tahun lalu, membuat kemunculan apabila hadir ke Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Azwan hadir bersama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos serta melancarkan serangan terhadap abangnya Mohamed Azmin. Azwan juga turut memperkenalkan hashtag #JahanamAzmin dalam satu sidang media.

Jumaat, 15 Disember 2017

Kritik Sultan Selangor Atas Isu Arak, Blogger Steadyaku Kini Dalam Pengawasan Polis.

Pemilik blog Steadyaku47 kini berada dalam pemerhatian polis lapor Malaysian Digest hari ini. Kenyataan itu disahkan dengan status Facebook blogger itu yang tular sejak pagi tadi.

"Ini mungkin ucapan selamat tinggal. Diberitahu mereka ban saya di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya," kata Hussein 

Abdul Hamid yang juga pengendali blog Steadyaku47.
Terdahulu Steadyaku47 menjadi sensasi di laman sosial kerana mengkritik dan mempersoalkan Sultan Selangor yang mengulas isu Mahathir.


Bagaimanapun pemilik blog berkenaan tidak mengakui mengkritik Sultan Selangor kerana mempertahankan bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu.

Blogger tersebut menulis tentang kelakuan Sultan Selangor yang tidak mencerminkan sikap sebagai seorang penganut Islam dengan memetik beberapa perkara yang didakwanya dilakukan oleh Sultan tersebut.

Meskipun diperhatikan oleh pihak berkuasa, blogger itu terus menulis tentang isteri-isteri Sultan Selangor dan kekasih-kekasihnya ( 'yang ditidurnya') sambil mempertikaikan peranan Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam di artikel yang lainnya.

"####.. hotak kamu. Apa yang ####nya bila kamu ada tiga isteri dan banyak kekasih yang kamu tiduri sedangkan kamu Ketua Agama Islam di negeri kamu," katanya.

Blog tersebut bagaimanapun tidak lagi dapat diakses atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi dilaporkan berkata, penulisan blog berkenaan menyebabkan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat dan polis akan menyiasat latar belakang penulis artikel yang diterbitkan pada 13 Disember lalu.
“Kami juga akan menyiasat sama ada orang yang menulis artikel tersebut berada di Malaysia atau luar negara,” ujarnya, memetik laporan Malaysian Digest.
Hussein menerusi blog Steadyaku47 pada 13 Disember lepas menerbitkan artikel bertajuk 'WTF does this Idris of Selangor thinks he is doing?' mengkritik Sultan Sharafuddin dalam bahasa penghinaan.
Beliau turut menuduh Sultan sebagai kaki botol, pencuri dan penjenayah serta bukanlah berketurunan Bugis sebenar.
"Kesultanan Selangor mungkin berasal dari Bugis tetapi kamu tidak pernah melakukan apa-apa untuk kami orang Bugis apatah lagi berasa bangga dengan apa yang kamu lakukan di Selangor," tulis blog berkenaan, memetik laporan portal itu lagi.

Nota : #### ialah penulisan di blog ini sahaja dan bukan di blog Steadyaku47.

Khamis, 14 Disember 2017

Selepas Aishah Dimaki Kaw-Kaw Kini Penyokong PAS Kata FB Ustazah Hamidah Fake.

Berang dimaki gemuk dan diaibkan oleh individu yang dikenali dengan nama Ustazah Hamidah di Facebook, Aishah bangkit mempertahankan dirinya membalas cercaan itu dengan mengajak Ustazah Hamidah untuk bersua muka.

Bagaimanapun seruan itu tidak diendahkan oleh akaun Facebook Ustazah Hamidah sebaliknya pengendali akaun tersebut meminta Aishah menyertai PAS kembali jika betul ingin bertemu dengan dirinya.

Terdahulu Ustazah Hamidah menghina penyanyi yang menyertai program Gegar Vaganza musim ke 4 itu sebagai gemuk dan babi.


"Meluat Midah tengok penyanyi gemuk macam babi nama Aisyah ni tergedik-gedik macam suara dia tu sedap sangat. Dulu masa dia dalam Pas Midah minat juga pada dia tapi bila dia masuk Parti Ahli Neraka atau PAN memang midah meluat giler pada dia. Konon konon dia tu pakai tudung nak bagi orang ingat dia tu islamlah tapi sebenarnya munafik babi khadam Dap. Jom komen UP supaya orang Pan meroyan kikiki," katanya di Facebook.

Aishah yang diberitahu mengenainya kemudian memberikan respon di ruangan komen.


"Saya cabar Ustazah datang jumpa saya kalau berani cakap perkataan-perkataan ini di depan saya. Jangan berselindung di sebalik belakang muka yang bertutup tu," kata Aishah di post tersebut.

Aishah juga menjelaskan yang beliau ingin berjumpa dengan individu yang memaki hamunnya di Facebook itu.

"Meh jumpa saya wahai Ustazah Hamidah kalau nak maki orang biar depan-depan ke nak ticket free ke Gegar Vaganza. Jomlah saya panggil crew Astro shoot nak jumpa sangat, tatap wajah ustazah ni yang senang-senang membinatangkan orang lain," kata Aishah dalam satu kenyataan.

"Hahaha setakat ini je nak jawap?? Ada syarat bagai. Tak terfikir ke nak mintak maaf ke ko mengaibkan aku??? Tak takut kena saman ustazah, sekarang dah ada akta tau yang membolehkan orang yang diaibkan tuntut ganti rugi. Kau berselindung pada fake account still mesti masih boleh trace siapa di sebalik account penakut ko ni," tambah penyanyi itu lagi.

Sebaran Pro PAS
Dalam pada itu rata-rata penyokong PAS menafikan akaun FB Ustazah Hamidah ada kaitan dengan parti itu. Malahan mereka menyifatkan akaun FB Ustazah Hamidah adalah fake dan bertujuan melaga-lagakan orang ramai dengan PAS. Ada juga yang beranggapan akaun tersebut diwujudkan pihak musuh untuk menambahkan api kebencian terhadap ahli PAS dan perjuangan parti itu.

Bagaimanapun jawapan itu tidak mampu menyakinkan penyokong Pakatan Harapan terutamanya dikalangan pro Amanah.

"Ustazah Midah maki babi, khadam, mu kata penyamar. Mu maki khadam hari-hari mu pun penyamar sokong PAS ko," tulis Jali.

"Fake pula. Dah lama aku tengok dia maki Amanah. Dia buat poster PAN - Parti Ahli Neraka. Yang sokong PAS sebar. Kat WhatsApp sebar. Kawan aku sokong PAS pun sebar. Fake apa fake? Abah kau fake," kata Naim.

Ini bukan kali pertama Ustazah Hamidah menimbulkan polemik politik. Sebelum ini banyak pihak tampil mempersoalkan dalang disebalik akaun Facebook yang terkenal sebagai anti Amanah itu.

Penerima BR1M, JKM, Zakat Tak Layak Mohon KISS Selangor?

Tular di laman sosial mengenai luahan seorang facebooker yang menggunakan nama Seri Noor di Facebook yang kecewa kerana gagal mendapatkan bantuan KISS.


Beliau menulis : "KISS INDAH KHABAR DARI RUPA

Pagi ini ke pejabat ADUN bertanyakan tentang Program Kiss yang di warkan permohonannya di buka hari ini 13 Dis 2017. Setiba disana pegawai yg berada di Pejabat tersebut menerangkan bahawa permohonan ini hanya di beri pada pemohon yang belum pernah menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan negeri atau pusat.

Diterangkan lagi yang telah menerima Kad Peduli Sihat bantuan JKM bantuan Zakat dan #BR1M adalah tidak layak memohon. Bertepatanlah dengan peruntukan kerajaan Negeri Selangor yang hanya seramai 30 ribu orang sahaja penerima bagi program Kiss ini. Adalah amat tidak wajar penerima-penerima bantuan daripada kerajaan pusat atau pun negeri dinafikan hak untuk menerima bantuan yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor  ini.

Persoalannya jika penerima-penerima bantuan ini tidak layak siapakah yang layak? Rasanya mungkin hanya warga asing yang layak untuk menerima bantuan program Kiss ini.

Jadi benarlah kata sesetengah pihak bahawa program ini hanya mahu mencari populariti menjelang PRU akan datang. 

Rakyat Selangor Kecewa," di satu kenyataan yang dipetik dari Facebook peribadinya.

Tinjauan yang dilakukan oleh pihak kami juga mendapati Seri Noor aktif menyerang dan mengkritik kepimpinan kerajaan negeri selama ini.



Semakan yang dilakukan pula mendapati penulisan oleh Seri Noor menjadi viral di media sosial dan kerajaan negeri menerima kecaman terutamanya dikalangan penyokong Barisan Nasional. 

Menurut portal kerajaan negeri;

Syarat Kelayakan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) 2018 adalah seperti berikut;

1.  Warganegara Malaysia; dan


2.  Lahir di Selangor atau menetap di
     Selangor melebihi 10 tahun ; dan


3.  Pemilih berdaftar di Negeri Selangor;
     dan


4.  Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan


5.  Pendapatan isi rumah di bawah RM
     2,000 sebulan.


Dan setiap permohonan yang diluluskan akan menerima Kad KISS yang mana;

1. RM200 akan dimasukkan setiap bulan.

2. Perbelanjaan secara cashless  = tanpa menggunakan tunai, transaksi jual beli menggunakan kad sahaja.

3. Baki kad tidak akan dibawa ke bulan hadapan.

4. 200 tersebut boleh digunakan untuk membeli barangan makanan & keperluan seperti beras, susu, ikan, pampers, gula, bawang dan seerti dengannya.

5. Tertakluk kepada pasaraya dan pusat membeli belah tertentu yang bekerjasama dengan kerajaan negeri sahaja.

Menurut kerajaan negeri lain kuota 30,000 yang diperuntukkan adalah merujuk kepada statistics sebenar penduduk Selangor yang menerima gaji dibawah 2,000. Ini bermaksud kesemua yang bergaji rm2,000 sepatutnya layak mendapatkan bantuan ini.

Tiada syarat tambahan dikenakan seperti penerima BR1M, JKM dan zakat yang dilarang memohon KISS Selangor disebutkan dalam laporan itu.

Selepas Dikritik Kaw-Kaw Di Media Sosial, Adnan Kemudiannya Bertemu Penduduk.

Sombong! Itulah reaksi kebanyakan netizens yang mengulas aksi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob ketika mendatangi sekumpulan rakyat Cameron Highlands yang menuntut hak pemilikan tanah. 
"Betul la dia cakap tu. 40 tahun boleh tunggu takan 10 tahun tak boleh? Bodoh punya pengundi," kata Hvzmin Azami.
"Angkuh sangat. Macam ni ke Menteri Besar?," soal Muhammad Harris Nasril pula.
"Orang Pahang la yang bodoh pergi undi BN jugak buat hape. Perangai Menteri Besar Pahang tu memang berlagak dari dulu lagi. Yang bodohnya tangan yang mengundilah. Padan la muka hei, undilah lagi hei..," tulis Ncit Abu. 
"Apa lagi tak reti reti kasi hancur UmnoBn. Perangai MB dah macam sial," respon Aznol Haidi.



Adnan awalnya kelihatan mendengar aduan dan permasalahan yang ditimbulkan bagaimanapun memberikan reaksi balas yang agak 'sombong'. 
"Kalau kita ikut prosedur.... dua tahun saja (akan selesai)," katanya.
Adnan kemudian menjelaskan kerajaan mendapat ribuan permohonan tanah dan setiap satunya perlu mengikuti prosuder yang ditetapkan. Sejak beliau mengambilalih pentadbiran, beliau komited untuk menyelesaikan permasalahan tersebut katanya kepada Suresh yang juga wakil PSM. 
Untuk rekod, Suresh ialah calon PSM yang akan bertanding di kerusi Cameron Highlands. Suresh dijangka akan menentang wakil dari DAP dan MIC dalam pertandingan 3 penjuru pada PRU ke-14 kelak.
Suresh kemudian menyatakan penduduk terbabit sudah menunggu selama 40 tahun untuk mendapatkan penyelesaian dan 10 tahun cuba mendapatkan bantuak kerajaan negeri.
"Kalau 40 tahun boleh tunggu, 10 tahun tak boleh tunggu?" katanya dalam nada seperti menyindir.
Kemudiannya seorang wanita membalas kenyataan Adnan dengan mempersoalkan dia sudah lama menunggu bagaimana jika akhirnya dia mati.
"Kalau saya mati macam mana. Saya sudah lama tunggu," katanya.
Adnan kemudiannya bertindak menyuruh wanita itu pulang sahaja kerana disifatkannya sebagai banyak cakap.
"Awak punya banyak cakap, sila balik. OK, bye bye, vanakam, nandri," katanya sebelum beredar memasuki lobi bangunan kerajaan negeri. 
Terdahulu, Suresh bersama sekumpulan penduduk dari Cameron Highlands berkampung di Wisma Pahang, Kuantan.

Selepas berkampung selama selama dua hari, Adnan akhirnya sudi berbincang dengan penduduk dan membenarkan mereka masuk ke bangunan untuk mengadakan mesyuarat. 
Tindakan ini dipercayai ada kaitan dengan kritikan bertubi-tubi yang diterima oleh Menteri Besar itu di laman sosial selepas tersiarnya laporan yang mengatakan dia melayan penduduk dengan cara yang tidak sewajarnya.

Banyak Sangat Rasuah, Banyak Sangat Kleptomaniac," - Farid Kamil.

Tular satu rakaman video yang memaparkan kenyataan pelakon tanahair, Farid  Kamil yang mengulas tentang isu rasuah dan politik. 
Farid dalam rakaman itu dilihat berkain pelikat dan berbajut T gambar Mahathir serta bertopi kelihatan berdiri dalam sebuah sampan seolahnya sedang memancing di tali air.
Dia kemudian kedengaran bercakap mengenai rasuah.



"Banyak sangat rasuah, banyak sangat - apa nama.... kleptomaniac, banyak sangat samseng-samseng, banyak sangat KL gangster yang pegang industri," katanya bersahaja.
"Depa makan rasuah. Bila makan rasuah, bahaya, hang tak boleh jadi pelakon kalau makan rasuah," tambahnya lagi. 
Netizens bagaimanapun memberikan pelbagai tanggapan terhadap video itu. Ada yang beranggapan Farid Kamil sedang menjalankan 'shooting' drama ataupun iklan terbarunya. 
Dan ada yang beranggapan video itu dirakamkan secara spontan. Farid yang dilihat seperti memancing sebenarnya bukanlah memancing sebaliknya hanya memegang sebatang kayu tanpa mata kail. 

Kami Boleh Musnahkan Malaysia Dalam Masa 1 Saat - Admin Jews News.

Portal berita pro Israel pada semalam dengan angkuhnya berkata mampu memusnahkan Malaysia dalam masa satu saat.  

"Hahahahaha. Kami boleh musnahkan Malaysia dalam masa 1 saat," kata admin di halaman Facebook itu sambil berkongsikan pautan berita berkaitan.


Ini susulan dari kenyataan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang berkata Malaysia bersedia untuk menghantar tentera ke Palestine.

Hishamuddin dipetik sebagai berkata “Sebagai menteri pertahanan, saya yakin kita akan laksanakan sebarang perintah daripada komander tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad Ke-5.
“Ketua Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan askarnya sememangnya bersedia,” katanya seperti laporan Bernama.

Kenyataan Menteri Pertahanan itu kemudiannya dilaporkan secara berleluasa oleh media tempatan. Malahan menerima kritikan dari pihak tertentu.

Penyokong pembangkang misalnya mengecam Hishamuddin yang dianggap terburu-buru mengeluarkan kenyataan.

Manakala Brig Jen (B) Datuk Mohd Arshad Raji menyifatkan langkah itu “tidak bijak” kerana pertama sekali situasi berbangkit bukan isu ketenteraan.

“Konflik antarabangsa di Baitulmaqdis adalah isu politik. Langkah terbaik adalah membenarkan diplomasi menyelesaikan kekacauan sejarah ini. Jika diplomasi gagal, tindakan berikutnya boleh dalam bentuk kecaman masyarakat antarabangsa.


“Mengisytiharkan secara membuta tuli bahawa kita boleh sediakan pasukan tentera adalah tindakan kurang bijak,” katanya.

Tinjauan di halaman berkenaan rata-rata netizens Malaysia mencabar dan bersikap sinikal dengan status berbaur ancaman itu.

Rabu, 13 Disember 2017

Empat Pegawai Polis Temui Mahathir Rakam Kenyataan Isu Forex.

Empat pegawai polis tiba di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini sebentar tadi dipercayai bagi merakam kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad lapor Berita Harian sebentar tadi.

Mereka yang menaiki dua kereta tiba kira-kira jam 1.40 petang sebelum memasuki bangunan berkenaan.
Ia dipercayai susulan laporan polis yang dibuat wakil Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing (RCI) Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.
Terdahulu, peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla bersama dua lagi peguam dilihat memasuki bangunan sama, kira-kira jam 1.05 petang.
Awal bulan ini, satu pasukan khas ditubuhkan Bukit Aman untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung laporan diterima daripada suruhanjaya berkenaan.
Dalam laporan sebelum itu, polis dicadang menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan pihak berkaitan.
Ia mungkin membabitkan pegawai dan Lembaga Pengarah BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara serta Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu dalam pelaksanaan aktiviti spekulatif pertukaran mata wang asing dan pelaporan kerugian dialami BNM pada 1990-an.

Jika Rakyat Terdesak, Saya Boleh Jadi PM Untuk Sementara - Mahathir.

"Saya tak tahu. Jika rakyat benar-benar terdesak dan mereka tak jumpa calon lain, mungkin orang tua berusia 93 tahun ini boleh jadi perdana menteri sementara," itulah respon Tun Mahathir Mohamed kepada wakil media ketika diminta untuk mengulas mengenai isu pencalonan bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu sebagai Perdana Menteri Pilihan pembangkang andai menguasai Putrajaya pada PRU ke 14 kelak.

Sebelum ini dilaporkan Saifuddin berkata Mahathir dan Wan Azizah adalah calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan. Pengumuman itu dibuat selepas mesyuarat pemukiman PH pada awal bulan December yang lalu bersetuju mencalonkan kedua-dua nama itu sebagai yang layak mengetuai pembangkang.


Bagaimanapun Mahathir berkata proses pencalonan itu sebenarnya belum lagi selesai. Menurut laporan Kini TV, kesemua parti komponen dalam Pakatan Harapan kecuali PKR bersetuju untuk mencalonkan Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Wan Azizah sebagai Timbalannya.

"Mereka belum calonkan saya lagi. Keputusan belum dibuat. Belum ada keputusan," katanya.

Turut dilaporkan Wan Azizah bersetuju dengan hasil mesyuarat pemukiman itu.

Pakatan Harapan dijadualkan akan membuat pengumuman rasmi mengenainya pada jumaat ini.

Dalam pada itu, tinjauan di laman sosial mendapati rata-rata penyokong pembangkang berbelah bahagi dalam isu pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

"Yang mana baik aku ikut je sebagai penyokong dan pengundi PH," kata Norul.
.
"Ketandusan calon ke? Wan Azizah tu nenek pacak. Calon mendeee," tulis Ahmad Kamil.

"Cari yang lain jela. Dua-dua dah tamat tempoh luput," kata Joren Joi.

"Asal bukan BN!," respon Muhd Azlan.

"Huh. Aku tak mengundi kalau korang angkat warga emas ni jadi PM balik," marah Lan Mzh.

Saifuddin sebelum ini berkata perlantikkan Mahathir sebagai Perdana Menteri adalah bagi tempoh sementara waktu sehingga Anwar dibebaskan.

Bagaimanapun kenyataan itu dikecam ramai kerana ada pihak yang mempersoalkan jika Anwar PM mana mungkin Wan Azizah TPM. Ini bermaksud kedudukan Mahathir dan Wan Azizah adalah untuk sementara waktu sahaja. 

Jesteru itu kenapa buang masa calonkan PM dan TPM sementara sedangkan PH hanya perlu calonkan PM sementara dan TPM sewajarkan dicalonkan nama lain yang akan kekal dengan jawatan itu selepas Anwar dilantik menjadi PM, kritikan netizens.

Ketua Bahagian Larang Serang Artis, Blogger UMNO Merajuk.

Beberapa pemain utama media sosial yang sering mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dilihat seakan merajuk apabila memadamkan satu-persatu post yang mengkritik artis-artis tertentu yang dilihat condong ke arah pembangkang.


"Ada pemimpin UMNO takut bila sahabat-sahabat media sosial jawab artis. Adakah sebab mereka ada skandal dengan artis," kata Ab Jalil Backer yang juga salah seorang yang sering menulis di Mykmu. Portal pro UMNO.




Menurut Ab Jalil Backer terdapat saranan dari Ketua Bahagian UMNO yang meminta agar pemain media sosial UMNO tidak menyerang dan menjawab kritikan artis di media sosial. Sebaliknya perkara itu perlu diserahkan kepada pihak menteri untuk ditanggani sebaiknya.

"Saya hendak beritahu Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak ini bahawa saya menjawab artis atas pandangan saya.

Jika beliau berpendapat artis yang kutuk kerajaan, yang menuduh kerajaan menindas rakyat atas hutang yang bukan diwujudlan oleh rakyat, tidak perlu dijawab selagi Menteri tidak jawab, saya tidak perlu komen apa-apa lagi.

Lepas ini kita suruh menteri saja jelaskan kepada semua orang di media sosial ini.

Kalau tidak mahu membantu parti pun usah belasah orang lain yang membantu menerangkan. Apa artis ini nabikah sampai kita jawab kita pula disalahkan.

Rasa ini macam jari tengah. Tak ada ikon lain yang lebih jelas.🖕," katanya yang menulis di Facebook.


Meskipun tidak menyebut sebarang nama dipercayai Ketua UMNO bahagian yang dimaksudkan ialah dari UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.

Selasa, 12 Disember 2017

Rafizi Serang Peribadi Wartawan TV3...

Ulasan

Petang tadi sempat menyaksikan sidang media live fb Ahli Parlimen Pandan di telefon dan berikut ada beberapa pandangan mengenainya;

1. Mukadimah sidang media Rafizi mengulangi semula beberapa point yang telah dinyatakan pada sidang semalam.

2. Rafizi membangkitkan rekod syarikat Pico di e-perolehan hanya pernah mendapat satu tender/projek/kontrak dari Kementerian Pertanian. Itu menjadi persoalan pada Rafizi namun Ahli Parlimen itu tidak menjelaskan perkara itu secara lanjut. Apa yang boleh difahamkan mungkin kekurangan mendapat projek kerajaan membuktikan syarikat itu kurang aktif bagaimana pun ia boleh jadi sebaliknya. Jika terlalu banyak dapat tender kerajaan dituduh kronisme pula. Jadi kurang jelas apa yang cuba dibayangkan Rafizi.

3. Datuk Seri Rahman Dahlan dilaporkan berkata kos ekspo #negaraku sebanyak rm37 juta. Anggaran Rafizi ialah rm34 juta.

4. Rafizi mempersoalkan kewajaran menganjurkan ekspo berkenaan dikala rakyat terhimpit dengan kos sara hidup dan kenaikan petrol (untuk rekod harga minyak turun dua minggu berturut-turut tetapi pada kadar yang sangat rendah. Esok entahkan naik entahkan turun harga. Sama-sama berdoa. 😂😂😂).

5. Rafizi turut mempersoalkan kenapa kontrak untuk menganjurkan event berkenaan tidak terdapat di e-perolehan. Sedangkan semua tender kerajaan sepatutnya dilaporkan dan dipaparkan di website tersebut. Samada secara runding terus, tender ataupun lantikan.

6. Rahman Dahlan mengesahkan Pico event management bagi ekspo #negaraku. Rahman Dahlan juga mengesahkan bahagian EPU terlibat sebagai perancang ekspo; menurut Rafizi.

7. Kos event rm37 juta, kemasukan adalah percuma. Tiada rekod di e-perolehan jadi siapa yang bayar kepada PICO? Inilah antara point yang cuba disampaikan Rafizi.

8. Rafizi turut membayangkan yang ekspo berkenaan mungkin dibayar menggunakan wang GLC tertentu. Rafizi katanya mendapat maklumat ada pemimpin, ketua tertentu berhimpun dan berjumpa di Janda Baik beberapa minggu lepas.

9. Seterusnya Rafizi bertanyakan jika wartawan ada apa-apa persoalan berbangkit mengenai isu yang dibahaskan.

10. Ketika menjawab soalan dari seorang wartawan mengenai permohonan maaf kepada Rahman kerana Rafizi pada semalam memfitnah Raslan & Rahman sebagai adik beradik; Rafizi secara tiba-tiba mengemukakan pertanyaan siapakah wartawan yang bertanyakan soalan tersebut.

11. Ketika inilah wakil TV3 memperkenalkan diri. Wakil TV3 turut memperkenalkan nama.

12. Bagaimanapun Rafizi menunjukkan sikap ketidakprofesionalan yang jelas apabila menyerang wartawan itu secara peribadi. 

13. Rafizi kemudiannya meminta kamera merakamkan wajah wartawan itu supaya boleh disaksikan ramai menerusi Live Fb. Wartawan yang dimalukan itu dilihat tertunduk wajahnya dan berubah airmukanya.



14. Kenapa Rafizi begitu emosi dengan soalan tersebut? Bukanlah sesiapa menfitnahnya sedang menfitnah. Beliau sememangnya terbukti melakukan fitnah dan kesalahan fakta yang jelas bila menuduh Raslan abang kepada Rahman!

15. Penulis boleh dikatakan mengikuti hampir kesemua live fb Rafizi. Penulis melanggannya kerana tidak mahu terlepaskan apa-apa update dari Rafizi.

16. Penulis sudah masak dan lali dengan cara Rafizi tetapi penulis sentiasa bersangka baik dan berlapang dada. Ini kerana jauh dihati penulis tidak penulis nafikan Rafizi ada kesungguhan, azam dan semangat untuk menjadi check & balance bagi mewakili rakyat. Tidak banyak wakil rakyat yang seaktif Rafizi. Jadi penulis mahu memberikan Rafizi kredit untuk itu. Penulis mahu melonggarkan tekanan ke atas Rafizi namun Rafizi sudah semakin melampau, ego dan sombong.

17. Serangan peribadi yang dilakukan ke atas wartawan tv3 adalah tidak wajar. Bukan kerana dia wanita. Bukan kerana dia tv3. Tetapi kerana dia wartawan yang menjalankan tugas dan perintah orang atasannya.

18. Jangan generalise asal dia wartawan tv3 dia semestinya akan menfitnah. Tugas wartawan mendapatkan maklumat tetapi bila sampai ke editor, maklumat itu bukan lagi dalam kawalan, hak pemilik wartawan yang mendapatkan berita. Berita dia boleh sesuka hatinya diolah mengikut arahan orang atasan. Jadi mengenakan tekanan ke atas para pekerja adalah tidak wajar.

19. Nilai individu berdasarkan individu. Nilai berita berdasarkan berita. Jika terbukti spin dilakukan; Rafizi juga boleh mengambil tindakan. Menegurnya secara terbuka, menempelaknya atas perkara yang beliau belum lagi lakukan adalah tidak patut. Apa salahnya Rafizi cakap elok-elok tanpa gunakan kamera untuk malukan wartawan itu; "Dik, awak jangan spin ya". Tapi Rafizi memilih cara yang kurang bersesuaian untuk melakukan teguran.

20. Memang Rafizi kemudiannya memohon maaf. Mungkin menyedari keterlanjurannya. Tetapi apa yang telah berlaku telah berlaku. Di ruangan komen wanita itu dicerca oleh pengikut kamu. Inikan contoh yang tidak baik. Kamu tu wakil rakyat. Role model. Contoh pada kami. Kenapa tunjukkan sikap buruk secara live? Itupun dua hari secara berturut-turut. Dan janganlah gunakan hujah media pro kerajaan kaki spin. Padahal sama je mana-mana pihak pun. Tekanan yang di alami oleh wartawan pembangkang dan kerajaan sama sahaja yang mana kebebasan media bagi definisi parti kerajaan dan parti pembangkang ialah hanya lapor yang murni-murni je ya. Berbeza sedikit mula la dicop bukan-bukan, pelik-pelik. Kononnya naluri kewartawanan hanya perlu ada kiri dan kanan. Kerajaan dan pembangkang.

21. Rafizi juga spin. Sesuatu yang penulis rasa kesal dan terpukul. Penulis penyokong Rafizi tetapi penulis bukan penyokong yang membawa rebah. Penulis ialah penyokong yang akan menegur dan membetulkan pemimpinnya jika pemimpinnya berbuat kesilapan.



22. Rafizi menafikan menfitnah Raslan & Rahman. Sebaliknya kata Rafizi dia hanya bertanya. Dan jika dibawa ke mahkamah beliau akan menang kes. Kerana Hakim akan menilai kenyataan berdasarkan tiga class. Rafizi pernah menang kes juga.

23. Menurut Rafizi; ada penghujahan yang membenarkan satu pernyataan umum yang dibuat untuk bertanya demi kepentingan awam.

24. Rafizi bertanya. Dia bertanya kerana mahukan penjelasan lanjut. Pertanyaan itu dibuat demi kebaikan rakyat. Begitulah hujah Rafizi.

25. Ketika ini penulis mula merasakan yang Rafizi mungkin sedang demam. Sampai dia terlupa. Yang semalam dia bukanlah bertanya. Tetapi secara jelas menyatakan ada bukti yang Raslan ialah abang kandung kepada Rahman.

26. Jika Rafizi sekadar bertanya maka apa perlu tindakan memadamkan kesemua kenyataan medianya pada semalam? Bukankah itu sudah cukup membuktikan yang Rafizi bukannya bertanya?

27. Ketika diminta mengulas mengapa padamkan kenyataan media Rafizi kemudiannya menjelaskan yang beliau tersalah terima maklumat (tadi dia kata dia bertanya sahaja 😂😂😂) dan ianya dipadamkan atas dasar menghormati Raslan. Rafizi juga bersedia meminta maaf kepada Raslan tetapi Rafizi tak sebut permohonan maafnya tadi. Pada anggapan Rafizi dia hanya melakukan kesalahan ke atas Raslan. Dan Rahman boleh menyamannya untuk menyelesaikan pertikaikan tersebut.

28. Kejap bertanya, kejap tersalah maklumat. Penulis sudah tidak kenal siapa lagi Rafizi. Spinnya sudah sampai tahap tertinggi yang luarbiasa hebatnya. Harus penulis puji. Seperti bakat semakin diasah semakin berbakat. Spin juga begitu. Alah bisa tegal biasa.

29. Di akhir kata ingin penulis jelaskan. Penulis bersetuju dengan Rafizi tentang ketidakwajaran menganjurkan ekspo yang bernilai rm37 juta. Bayar guna duit siapa? Ini penulis pun tak berani sembang. Penulis tunggu Rafizi bawa bukti susulan. Bagi penulis, Rafizi boleh teruskan kerja-kerja pembongkaran tetapi mesti membezakan antara fakta dan fitnah dengan saring maklumat. Jangan main terjah tak tentu pasal. Dan penulis akan terus menegur Rafizi bila Rafizi melakukan kesalahan. Biarpun Rafizi marah, muak, geram dan sakit hati penulis tidak peduli. Ini tanda penghargaan untuk Rafizi kerana bersemangat lawan kerajaan sampai campuradukkan fakta dan auta. Teguran penulis adalah tanda yang penulis akan jadi check and balance buat perjuangan Rafizi.

30. Penulis juga ingin menasihati Rafizi. Rafizi menyatakan mendapat maklumat dari orang dalam EPU dan selepas disemak maklumat itu adalah salah (lepas dah kantoi kat sosial media). Ini bermakna sumber Rafizi bermasalah. Menyebarkan maklumatnya tanpa melakukan saringan fakta adalah kebodohan Rafizi dan ianya terbukti. Seperti Rafizi suka membodohkan orang lain yang tersalah fakta. Kini Rafizi boleh makan balik kenyataannya itu.


Sekian. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...