Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 11 Disember 2017

Dayangku Intan Isytihar Keluar PKR, Tidak Lagi Bersama Pakatan Harapan.

Penyanyi veteran, Dayangku Intan mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat - PKR pada 9 December lepas.

Menulis di akaun media sosialnya, penyanyi itu mengisytiharkan beliau keluar dari PKR sepertimana ketiadaan Pakatan Rakyat lagi. 

Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana PKR memberikan kepercayaan untuk beliau menjadi calon parti pada pilihanraya umum yang ke 13.


"Saya ingin mengucap ribuan terima kasih pada Datuk Seri Yang Berbahagia Anwar Ibrahim, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail dan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk bertanding di PRU13 lepas dan tidak lupa juga Yang Berhormat Zuraida Kamaruddin, dan Latheefa Koya atas sokongan dan bimbingan di pentas politik," katanya. 

Dayangku Intan menjelaskan hebahan berkenaan adalah bagi menjawab status sebenar beliau mengenai pendirian politik terkininya.

"Kepada sahabat semua, ribuan terima kasih atas sokongan anda. Walau bagaimanapun, Saya ingin mengumumkan pengunduran diri dari PKR, Pakatan Harapan. Dengan ini saya harap segala persoalan kini yang ada mengenai di mana saya di gelanggang politik. 

Sepertimana Pakatan Rakyat tiada lagi, saya tidak lagi bersama mana-mana Parti dan mengucapkan yang terbaik bagi calon-calon yang akan bertanding pada PRU14," jelasnya lanjut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...