Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Disember 2017

Rafizi Serang Peribadi Wartawan TV3...

Ulasan

Petang tadi sempat menyaksikan sidang media live fb Ahli Parlimen Pandan di telefon dan berikut ada beberapa pandangan mengenainya;

1. Mukadimah sidang media Rafizi mengulangi semula beberapa point yang telah dinyatakan pada sidang semalam.

2. Rafizi membangkitkan rekod syarikat Pico di e-perolehan hanya pernah mendapat satu tender/projek/kontrak dari Kementerian Pertanian. Itu menjadi persoalan pada Rafizi namun Ahli Parlimen itu tidak menjelaskan perkara itu secara lanjut. Apa yang boleh difahamkan mungkin kekurangan mendapat projek kerajaan membuktikan syarikat itu kurang aktif bagaimana pun ia boleh jadi sebaliknya. Jika terlalu banyak dapat tender kerajaan dituduh kronisme pula. Jadi kurang jelas apa yang cuba dibayangkan Rafizi.

3. Datuk Seri Rahman Dahlan dilaporkan berkata kos ekspo #negaraku sebanyak rm37 juta. Anggaran Rafizi ialah rm34 juta.

4. Rafizi mempersoalkan kewajaran menganjurkan ekspo berkenaan dikala rakyat terhimpit dengan kos sara hidup dan kenaikan petrol (untuk rekod harga minyak turun dua minggu berturut-turut tetapi pada kadar yang sangat rendah. Esok entahkan naik entahkan turun harga. Sama-sama berdoa. 😂😂😂).

5. Rafizi turut mempersoalkan kenapa kontrak untuk menganjurkan event berkenaan tidak terdapat di e-perolehan. Sedangkan semua tender kerajaan sepatutnya dilaporkan dan dipaparkan di website tersebut. Samada secara runding terus, tender ataupun lantikan.

6. Rahman Dahlan mengesahkan Pico event management bagi ekspo #negaraku. Rahman Dahlan juga mengesahkan bahagian EPU terlibat sebagai perancang ekspo; menurut Rafizi.

7. Kos event rm37 juta, kemasukan adalah percuma. Tiada rekod di e-perolehan jadi siapa yang bayar kepada PICO? Inilah antara point yang cuba disampaikan Rafizi.

8. Rafizi turut membayangkan yang ekspo berkenaan mungkin dibayar menggunakan wang GLC tertentu. Rafizi katanya mendapat maklumat ada pemimpin, ketua tertentu berhimpun dan berjumpa di Janda Baik beberapa minggu lepas.

9. Seterusnya Rafizi bertanyakan jika wartawan ada apa-apa persoalan berbangkit mengenai isu yang dibahaskan.

10. Ketika menjawab soalan dari seorang wartawan mengenai permohonan maaf kepada Rahman kerana Rafizi pada semalam memfitnah Raslan & Rahman sebagai adik beradik; Rafizi secara tiba-tiba mengemukakan pertanyaan siapakah wartawan yang bertanyakan soalan tersebut.

11. Ketika inilah wakil TV3 memperkenalkan diri. Wakil TV3 turut memperkenalkan nama.

12. Bagaimanapun Rafizi menunjukkan sikap ketidakprofesionalan yang jelas apabila menyerang wartawan itu secara peribadi. 

13. Rafizi kemudiannya meminta kamera merakamkan wajah wartawan itu supaya boleh disaksikan ramai menerusi Live Fb. Wartawan yang dimalukan itu dilihat tertunduk wajahnya dan berubah airmukanya.



14. Kenapa Rafizi begitu emosi dengan soalan tersebut? Bukanlah sesiapa menfitnahnya sedang menfitnah. Beliau sememangnya terbukti melakukan fitnah dan kesalahan fakta yang jelas bila menuduh Raslan abang kepada Rahman!

15. Penulis boleh dikatakan mengikuti hampir kesemua live fb Rafizi. Penulis melanggannya kerana tidak mahu terlepaskan apa-apa update dari Rafizi.

16. Penulis sudah masak dan lali dengan cara Rafizi tetapi penulis sentiasa bersangka baik dan berlapang dada. Ini kerana jauh dihati penulis tidak penulis nafikan Rafizi ada kesungguhan, azam dan semangat untuk menjadi check & balance bagi mewakili rakyat. Tidak banyak wakil rakyat yang seaktif Rafizi. Jadi penulis mahu memberikan Rafizi kredit untuk itu. Penulis mahu melonggarkan tekanan ke atas Rafizi namun Rafizi sudah semakin melampau, ego dan sombong.

17. Serangan peribadi yang dilakukan ke atas wartawan tv3 adalah tidak wajar. Bukan kerana dia wanita. Bukan kerana dia tv3. Tetapi kerana dia wartawan yang menjalankan tugas dan perintah orang atasannya.

18. Jangan generalise asal dia wartawan tv3 dia semestinya akan menfitnah. Tugas wartawan mendapatkan maklumat tetapi bila sampai ke editor, maklumat itu bukan lagi dalam kawalan, hak pemilik wartawan yang mendapatkan berita. Berita dia boleh sesuka hatinya diolah mengikut arahan orang atasan. Jadi mengenakan tekanan ke atas para pekerja adalah tidak wajar.

19. Nilai individu berdasarkan individu. Nilai berita berdasarkan berita. Jika terbukti spin dilakukan; Rafizi juga boleh mengambil tindakan. Menegurnya secara terbuka, menempelaknya atas perkara yang beliau belum lagi lakukan adalah tidak patut. Apa salahnya Rafizi cakap elok-elok tanpa gunakan kamera untuk malukan wartawan itu; "Dik, awak jangan spin ya". Tapi Rafizi memilih cara yang kurang bersesuaian untuk melakukan teguran.

20. Memang Rafizi kemudiannya memohon maaf. Mungkin menyedari keterlanjurannya. Tetapi apa yang telah berlaku telah berlaku. Di ruangan komen wanita itu dicerca oleh pengikut kamu. Inikan contoh yang tidak baik. Kamu tu wakil rakyat. Role model. Contoh pada kami. Kenapa tunjukkan sikap buruk secara live? Itupun dua hari secara berturut-turut. Dan janganlah gunakan hujah media pro kerajaan kaki spin. Padahal sama je mana-mana pihak pun. Tekanan yang di alami oleh wartawan pembangkang dan kerajaan sama sahaja yang mana kebebasan media bagi definisi parti kerajaan dan parti pembangkang ialah hanya lapor yang murni-murni je ya. Berbeza sedikit mula la dicop bukan-bukan, pelik-pelik. Kononnya naluri kewartawanan hanya perlu ada kiri dan kanan. Kerajaan dan pembangkang.

21. Rafizi juga spin. Sesuatu yang penulis rasa kesal dan terpukul. Penulis penyokong Rafizi tetapi penulis bukan penyokong yang membawa rebah. Penulis ialah penyokong yang akan menegur dan membetulkan pemimpinnya jika pemimpinnya berbuat kesilapan.



22. Rafizi menafikan menfitnah Raslan & Rahman. Sebaliknya kata Rafizi dia hanya bertanya. Dan jika dibawa ke mahkamah beliau akan menang kes. Kerana Hakim akan menilai kenyataan berdasarkan tiga class. Rafizi pernah menang kes juga.

23. Menurut Rafizi; ada penghujahan yang membenarkan satu pernyataan umum yang dibuat untuk bertanya demi kepentingan awam.

24. Rafizi bertanya. Dia bertanya kerana mahukan penjelasan lanjut. Pertanyaan itu dibuat demi kebaikan rakyat. Begitulah hujah Rafizi.

25. Ketika ini penulis mula merasakan yang Rafizi mungkin sedang demam. Sampai dia terlupa. Yang semalam dia bukanlah bertanya. Tetapi secara jelas menyatakan ada bukti yang Raslan ialah abang kandung kepada Rahman.

26. Jika Rafizi sekadar bertanya maka apa perlu tindakan memadamkan kesemua kenyataan medianya pada semalam? Bukankah itu sudah cukup membuktikan yang Rafizi bukannya bertanya?

27. Ketika diminta mengulas mengapa padamkan kenyataan media Rafizi kemudiannya menjelaskan yang beliau tersalah terima maklumat (tadi dia kata dia bertanya sahaja 😂😂😂) dan ianya dipadamkan atas dasar menghormati Raslan. Rafizi juga bersedia meminta maaf kepada Raslan tetapi Rafizi tak sebut permohonan maafnya tadi. Pada anggapan Rafizi dia hanya melakukan kesalahan ke atas Raslan. Dan Rahman boleh menyamannya untuk menyelesaikan pertikaikan tersebut.

28. Kejap bertanya, kejap tersalah maklumat. Penulis sudah tidak kenal siapa lagi Rafizi. Spinnya sudah sampai tahap tertinggi yang luarbiasa hebatnya. Harus penulis puji. Seperti bakat semakin diasah semakin berbakat. Spin juga begitu. Alah bisa tegal biasa.

29. Di akhir kata ingin penulis jelaskan. Penulis bersetuju dengan Rafizi tentang ketidakwajaran menganjurkan ekspo yang bernilai rm37 juta. Bayar guna duit siapa? Ini penulis pun tak berani sembang. Penulis tunggu Rafizi bawa bukti susulan. Bagi penulis, Rafizi boleh teruskan kerja-kerja pembongkaran tetapi mesti membezakan antara fakta dan fitnah dengan saring maklumat. Jangan main terjah tak tentu pasal. Dan penulis akan terus menegur Rafizi bila Rafizi melakukan kesalahan. Biarpun Rafizi marah, muak, geram dan sakit hati penulis tidak peduli. Ini tanda penghargaan untuk Rafizi kerana bersemangat lawan kerajaan sampai campuradukkan fakta dan auta. Teguran penulis adalah tanda yang penulis akan jadi check and balance buat perjuangan Rafizi.

30. Penulis juga ingin menasihati Rafizi. Rafizi menyatakan mendapat maklumat dari orang dalam EPU dan selepas disemak maklumat itu adalah salah (lepas dah kantoi kat sosial media). Ini bermakna sumber Rafizi bermasalah. Menyebarkan maklumatnya tanpa melakukan saringan fakta adalah kebodohan Rafizi dan ianya terbukti. Seperti Rafizi suka membodohkan orang lain yang tersalah fakta. Kini Rafizi boleh makan balik kenyataannya itu.


Sekian. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...