Isnin, 11 Disember 2017

Amanah Letak Calon Di Kerusi Kuat PAS Di Kelantan - Anak Muda Amanah Lawan Mohd Amar Di Panchor.

Selepas Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan ataupun lebih dikenali sebagai Jeming Hassan diumumkan akan bertanding di DUN Panchor melawan penyandang kerusi itu yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah, Husam Musa kali ini tampil dengan kenyataan yang lebih berani.


Memetik kenyataan Malaysiakini hari ini, Husam dilaporkan berkata Amanah akan memberikan tumpuan (bertanding) untuk menang di kubu kuat PAS di Kelantan.

"Saya beritahu rakan-rakan dalam AMANAH, mula-mula saya masuk AMANAH, tumpuan kita bukan kerusi marginal, tugas kita adalah mencari kemenangan di kerusi kubu kuat PAS. 

"Antaranya DUN Demit, Pasir Tumbuh, Pasir Pekan, Meranti, dan Panchor," katanya dalam laporan itu.

Terdahulu, Hazmi Hassan diumumkan akan menentang Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS di DUN Panchor. Hazmi dikatakan mempunyai peluang luas dan mampu menandingi kekuatan Mohd Amar di kawasan berkenaan.

Gambar - Hazmi Hassan
"DUN Panchor ini sesetengah orang kata, kita (AMANAH) tak ada harapan, Datuk Mohd Amar adalah tokoh paling kuat dalam dunia. 

Tetapi kalau saudara Jeming (Hazmi) dicalonkan bertanding di Panchor, saya yakin beliau boleh kalahkan Mohd Amar.

Ayah saudara Jeming adalah bekas setiausaha PAS kawasan Pengkalan Chepa, bekas pegawai khas kepada tok guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat), cikgu Hassan belum isytihar masuk AMANAH.

Tetapi kalau Jeming jadi calon HARAPAN di Panchor, saya yakin cikgu Hassan boleh menggunakan pengaruh beliau di Panchor," kata Husam Musa dalam sesi program Hard Talk dan Majlis Kutipan Dana AMANAH Kelantan PRU14 di Bangi, Selangor, malam tadi.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...