Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 16 Disember 2017

"Saya Ahli UMNO Tapi Cuma Belum Daftar Sahaja," - Azwan Ali.

Azwan Ali satu nama yang tidak Beaasing lagi dalam industri seni kerana bertugas sebagai pengacara kini tampil mengegarkan dunia politik tanahair. Sebelum ini Azwan Ali dikenali sebagai personaliti hiburan yang 'kekwat' kerana mulut lazernya itu kini mahu melibatkan diri dalam bidang politik secara serius.

Menurut temubual Azwan bersama Sinar Online baru-baru ini Azwan mengesahkan yang beliau menentang abang kandungnya sendiri kerana merasa sedih diperlakukan oleh Azmin Ali yang juga Menteri Besar Selangor.


“Saya doa depan Kaabah dia menang besar dalam PRU13 lalu. Sebagai adik, saya mahu tengok dia berjaya.

“Alhamdulillah, ALLAH SWT mendengar doa dan rintihan saya, dan memberi kemenangan buat dia dan Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya memetik laporan Sinar Online.

Namun, katanya, itu cerita lama di mana perkara itu tidak akan berlaku lagi.

“Itu dulu... tapi lepas apa yang dia buat pada saya, adik dia sendiri, saya tak akan lupa. Hanya ALLAH SWT yang akan membalasnya.

“Perbuatan dia sangat melampau dan tidak boleh dimaafkan. Tiada lagi doa untuknya,” katanya lagi.

Mengakui sedih dan sakit hati dengan apa yang dilakukan abangnya itu, Azwan kini beralih tumpuan dengan membantu Umno dalam misi menewaskan Mohamed Azmin pada PRU14 akan datang.

Segala perkara benar akan terbongkar tidak lama lagi. Saya percaya setiap keburukan akan terbongkar juga.

“Saya tak takut kerana saya kenal siapa abang saya. Orang hanya melihat dari luar, tapi saya hidup dengan dia lebih 50 tahun,” ujarnya lagi.

Kisah adik beradik ini pernah menjadi tular beberapa tahun lalu dan kemuncaknya Azwan tidak hadir pada majlis pengkebumian Allahyarham ibunya, Che Tom Yahaya awal tahun ini.

Azwan berkata, dia punya alasan tersendiri untuk tidak hadir namun doanya sebagai anak tidak pernah putus untuk Allahyarham ibunya.

Azwan sebelum ini mengakui kisah keluarganya mampu dijadikan bahan untuk berkempen pada PRU14.

Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat mengetahui sisi sebenar seorang yang bergelar Menteri Besar yang juga abangnya, Mohamed Azmin.

“Saya hanya cerita kebenaran yang orang tak nampak selama ini. Saya berdendam dengan abang saya bukan kerana dengki atau apa, tetapi saya sudah tidak mampu bersabar lagi,” katanya.

Selama lima tahun Azwan berkata, dia membantu abangnya itu berkempen, namun usahanya tidak mendatangkan kebaikan kepada dirinya.

Selebriti popular tanah air, Azwan Ali juga mengakui dirinya merupakan penyokong tegar Umno selama ini.
Perjuangan menyokong parti itu bermula sejak kecil lagi.

“Saya memang dah lama bersama Umno. Saya memang ahli Umno, cuma belum daftar sahaja lagi,” katanya semasa dalam sesi temubual yang dibuat secara langsung oleh Sinar Online pada semalam.


Katanya, perjuangan bersama Umno pernah terhenti pada PRU13 di mana ketika itu Azwan membantu abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkempen untuk Pakatan Rakyat.

“Sekarang ini, saya dah sedia untuk mendaftar, kalau ada siapa-siapa yang sudi, bolehlah... daftarkan saya. “Saya tahu perjuangan parti ini macam mana, kerana itu masih bertahan,” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, bidang politik ini merupakan satu bidang yang lain dan menarik minatnya untuk meneruskannya dengan lebih serius.

“Ia begitu lain, yang kuat sahaja mampu berada di sini (politik). Mungkin satu hari nanti, saya akan lebih serius. Buat masa ini, saya masih belajar selok-belok politik,” katanya lagi.

Azwan yang sebelum ini mendiamkan diri dari bidang seni sejak tiga tahun lalu, membuat kemunculan apabila hadir ke Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

Azwan hadir bersama Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos serta melancarkan serangan terhadap abangnya Mohamed Azmin. Azwan juga turut memperkenalkan hashtag #JahanamAzmin dalam satu sidang media.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...