Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Mei 2020

Orang Melayu Dimomokkan Supaya Takutkan DAP, Lim Guan Eng - Tun Mahathir.

Tun Mahathir | 1. Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan hancurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam Kerajaan Malaysia.

2. Ya. Saya mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Kita dapati ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah tertentu dan rasuah. Dalam penjara pun terdapat ramai banduan Melayu.


3. Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh hancur mereka?

4. Ya. Dahulu kita dijajah oleh British. Tetapi negara sebesar India pun dijajah oleh British juga. Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditawan oleh British, walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudian Belanda.

5. Kita jemput British untuk nasihat kita dalam bidang pentadbiran. Tetapi seperti di lain-lain tempat. British ambil alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jajahan takluk mereka.

6. Lepas Perang Dunia II, British kembali ke Malaya dan merancang untuk benar-benar menjadikan negeri-negeri Melayu milik mereka. Mereka mencadang menubuh Malayan Union yang ditadbir secara langsung dari Whitehall London. Raja-raja Melayu akan hanya menjadi pentadbir agama Islam dan adat istiadat Melayu. MacMichael paksa Raja-Raja Melayu serah negeri-negeri mereka kepada British.

7. Tidak ada rundingan dengan orang Melayu sama sekali. Tetapi kita tahu, orang Melayu bangun dan menentang Malayan Union. Ringkasnya British, suatu kuasa dunia yang baru menang perang terpaksa tunduk kepada orang Melayu, terpaksa batal Malayan Union hanya dua tahun selepas diisytihar.

8. British ingat mudah untuk rampas negeri Melayu seperti mereka rampas Palestin untuk diberi kepada Yahudi. Percubaan untuk rampas negeri Melayu, untuk sebenarnya hancurkan bangsa Melayu gagal. Gagal kerana orang Melayu menentang.

9. Mungkin sekarang ada Melayu bacul. Tetapi Melayu dahulu berani. Susulan kepada penolakan Malayan Union, Melayu tuntut kemerdekaan. Pemuda Melayu tuntut kemerdekaan pada 1957. British bersetuju kemerdekaan diberi pada 1959.

10. Melayu tolak dan tetapkan kemerdekaan pada 1957. Dan 1957 menjadi tarikh kemerdekaan. Banyak syarat yang cuba dikenakan tetapi Melayu tolak.

11. Apabila British terbang pesawat Concorde tanpa izin dari Malaysia, Kerajaan pimpinan Melayu perkenal dasar “Buy British Last”. Kita beli Syarikat Guthrie milik British dalam satu “Dawn Raid” yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia. Semua syarikat penjajah dibeli oleh Malaysia kerana diarah oleh pemimpin Melayu.

12. Demikian juga dengan kuasa besar yang lain. Biasanya tiap pemimpin baru negara-negara kecil di dunia, apabila dilantik akan minta untuk pergi mengadap Presiden Amerika. Kita tidak. Perdana Menteri Malaysia yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, hanya pergi Amerika Syarikat (US) tiga tahun selepas dilantik walaupun duta Amerika Syarikat cuba mendapat temujanji sesudah sahaja Perdana Menteri baru Malaysia mengambil alih.

13. Pemimpin Melayu Malaysia sering menegur kuasa-kuasa besar apabila mereka melaku kezaliman ke atas negara yang lemah. Suara pemimpin Melayulah yang lantang menegur selewengan kuasa besar kepada Israel.

14. Percubaan dibuat oleh penyangak matawang untuk Kerajaan pimpinan Melayu Malaysia mengemis bantuan International Monetary Fund (IMF) dan World Bank. Badan-badan ini menawar pinjaman jika Malaysia letak ekonomi Malaysia dibawah mereka.

15. Kita tolak. Kita cipta cara kita sendiri untuk mengatasi masalah keturunan nilai Ringgit. Maka pakar-pakar kewangan dunia pun berkata kita akan muflis – bankrap. Tetapi tidak. Kita pulih semula dengan cepat walaupun pemimpin Malaysia ini orang Melayu, jentera pentadbiran Melayu.

16. Dan banyak lagilah peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihancurkan.

17. Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenar penyangak jadi pemimpin. Pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan hancurkan orang Melayu.

18. Kita tubuh sebuah Parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya; berjaya kalahkan British, capai kemerdekaan, bangun negara sehingga menjadi Harimau Asia.

19. Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 May 2018, parti ini kalah.

20. Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin. Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat. Dari sebuah negara yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah oleh pencuri.

21. Maka hancurlah parti ini kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi utama perjuangan orang Melayu.

22. Maka dimomok orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada DAP. Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada DAP, takut dihancur oleh DAP. Takut kepada Guan Eng. Orang Melayu takut kepada Guan Eng.

23. Dari mana datang bacul ini. Nak dapat perlindungan dari siapa? Dari Najib? Dari Kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak?

24. Ada yang kata, walaupun penjenayah, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah? Dia kalah kerana melindung Melayukah?

25. Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bukti kekuatan untuk lindung Melayukah?

26. Pemuda Melayu dahulu lawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong Najib ini mencari perlindungan dari Najib. Sudah jadi baculkah?

27. Saya malu. Amat malu.

28. Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

29. DAP tidak mungkin hancur Melayu tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin. - 12 Mei 2020.

Dendam Ini Belum Langsai Lagi - Yana Najib.

VIRAL | Anak perempuan Najib Razak, Yana Najib mengimbau apa yang dikatakannya kenangan pahit yang berlaku dua tahun lalu, ketika rumah bapanya diserbu oleh polis bagi menjalankan siasatan kes 1MDB.

Diperdayakan supaya dapat serbu kediaman..

"Sudah lebih 2 tahun sejak pihak polis mengepung kediaman keluarga kami dan memperdaya kami untuk masuk. Mereka mengetuk pintu rumah kami dan meminta berjumpa Daddy. Mereka mendakwa hendak bertanyakan beberapa soalan kepada Daddy berkenaan 1MDB.

Daddy sebagai seorang yang sentiasa memberikan kerjasama, tidak merasakan perlu untuk menyembunyikan apa-apa lantas menjemput mereka masuk. Seorang pegawai polis masuk diikuti oleh ramai yang lain selepas itu.

Rupa-rupanya mereka tidak datang untuk bertanya beberapa soalan kepada Daddy. Mereka datang untuk menyerbu rumah kami dan menjadikannya bahan tontonan media pada malam Ramadan yang pertama.

Saya terjumpa gambar-gambar ini semula. 




Gambar pertama adalah gambar segerombolan polis yang memasuki bilik Daddy.

Gambar kedua pula adalah gambar Mummy saya yang kepenatan berehat di pangkuan Daddy. Walaupun berhadapan kejutan dan kepenatan, Daddy masih mampu memberi sedikit senyuman pada jam 3 pagi. 🤦‍♀️," katanya dalam satu kenyataan di Instagram.

Daddy hilang

"Namun gambar ke 3 yang menyebabkan saya menggigil...

Sehari selepas serbuan, Ashman mencari Daddy di rumah namun tidak menemui Daddy di tempat kebiasaan Daddy duduk- di bilik Daddy, di Bilik Study dan di ruang tamu.

Rupa-rupanya Daddy sedang tidur di bilik lama saya semasa kanak-kanak yang kedudukannya paling hujung di tingkat atas rumah.

Tidak ada sesiapa yang tidur di bilik itu sejak lebih 10 tahun yang lepas. Dan saya rasa Daddy tidak pernah menjejakan kaki ke bilik itu sejak saya berusia 16 tahun!

Bilik itu penuh dengan buku-buku lama saya yang berdebu, album-album boyband lama, poster Michael Owen, alat permainan kanak-kanak perempuan dan kotak-kotak yang dipenuhi dengan memori zaman kanak-kanak saya.

Entah macam mana, Daddy telah melangkaui semua kotak ini dan melelapkan diri di atas cadar merah jambu saya.

Jelas kepenatan dari peristiwa-peristiwa pasca 9 Mei, Daddy sangat memerlukan sedikit masa untuk lena seketika.

Namun Daddy tak boleh tidur di biliknya sendiri. Saya rasa apabila anda telah menyaksikan segerombolan polis memperlakukan ruangan peribadi anda seperti tempat kejadian jenayah, bilik lama anak perempuan anda terasa lebih selamat dan aman untuk berehat," tulisnya lanjut.

Dendam ini belum langsai lagi.
Ini semua ujian Allah tetapi Alhamdulillah Bossku tetap sabar, tabah dan tidak berputus asa.

Satu hari nanti, gambar-gambar ini akan menjadi memori silam bagi saya....

Namun ia akan sentiasa menjadi satu peringatan bahawa walau seteruk mana pun anda jatuh, jangan memandang rendah kekuatan diri anda untuk bangkit dan mara ke hadapan. 🤲🏼🙌

Saya masih ingat peristiwa hari itu seolah-olah ia baru terjadi semalam. Saya masih ingat melakukan panggilan telefon kepada rakan saya, sambil menangis tersedu-sedu memberitahu kepadanya bahawa mereka yang melakukan kezaliman ini kepada Daddy akan membayar dengan harga yang mahal. Dan saya masih berikrar sebegitu. Dendam ini belum langsai lagi! 😠," tambahnya lagi, mengakhiri kenyataan tersebut. - 12 Mei 2020.

Sumber : Instagram Yana Najib

Terjemahan oleh : Nabeel Naqie

Isnin, 11 Mei 2020

Rupanya Menteri Ada Elaun Pinggan Mangkuk, Makan Setiap Hari, Pindah Rumah & Diberhentikan.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman | Berani kerana benar

Lagi sekali ada yang mencuba untuk kaitkan saya dengan rasuah. Saya masuk politik untuk bersihkan politik, bukan untuk kedudukan & kewangan.



Dahulu ada yang mencuba kaitkan saya dengan kes rasuah tetapi sampai sekarang tidak dibuktikan langsung.

E.g

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/631960/syed-saddiq-sedia-letak-jawatan-jika-berlaku-penyelewengan .

Sekarang ada lagi yang mencuba.

Saya nak ingatkan beberapa perkara,

1) Saya sendiri yang MELAPORKAN kes ini ke Pihak Polis. Kalau duit rasuah, buat apa saya nak laporkan 😅.

2) Wang yang hilang melibatkan saya & keluarga. Kami sudah buat laporan polis. Wang untuk tujuan renovasi rumah. Kalau duit rasuah, kenapa kita nak laporkan?

3) Walaupun diberikan AP semasa jadi menteri, saya tiada langsung membeli kereta mewah. Tiada Vellfire, tiada sports car. Saya juga tiada aset yang mahal/baru yang dibeli.

Saya juga tiada rumah baru, kecuali rumah yang dimiliki saya & keluarga di Shah Alam yang mula dibeli sejak sebelum jadi Menteri.

4) Apabila berkhidmat di KBS, saya merupakan salah seorang menteri pertama yang mengisytiharkan aset & juga megamalkan dasar “Open Tender” bagi semua kontrak.

5) Tiada seorang pun kontraktor yang dapat kontrak dari saya. Semua perlu melalui JK tender yang bebas dari campur tangan menteri.

Kenapa saya katakan ini?

Sampai sekarang saya tidak faham mengapa ada keperluan untuk Menteri makan rasuah.

Gaji tinggi, allowance tinggi. Belum masuk one-off payments yang diterima.



Gaji menteri + Ahli Parlimen = RM55,000 sebulan.

(Ini tidak termasuk kalau kerap balik kawasan atau hadiri program yang jauh dari pejabat, kerana ada insentif tambahan).

Allowance one-off pinggan & mangkuk = RM42,000.

Allowance tahunan percutian.
=RM70,000.

Allowance makanan setiap hari = RM180/person had maksimum untuk claim belanja makan, tidak kira jumlah orang.

Allowance pindah rumah = RM10,000.

Apabila diberhentikan sebagai menteri, dapat lagi one-off payment, ~RM150,000.

Untuk kes ini, saya serahkan sepenuhnya ke pihak SPRM untuk siasat dan saya telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya sejak kes ini mula disiasat hampir 2 bulan.

Berani kerana benar. - 11 Mei 2020.

Ahad, 10 Mei 2020

Majlis Tertinggi PPBM Tak Pernah Setuju Sertai PN - Pengasas Parti Jawab Ketua Penerangan.

Kenyataan Media | JANGAN KERANA KUASA PERJUANGAN TERGADAI.

2 Kenyataan Media baru dikeluarkan yang perlu dibalas oleh saya sebagai Pengasas dan Ahli MPT Parti Bersatu. Pengasas Bersatu tinggal 5 dari 7 yang asal, di mana salah seorang yang hilang awal dahulu pun antaranya akibat rebutan kuasa, tetapi pada masa itu, kita belum berkuasa dalam kerajaan. Kini kuasa dalam kerajaan terlihat lebih mempengaruhi tindakan, sikap dan keputusan.


Saya kurang setuju dengan elemen-elemen kedua-dua kenyataan media Ketua Penerangan Parti Bersatu, YB Senator Dr Radzi Jidin yang kini juga Menteri Pendidikan, bertarikh 7 Mei dan 9 Mei 2020. Ramai juga penggerak asal parti menolaknya, tetapi ia disokong pula oleh penulisan saudara Wan Saiful Wan Jan sebagai MPT. Padahal ada unsur-unsur kenyataan-kenyataan Ketua Penerangan tersebut yang melanggar prinsip parti, khususnya:

1 - Hak Ahli Bersatu Bertentangan Pendapat

Perkara 5 dalam Kenyataan 7 Mei 2020 yang menidakkan hak ahli untuk ingkar dengan pendirian Parti kelihatan keterlaluan. Konteks yang diberikan sebagai contoh adalah ekstrim yakni menyokong gabungan parti politik 'lain', tetapi untuk kemudian menyatakan gugur keahlian kerana tidak setuju dengan pendirian Parti yang ditentukan oleh kepimpinan melanggar semangat penubuhan Bersatu. Bersatu diasaskan juga oleh tokoh-tokoh yang dibuang oleh UM NO kerana bertentangan pendapat dengan Presiden UMNO pada masa itu.

Perbezaan pendapat yang ikhlas untuk kebaikkan parti seharusnya diraikan dalam Bersatu. Memandangkan MPT Bersatu tidak pernah bersetuju menyertai apatah lagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional, kalau benar gugur keahlian mana-mana ahli yang menyertai gabungan politik yang tak diluluskan sebagai dasar parti, mengikut logik Ketua Penerangan, kesemua ahli Bersatu yang kini menyertai kerajaan Perikatan Nasional gugur keahliannya!

2 - Bersatu Bermaruah, Bukan Berkomplot

Perkara 3 dalam Kenyataan 9 Mei 2020 pula lebih buruk lagi! Ia memberi pengakuan seolah-olah kepimpinan Parti Bersatu sudah berbulan-bulan bukan sekadar berbincang tetapi merancang untuk keluar dari Pakatan Harapan di seluruh peringkat parti! Kenapakah Ketua Penerangan akui bagi pihak kesemua kepimpinan Bersatu bersekongkol dalam usaha ini? Apa logiknya kita berkempen bersama di PRK Tanjung Piai dan PRK Kimanis bersama komponen PH lain serta Warisan - malah saya teringat Ketua Penerangan sendiri memuji usaha DAP di Tanjung Piai dalam MPT!

Saya selaku Ahli MPT menyangkal sekeras-kerasnya yang ada satu usaha besar di semua peringkat parti untuk Bersatu menderhakai persetujuan bersama Pakatan Harapan selama berbulan lamanya sebelum kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan. Yang boleh diakui adalah adanya usaha mempertahankan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selama beliau sedia berkhidmat, tetapi ia tidaklah terlanjur sehingga meninggalkan rakan-rakan seperjuangan PH kita yang bertungkus-lumus bersama-sama menyelamatkan Negara dari Kleptokrat pada PRU 9 Mei 2018.

Sekiranya benar ada pemimpin Bersatu yang sedia merancang untuk mencabuli perkesepakatan PH tanpa provokasi, ia adalah suatu usaha yang tidak bermaruah sekaligus melanggar prinsip tegar parti. Apabila Majlis Presiden PH bersetuju pada 21 Februari 2020 untuk menyerah kepada Tun Dr Mahathir bila masanya yang terbaik untuk beliau berundur, tiada sebab lagi untuk kita bertelagah dalam PH, malah suara-suara sumbang walaupun deras menuntut pengundurannya pun lenyap.

Kalaupun Dr Ketua Penerangan sendiri ada terlibat dalam usaha mengeluarkan Bersatu dari PH, tolonglah jangan palitkan kami yang tidak bersubahat sama dalam tindakan tak bermaruah ini. Terutama sekali, janganlah palitkan juga YAB Tan Sri Presiden kita yang dalam mesyuarat MPT dan kemudian secara peribadi kepada saya menyatakan beliau tidak terlibat dalam apa-apa usaha awal menuju trajedi 24 Februari 2020.

Fikirkanlah juga, jika seluruh rakyat Malaysia percaya akan kenyataan Ketua Penerangan tentang perkara ini, parti politik malah organisasi manakah akan percayakan integriti kita untuk sedia bersama dengan Bersatu dalam satu gabungan?

3 - Jelas Sekarang Kedudukan Tun Dr Mahathir

Perkara 4 dalam Kenyataan 9 Mei 2020 juga menyatakan lagi bahawa usaha membawa Bersatu keluar dari PH direstui oleh Tun Dr Mahathir. Saya rasa perkara ini sudah berulang terjawab dan kini pihak Ketua Penerangan terdesak untuk membuktikannya setelah Tun Dr Mahathir sendiri mengemukakan usul tak percaya ke atas YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kalau benar Tun Dr Mahathir merestui kerajaan Perikatan Nasional ini, kenapakah beliau pula yang sendiri mengemukakan usul tersebut?

Tindakan Tun Dr Mahathir sebenarnya secara langsung menyangkal dongeng yang segera dihebahkan ke akar-umbi Bersatu dan masyarakat Melayu sebelumnya bahawa ini semua perancangan beliau bagi menghalang DS Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri. Kalau benar ia semua perancangan Tun Dr Mahathir, kenapakah beliau pula yang ingin menjatuhkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin? Beliau seharusnya gembira! Ternyata perubahan kerajaan ini bukan rancangan Tun Dr Mahathir tetapi usaha individu-individu lain. Siapa individu-individu tersebut akan terdedah juga pasti nanti.

Tun Dr Mahathir Menolak Kleptokrat

Pada 23 Februari 2020, Tun Dr Mahathir, pemimpin berusia hampir 95 tahun yang pada malam sebelumnya lewat tidur kerana meraikan kenduri kahwin cucunya, bukan sahaja mempengerusikan mesyuarat MPT. Dari jam 9am ke sekitar 11.30am beliau mempengerusikan mesyuarat Biro Politik parti. Dari 11.30am sehingga sekitar 2.30pm, beliau mempengerusikan MPT Bersatu. Selepas MPT, beliau dimaklumkan bahawa rombongan 'Ketua-Ketua Parti Melayu' sedang menantinya di kediaman peribadinya untuk menyambung perbincangan. Perbincangan di rumah Tun Dr Mahathir berakhir pada sekitar 5pm, itu pun kerana 'Ketua-Ketua Parti Melayu' bergegas ke Istana Negara untuk mengadap DYMM Yang DiPertuan Agong.

Dari jam 9 pagi sehingga 5 petang, melalui 3 mesyuarat berasingan, Tun Dr Mahathir ditekan untuk meninggalkan Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan baru. Hujah-hujah utama Tun Dr Mahathir konsisten menolak kerana beliau tak mahu mungkir janji kepada PH dan enggan bersekongkol dengan Kleptokrat. Tun Dr Mahathir TIDAK ke Istana Negara bersama 'Ketua-Ketua Parti Melayu' mahupun ke Sheraton Petaling Jaya walaupun ada yang menjaja beliau hadir di kedua-duanya. Tun Dr Mahathir dikhabarkan tidur sekitar 10.30 malam.

Saya tertanya-tanya sejak malam 23 Februari 2020, kalau tiada niat untuk menjatuhkan kerajaan oleh pihak-pihak tertentu pada tarikh tersebut, kenapakah Tun Dr Mahathir beliau didesak selama 8 jam sehingga ke rumah tak mengira usianya dan kenapakah sudah diatur temujanji mengadap DYMM Yang DiPertuan Agong petang itu? Mungkinkah keraian di Sheraton PJ malam itu berniat untuk menyambut perkara lain pada asalnya, tetapi gagal kerana Tun Dr Mahathir tak pernah bersetuju?

Langkah Ke Hadapan

Masih belum terlambat untuk menyelamatkan Bersatu. Saya baru sahaja menerima jemputan ke Mesyuarat MPT pada hari esok, 11 Mei 2020. Terkejut juga saya menerima jemputan kerana saya dimaklumkan MPT bermesyuarat (tidak rasmi?) semalam, 9 Mei 2020, tetapi saya tak dijemput. Saya harap MPT akan membincangkan macam mana untuk merapatkan barisan demi memastikan Bersatu berperanan penting sebagai sebuah parti dalam memerangi wabak Covid19. Saya juga berdoa desas-desus yang menyatakan mesyuarat esok berniat untuk menggugurkan keahlian Tun Dr Mahathir dan DS Mukhriz Mahathir berdasarkan Kenyataan-Kenyataan Ketua Penerangan tidak benar. Saya khuatir jika yang tak diingini berlaku, TS Muhyiddin akan tinggal satu-satunya Pengasas Bersatu yang masih Ahlinya nanti.

Wallahualam, segala yang baik dari Allah, yang buruk dari diriku sendiri.

Ikhlas,

AKHRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH BIN TS SANUSI

Ahli Bersatu #007

Pengasas dan AMPT Bersatu

Nuzul Quran, Ramadhan 1441 Hijrah

10 Mei 2020 Masihi

Lim Kit Siang & Taruhannya - Tok Mat.

Datuk Seri Utama Haji Mohammad Bin Haji Hassan | Lim Kit Siang dan Taruhannya

Pada 10 Mei 2019, semasa pilihanraya kecil Sandakan, Lim Kit Siang mengajak saya bertaruh bahawa Tun Mahathir akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.


Ini berikutan kenyataan saya bahawa saya tidak yakin bahawa Tun Mahathir akan menunaikan janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim selepas dua tahun.

Lim Kit Siang berkata bahawa beliau lebih mempercayai Tun Mahathir. Sebagai taruhannya, beliau akan bersara dari politik dan tidak akan bertanding dalam PRU ke 15 sekiranya Tun Mahathir tidak menunaikan janjinya.

Cabaran beliau ialah untuk saya menarik diri dari politik dan tidak bertanding dalam PRU ke 15.

Pada hari ini 10 Mei 2020, Anwar menjadi Ketua Pembangkang. Tun Mahathir bertarung untuk menyelamatkan PPBM dan Lim Kit Siang kembali menjadi Ahli Parlimen pembangkang.

Demikianlah melesetnya ramalan Lim Kit Siang sebagai ‘supremo’ politik’ DAP. Lim Kit Siang telah banyak kali berjanji akan mengundurkan diri dari politik, namun ia tidak pernah di kotakan.

Beliau terus-terusan bertanding dalam pilihanraya seakan DAP ini tidak boleh kemana tanpa nya.

Perjalanan politik beliau selalu diwarnai dengan taruhan, janji palsu dan kemungkiran. Kerana itu saya tidak suka bertaruh dengan beliau kerana saya tahu, taruhan politik beliau harganya ialah kemungkiran.
Hari ini, saya menunggu ajakan beliau bertaruh semula. Entah apa pula cabaran beliau untuk saya kali ini.

Ohh sebelum saya lupa, terlintas dalam fikiran saya apakah beliau masih mempercayai Tun Mahathir sepertimana kepercayaan yang beliau zahirkan setahun lepas di Sandakan.

Saya pasti kepercayaanya masih menebal!

Majlis Tertinggi PPBM Dijangka Bincang Pemecatan Tun Mahathir & Mukhriz Esok.

The Malaysian Insight | MAJLIS Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dijangka akan membincangkan pemecatan Dr Mahathir Mohamad dan Mukhriz Mahathir dari parti dalam satu mesyuarat esok yang tidak memanggil mereka, kata sumber dalam parti.

Dr Mahathir dan Mukhriz adalah antara pengasas Bersatu, yang ditubuhkan pada September 2016 untuk menggantikan Umno sebagai parti orang Melayu dan Bumiputera.


Mesyuarat esok dipanggil ketika kemelut perpecahan dalam Bersatu, susulan langkah Presiden Muhyiddin Yassin membawa parti keluar dari Pakatan Harapan dan bekerjasama dengan Umno, semakin memuncak secara terbuka.

Tiga ahli MPT mengesahkan kepada The Malaysian Insight, surat panggilan mesyuarat tidak menyenaraikan pengerusi dan timbalan presiden parti.

“Tun (Dr Mahathir) dan Mukhriz tidak dipanggil sebab parti hendak pecat mereka,” kata seorang ahli MPT Bersatu yang enggan dinamakan.

Notis mesyuarat yang dilihat oleh The Malaysian Insight menyenaraikan presiden, dua naib presiden, ketua sayap Pemuda dan Wanita, dan ahli pimpinan tertinggi yang lain. Notis dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya.

Seorang ahli MPT Bersatu Akramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, yang juga menerima panggilan mesyuarat esok, menulis di Facebook berharap khabar pemecatan Dr Mahathir dan Mukhriz tidak betul.

“Saya harap MPT akan membincangkan macam mana untuk merapatkan barisan demi memastikan Bersatu berperanan penting sebagai sebuah parti dalam memerangi wabak Covid-19,” katanya.

“Saya juga berdoa desas-desus yang menyatakan mesyuarat esok berniat untuk menggugurkan keahlian Dr Mahathir dan Mukhriz berdasarkan kenyataan-kenyataan Ketua Penerangan tidak benar.”

Khamis lalu, Ketua Penerangan Bersatu Mohd Radzi Md Jidin berkata parti sedia menggugurkan keanggotaan mana-mana ahlinya yang menyertai gabungan parti-parti lain yang bercanggah dengan pendirian parti.

Bersatu tidak menganggap Dr Mahathir sebagai pengerusi parti selepas beliau letak jawatan pada 24 Februari lalu, pada hari yang sama beliau letak jawatan perdana menteri.

Dr Mahathir letak jawatan kerana tidak bersetuju dengan langkah Bersatu mahu keluar Pakatan Harapan (PH) dan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan baharu.

Muhkriz pula dalam satu kenyataan panjang minggu lalu menyeru Bersatu untuk kembali bersama PH, demi masa depan parti yang lebih terjamin berbanding jika bekerjasama dengan PAS dan Umno.

Muhyiddin membawa Bersatu keluar PH pada 24 Februari, keputusan yang didakwa dipersetujui dalam mesyuarat sehari sebelumnya, dan seterusnya menubuhkan kerajaan baharu di Putrajaya bersama Umno dan PAS, dan mendapat sokongan parti-parti di Sabah dan Sarawak.

Semalam, Dr Mahathir menyeru ahli-ahli Bersatu merenung semula niat mereka dan jati diri perjuangan semasa menyertai parti, selepas Muhyiddin bekerjasama dengan Umno yang mereka lawan sebelum ini.

Susulan kenyataan itu, Radzi mengeluarkan kenyataan balas mendakwa Dr Mahathir sebenarnya tahu sejak awal dan bersetuju dengan cadangan Bersatu keluar PH namun kemudian mengubah fikiran.

Sejak seminggu lalu, pemimpin Bersatu berbalas kenyataan di media saling mempertikai dan mempertahan langkah parti keluar PH dan membentuk kerajaan baharu bersama Umno.

Bersatu menangguhkan pemilihan parti sehingga akhir Jun susulan pelbagai sekatan bagi membendung penularan Covid-19. Pemilihan itu sepatutnya berlangsung hujung April lalu. - 10 Mei 2020.

Belum Ada Sesiapa Jadi PM Tanpa DNA UMNO - Shabery Cheek.

Shabery Cheek | Sehingga kini, belum ada sesiapa pun yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia tanpa ada DNA Umno di dalamnya.

TSMY, Tun M, atau DSAI kini di luar Umno, mengritik Umno, namun tiada siapa boleh nafikan dalam darah mereka mengalir DNA Umno yang kuat. 


Parti-parti lain seperti DAP, Pas, atau PKR belum mampu melahirkan seorang material PM tanpa DNA UMNO.

Umno bukan sekadar parti politik, ia adalah sekolah politik yang unik. Sekolah ini tidak ada modul atau silibus khusus yang sistematik. Yang ada ialah membina pengalaman seseorang untuk menjadi matang dan mampu membina ketahanan fizikal dan mentalnya.

Untuk menjadi seorang Presiden, ia mesti melalui proses sebagai Timbalan, Naib, ketua sayap selain menyelami rakyat di peringkat Bahagian dan cawangan. Setiap jawatan dipertandingkan. Setiap peranan ada proses penderaan yang memenatkan. Ini tidak termasuk pengalaman dalam pentadbiran kerajaan yg diperolehi melalui Umno.

Ramai yang mencemuh Umno dengan pelbagai gelaran. Termasuk gelaran rasuah dan perompak. Namun pemimpin yang mereka selar segera menjadi suci untuk dipeluk sebaik sahaja meninggalkan Umno.

Sekolah atau universiti dipanggil alma mater bagi seseorang. Seperti banyak sekolah dan universiti, ia berbeza antara satu sama lain.

Alma mater UMNO tetap yang paling tersohor dalam negara ini, kerana darinyalah lahir banyak tokoh yang disegani oleh kawan dan lawan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI UMNO
11 MEI 2020

BPN Gagal, GKP Tak Cukup Syarat, Netizen Rasa Kena Game, Tolong Benarkan Pemohon BerSSM Buat Rayuan Semula.

VIRAL | Satu lagi kisah pemohon yang gagal BPN. Kali ini ia datang dari individu yang menggunakan nama Umat Imara Iman, di Facebooknya.

Cerita yang beliau kongsikan ini perlu diberikan perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan.

Tak perlu menghina dan mengejek dia. Kita semua sedang susah sekarang. Jika kita boleh desak kerajaan untuk tambahbaik mekanisme kelulusan BPN, pastinya ramai yang gagal sebelum ini akan lulus dan berasa sedikit lega. Bukankah itu lebih baik daripada bergaduh dan mengutuk pemohon yang gagal?

Bagi yang dah lulus, perasaannya tak sama seperti yang gagal.

Bayangkan jika yang lulus tu gagal? Pastinya mereka marah juga.

Ini bukan isu mengharapkan wang percuma. Tetapi oleh kerana semua susah sekarang, maka biarlah semua merasa. Sudah tentu kita bercakap mengenai M40 & B40. Bukannya refer T20 ya.

Jika mengikut penulis pula, andaikata kerajaan dapat melonggarkan syarat ke atas M40 lebih baik. Ambilkira sekali bilangan anak mereka. Jika B40 ada 2 anak, M40 ada 5 anak, sama-samalah dapat RM1,600. Barang makan bukan murah juga. Apatah lagi anak-anak membesar. Jimat punya jimat, nak tanggung 7 orang dalam satu rumah dalam keadaan pendapatan terjejas, berpeluh juga tu.

Itu tak kira lagi jika anak itu mengambil peperiksaan penting seperti SPM, STPM, STAM. Atau anak OKU.

Sebab tu mekanisme dalam menentukan kelayakan perlu ditambahbaik. Ambilkira sekali jumlah tanggungan. M40 paling tersepit sebenarnya.

Nak kata kaya, tak kaya.
Nak kata miskin merempat pun, tak juga. 

Masalah kan. 

Begitu juga yang ada SSM. Benarkan mereka buat rayuan. Dan dari situ, bantu mereka untuk edaftar dan efiling. Ramai yang tak tahu sebenarnya. Bukan nak tipu kerajaan ataupun lari cukai.

Mereka tak faham. Hanya meniaga tepi jalan je. Atau online. Untung bukan begitu banyak. Sesetengahnya meniaga pasar malam dan tani. SSM tu wajib dah. Ia proses nak meniaga secara sah. Sebab tu mohon. Alih-alih jadi begini.

Caranya, bantu mereka isytiharkan pendapatan. Ramai yang salah faham. Mereka fikir, isytiharkan pendapatan bermakna kena bayar cukai. Tidak. Bukan begitu. Ada syarat dari segi jumlah pendapatan tahunan. Sebab tu kerajaan melalui LHDN kena jadi pemudahcara.

Dan MoF kena beri ruang pada rakyat buat rayuan.

Setelah dikurung, setelah hilang kerja dan pendapatan, setelah dijanjikan begitu begini, janganlah ambil semula ditengah jalan. Fikirkan, berapa banyak senario yang kerajaan tak terjangkau. Ada 30 juta rakyat dengan 30 juta senario. Tolonglah faham.

Baca neh, luahan dari Umat Umara Iman;

BPN atau GKP? Kena Game dengan LHDN & PN!!

Hari ni aku nak luah kekecewaan & kebengangan yang amat sangat pada LHDN lahanat. Untuk makluman, aku ni dah setahun tak bekerja, kena retrenchment ramai-ramai tahun lepas. Masa 1st time buat permohonan BPN, permohonan ditolak sebab katanya pendapatan keluarga melebihi 8k. 

Bila check balik, rupanya LHDN ambil data 10 tahun lepas. Jadi, buatlah rayuan semula sebab kami bukan T20 atau M40, kami dah jatuh B40 sekarang. Keadaan hidup korang fikir sendirilah... wife sorang keje, aku kadang-kadang buat consulting job yang kawan-kawan bagi... tu pun jarang-jarang.



Hari ni check sekali lagi BPN, masih tak lulus gak & rayuan ditolak. Hanya kerana wife aku ada SSM, ROB jer pun. Dia buat online bisnes untuk support family income. Tahun lepas bisnes drop teruk sampai rugi banyak sangat, tahun ni plak disebabkan Covid, bisnes dah tak run, tiada hasil langsung. Account company dia pun 0 jek kat 10 bulan lebih dah. Saya plak dah kat setahun tak bekerja kerana dibuang kerja oleh regim PH tahun lepas. Tapi BPN kami tetap tak dapat hanya kerana isteri ada SSM. LHDN advice suruh apply GKP... tetapi GKP tu hanya pada entiti yang ada premis & buat declaration cukai tahun lepas. ROB wife aku sangat-sangat small, perolehan terlalu kecik & modal pun tak boleh cover sampai sekarang.

Jadi, dimana keadilan untuk family macam kami ni? Saya hilang pekerjaan tiada income tetap, wife plak ada SSM yang bisnes pun dah tak jalan lama dan diketahui pula kami tak layak dapat bantuan apa pun camni. Hari ni dimaklumkan oleh member LHDN bahawa sebarang rayuan semula tidak akan dilayan & keputusan adalah muktamad. 

Totally bullshit LHDN & Kerajaan PN nie... terang-terang nampak macam kena game, tidak adil untuk family seperti kami yang hidup pun perit sekarang. PM8 kata bantuan untuk semua, akhirnya selective gak macam Kerajaan PH dulu. Phhuuiii 💦😤. - 9 Mei 2020.

Netizens Ser4ng Page LHDN, Bengang Kerana Tak Lulus BPN Atas Alasan Tak Masuk Akal.

Sosmed | Halaman rasmi LHDN di Facebook telah menjadi sasaran serangan rakyat yang marahkan agensi itu kerana gagal dalam permohonan BPN masing-masing.

Berdasarkan tinjauan, ini adalah alasan kemarahan mereka;

1. Lulus fasa 1, gagal fasa 2 kerana ada rekod SSM. Namun bagi sesetengah pemohon;

- SSM sudah lama tidak aktif.

- Tak pernah ada syarikat / SSM.

- SSM peniaga tepi jalan, peniaga kecil, peniaga online yang margin keuntungan adalah rendah.

2. Gagal dalam permohonan BPN kerana gaji melebihi RM8,000 namun itu tidak benar.

3. Gagal dalam permohonan BPN kerana duplikasi.

4. Gagal dalam permohonan BPN kerana pengenalan tak sama dengan yang direkod JPN.

5. Lulus BPN tetapi jumlah berkurangan. Ia jadi isu dan dipersoalkan netizens kerana;

- Gaji pemohon kurang dari RM3,000 tapi dapat RM1,000

- Gaji pemohon kurang dari RM2,000 tapi dapat RM500 (bujang layak dapat RM800)

6. Lulus BPN tetapi wangnya belum masuk.

7. Gagal BPN kerana meninggal dunia (Masih hidup).

8. Gagal BPN kerana berstatus pelajar (Sudah tamat belajar 2 tahun lepas).

9. Tiada rekod.

10. Pembayaran disekat.

11. Gagal BPN kerana pasangan dah mohon, namun individu tersebut belum pernah berkahwin pun.

Berikut adalah sedikit rangkuman luahan dari netizens di halaman itu;




















Dalam perkembangan yang sama, salah seorang rakan penulis juga menghadapi masalah dalam permohonan BPN. 

Pada awalnya dikatakan alasan gagal kerana; 

"Pemohon sebagai pasangan di permohonan yang sama".



Sebagai rekod, rakan penulis adalah bujang. Belum pernah berkahwin.

Semakan kali kedua pula, dalam hari yang sama, diberikan alasan;

"Tidak layak kerana pemohon / pasangan mempunyai syarikat"



LHDN juga menyarankan pemohon memohon GERAN KHAS PRIHATIN dan memberikan pautan berkaitan.

Dan yang paling tular sudah tentulah dari Mohd Syafiq. Alasan yang LHDN berikan kepada anak muda yang berusia 25 tahun itu adalah;

Pemohon Meninggal Dunia.

Sedangkan itu tidak benar.

"Sudahlah kau tidak bagi. Kau sudah lagi saya 😭," tulis Mohd Syafiq dalam kenyataan itu.



Post oleh Mohd Syafiq itu tular dengan lebih dari 10,000 perkongsian di sosial media setakat hari Sabtu.

LHDN belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan bagi mengulas reaksi netizens setakat ini. - 9 Mei 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...