Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 12 Mei 2020

Dendam Ini Belum Langsai Lagi - Yana Najib.

VIRAL | Anak perempuan Najib Razak, Yana Najib mengimbau apa yang dikatakannya kenangan pahit yang berlaku dua tahun lalu, ketika rumah bapanya diserbu oleh polis bagi menjalankan siasatan kes 1MDB.

Diperdayakan supaya dapat serbu kediaman..

"Sudah lebih 2 tahun sejak pihak polis mengepung kediaman keluarga kami dan memperdaya kami untuk masuk. Mereka mengetuk pintu rumah kami dan meminta berjumpa Daddy. Mereka mendakwa hendak bertanyakan beberapa soalan kepada Daddy berkenaan 1MDB.

Daddy sebagai seorang yang sentiasa memberikan kerjasama, tidak merasakan perlu untuk menyembunyikan apa-apa lantas menjemput mereka masuk. Seorang pegawai polis masuk diikuti oleh ramai yang lain selepas itu.

Rupa-rupanya mereka tidak datang untuk bertanya beberapa soalan kepada Daddy. Mereka datang untuk menyerbu rumah kami dan menjadikannya bahan tontonan media pada malam Ramadan yang pertama.

Saya terjumpa gambar-gambar ini semula. 




Gambar pertama adalah gambar segerombolan polis yang memasuki bilik Daddy.

Gambar kedua pula adalah gambar Mummy saya yang kepenatan berehat di pangkuan Daddy. Walaupun berhadapan kejutan dan kepenatan, Daddy masih mampu memberi sedikit senyuman pada jam 3 pagi. 🤦‍♀️," katanya dalam satu kenyataan di Instagram.

Daddy hilang

"Namun gambar ke 3 yang menyebabkan saya menggigil...

Sehari selepas serbuan, Ashman mencari Daddy di rumah namun tidak menemui Daddy di tempat kebiasaan Daddy duduk- di bilik Daddy, di Bilik Study dan di ruang tamu.

Rupa-rupanya Daddy sedang tidur di bilik lama saya semasa kanak-kanak yang kedudukannya paling hujung di tingkat atas rumah.

Tidak ada sesiapa yang tidur di bilik itu sejak lebih 10 tahun yang lepas. Dan saya rasa Daddy tidak pernah menjejakan kaki ke bilik itu sejak saya berusia 16 tahun!

Bilik itu penuh dengan buku-buku lama saya yang berdebu, album-album boyband lama, poster Michael Owen, alat permainan kanak-kanak perempuan dan kotak-kotak yang dipenuhi dengan memori zaman kanak-kanak saya.

Entah macam mana, Daddy telah melangkaui semua kotak ini dan melelapkan diri di atas cadar merah jambu saya.

Jelas kepenatan dari peristiwa-peristiwa pasca 9 Mei, Daddy sangat memerlukan sedikit masa untuk lena seketika.

Namun Daddy tak boleh tidur di biliknya sendiri. Saya rasa apabila anda telah menyaksikan segerombolan polis memperlakukan ruangan peribadi anda seperti tempat kejadian jenayah, bilik lama anak perempuan anda terasa lebih selamat dan aman untuk berehat," tulisnya lanjut.

Dendam ini belum langsai lagi.
Ini semua ujian Allah tetapi Alhamdulillah Bossku tetap sabar, tabah dan tidak berputus asa.

Satu hari nanti, gambar-gambar ini akan menjadi memori silam bagi saya....

Namun ia akan sentiasa menjadi satu peringatan bahawa walau seteruk mana pun anda jatuh, jangan memandang rendah kekuatan diri anda untuk bangkit dan mara ke hadapan. 🤲🏼🙌

Saya masih ingat peristiwa hari itu seolah-olah ia baru terjadi semalam. Saya masih ingat melakukan panggilan telefon kepada rakan saya, sambil menangis tersedu-sedu memberitahu kepadanya bahawa mereka yang melakukan kezaliman ini kepada Daddy akan membayar dengan harga yang mahal. Dan saya masih berikrar sebegitu. Dendam ini belum langsai lagi! 😠," tambahnya lagi, mengakhiri kenyataan tersebut. - 12 Mei 2020.

Sumber : Instagram Yana Najib

Terjemahan oleh : Nabeel Naqie

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...