Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 10 Mei 2020

Belum Ada Sesiapa Jadi PM Tanpa DNA UMNO - Shabery Cheek.

Shabery Cheek | Sehingga kini, belum ada sesiapa pun yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia tanpa ada DNA Umno di dalamnya.

TSMY, Tun M, atau DSAI kini di luar Umno, mengritik Umno, namun tiada siapa boleh nafikan dalam darah mereka mengalir DNA Umno yang kuat. 


Parti-parti lain seperti DAP, Pas, atau PKR belum mampu melahirkan seorang material PM tanpa DNA UMNO.

Umno bukan sekadar parti politik, ia adalah sekolah politik yang unik. Sekolah ini tidak ada modul atau silibus khusus yang sistematik. Yang ada ialah membina pengalaman seseorang untuk menjadi matang dan mampu membina ketahanan fizikal dan mentalnya.

Untuk menjadi seorang Presiden, ia mesti melalui proses sebagai Timbalan, Naib, ketua sayap selain menyelami rakyat di peringkat Bahagian dan cawangan. Setiap jawatan dipertandingkan. Setiap peranan ada proses penderaan yang memenatkan. Ini tidak termasuk pengalaman dalam pentadbiran kerajaan yg diperolehi melalui Umno.

Ramai yang mencemuh Umno dengan pelbagai gelaran. Termasuk gelaran rasuah dan perompak. Namun pemimpin yang mereka selar segera menjadi suci untuk dipeluk sebaik sahaja meninggalkan Umno.

Sekolah atau universiti dipanggil alma mater bagi seseorang. Seperti banyak sekolah dan universiti, ia berbeza antara satu sama lain.

Alma mater UMNO tetap yang paling tersohor dalam negara ini, kerana darinyalah lahir banyak tokoh yang disegani oleh kawan dan lawan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI UMNO
11 MEI 2020

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...