Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 9 September 2020

Dari Mana Rosmah Dapat Wang RM100K Sebulan Untuk Biayai Tentera Siber RBA?

SOSMED | Agak mengejutkan apabila seorang saksi pendakwaraya Rizal Mansor yang juga bekas Pegawai Khas kepada Rosmah Mansor mendedahkan di mahkamah hari ini bahawa beliau dibayar oleh Datin Seri Rosmah Mansor untuk menubuhkan pasukan tentera siber.

Ini apa yang dikatakan oleh Rizal;

1. Rosmah sangat peduli mengenai imejnya.

2. Rosmah membayar RM100k sebulan kepadanya secara tunai untuk menubuh, menyelia dan mengendalikan pasukan tentera siber bermula tahun 2012.

3. Tujuannya ialah untuk memantau kandungan media sosial yang kritikal atau memberikan persepsi negatif terhadap Rosmah.

4. Pasukan itu beroperasi dengan menggunakan dana dari Rosmah sendiri.

5. Menurut Rizal lagi, antara beberapa isu yang diperjelaskan kepada awam kerana memberikan tanggapan negatif terhadap imej Rosmah ialah perkahwinan mewah anak perempuannya, memiliki jenama beg tangan mewah serta perlu berjumpa Rosmah untuk mendapatkan projek kerajaan.

6. "Saya sendiri dalam kapasiti sebagai pegawai khas bertanggungjawab untuk menangkis fitnah, tohmahan dan tuduhan terhadap Rosmah. Ini telah saya lakukan melalui akaun Facebook saya sendiri dan kenyataan media yang saya keluarkan.

Kebanyakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh saya mendapat persetujuan daripada Datin Seri Rosmah terlebih dahulu dan ada juga dikeluarkan atas inisiatif saya sendiri," - Rizal Mansor.

7. Rizal juga memberitahu mahkamah, Jabatan Perdana Menteri pernah memintanya dan First Lady Of Malaysia (FLOM) mengurangkan publisiti ke atas Rosmah kerana Rosmah dilihat memberikan liabiliti kepada imej Najib Razak dan perkara itu juga diketahui oleh Rosmah.

8. Ujar Rizal lagi;

- Rosmah Mansur dianggap garang dan berupaya mempengaruhi Perdana Menteri untuk mengambil tindakan ke atas penjawat awam.

"Dalam pandangan warga perkhidmatan awam, Datin Seri Rosmah berkebolehan untuk mempengaruhi Perdana Menteri untuk memindahkan pegawai-pegawai kerajaan, yang menentang atau mengingkari permintaan beliau, ke jawatan yang kurang penting atau dalam istilah biasa dalam kalangan penjawat awam iaitu jawatan 'peti sejuk' atau dipindahkan jauh dari tempat mereka bermastautin.

Selain itu, saya juga mendapati Datin Seri Rosmah mempunyai pengaruh yang besar di dalam jentera pentadbiran kerajaan apabila agensi-agensi dan pegawai-pegawai kerajaan sentiasa berasa keberatan untuk menolak kehendak dan permintaan Bahagian F.L.O.M (First Lady of Malaysia) dan Datin Seri Rosmah.

Pegawai-pegawai kerajaan sentiasa cuba untuk memuaskan dan memenangi hati Datin Seri Rosmah, segala permintaan dan kehendak Datin Seri Rosmah akan diusahakan sedaya-upaya oleh mereka sehingga berjaya,"
 - Rizal Mansor

Dalam perkembangan berkaitan, Rizal juga memberitahu mahkamah;

- Selepas BN kalah, beliau melarikan diri ke Jakarta kerana ketakutan.

- Sekitar Feb dan Mac 2018, Rizal menerima ancaman bahawa kes rasuah akan dibongkarkan jika Saidi (CEO Jeepak Holdings) tidak menerima bayarannya.

- Ketika itu Rizal tahu tiada apa-apa akan berlaku kerana Rosmah ialah isteri Perdana Menteri.

- Namun selepas BN kalah dan SPRM mula menyiasat Jeepak Holdings, Rizal berasa panik lalu melarikan diri ke luar negara.

- Sehinggalah beliau dihubungi SPRM dan meminta untuk diberikan sedikit masa. Rizal bagaimanapun memutuskan untuk pulang dan berhadapan dengan siasatan selepas menyedari beliau tidak boleh melarikan diri selama-lamanya. Pada mulanya pasukan pendakwaan membuka 4 pertuduhan ke atas Rizal namun membuang kesemua kes selepas Rizal bertindak menjadi saksi pendakwaan dalam kes pertuduhan ke atas Rosmah.

Terdahulu mahkamah menolak permohonan pasukan peguambela Rosmah yang mahu media dihalang dari melaporkan perbicaraan kes kerana beranggapan ia akan memusnahkan imej dan reputasi anak guamnya. 

Jika mahkamah menerima permintaan tersebut sudah tentu kita tidak tahu cerita tentang penubuhan pasukan tentera siber - RBA yang dibiayai dengan dana Rosmah sebanyak RM100k per bulanan.

Jika pendedahan oleh Rizal Mansur itu adalah FAKTA, maka timbul pula beberapa persoalan dari pendedahan Rizal itu. Apakah pekerjaan Rosmah sehingga membuatkan beliau mempunyai banyak wang bagi membiayai pasukan cybertroopers?

Sudah pula tu RM100,000 sebulan dan ianya dibayar secara tunai. Ya tunai. Kenapa tunai agaknya? Fikir-fikirkan..

Gambar : sebaran di sosmed.

Rujukan;

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/09/729516/rosmah-biayai-rm100000-sebulan-pasukan-cybertrooper

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/09/618757/rosmah-dilihat-sebagai-isteri-yang-garang-boleh-pengaruhi-pm-rizal-mansor

Senator PKR Kantoi Plagiat Artikel Minta Maaf.

POLITIK | Senator PKR, Dr Ahmad Azam Hamzah kantoi telah memplagiat penulisan Fakhrurrazi Rashid yang pernah tersiar di portal Malaysiakini pada 27 Julai lepas.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh penulisnya menerusi satu kenyataan yang dipetik dari Facebooknya pada Selasa.

"Seorang Senator plagiat artikel aku!

Terima kasih kepada Senator yang telah memetik artikel saya (https://m.malaysiakini.com/news/536229) sebagai ucapan perbahasan Titah Diraja pada 7 September 2020.

Tapi, adalah molek sekiranya Senator kredit saya sebagai penulis asal. Apa yang saya bimbang nanti Senator akan dituduh plagiat tulisan orang. Kalau satu dua point takpelah, tapi ini hampir 90 peratus tulisan saya.

Siapa yang kenal Senator PKR ni, maklumkanlah kepada dia. Nak jumpa minum kopi dengan saya boleh je, asal jangan plagiat tulisan orang,"
katanya dalam kenyataan itu.

Penulis juga berjaya membuktikan beberapa kandungan artikelnya dipetik dan dimasukkan dalam ucapan perbahasan di Dewan Negara.





Tangkaplayar di atas disediakan oleh penulis bagi membuktikan hujahnya.

Artikel yang diplagiat itu dimasukkan dalam teks ucapan untuk membahaskan masalah mengenai lompat parti di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini melaporkan Dr Ahmad Azam Hamzah telah meminta maaf dan mengakui kesilapan dari pihaknya.

"Saya mohon maaf banyak-banyak kepada penulis atas apa yang berlaku dan saya juga bersedia untuk bertemu dengannya jika ada kelapangan.

"Saya hanya memberi arahan kepada pasukan saya untuk sediakan (teks ucapan) dengan kandungan berkait dengan topik tersebut," katanya, memetik laporan portal Malaysiakini. - 9 September 2020.

Selasa, 8 September 2020

Selepas Pertahankan Veveonah Menipu, MP Kudat Berterusan Memadam Post Facebook.

SOSMED | Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri mempertahankan dakwaan Veveonah menipu dan menggunakan isu memanjat pokok untuk mendapatkan internet bagi tujuan mencari publisiti dan perhatian.

Menulis di Facebooknya pada Isnin, Abdul Rahim Bakri mendakwa Veveonah sebenarnya tidak tinggal di kampung sebaliknya di Pekan Pitas. Veveonah juga tidak mempunyai peperiksaan pada masa videonya mencari line internet di atas pokok tular, kata Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 itu lagi.

Bagaimanapun post itu menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens dan kurang sejam ia telah mendapat kritikan sebanyak 1,000 komen. Dan selepas sejam setengah post itu dipadamkan terus dari Facebook Timbalan Menteri itu, pada masa itu komen melebihi 1,300, dengan kebanyakan komen memaki hamun dan mengecam Abdul Rahim Bakri kerana menfitnah adik Veveonah dan juga kerana gagal memahami masalah sebenar - ketiadaan capaian internet yang menyukarkan penduduk.

Oleh kerana post yang mengecam Veveonah dipadamkan Timbalan Menteri maka netizens menyerang Ahli Parlimen Kudat itu di post-postnya yang lain dimana akhirnya post itu juga dipadamkan satu persatu oleh Ahli Parlimen tersebut.

Tidak hanya itu satu persatu mulai tampil membetulkan fitnah Timbalan terhadap Veve, antaranya abang kandungnya dan rakan baik kepada Veve.


Sebenarnya di post MP Kudat yang dipadamkan itu juga bersepah anak orang Sabah, Kudat dan Pitas sekalipun tampil memberikan maklumat mengenai capaian internet di tempat mereka. 

Penulis sempat membaca beberapa komen bagaimanapun tidak sempat tangkaplayar kerana tak terfikir Timbalan Menteri akan memadamkan post secepat itu.

Berdasarkan beberapa komen yang sempat dibaca, mereka ini telah berhijrah ke kawasan lain kerana tuntutan kerja, dan belajar namun apabila pulang ke kampung halaman masing-masing sememangnya sukar nak mencapai internet. Bukan sahaja internet, keadaan jalan, masalah air, pengangkutan, lampu jalan juga amat menyedihkan.

Ada komen yang penulis baca, individu ini sampai memanjat bumbung rumah barulah boleh dapat internet.

Itupun kena tunggu loading. Menyeksakan. Bagi sesetengah orang mereka tak beranggapan internet itu keperluan kerana melihat internet dan telefon sebagai alat mewah. Sebenarnya orang-orang sebegini masih hidup di zaman 80 an. Pemikiran mereka masih di takuk lama dan tak berkembang. Dah masuk tahun 2020. Zaman teknologi. Jika di zaman teknologi pun boleh ada yang anggap internet bukan keperluan maka di zaman apa agaknya boleh dianggap internet itu satu keperluan? Orang-orang sebeginilah yang memberikan mandat kepada menteri untuk kekal memperbodohkan rakyat. - 8 September 2020.

Isnin, 7 September 2020

MP Kudat Kata Veveonah Sengaja Buat Drama, Demi Publisiti & Perhatian.

Abdul Rahim Bakri | Apabila sesuatu publisiti tidak baik dilakukan terhadap kawasan saya, selaku MP Kudat yang bertanggungjawap saya membuat dan melakukan siasatan.


1. Saya telah meminta pegawai saya Ambang sobul yang berasal dari Kg Bilangau Kecil yang tinggal bersebelahan Kg Sepatalang. Hasil siasatan dan temuduga beliau, beliau membuat laporan kepada saya seperti berikut...

“Saya selaku pemimpin sejiran Kg Sepatalang Pitas telah berjumpa dua ketua kampung - iaitu KK Elwin bin Madisa (ketua Kg Sepatalang) dan KK Edward Upak ketua Kg. Bilangau Besar untuk meminta penjelasan terperinci berhubung viral seorang pelajar bernama Veveonah binti Mosibin pelajar UMS. Pelajar ini kononnya terpaksa memanjat di atas pokok untuk mendapatkan internet untuk menduduki peperiksaan secara online di atas pokok. 

Seperti keterangan kedua-dua ketua kampung... ibu-bapa pelajar ini sudah terlalu lama tidak tinggal di kg Sepatalang kerana bapanya Mosibin bin Maraun@makrun adalah bekerja di KPD di pekan Pitas. 

Mereka sebenarnya tinggal menetap di pekan Pitas yang ada khidmat internet. Sebenarnya dia tidak ada rumah di kampong Sepatalang seperti yang dia dakwa oleh itu macam mana pelajar ini boleh mendakwa dia belajar di atas pokok di kampong Sepatalang sedangkan dia sebenarnya tinggal di pekan Pitas.

Pelajar ini sebenarnya sengaja membuat drama padahal perjalanan cerita dramanya tidak betul dan tidak berasas sengaja ingin mendapatkan perhatian dan publisiti. Untuk kepastian pihak berkenaan boleh merujuk kepada kedua-dua ketua kampung yang telah memberi penjelasan latar belakang pelajar dan ibubapa pelajar tentang tempat tinggal yang tetap.”

2. Saya juga membuat siasatan terhadap seorang Dekan fakulti dan Pensyarah UMS samada peperiksaan online ada diadakan. Dan dapatan saya adalah berikut:

“Ada hikmahnya Datuk.. I personally disagree apa budak tu buat

I have same argument like Datuk have said

Sebenarnya no final exam has been executed on line yet.

It it just a normal lecture on line...

Daripada survey yang dibuat not even 50% student yang boleh access lecture online in Sabah.

My statement as a Dean, bukan VC 😅. My faculty informed all student yang tak boleh access to internet diminta balik campus and student knew it.

Ada juga student choose to stay in the campus because the line in their kampung not stable, putus-putus etc, so we advise them to stay in the campus or visit the nearest pejabat daerah, schools or go to the nearest town..,”

Daripada dapatan saya tersebut saya curiga bahawa mungkin ada motif tertentu dari penerbitan video yang di upload di youtube dan ditonton seluruh dunia.

1. Setelah kita mengguna 4G “ coverage “ menjadi semakin luas, lebih baik berbanding beberapa tahun lalu mengguna “ wireless village”. Tapi ini tidak bererti tiada “blind spot” terutama berbukit bukau. Hatta di KL pun ada masalah terutama tempat terlindung atau kemudahan yang divandalise.

Telahpun dimaklumkan bahawa setiap pelajar yang ada masalah serupa ini telah dibenarkan tinggal di kampus universiti supaya pembelajaran mereka tidak terganggu dan ramai pelajar luarbandar dari seluruh negara memilihnya.

2. Apa perlu pelajar itu membahayakan diri memanjat pokok dan divideokan - sedangkan dia ada pilihan hanya berusaha sedikit ke pekan Pitas samada menumpang di sekolah atau tempat awam yang liputan baik dan pilihan terbuka luas.

Malah difahamkan menurut sumber rumah ibu bapanya pun sebenarnya di pekan Pitas.

Jika dia terjatuh dari pokok itu sudah pasti malapetaka pada keluarganya dan akan menjadi tragedi pada negara.

Selaku wakil rakyat saya tidak pernah sunyi berusaha dan meminta kemudahan yang terbaik untuk kawasan saya tetapi ada yang sudah berjaya diperolehi, ada yang masih menunggu perlaksanaan.

Bagaimanapun untuk lebih adil telah bermacam kemudahan disediakan untuk rakyat.

Ini semenjak 1994 dan semenjak saya jadi wakil rakyat pada tahun 2004 mewakili kawasan ini.

1. Dalam aspek pendidikan kita ada 6 sekolah menengah yang telah melahirkan Professor universiti, pensyarah universiti, professional seperti jurutera awam, mekanikal, banker, penjawat tinggi awam, usahawan , guru berijazah dan banyak lagi di daerah Pitas ini.

2. Dalam bidang perubatan dan kesihatan telah bertambah baik. Doktor hospital Pitas hari hospital yang selesa saja seramai 12 orang selain Klinik Kesihatan.

3. Jalanraya merentasi kota Marudu- Pitas- Sandakan menelan belanja hampir RM700 juta siap lebih sedekad yang lalu.

4. Projek ekonomi bagi meningkatkan peluang pendapatan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan semasa PM Dato Sri Abdullah melalui agensi pelaksana LIGS telah sedikit sebanyak meningkatkan ekonomi rakyat luarbandar.

5. Talian telekomunikasi dan internet 4G sudah semakin baik dan “wireless village “sudah kurang diperlu walaupun masih banyak “ room for improvement “ diperlukan.

6. Liputan bekalan letrik telah melebar luas kecuali di beberapa kampung jauh terpencil.

Daerah Pitas dan Bengkoka memiliki keluasan yang sangat besar menandingi negeri Melaka atau Pulau Pinang dan penduduknya berselerak. Sudah tentulah mengambil sedikit masa untuk diselesaikan. Kerana penjajah British tidak pun meninggalkan apa-apa kemudahan pada kita pada masa kita merdeka 1963.

Walau bagaimanapun usaha tetap berterusan untuk membawa pembangunan dan kebaikan pada rakyat dan tidak pernah terhenti...

Bagaimanapun saya tidak menyalahkan dan berjiwa besar kerana sebagai anak muda yang masih belum berpengalaman kelemahan dan kesilapan pasti berlaku dalam hidup.

Selaku wakil rakyat luarbandar dan lahir serta hidup diawal kemerdekaan yang serba susah saya faham segala kekurangan.

Tetapi ia sudah jauh seperti bumi dan langit jika di teropong semasa negeri kita baru merdeka pada 57 tahun yang lalu.

“KOTA ROM ITU TIDAK DIBENA DALAM SATU HARI”

Isu Veveonah, Apa Motif Zahidi Dedah Dapat Maklumat Dari Timbalan Menteri Kewangan 1?

ULASAN | Dah minta maaf, dah mengaku salah sepatutnya move on sahajalah dan focus kepada isu lain. Tapi pelik juga perangai Timbalan Menteri Komunikasi, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang sempat mengaitkan Timbalan Menteri Kewangan 1 yang juga Ahli Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri.

Menurut Zahidi lagi, Abdul Rahim Bakri mendapatkan maklumat itu dari UMS. Pelik. UMS tak pernah pula berbunyi menyalahkan Veveonah malahan diberikan biasiswa lagi.

Rujukan : https://www.malaysiakini.com/news/531579

“UMS dengan sukacitanya menawarkan biasiswa kepada Veveonah Mosibin yang menamatkan pengajian Asasi Sains di UMS utk menyambung pengajiannya di peringkat sarjana muda di UMS.


Berdasarkan analisis awal penulis, pasti ada sebab kenapa Datuk Zahidi mengheret Abdul Rahim Bakri dalam insiden ini.

Andaiannya;

1. Datuk Zahidi teruk dikecam netizens. Bahkan ada gesaan meletak jawatan. Pula tu ditroll berjemaah oleh semua penyokong tak kira partisan PH ataupun PN kerana bagi rakyat, mereka merasakan internet itu satu keperluan dan sememangnya kerajaan gagal sediakan liputan internet yang merangkumi seluruh kawasan di Malaysia. Ia adalah fakta yang tak dapat disangkal-sangkal lagi.

2. Mungkin bagi Datuk Zahidi mana adil baginya dikecam berjemaah oleh warganet sedangkan pihak yang menyalurkan maklumat itu tak pula dikecam sekalipun. Pula tu MP Kudat tak berbunyi pun membela dia.. hehe..

3. Maka, Datuk Zahidi beranggapan dia patut menceritakan semua yang terjadi disebalik tabir, dan kalaupun beliau tetap dikecam kali ini beliau boleh berkongsi dengan Abdul Rahim Bakri. Kan sharing is caring..

Sebenarnya bila Datuk Zahidi babitkan Abdul Rahim Bakri ia masih salah Datuk Zahidi sepenuhnya. Kerana apa?

- Mempercayai maklumat dari satu pihak tanpa melakukan semakan fakta dari dua tiga sumber berbeza.

- Datuk Zahidi siap cakap beliau percaya maklumat tersebut kerana dia tak melihat ada keperluan untuk Abdul Rahim menipu. Lerrr.. bila kita semak fakta bukan bermakna kita cop siapa menipu ke apa ke, tetapi kita saring dan semak fakta kerana boleh jadi maklumat yang sampai pada kita adalah maklumat yang salah atau separa tepat kerana ia dah melalui dua tiga peringkat. 

- Beliau sendiri yang menjayakan kempen TAK PASTI JANGAN KONGSI. Sepatutnya beliau arif melakukan semakan fakta. Setelah mendapatkan maklumat dari MP Kudat, beliau patut menghantar wakilnya turun ke Kudat dan UMS bagi menyaring maklumat. Beliau ialah Timbalan Menteri Komunikasi - Abdul Rahim Bakri bukan (pun begitu MP Kudat juga perlu lakukan kerja turun padang dan menyiasat perkara sebenar tapi itu cerita lain, kat sini nak cerita pasal Datuk Zahidi jer). 

- Tindakan Datuk Zahidi ini boleh dilihat cubaan mengalihkan kesalahan kepada pihak lain.

Bagaimanapun kita semua pun tak pasti samada kenyataan Datuk Zahidi tentang MP Kudat itu benar ataupun tidak. MP Kudat juga perlu diberikan ruang untuk menjelaskan cerita dari sudutnya. - 7 September 2020.

Gerakan Sekat Anwar & DAP Atas Restu Tun Mahathir - Zahid Mat Arip.

Zahid Mat Arip | Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperbetulkan tuduhan tidak tepat dan tidak benar sama sekali ke atas saya.

Saya bukanlah pencetus kepada Langkah Sheraton. Tetapi, saya mengakui bersama beberapa teman yang lain terbabit menggerakkan langkah politik menyekat Anwar (Ibrahim) dan DAP dengan restu YAB perdana menteri Malaysia ketujuh.


Selebihnya, ia sudah menjadi sejarah dan biarlah saya simpan demi hormat saya kepada Tun Dr Mahathir seorang negarawan terbilang dan ulung, yang jasanya kepada bangsa dan negara cukup besar.

Apa pun saya pasti, secara peribadi Tun Dr Mahathir pastinya menjadi orang yang paling gembira dewasa ini.

Cuma kegembiraan beliau itu tidak terzahir serta tidak terucap. Matlamat beliau yang tidak mahu Anwar menggantikannya dan serta matlamat untuk mengekang kemaraan DAP sudah pun tercapai dengan jaya.

Ramai yang bertanya kepada saya kenapa Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan.

Jawapan saya, selain qada dan qadar, Allah SWT juga sudah menetapkan bahawa sudah tertulis sejak azali lagi peletakan jawatan Tun Dr Mahathir adalah kerana rezeki Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri Malaysia kelapan. - 7 September 2020.

Selepas Dikecam Kerana Tegur Masalah Air Di Kelantan, Amin Jemput MB Selangor & Kelantan Untuk Jawab Soalan Rakyat.

SOSMED | Seperti yang dijangka, teguran ikhlas lagi penuh berhemah pengacara tempatan Amin Idris ketika mengutarakan masalah air di Kelantan menyebabkan selebriti itu dikecam netizens.

Berdasarkan tinjauan, rata-rata pengomen tidak bersetuju dengan ulasan Amin Idris dan beranggapan ia adalah perbandingan tidak seimbang.

Zul Amin : Kena faham juga. Kos upgrade air bukan setakat satu dua juta je. Kerajaan Kelantan perlukan dana pusat untuk selesaikan masalah air.

Aida Ali : Thank You Amin Idris showing your true color.

Taufiq Ramli : Bandingkan Selangor dan Kelantan pun tak kena dah dari sudut kewangan hasil negeri.

Amir Asyraf Ramli : Ya, masalah air keruh di Kelantan dari zaman Almarhum Tok Guru Nik Aziz lagi. Air di Selangor pun bukan minggu ni je selalu terputus bekalan. Dah lama sangat dah, Bro Amin. Air keruh vs takde air langsung.

Abu Ziyad Wa Zuhair : Kaji isu dulu, jangan kira nak cari publisiti je.. Waduh. Tepuk dahi berjemaah

Arah Awang : Lain padang lain belalang. Kaji dulu sebelum komen hal air. Air di kelantan sebab kos tinggi dalam keadaan kerajaan dulu sekat segala bantuan. Air di Selangor kerana kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan. Duit banyak.

MNizam Hashim : Brok Amin ni mu dari dulu lagi dok sakit hati dengan Kelantan apasal. Banyak lagi negeri lain ada gak masalah air mu tak sentuh. Panggil la semua MB pi masuk talk show mu. Baru la hebat mu nanti di dunia ni.

Arbaiyah Sulaiman : Ayor telaga pun bukan nak kena ceduk tapi siap ada enjin ada paip, ayor pun besar dibandingkn ada ayor ada paip, yang keluar ayor nya haluih bebenor. Royalti minyak kami rakyat Kelantan tak diberi oleh kerajaan-kerajaan sebelum ni, ni lagi sakit lagi parah.

Mohd Herman Muhamad : Jangan kecam lebih-lebih, esok-esok Amin minta puak-puak demo jugak tolong doakan kes saman dia 😅

Nor Sobah Muhammad : Cadangan ambo pada duk dalam TV sudah la kalau merapu sangat.

Amin membuat ulasan mengenai masalah air di Kelantan kerana dipercayai melihat ahli dan penyokong PAS yang kuat mengecam masalah air di Selangor sedangkan mereka lupa masalah air di Kelantan adalah lebih teruk malahan sudah berpanjangan bertahun-tahun lamanya sehingga ia menjadi satu perkara yang dianggap kebiasaan berlaku di Kelantan (dah lali).

Amin pada awalnya membuat perbandingan masalah air di Selangor berpunca dari pencemaran namun masalah air di Kelantan adalah kerana infrastruktur asas.

Amin kemudiannya menegur MB Selangor dan Kelantan agar selesaikan masalah air di negeri masing-masing secepat yang mungkin kerana hal itu sudah tentulah akan menyusahkan rakyat.

Sebagai rekod walaupun Selangor menganggarkan masa 4 hari diperlukan untuk memulihkan semula bekalan air bersih namun di sesetengah tempat bekalan air terawat kembali pulih dalam masa 2 hari dan secara berperingkat di semua lokasi yang terjejas.

Di Kelantan menurut Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man, 40 tahun mungkin adalah jangkamasa yang diperlukan untuk memastikan seluruh Kelantan menikmati bekalan air terawat. 

Bagaimanapun pengkritik beranggapan 40 tahun adalah masa yang sangat lama apatah lagi sekarang ini adalah zaman moden. Tidak hanya itu, pengkritik juga mempersoalkan peruntukan terus RM400 juta kepada Kelantan pada tahun lepas dan apakah ia digunakan untuk menyediakan bekalan air terawat kepada rakyat Kelantan dan membandingkan ia dengan pembelian mercedes.

Sebagai rekod, ramai pengkritik Kelantan mendesak kepada pembentangan laporan perbelanjaan dana RM400 juta di DUN Kelantan. 

Amin jemput MB Selangor dan Kelantan bahas isu air..

Meskipun dikecam netizens yang dipercayai pro PAS, Amin nampaknya menanggani kritikan itu secara positif.

Pengacara itu memaklumkan di Facebooknya beliau telah menjemput MB Besar Selangor dan Kelantan, boleh juga menghantar wakil bagi membincangkan masalah berkaitan air di negeri masing-masing.

"Dengan ini Bro Amin penuh tawadhu' menjemput MB Selangor YAB Amirudin Shari & MB Kelantan YAB Dato' Ahmad Yakob ke #TheAminIdrisShow Rabu ini untuk kongsi usaha yang telah & akan dilakukan serta menjawab soalan-soalan rakyat.

Rabu ini, 9 malam di FB Amin Idris

P.S: Bro Amin sudah hubungi Pegawai Khas & SetPol MB Kelantan dan menunggu jawapan balas dari mereka

Bagi MB Selangor, beliau baru sahaja menyatakan persetujuan,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini. 


Nampaknya bijak juga Amin. Kritikan yang diterimanya bertukar menjadi program dan marketing untuk programnya. Maka yang marah-marah tadinya tu cuma dapat penat sahajalah. - 7 September 2020.

ISMA Ajak Tolak MCA Kerana Pertahankan Peneroka Haram Raub Musang King.

VIRAL |  Sepanjang minggu lepas beberapa pimpinan ISMA dan individu yang pro ISMA/BERJASA dilhat mengajak orang Islam khususnya melayu untuk menilai sendiri wajah sebenar pemimpin MCA apabila berhadapan dengan isu-isu yang membabitkan kepentingan kaum cina.

Bermula dengan isu UEC kemudiannya vernakular kini ISMA mengecam MCA kerana dianggap mempertahankan peneroka haram di Raub, Pahang.

"Lihatlah bagaimana MCA begitu komited membela penceroboh-penceroboh tanah kerajaan di Raub, Pahang sampaikan Naib Presidennya yang bertaraf timbalan menteri sendiri turun 'buat kerja'.

Portfolio kementerian beliau tidak ada kena mengena pun dengan isu tanah tetapi ini menunjukkan betapa pentingnya isu ini buat partinya. Ini merupakan sesuatu yang luar biasa.

Apa yang membimbangkan, perjumpaan pimpinan MCA ini ialah dengan exco negeri Pahang (UMNO) untuk berbincang mengenai penyelesaian 'win-win' dalam isu pencerobohan tanah di Raub, Pahang tetapi tidak pasti apakah yang dilobi dan dituntutnya.

Rakyat mahu tahu apa sebenarnya yang dirundingkan oleh MCA ini. Exco kerajaan negeri manakah lagi akan berjumpa dengan mereka ini selepas ini? Apakah sebenarnya tawaran yang dipersembahkan kepada kerajaan negeri, apabila beliau menyebut 'win-win' sebegini?,"
soal Aminudin Yahaya yang juga Presiden ISMA.

ISMA juga beranggapan MCA tidak akan disebut oleh pemimpin politik melayu yang lantang sekalipun kerana MCA adalah kawan mereka bahkan akan terus diberikan laluan di kerusi majoriti melayu.

"Ramai yang tidak sedar atau terlepas pandang akan apa yang sedang diusahakan oleh MCA dalam isu pencerobohan tanah Pahang ini kerana para pemimpin politik Melayu yang lantang dalam isu ini tidak akan menyebut mengenai MCA pun, kerana itu kawan mereka. Apa yang penting hanyalah mileage dan publisiti parti tanpa menyedari ada musuh dalam selimut. Jujurlah kepada rakyat.

Saya pasti MCA akan terus diberikan laluan untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu tetapi hakikatnya MCA mesti ditolak dalam PRU-15 sebagaimana rakyat perlu tolak DAP.

Sedarlah, bukalah mata kita,"
katanya, memetik kenyataan di Facebooknya pada Ahad. - 7 September 2020.

Direktori Pekerja Pejabat Timbalan Menteri Kesihatan I Dah Ada Semula...

SOSMED | Semalam warganet mempersoalkan Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali apakah benar beliau telah melantik adiknya dan anak adiknya dalam Kementerian Kesihatan.


Maklumat itu boleh diakses dengan mudah dengan membuka portal Kementerian Kesihatan disini;

https://www.moh.gov.my/index.php/edirectory/member_list/27/1

Setakat ini Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali belum lagi menjawab akan dakwaan yang tular di sosial media itu.

Berdasarkan pemerhatian, individu yang dikaitkan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali ialah;

1. Encik Noor Azman Ghazali yang menjawat jawatan : Setiausaha Sulit

2. Encik Muhammad Ubaidah Bin Noor Azman : Setiausaha Sulit Kanan


Ketika isu ini hangat diperkatakan netizens direktori yang memaparkan senarai pekerja yang berada dibawah Timbalan Menteri Kesihatan 1 tidak dapat diakses secara tiba-tiba.

Bagaimanapun ia kembali seperti biasa pada pagi ini.


Bagaimanapun terdapat perbezaan antara direktori versi lama berbanding versi baru yang mana kolum nombor telefon dihilangkan bagi direktori yang diperbaharui. - 7 September 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...