Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 September 2020

MP Kudat Kata Veveonah Sengaja Buat Drama, Demi Publisiti & Perhatian.

Abdul Rahim Bakri | Apabila sesuatu publisiti tidak baik dilakukan terhadap kawasan saya, selaku MP Kudat yang bertanggungjawap saya membuat dan melakukan siasatan.


1. Saya telah meminta pegawai saya Ambang sobul yang berasal dari Kg Bilangau Kecil yang tinggal bersebelahan Kg Sepatalang. Hasil siasatan dan temuduga beliau, beliau membuat laporan kepada saya seperti berikut...

“Saya selaku pemimpin sejiran Kg Sepatalang Pitas telah berjumpa dua ketua kampung - iaitu KK Elwin bin Madisa (ketua Kg Sepatalang) dan KK Edward Upak ketua Kg. Bilangau Besar untuk meminta penjelasan terperinci berhubung viral seorang pelajar bernama Veveonah binti Mosibin pelajar UMS. Pelajar ini kononnya terpaksa memanjat di atas pokok untuk mendapatkan internet untuk menduduki peperiksaan secara online di atas pokok. 

Seperti keterangan kedua-dua ketua kampung... ibu-bapa pelajar ini sudah terlalu lama tidak tinggal di kg Sepatalang kerana bapanya Mosibin bin Maraun@makrun adalah bekerja di KPD di pekan Pitas. 

Mereka sebenarnya tinggal menetap di pekan Pitas yang ada khidmat internet. Sebenarnya dia tidak ada rumah di kampong Sepatalang seperti yang dia dakwa oleh itu macam mana pelajar ini boleh mendakwa dia belajar di atas pokok di kampong Sepatalang sedangkan dia sebenarnya tinggal di pekan Pitas.

Pelajar ini sebenarnya sengaja membuat drama padahal perjalanan cerita dramanya tidak betul dan tidak berasas sengaja ingin mendapatkan perhatian dan publisiti. Untuk kepastian pihak berkenaan boleh merujuk kepada kedua-dua ketua kampung yang telah memberi penjelasan latar belakang pelajar dan ibubapa pelajar tentang tempat tinggal yang tetap.”

2. Saya juga membuat siasatan terhadap seorang Dekan fakulti dan Pensyarah UMS samada peperiksaan online ada diadakan. Dan dapatan saya adalah berikut:

“Ada hikmahnya Datuk.. I personally disagree apa budak tu buat

I have same argument like Datuk have said

Sebenarnya no final exam has been executed on line yet.

It it just a normal lecture on line...

Daripada survey yang dibuat not even 50% student yang boleh access lecture online in Sabah.

My statement as a Dean, bukan VC 😅. My faculty informed all student yang tak boleh access to internet diminta balik campus and student knew it.

Ada juga student choose to stay in the campus because the line in their kampung not stable, putus-putus etc, so we advise them to stay in the campus or visit the nearest pejabat daerah, schools or go to the nearest town..,”

Daripada dapatan saya tersebut saya curiga bahawa mungkin ada motif tertentu dari penerbitan video yang di upload di youtube dan ditonton seluruh dunia.

1. Setelah kita mengguna 4G “ coverage “ menjadi semakin luas, lebih baik berbanding beberapa tahun lalu mengguna “ wireless village”. Tapi ini tidak bererti tiada “blind spot” terutama berbukit bukau. Hatta di KL pun ada masalah terutama tempat terlindung atau kemudahan yang divandalise.

Telahpun dimaklumkan bahawa setiap pelajar yang ada masalah serupa ini telah dibenarkan tinggal di kampus universiti supaya pembelajaran mereka tidak terganggu dan ramai pelajar luarbandar dari seluruh negara memilihnya.

2. Apa perlu pelajar itu membahayakan diri memanjat pokok dan divideokan - sedangkan dia ada pilihan hanya berusaha sedikit ke pekan Pitas samada menumpang di sekolah atau tempat awam yang liputan baik dan pilihan terbuka luas.

Malah difahamkan menurut sumber rumah ibu bapanya pun sebenarnya di pekan Pitas.

Jika dia terjatuh dari pokok itu sudah pasti malapetaka pada keluarganya dan akan menjadi tragedi pada negara.

Selaku wakil rakyat saya tidak pernah sunyi berusaha dan meminta kemudahan yang terbaik untuk kawasan saya tetapi ada yang sudah berjaya diperolehi, ada yang masih menunggu perlaksanaan.

Bagaimanapun untuk lebih adil telah bermacam kemudahan disediakan untuk rakyat.

Ini semenjak 1994 dan semenjak saya jadi wakil rakyat pada tahun 2004 mewakili kawasan ini.

1. Dalam aspek pendidikan kita ada 6 sekolah menengah yang telah melahirkan Professor universiti, pensyarah universiti, professional seperti jurutera awam, mekanikal, banker, penjawat tinggi awam, usahawan , guru berijazah dan banyak lagi di daerah Pitas ini.

2. Dalam bidang perubatan dan kesihatan telah bertambah baik. Doktor hospital Pitas hari hospital yang selesa saja seramai 12 orang selain Klinik Kesihatan.

3. Jalanraya merentasi kota Marudu- Pitas- Sandakan menelan belanja hampir RM700 juta siap lebih sedekad yang lalu.

4. Projek ekonomi bagi meningkatkan peluang pendapatan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan semasa PM Dato Sri Abdullah melalui agensi pelaksana LIGS telah sedikit sebanyak meningkatkan ekonomi rakyat luarbandar.

5. Talian telekomunikasi dan internet 4G sudah semakin baik dan “wireless village “sudah kurang diperlu walaupun masih banyak “ room for improvement “ diperlukan.

6. Liputan bekalan letrik telah melebar luas kecuali di beberapa kampung jauh terpencil.

Daerah Pitas dan Bengkoka memiliki keluasan yang sangat besar menandingi negeri Melaka atau Pulau Pinang dan penduduknya berselerak. Sudah tentulah mengambil sedikit masa untuk diselesaikan. Kerana penjajah British tidak pun meninggalkan apa-apa kemudahan pada kita pada masa kita merdeka 1963.

Walau bagaimanapun usaha tetap berterusan untuk membawa pembangunan dan kebaikan pada rakyat dan tidak pernah terhenti...

Bagaimanapun saya tidak menyalahkan dan berjiwa besar kerana sebagai anak muda yang masih belum berpengalaman kelemahan dan kesilapan pasti berlaku dalam hidup.

Selaku wakil rakyat luarbandar dan lahir serta hidup diawal kemerdekaan yang serba susah saya faham segala kekurangan.

Tetapi ia sudah jauh seperti bumi dan langit jika di teropong semasa negeri kita baru merdeka pada 57 tahun yang lalu.

“KOTA ROM ITU TIDAK DIBENA DALAM SATU HARI”

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...