Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 7 September 2020

Gerakan Sekat Anwar & DAP Atas Restu Tun Mahathir - Zahid Mat Arip.

Zahid Mat Arip | Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memperbetulkan tuduhan tidak tepat dan tidak benar sama sekali ke atas saya.

Saya bukanlah pencetus kepada Langkah Sheraton. Tetapi, saya mengakui bersama beberapa teman yang lain terbabit menggerakkan langkah politik menyekat Anwar (Ibrahim) dan DAP dengan restu YAB perdana menteri Malaysia ketujuh.


Selebihnya, ia sudah menjadi sejarah dan biarlah saya simpan demi hormat saya kepada Tun Dr Mahathir seorang negarawan terbilang dan ulung, yang jasanya kepada bangsa dan negara cukup besar.

Apa pun saya pasti, secara peribadi Tun Dr Mahathir pastinya menjadi orang yang paling gembira dewasa ini.

Cuma kegembiraan beliau itu tidak terzahir serta tidak terucap. Matlamat beliau yang tidak mahu Anwar menggantikannya dan serta matlamat untuk mengekang kemaraan DAP sudah pun tercapai dengan jaya.

Ramai yang bertanya kepada saya kenapa Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan.

Jawapan saya, selain qada dan qadar, Allah SWT juga sudah menetapkan bahawa sudah tertulis sejak azali lagi peletakan jawatan Tun Dr Mahathir adalah kerana rezeki Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi perdana menteri Malaysia kelapan. - 7 September 2020.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...