Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 9 Mac 2012

Bumbung sekolah nak runtuh..


Tolong amek perhatian lah. Neh kalau runtuh kena pelajar kan tak pasal2 masuk hospital jek. Bukan nak politikkan ke apa tapi amek perhatian pasal benda neh membabitkan nyawa.. kalau runtuh kena kat diri sendiri dan diri sendiri yang meninggaldunia takde orang nak kesah pun der.. cuma risau kalau kena kat budak2 sekolah ka, cikgu2 sekolah ka apa ka..

Lihat berita kat bawah neh ;

KUANTAN – Keadaan bumbung salah satu bangunan sebuah sekolah kebangsaan di sini yang hampir tercabut menjadikan ibu bapa tidak senang duduk selepas menghantar anak-anak ke sekolah.


Lebih membimbangkan, bahagian bawah bumbung yang rosak itu menjadi tempat permainan pelajar-pelajar ketika waktu rehat atau waktu pulang sekolah.

Seorang penjaga, Abdul Majid Ahmad, 63, berkata, dia yang setiap menghantar dan mengambil cucunya, Noor Aina Shafiqah Mohamad Shukri, 9, di sekolah berkenaan tidak mahu ada murid yang tercedera akibat kecuaian orang lain.

“Saya bimbang jika dibiarkan, satu hari nanti ada yang tercedera kerana saya lihat semakin hari bumbung itu sudah semakin jatuh,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, kawasan bahagian bawah bumbung itu juga tidak diletakkan tanda amaran supaya pelajar tidak menghampiri tempat itu.

Abdul Majid berkata, sebelum ini, ibu bapa pernah membuat aduan berkaitan masalah itu ketika mesyuarat PIBG - SH-

Arhh sudah, kuantan rupanya. Tolong alert lah. Ada ahti lagi nak menglynas..konon selamat. Bab bumbung sekolah pun fail. Kot ye pun mampu jaga keselamatan penduduk cuba utama kan benda yang dah terang2 nampak tak selamatnya dulu bagi membuktikan bn benar2 konsisten dalam menjaga keselamatan penduduk.

Neh yang ringkas dan cikai pun lembab nak bertindak lagi mao menglynas? Buat lawak jek der.. lue fikirlah sendiri. Bai

Ameno : Tue kalau runtuh boleh buat topic bumbung sekolah runtuh.. asyik bumbung stadium dan parlimen jek jadi hujah.. muahahah

Misterinya bila mendaftar sebagai pengundi..


Cuba korang tengok gambar kat atas tue.. Dah? Itu apa? Surat ucap tahniah der. Bagus betul orang umno ampang neh. Respect aku dekat dorang. Dorang ada sikap yang suka menghargai pengundi baru dan aku memang akan puji sikap mereka tue.. tapi kan der.. aku pelik sket lah.. kat bawah neh apa pula? 


Hahh..? 

Apa ? Hahahaha.. 

Aku respect umno punya strategi. Kalau ada orang kutuk, orang tue sebenarnya tak faham apa itu strategi dan perang propaganda. Kesian. Kalau 100 orang pengundi baru yang berdaftar, 100 lah orang akan terima surat macam kat atas neh dan sekurang2nya mungkin ada di antara 100 orang tue yang terserap dengan info atas surat terbabit. Ini membuktikan umno telah berusaha pelbagai peringkat untuk mempertahankan kuasa yang sedia ada dan merampas kuasa yang mereka hilang. Kesungguhan mereka aku akan puji walaupun apa yang terpapar atas kertas tersebut adalah salah.

Ini sesuatu yang kerajaan pr paling lemah dan lemau. Kebanyakkan yang promote pr secara jemaah neh adalah geng2 indi. Selalu apa yang pr buat ialah mereka lebih tekankan usaha promote parti masing2. Dap promote dap, pkr promote pkr, pas promote pas errk jap. Pas promote pr lebih kot daripada promote pas sendiri. Heh.

Sebenarnya sudah sampai masanya untuk pr mengcounterattack perang2 propaganda bn neh. Janganlah memakai mentaliti lama alahh takde org terpengaruh lah der.. dan etc2.. itu seme kerja2 dan alasan2 orang yang PEMALAS. Aku ulang PEMALAS.

Ko nak orang undi ko, tapi ko malas promote apa benda yang ko boleh tawarkan, jadi orang pun akan ragu2 untuk undi ko, bila org tak undi ko, ko cakap org malas berubah padahal ko sendiri malas nak mempromote apa yang ko mampu tawarkan. Lepas tue bila orang complaint ko soh orang buka web ko lah, pergi pejabat ko lah, tanya orang tue, orang neh lah.. itu alasan2 yang cikai dan sadis. 

Yang nak undi ko, tapi yang kena cari maklumat pasal parti ko, ialah pengundi2? Sekarang sapa yang rayu sapa? Ko ke atau pengundi? Dah tahu media arus perdana di kuasai oleh bien, sepatutnya lancarkan perang dan strategi macam mana nak sampaikan maklumat kepada rakyat.. sudah sampai masanya untuk pr lebih advance berbanding bien yang aku lihat semakin lama semakin ke depan dan konsisten mempromosikan parti mereka. 

Mereka dilihat lebih efektif. Kadang2 aku kagum gak tengok. Program mereka takde sambutan pun mereka tetap beria2 turun padang. Mereka edarkan risalah dan sungguh2 menyuruh orang undi bn. Dalam setiap aktiviti mereka, mereka akan memastikan unsur2 mengundi bien tue diterapkan dalam apa jua keadaan. Walaupun aku tak suka apa yang mereka sampaikan tapi usaha mereka itu aku puji sebab bersungguh. Ini berbeza dengan pr. Dorang selalu bagi alasan duit punca masalah tapi geng2 ABU elok je buat pelbagai program walaupun dana terhad. Macam mana parti2 yang lebih kukuh dana nya boleh kalah dengan bebudak ABU? Tak malu ke derr..?

Lihat bawah neh gak ;


















Kalau pimpinan pr cerdik, dorang pun patut dah lama buat kartun untuk counter attack. Tapi jangan sebarkan info2 fitnah macam kat atas neh. Sepatutnya lawan guna fakta. Bagitau apa yang pr dah buat dan akan buat jika diberikan peluang perintah negara neh. Itu kalau pimpinan pr betul2 cerdik lah kan. 

Macam mana pas boleh counter attack video pasal hudud dan bob lokman, takan pasal kartun tak boleh pula? Jangan takut jika di anggap meniru. Ia lebih baik daripada duduk diam dan tak berbuat apa2 untuk mematikan fitnah2 di atas neh. 

Kalau dah setiap hari di edarkan risalah2 macam neh lama kelamaan orang akan terserap juga dengan info2 yang disuakan. Sebab tue ada bagosnya pr lawan balik dengan cara yang sama. Kalau boleh jangan bagi alasan kekurangan dana sebagai punca utama malas nak berpropaganda. Aku dah bosan dengar alasan tue. Cikai sangat. Aku yang haprak duit neh pun reti nak cari dana der untuk menyebarkan kebaikan pr.. takan pemimpin2 pr kalah dengan aku? Ceh.. memalukan.

Ameno : Malas jek alasan utama.. tak pun karenah biokrasi.. kah3x..

Khamis, 8 Mac 2012

Surat apa ni ek jabatan pelajaran negeri sabah?

Halohaaa kerajaan negeri di sabah,

Perlu ke berbuat demikian? Lihat bawah neh ;



Motif ? Tah, taktau. Nak buang cikgu2 yang sokong pembangkang ke? 



Adakah surat neh juga telah disebarkan kepada semua jenis sekolah2 di malaysia? Motif? Kalau korang tanya aku, cuma satu jek yang aku nampak kat sini.. iaitu mahu menguasai dan menentukan hala tuju cikgu2 yang sokong pembangkang.

Kita taktahu apa yang mereka akan buat selepas selesai mengkategorikan cikgu2 tersebut tapi satu benda yang kita bimbang jika cikgu2 dikenakan tindakan tata tertib or dibuang kerja tak pasal2 disebabkan sokong pembangkang.

Jika itu berlaku ini sama sekali tidak adil der. Cikgu2 yang sokong pembangkang ada hak dan kebebasan, asalkan mereka tak jadikan sekolah dan murid2 tempat untuk berpolitik, cukuplah.

Aku tak nampak apa perlunya bn mencari cikgu2 yang pro pr neh.. jangan2.. jeng jeng jeng.. kepada cikgu2 yang menyokong pr ber ahti2 lah dalam setiap pergerakkan anda kerana anda kini sedang diperhatikan oleh pengetua dan geng2 mereka. Bai

Ameno : Seram siott.. apa pun tak boleh ... 

Celcom ke yang hantar SMS tanya pasal undi BN tak lepas dapat BR1M..?

Hehehe..

Kelakar lah you all neh. Perlu ke tanya soklan neh dalam SMS ? 

Lihat bawah jap ;



Neh bukan handphone aku. Dan neh pun bukan sms yang dihantar kepada aku. Aku dapat info dari seseorang yang SMS neh asyik2 di hantar kepada no dia untuk mendapatkan respon balas. Aku syak no neh dah menghantar banyak sms kepada penerima2 BRIM. 

Aku tak faham kenapa nak sibuk tanya orang pasal neh ek? Ayat dia yang tak boleh blah tue..

Jika anda menerima BR1M RM500, semestikah anda mengundi BN sebagai tanda terima kasih?

Tatau neh satu pertanyaan ke ataupun desakan.. 

Kah kah kah

Jika ini dilakukan oleh bn dan geng2 mereka aku nasihatkan hentikan ia sekarang juga. Sia2 jek korang buat sms bagai neh. Sebab? Sebab soalan tue tak berapa tepat dengan niat survey korang sebenarnya. Sepatutnya direct jek. Senang. Ubah sikit persoalan tue. Sepatutnya tanya orang ;

Adakah anda akan mengundi bn pada pru - 13 kelak?

Dan aku minta reramai jawablah Ya, bukan apa, kita kena kelirukan bn sebenarnya. Kita kena buat2 mereka perasan yang mereka memang mendapat banyak sokongan.. Hehehe.. bila masa lagi kita nak mempermainkan bien kalau bukan sekarang kan?

kah kah kah

Ameno : Neh baru sms der.. belum kartun lagi.. itu lagi lawak der..

Rabu, 7 Mac 2012

Mana perginya tulisan fitnah Ustazah Mashitah terhadap tuan guru dalam sinar harian?



Dah delete ek?

Kenapa ek? Takut? Tahu fitnah ek? Takpe. Minta maaf lah. Kalau dalam sinar harian online hilang versi cetakan masih ada kan? Masih ramai orang yang dah baca kan? So ini mungkin akan menyebabkan ada orang yang terpengaruh dengan penulisan2 tersebut kan? So minta lah maaf secara terbuka ustazah Mashitah. 

Jangan ingat dengan memadamkan penulisan itu bererti perkara tersebut tidak wujud. Ia wujud, cuma dihilangkan oleh ko tetapi ia still pernah berlaku. Apa yang ustazah tulis boleh baca disini bagi yang belum membacanya. 

Nasihat aku kepada ustazah, minta maaflah secara terbuka untuk menutup ruang salah faham. Terutamanya kepada kedua2 tuk guru dalam pas dan adun selising. Apa yang ustazah tulis dalam sinar harian terbukti adalah fitnah dan ia mendatangkan persepsi dan sangkaan buruk terhadap dua ulama tak pasal2.

Masih belum terlewat untuk ustazah minta maaf secara terbuka. Jangan malukan title ustazah tue. Masih ada kesempatan untuk berubah. Nak dengan taknak jek. Kalau masih berdegil takmo minta maaf memang sewajarnya ustazah dikritik kerana menabur fitnah. Ingatlah, seseorang belajar ilmu agama bukan sekadar kena belajar je.. kena praktikkan gak sekali ilmu yang dia tahu tue, kalau tak sia2 jek belajar tapi tak amal. Bai.

Ameno : Ada perasaan takut bagus, tapi kena ada semangat berani nak mengaku salah dan minta maaf gak der..

Sisa lynas akan dibuang ke sungai lembing.



Ooo..

Ini rupanya pelan penyelesaian ek adnan yaakob? Aku dah banyak menulis pasal neh. Rasanya tak perlu lagi nak ulang tulis. Sila baca sini, sini dan sini.

Aku sebenarnya agak terkejut bila sisa tersebut dicadangkan dibuang ke sungai. Aku cuba berfikir dengan rasional sambil melihat muka adnan dalam gambar di atas neh. Aku cuba bersangka baik adakah dia sebenarnya mempunyai penyakit tertentu ataupun you knoww.. kadangkala kalau kita lupa makan ubat kita akan meroyan dan etc2 disebabkan penyakit kita kan.. 

So aku terfikir adakah adnan sebenarnya berada dalam situasi tersebut? Jika ya, memang tak pelik lagi kenapa cadangan tue keluar dari mulut dia.  Jadi aku nak nasihatkan sikit lah pada mana2 pemimpin bien. Kalau boleh nak lantik mb ataupun mana2 pemimpin sekalipun pastikan mereka bebas dari penyakit sekurang2nya penyakit gila dan meroyan. 

Bukan apa, kita bimbang kelak nanti mereka akan membuat keputusan2 gila yang menjejaskan keselamatan dan kesihatan rakyat di malaysia. Lagipun, mana ada rakyat yang rela diperintah oleh orang gila kan? So pepahamlah kenapa disini.

Baca bawah ;


Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah keras cadangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob agar sisa kilang Lynas dibuang di Sungai Lembing kerana kami berpendapat jika ini dilakukan, ia adalah tindakan gila.

Adakah pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar dirujuk dalam hal ini? Apakah undang-undang perlindungan sungai akan diketepikan begitu sahaja?

Ekologi sungai yang kini sangat sensitif dan bakal punah akibat pembuangan sisa radioaktif , pasti akan mengundang malapetaka yang tidak boleh dirawat lagi.

Di sebaliknya ia akan memperlihatkan slogan ‘Cinta Sungai Kita’ yang selama ini dicanang oleh JPS hanya menjadi suatu momokan dan bahan ejekan.

Jika ini benar-benar dilakukan ia adalah jenayah alam sekitar yang sepatutnya dihalang malah diambil tindakan undang-undang yang tegas tanpa kompromi.

Amat jahil bagi sesiapa yang menganggap membuang sisa toksid seperti bahan radioaktif Lynas ke dalam sungai tidak merosakkan alam sekitar.

Walaupun cadangan itu dikatakan adalah di tapak lombong yang sudah tidak digunakan, interaksi air bawah tanah serta akhirnya menyambung ke sungai pasti akan memberi kesan yang merbahaya dalam jangka masa panjang.

Kami difahamkan Sungai Lembing yang dicadang itu adalah kawasan pelancongan yang dikunjungi ramai.
Teras bukan sahaja mengambil kira soal kehidupan dan punca pendapatan penduduk Sungai Lembing tetapi yang lebih penting ialah soal persekitaran yang akan bakal rosak yang tidak boleh dipulih lagi jika ia menjadi tapak buangan sisa radioaktif.

Kini yang menjadi polemik ialah di mana pembuangan sisa radioaktif itu hendak disalurkan.

Padahal kenyataan yang saling bercanggah antara Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam isu pembuangan sisa toksik dari kilang Lynas ini membuktikan kelulusan membenarkan Lynas beroperasi adalah keputusan sembrono.

Tiba-tiba MB Pahang pula membuat kenyataan yang jauh lebih mengejutkan.

Teras menyelar kenyataan-kenyataan yang saling bercanggah dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berwewenang yang bukan sahaja mengelirukan malah menyusahkan pegawai kerajaan yang terpaksa berdepan dengan masyarakat.

Yang jelas semua kenyataan ini dibuat hanya untuk berselindung di balik hakikat yang sebenar. Bahaya kilang Lynas sememangnya mempunyai risiko tinggi kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.

Malangnya setiap kali pengumuman dibuat, setiap kali kesilapan terserlah.

Najib yang cuba membersihkan kilang Lynas daripada kontroversi dengan menyatakan bahawa sisa kilang Lynas adalah tidak berbahaya, dan akan memastikan sisa tersebut dipindahkan ke lokasi lain yang selamat dan jauh dari penempatan manusia, jelas sedang memperjudikan nasib masyarakat dan alam sekitar negara ini.

Rakyat tidak boleh dibohongi hanya dengan strategi emosi dan psikologi seperti yang disebut oleh PM. Apa yang rakyat mahu ialah dibatalkan terus projek ini demi masa depan masyarakat dan alam sekitar negara. -ASD-

Ameno : Yang tak waras kalau pemimpin.. inilah bahana nya beb.

Identiti lelaki berbaju merah yang menyerang wartawan pada perhimpunan hijau 2 telah ditemui.. tett..


Korang dah kenal betul gambar kat atas neh pasal apa kan? Sekarang kita focus pada mamat baju merah tue je der.. 

Lihat bawah sekali ;


Dia pakai baju apa tue? Tolonglah jangan menafikan lagi. Media dan tv3 jangan bias lah weh. Napa tak lapor insiden kekacauan hijau 2 tue angkara sapa? Kalau kat masjid arti tue time sumpah eskay beria2 korang kutuk pr ek? Yang neh apa citer pulaaa??

Gambar diperolehi dari sini.

Ini link fb dia.  ==> klik sini.

Bersikap adil lah. Jangan buat siasatan dan tangkapan terpilih. Neh pun dah kira kami membantu menyelesaikan siasatan polis. Bukan campur tangan tapi tolong mempercepatkan proses keadilan. Tapi kalau polis masih enggan amek tindakan, nampak sangat bias nya der. Jangan marah lah kalau kami berpersepsi buruk kepada polis pula nanti. Bai.

Ameno : Gangster siot.. 

Rosmah Mansur kurang jahat jika dibanding dengan Ustazah Mashitah yang fitnah Haji Hadi terlibat dalam skandal.





Betul.


Itulah hakikat dan kebenaran nya. Walaupun rosmah mansur suka berboros dan dipercayai menggunakan wang rakyat tetapi mulut rosmah mansur adalah lebih sopan berbanding mulut seorang ustazah yang hebat mengaji neh. 

Walaupun rosmah mansur tak bertudung tetapi mulut rosmah mansur adalah sejuta kali lebih bagus berbanding perilaku seorang ustazah. Sebab tue tak salah lagi kenapa aku mengidolakan rosmah mansur berbanding mengidolakan seorang ustazah. Rupanya2 title ustazah hanya sekadar title kosong yang tidak membawa sebarang erti pun kepada dia.

Sia2 lah selama neh sangkaan baik aku terhadap dia. Bukan pernah dia nak hargai sebaliknya semakin lama semakin menunjukkan dia ialah seorang ustazah yang telah tersasar dari landasan sebenar. 

Boleh kah seorang ustazah menulis begini kepada media???

Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu. Beliau dikatakan mengambil gadis itu untuk dijadikan isteri ke-3. Beliau menafikan. Begitu juga dengan bekas Speaker DUN Kelantan, yang dikatakan bernikah dengan wanita lewat 20-an dari Kemboja bernama Haseena sekitar waktu yang sama, tanpa pengetahuan isteri pertamanya. -SH-

Nampak? Sapa dia tuduh tue? Akai takdak ka oii ustazah? Lihat bawah lagi satu statement dia ;
“Tidak kurang hebatnya cerita Adun Pas Selising ditumbuk seorang lelaki di stesen keretapi Wakaf Bharu beberapa tahun lalu kerana disyaki berzina dengan isteri orang dalam gerabak keretapi. Khabarnya kes ini terpaksa diselesaikan sendiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat. -SH-

Nampak? Citer adun selising tue seme orang dah tahu merupakan satu fitnah. Benda tue tak wujud pun der. Sudahlah fitnah adun selising satu hal, fitnah tuk guru lagi campur tangan atas kes tak wujud satu hal lagi. Dia fitnah 3 orang sekurang - kurangnya dalam satu statement.

Asalnya dia nak bercerita pasal badrolamin. Citer je lah. Takde sapa larang or halang pun. Tapi biarlah menulis berdasarkan hujah bukan nya tuduhan yang jelas terpesong daripada fakta sebenar. Apa kena mengena dengan dsai, pulau pinang dan skandal pasir pula? Kenapa nak meleret2 mengaitkan sesuatu yang tiada kaitan dengan isu khalwat badrolamin tue?

Skandal pasir sebenarnya tak wujud malahan tak layak dinamakan skandal pun meskipun kedua2 adun terbabit aku sejujurnya menyokong pengunduran mereka daripada dicalonkan semula untuk pru-13. Isu liwat dsai dah diselesaikan. Apa dia tak reti tengok tv dan berita yang mana dsai dibebaskan daripada pertuduhan tersebut? Alim sangat sampai takde tv kat rumah ke?

Sama juga dengan kes penang yang jelas kita tahu antara negeri yang mengamalkan pentadbiran yang paling telus, even kelantan dan kedah yang berada di bawah pas pun kalah. Aku tak nampak point kenapa nak meleret2 mengaitkan ketiga2 negeri tersebut dengan isu skandal khalwat badrolamin neh. Lepas tue ungkit pula kes mat sabu. Aku taktahu kesahihan kes mat sabu tue tapi yang pasti isu dah lama dan dah lepas. 

Tak perlu kot nak menghukum orang apa yang dia pernah buat dulu mana tahu kot2 dia dah bertaubat [kalau betul kisah tangkapan khalwat tersebut]. Itu bukan faktor penentu kelakuan kita pada hari neh. Asalkan kita dah berubah dan tidak mengulangi lagi perbuatan tersebut sepatutnya consider settle lah. 

Sebagai orang luar better jangan jadi penyibuk tak tentu hala selagi mana ia bukan membabitkan wang rakyat or kepentingan rakyat der. Hal peribadi macam neh bukan sesuatu yang boleh kita ungkit mengungkit sebab masing2 pun ada perangai masing2. Simple jek.

Statement mashitah neh dipetik dari sinar harian bercetak dalam kolum langit terbuka. Yang neh bagi aku lebih tepat dinama sebagai fitnah terbuka, bukan langit terbuka. Penulisan ustazah mashitah yang jelas menfitnah kedua2 tokoh ulama dalam pas iaitu tuan guru haji hadi dan tuan guru nik aziz amatlah memalukan bagi imej seorang ustazah yang berilmu tinggi sepertinya. 

Penulisan dia sememangnya bermotifkan nafsu politik yang menyambung fitnah blogger umno terhadap adun selising berzina adalah perbuatan yang sangat keji. Bukan dia tak boleh nak selidik sebelum menulis sehingga menemukan jawapan bahawa kes tersebut terbukti fitnah. Tapi dia seorang ustazah yang pemalas. Dia suka menulis tanpa memikirkan kesan kepada pembacanya. 

Bayangkan jika ada pembaca yang mempercayai tuan guru haji hadi dan tuan guru nik aziz terlibat dalam skandal seks? Adakah dia sudi menanggung kesan persepsi buruk yang terbina terhadap kedua2 tokoh agama itu?

Sebab tue memang tak salah lagi kenapa rosmah mansur kurang jahat jika dibandingkan dengan ustazah mashitah. Walaupun rosmah mansur tak belajar agama tinggi2 tapi dia tak pernah fitnah tuk guru. Walaupun rosmah mansur suka berboros tapi dia tak pernah menulis dan bercakap sesuatu yang keji terhadap tuk guru. Ini berbeza dengan ustazah mashitah. 

Sekurang2nya rosmah mansur ada usaha mengislamikkan fashion berbanding mashitah yang bukan sahaja tidak pernah menunjukkan contoh yang baik bagi memartabatkan islam malahan hanya pandai membawa persepsi buruk dengan melayangkan fitnah melalui mulut dan pena. Bai.

Penulisan penuh ustazah lihat sini

Ameno : Jangan rosakkan ilmu yang anda ada lah ustazah mashitah

Selasa, 6 Mac 2012

Kabin neh berharga rm75,000 sebuah - Tahniah Bien.

Aku sebenarnya dah nak offline tadi. Tapi terpaksa tangguhkan untuk beberapa minit. Sebab? 

Lihat gambar kat bawah neh dulu ;



Ini apa?

Ini kabin. 

Berapa harga?

RM75,000.00 setiap satu.

Apa?

RM75,000 setiap satu?


Hahahaha..

Hooohohohoho..

Hheheheheh...

Aku nak gelak mereng macam mana ek? Korang tahu? Ada idea? Meh share sini. Ajar aku gelak mereng please..

Adoii lah adoiii adoiii adoiiiii..

Kabin macam neh umno beli berharga rm75,000 sebuah?

Adoiii sesak nafas aku membaca nya.. adoii adoii adoiiii..

KUANTAN 6 Mac - Kerajaan menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menyediakan 90 kabin berfungsi sebagai pusat kawalan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk kemudahan peronda di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Amin Hassan berkata, daripada jumlah itu, Pahang merupakan negeri penerima terbanyak iaitu 29 kabin yang bernilai RM75,000 setiap satu. "Ini diikuti Kelantan, Kedah dan Johor.

Kabin hasil sentuhan pihak Universiti Teknologi Mara itu boleh memuatkan 30 orang pada satu-satu masa,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Pusat Kawalan Skim Rondaan Sukarela Peringkat Pahang yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob malam tadi.

Beliau berkata, sebanyak RM16 juta telah diperuntukkan bagi menyediakan kemudahan tersebut di seluruh negara -kosmo-

Untuk rekod, kabin neh harga dia tak sepatutnya mencecah rm75,000 sebuah. Harga neh sangat mahal melampau. Agak2lah der harga dah boleh beli rumah flat sebijik di kl dan rumah kos serdahana di kampung2 der.. lue gila ke apa?

Ada sumber memberikan anggaran kabin macam neh dalam rm5k - rm10k pun dapat der. Check sini. 

Adoii adoii adoiii 

Nak out. Nak g belajar cara2 gelak mereng. Semakin lama umno perintah negara neh..semakin sasau aku dibuatnya. Bai

Sumber gambar : sini

Ameno : Gile betul

Banner kutuk pembangkang ditemui.



Provokasi lagi.

Banyak betul duit nak buat banner then sangkut kat tepi jalan semata2 nak sakitkan ahti orang ek? Tak tahu sapa yang buat banner neh tapi dah semacam jadi trend pula. Sikit2 banner, sikit2 banner takde ke polis boleh check sapa punya kerja neh seterusnya dakwa mereka sebab menimbulkan kekacauan dan mencetuskan provokasi?

Kita semua kat sini nak berpolitik cara aman bukan nak berpolitk cara fitnah bagai. Enough la dengan perangai budak2 macam neh. Siyes meloyakan. Sumpah sampah betul perangai orang2 yang suka buat provokasi tak kena gaya neh.

Sumber gambar di atas di perolehi dari sini. Dikatakan ia ditemui sekitar serdang. Hopefully ada sesiapa pergi turunkan banner tersebut. Kalau owner tersebut tercari2 leh kita tangkap dia dan hantar ke balai sebab mencetuskan kacau bilau di kalangan masyarakat.  

Benda neh sebenarnya simple jek. Perbezaan dalam pandangan politik antara kita harus disalurkan guna medium yang betul. Tak yah lah der buat banner2 macam neh dan letakkan ia di kawasan tertentu konon2 nak bagi orang benci kat pr. Takan lah peranan dan jasa media massa kepada bien tak cukup lagi? Tak reti betul aku. Sudahlah media massa digunakan untuk balon pr kaw2.. itupun masih lagi nak buat banner2 macam neh.. tak cukup ke peranan media massa selama neh or rakyat sendiri sudah tersedar? Heh.

Ameno : Rupanya media massa fail dalam menambat semula ahti rakyat ek..?

LYNAS, RM50juta dan kelulusan kerajaan yang muktamad.

Nampaknya kerajaan telah memutuskan satu pelan tindakan dipercayai muktamad dalam menentukan ke mana kah sisa lynas akan ditempatkan. Ini ialah pelan terbaru kerajaan setelah berflip flop beberapa kali sebelum neh. Lihat sini untuk melihat bagaimana kerajaan berkira2 soal keselamatan rakyat di kuantan khususnya.

Pelan tindakan terbaru kerajaan mengenai lynas boleh dibaca kat bawah neh ;


 
Apa maksudnya neh?

1. Kerajaan bersetuju lynas boleh beroperasi samada sisa tersebut di buang dalam or luar negara.

2. Lynas kena mencari dan menyediakan tapak pelupusan tersebut untuk dibentangkan kepada kerajaan.

3. Jika lynas gagal, lynas kena pindahkan sisa ke luar negara.


kesimpulan nya tetap sama iaitu lynas tetap dibolehkan untuk beroperasi. Title yang diberikan oleh wartawan utusan tidak mengambarkan isi yang tertulis dalam berita di atas pun.

Sehingga ke hari neh, meskipun telah diterangkan banyak kali masih lagi wujud kumpulan2 tertentu yang tidak faham kenapa lynas dibantah. Ia sangat mengecewakan.

LYNAS.

Isu lynas bukan isu politik. Itu jika ko tanya pandangan aku. Tetapi isu lynas telah digunakan untuk meraih keuntungan politik bagi pihak parti pembangkang. Itu hujah yang aku tidak akan sangkal. Kerana ia adalah satu hakikat.

Apa itu LYNAS?

Kilang memproses nadir bumi untuk menghasilkan barang2 yang selalu kita guna dalam gadjet2 semasa. Contohnya alat elektronik dan komunikasi.

Kenapa LYNAS dibantah?

Ini soal keselamatan. Lynas menghasilkan thorium yang boleh menyebabkan radiasi kepada manusia jika terdedah mengikut sukatan tertentu. Bagi pihak lynas pula mereka menafikan thorium yang dihasilkan itu mempunyai radiasi. Namun jika ia tiada radioaktif maka kenapa mereka tidak menafikan hujah2 kita dengan membuktikan hujah kita salah? Mengapa hanya cakap tiada radioktif dan kemudian nya tunduk kepada tekanan media antarabangsa dalam isu neh?

Apa itu thorium?

Secara sainstifiknya aku tidak tahu. Tetapi yang aku tahu thorium neh antara alternatif kepada uranium dalam penghasilan tenaga nuklear. Thorium neh pun bukan nya bersifat kekal. Jika ada pengabungan dengan unsur2 lain dia akan membentuk sesuatu yang lain. Khususnya aku tak reti tetapi biar pakar je ulas bab neh.

Namun apa yang kita perlu tahu ialah thorium, apabila reput, menghasilkan gas radon radioaktif yang boleh dibawa dalam jarak yang jauh meliputi udara yang disedut oleh rakyat Malaysia. Bahan radioaktif neh lah yang kita selalu dok panggil2 akan menyebabkan radiasi. Faham kan?

Penjelasan lanjut bahaya ke tak bahaya radioaktif neh korang boleh terai klik dua link kat bawah ;

http://antinuclear.net/2010/09/28/warning-on-radiation-hazard-of-whyalla-rare-earths-processing/

http://au.ibtimes.com/articles/65809/20100927/australian-greens-sounds-grave-alarm-on-whyalla-rare-earths-processing-in-sa.htm

Bahaya ke thorium?

Dalam kadar tertentu sebenarnya ia tidaklah berbahaya. Bahayanya thorium neh sebenarnya Bergantung kepada ;

- selama mana korang terdedah dengan thorium.

- sebanyak mana korang terdedah dengan thorium.

- Tahap kesihatan masing2.


Merujuk kepada artikel berita dari TMI ;
    Projek memproses nadir bumi yang sedang dibina di Gebeng oleh firma Australia, Lynas akan menghasilkan 20,000 tan sisa radioaktif setahun apabila beroperasi kelak.
    Ini adalah 10 kali lebih kontroversial daripada kilang nadir bumi Asia di Bukit Merah yang ditutup 20 tahun lalu, kata pakar kesihatan awam Dr T Jayabalan.
    Katanya, sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk.
    Jelasnya, pendedahan langsung terhadap jumlah thorium yang besar, meskipun dibuktikan oleh Lynas dan Badan Perlesenanan Tenaga Atom (AELB) mempunyai tahap radiasi yang rendah, adalah bahaya apabila jumlah yang banyak mula terkumpul.
    Kedua-dua Lynas dan AELB berkata pusat berkenaan akan menghasilkan thorium - elemen radioaktif yang bakal terhasil dan mendakwa bahan itu mempunyai tahap radiasi yang rendah serta tidak mendatangkan bahaya kepada manusia dan persekitarannya.
    NONEJayabalan sebaliknya berkata sebarang pendedahan berterusan tidak kira sekecil mana sekalipun adalah bahaya kepada kesihatan.
    "Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium," katanya kepada kira-kira 500 orang di ceramahnya di Kuantan pada malam Ahad lalu.
    "Dan mungkin juga pihak berkuasa adalah betul kerana thorium adalah sisa tahap rendah (radioactive) dan mereka dakwa ini adalah selamat.
    "Ini adalah istilah yang digunakan oleh industri untuk menggelirukan anda... ingat tidak ada tahap selamat bagi radioaktif,” katanya.

Menerusi artikel neh dapat difahamkan bahawa ;

- Thorium bukanlah terlalu berbahaya dalam jumlah tertentu. Namun ia masih boleh merisikokan keselamatan individu.

- Thorium menghasilkan radiasi yang sangat rendah.

- Namun jika thorium dikumpulkan = sisa pemprosesan nadir bumi bertambah dari semasa ke semasa ia boleh membawa padah jika dilepaskan.


Ringkas cakap macam tempat pembuangan sampah. Mula2 sikit, kita boleh kambus. Tapi bila dah banyak, kita perlukan lebih ruang untuk kambus. Dan akan sampai ke satu tahap bila mana kambus pun tak berguna lagi kita perlukan space yang baru. Sama macam thorium neh. Berapakah banyak tanah yang perlu kita korbankan untuk menampung sisa tersebut? Adakah suatu hari nanti kita terpaksa berebut tanah dengan sisa radioaktif neh?

Harus di ingat thorium yang menghasilkan radiasi neh bergerak melalui udara. Jika sisa dibuang melalui tanah dan dikambus, thorium neh mungkin bersama2 dengan tanah. Apa yang berlaku di dalam tanah kita taktahu. Katakan jika dia bergabung dengan tanah.. bergerak melalui nya atas faktor geografi, katakan hujan.. air meresapi tanah.. adakah ia akan mengalir bersama air di dalam tanah? Boleh kah ia menganggu tumbuhan dan udara kita?

Katakan berlaku rekahan ataupun gempa bumi or gegaran. Ya, di malaysia kita jauh dari lingkaran gunung berapi tetapi still berlaku juga perkara2 tersebut meskipun pada skala yang kecil kan? Bagaimana dengan proses pengelinciran dalam tanah? Kita tidak tahu semua itu.

Dan bayangkan sahaja ia dilepaskan melalui udara or air.. tanpa kita sedar. Kita tak boleh nak predict kesan dia kepada manusia jika didedahkan dengan thorium secara berterusan.Setiap manusia mempunyai antibodi dan daya ketahanan yang berbeza2. Ia bergantung atas kecerdasan masing2. Namun yang pasti kita akan mendapat penyakit.

Apakah cara terbaik untuk menguruskan thorium?

Pindahkah ia keluar dari negara kita. Tiada cara yang lebih baik dari cara ini. Jika mereka boleh mengitar semula kita juga suka. Tetapi wujudkah pelan terancang untuk kitar semula neh? Dan betul ke thorium yang terbit dari sisa pemprosesan nadir bumi boleh dikitar semula? Untuk rekod, jangka hayat thorium lebih tinggi berbanding uranium. Ia perlukan masa yang lebih lama untuk terurai. 

Jika lynas mahu beroperasi kita tak berapa nak kesah meskipun kita agak terkesima sebab operasi lynas membabitkan sejumlah penggunaan air yang sangat banyak, tetapi kita akan tetap menolak sisa pemprosesan nadir bumi.

Kenapa?

Sebab sisa tersebut akan menimbun suatu masa kelak. Mula2 ia menggunakan ruang yang kecil tetapi suatu masa kelak ia akan membesar dan jadi banyak. Orang kata sikit2 lama jadi bukit, samalah dengan kes lynas. Adakah lynas bercadang mahu beroperasi selama 5 tahun jek di malaysia? Mereka tidak. Mereka akan kekal di sini sekurang2nya untuk tempoh 12 tahun sebab ada perjanjian dengan kerajaan.

Banyak sangat ke sisa yang akan terhasil?

20,000 tan setahun, sisa mengandungi bahan yang melepaskan radioaktif ke udara. Harus di ingat itu jika operasi lynas berjalan sebagaimana yang kita diberitahu. Jika ada operasi tambahan? Bermaksud ada penambahan sisa.

Tapi kan kerajaan ada jaminan wang rm50juta sebagai pra syarat utk merisikokan nyawa kuantan?

Keuntungan yang lynas raih = rm5billion = rm8billion = SETAHUN.

Keuntungan yang kerajaan raih setelah merisikokan nyawa kuantan = rm50 juta = 5 tahun.

Setahun kerajaan akan dibayar rm10juta sebagai bon jaminan. Apa yang boleh dilakukan dengan rm10juta setahun or rm50juta untuk lima tahun? Adakah nilai rm50juta boleh membeli tanah2 di malaysia? Alam sekitar kita? Udara dan air kita? Yang paling penting ialah keselamatan dan kesihatan kita.. adakah nyawa kita hanya bernilai rm50juta untuk 26juta nyawa rakyat malaysia?

Dan tiba lah kita kepada masalah terakhir dan persoalan yang paling penting iaitu apa yang boleh kita buat dengan sisa2 tersebut di malaysia? Sekarang? Akan datang ? Apa yang boleh kita hasilkan dengan sisa tersebut? Masalah neh kita kena fikir mendalam dan kaji sama2. Jikalau che rosli boleh mencipta kaedah untuk mengitar semula sisa thorium kita boleh nampak kenapa dia sokong kilang lynas. Tetapi jika pakar pun takde idea.. janganlah harap kita nak terima ia... 

Ameno :
Sesuatu yang merisikokan nyawa manusia bila dibandingkan dengan wang sudah semestinya tidak patut ada pertimbangan.. kalau nak merisikokan orang juga.. patutnya lengkapkan dulu pelan kitar semula der..

Berita kelakar hari neh part 2.

Laaaa...

Iyeeee keeeeeeeee?

Barulah aku tahu. 

Lihat bawah neh ;
 


Saya minta maaf rosmah. Saya minta maaf banyak2. Selama neh saya tak tahu pun. Saya taktau pun selama neh awak ke sana ke mari sebab ada lawatan kerja. Saya pun tak tahu juga selama neh awak ada jawatan dalam kerajaan bien sekarang neh. 

Ampunkan saya. Ampunkanlah saya. Ampunkan saya rosmah sebab saya ingat awak suka habiskan wang rakyat bila setiap kali terbaca berita awak melancong dan melencong ke luar negara.

Yelah kan, pergi luar negara kena keluar kos tambang pergi balik, kos penginapan, kos makan, kos pengangkutan ketika berada di negara2 tertentu, kos membawa pekerja2 malaysia untuk mengiringi kerja2 yang akan dilakukan dan pelbagai kos2 tambahan lagi. Jadi memang saya sensitif sikit kalau awak yang pergi sana sini berbanding najib.

Tapi bila dah baca berita yang mengatakan awak ada lawatan kerja.. maka.. saya faham lah. Faham sangat dah jawatan awak dalam kerajaan. Syabas rosmah. Saya benar2 memahami anda kini.

kah kah kah

Ameno : Lawatan kerja tue bhai..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...