Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 Jun 2017

Ini Bukti Hanya Pembangkang Je Lawan GST 60 Barangan Di Parlimen - MP BN Jadi Kayu..

Tiba-tiba Dato’ Seri Johari Ghani bayangkan MoF = Kementerian Kewangan adalah wira apabila bertindak membatalkan laju-laju pelaksanaan GST ke atas lebih dari 60 jenis barangan makanan asas ke atas pengguna.

Kenyataan itu boleh dipetik dari sesawang Bernama yang dilaporkan pada 20 Jun lepas.


Gambar - MiloSuam

"Item tersebut memang tidak sepatutnya dikenakan GST buat masa ini. Saya sudah beritahu pihak kastam setiap barang yang hendak dikenakan GST perlu dibawa ke peringkat kementerian kewangan dan kita akan bawa ke kabinet. Ia tidak boleh dikenakan (GST) tanpa kelulusan kabinet," katanya kepada pemberita.

TIDAK PATUT DIKENAKAN GST BUAT MASA INI - Inilah kenyataan Johari yang membayangkan bahawanya senarai barangan tersebut berkemungkinan besar akan dikenakan GST pada masa akan datang.

Selain itu tindakan Johari menyalahkan pihak kastam adalah bukti kementerian kewangan bersikap lepas tangan dan sedang cuba memperbodohkan rakyat Malaysia.

Semakan kami di sesawang rasmi Hansard Parlimen menemukan beberapa perkara menarik untuk dikongsikan kepada pembaca-pembaca blog kami.

Ini bukti MoF sendiri yang bawa usul pindaan;



"Kementerian kewangan akan mencadangkan.."

Ayat ini sahaja sudah membuktikan pindaan tentang GST 60 barangan adalah di bawah bidang kuasa MoF dan di bawah arahan kementerian terbabit.

Sebenarnya sebarang jenis pindaan ataupun perubahan mahupun usul berkaitan GST adalah di bawah kesedaran, pengetahuan mahupun kelulusan dari pihak Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum lain-lain agensi kerajaan diberi hak kuatkuasa untuk melaksana. Cukai bukannya di bawah bidang kuasa kastam pun. Kastam ialah badan pelaksana sahaja.

Bukti MoF bahas laju-laju enggan beri penerangan lanjut..


Semakan juga mendapati Wong Chen, Kelana Jaya - PKR mempersoalkan tindakan kementerian kewangan yang membahas usul berkenaan laju-laju tanpa memberikan masa dan ruang kepada wakil rakyat untuk memahami usul berkenaan dengan jelas dan terperinci.

Untuk rekod, usul berkenaan dibawa oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Wira Othman Aziz pada 4 April 2017 yang lepas.

Pokok Sena, Kapar bahas dan lawan




Semakan kami juga mendapati Ahli Parlimen Pembangkang seperti Mahfuz Omar - Pokok Sena dan Manivannan - Kapar bangkit mempersoalkan pelaksanaan GST ke atas barangan keperluan OKU dan makanan asas seperti mee, laksa dan roti serta lain-lain berkaitan.

Tiada rekod dalam Hansard Parlimen 4 April yang mencatatkan bantahan atau perbahasan dari mana-mana wakil rakyat Barisan Nasional yang mempersoalkan tentang pelaksanaan GST ke atas lebih dari 60 barangan makanan yang sering dibeli orang ramai.

Inilah bukti tepat betapa mereka sangat menjaga kepentingan poket sendiri berbanding memikirkan masalah rakyat kebanyakan. Fikir-fikirkan ini sebelum anda memangkah sebarangan di peti undi.

Kepada Kawanku Si Pemakan Dedak, Inilah Surat Terbuka Untuk Mu..

Oleh : Syed Saddiq

Kepada kawanku yang sudah pun tewas kerana nafsukan DEDAK, selamat maju jaya.
ARMADA PPBM bukan tempat untuk mereka yang mahukan duit atau pun kuasa.
Keluar lah kamu sebelum kami mentadbir negara.
Kita tidak perlukan mereka yang senang kecundang di tangan perasuah. Ada kebaikan disebalik pengkhianatan ini. The cleansing process begins.
Nak dedak, dipersilakan keluar.
Dulu mereka sendiri yang maklumkan kepada saya dan rakan2 yang lain bahawa "dedak dedak UMNO" telah pun ditawarkan pada mereka. Mungkin mereka ingat kami akan cuba tawarkan jumlah dedak yang lebih besar untuk mengekalkan mereka.
Minta maaf, BERSATU bukan tempat untuk penerima dedak.
Tidak sangka maruah begitu senang digadaikan untuk dedak UMNO.
To my ethical brothers in ARMADA PPBM, stay true to our struggle. This fight is more than ourselves, even bigger than our party. Perjuangan ini tidak lain tidak bukan untuk Negara tercinta, Malaysia.
Fight until the very end!

Khamis, 22 Jun 2017

GST Untuk Mee, Laksa, Ini Bukti Menteri Bentang Di Parlimen Bukannya Salah Kastam.

Oleh : Rafizi Ramli
GST KE ATAS 60 BARANG MAKANAN DIBENTANGKAN KEMENTERIAN KEWANGAN, KINI MENTERI CUCI TANGAN.
Saya terkejut membaca satu berita yang dilaporkan BERNAMA (dilaporkan kembali Malaysiakini di capaian http://www.malaysiakini.com/news/386158) yang memetik kenyataan Dato’ Seri Johari Ghani yang memberi gambaran keputusan menguatkuasakan kutipan GST ke atas 60 barang makanan adalah tindakan tergopoh gapah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang tidak dirujuk kepada Kementerian Kewangan terlebih dahulu.
Saya bersimpati dengan Ketua Pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja serta seluruh kakitangan jabatan yang dengan terang-terang dikambing hitamkan atas keputusan yang tidak popular itu.
Sedangkan usul untuk meluluskan cadangan mengenakan GST ke atas 60 barang makanan itu dibentangkan oleh Menteri Kewangan sendiri di sessi Dewan Rakyat yang lalu. Saya ingat kerana saya berada di dalam Dewan Rakyat ketika Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Wira Othman Aziz bangun membentangkan usul tersebut.
Untuk makluman orang ramai, proses untuk mewartakan senarai barang baru yang dikenakan GST adalah seperti berikut:
i. Akta Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 melalui subseksyen 17(5), subseksyen 18(3), subseksyen 56(2), subseksyen 160(2), subseksyen 163(2) dan subseksyen lain memberi kuasa kepada Menteri Kewangan menukar kadar standard GST (dari 6% ke kadar-kadar lain) serta mewartakan senarai barang baru yang dikenakan GST setiap tahun
ii. Menteri Kewangan akan membawa usul ke Dewan Rakyat untuk meluluskan agar cadangan senarai baru yang hendak dikenakan GST itu diluluskan menjadi Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan; yang setelah diluluskan Dewan Rakyat menjadi kertas statut
iii. Setelah menjadi kertas statut, maka menjadi tanggungjawab Jabatan Kastam dan Eksais menguatkuasakan Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan itu melalui pewartaan dan melaksanakan kutipannya
Sebab itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi Dato’ Seri Johari Ghani menyalahkan Jabatan Kastam dan Eksais sedangkan Kementerian Kewangan yang pandai-pandai membentangkan dan mendapat kelulusan untuk mencukai 60 barang makanan ini.
Perkara ini dapat disahkan melalui dokumen-dokumen rasmi Dewan Rakyat seperti berikut:
1. Usul oleh Menteri Kewangan untuk meluluskan cadangan mengenakan GST ke atas 60 barang makanan ini dimasukkan di dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat bertarikh 4 April 2017 yang saya sertakan bersama.
2. Usul tersebut disenaraikan sebagai usul 6 yang berbunyi (rujuk Aturan Mesyuarat):
6. Menteri Kewangan akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 17(5), subseksyen 18(3) dan subseksyen 56(2), subseksyen 160(2), subseksyen 163(2), Akta Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 supaya Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai Kertas statut, bilangan ST.17/2017, ST.18/2017, ST.19/2017, ST.20/2017 dan ST.21/2017 disahkan.”
3. Usul ini dibentangkan oleh Dato’ Wira Othman Aziz, Timbalan Menteri Kewangan seperti yang terkandung di dalam Hansard Dewan bertarikh 4 April 2017 yang disertakan bersama (rujuk mukasurat 209 Hansard Dewan yang mengesahkan Timbalan Menteri Kewangan membentangkan usul ini)
4. Timbalan Menteri Kewangan secara khusus menghuraikan mengenai barang-barang makanan yang akan dicukai seperti laksa kering, kue tiaw kering dan mi kuning kering seperti laporan Hansard Dewan di mukasurat 212 yang saya lampirkan bersama
Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan dan Dato’ Seri Johari Ghani sebagai Menteri Kewangan II perlu bertanggungjawab ke atas keputusan mengenakan GST kepada 60 barang makanan, walaupun ditarikh balik di saat akhir.
Adalah sangat tidak bertanggungjawab dengan mencuci tangan dan menyalahkan Jabatan Kastam dan Eksais setiap kali keputusan kerajaan mengutip GST dibantah rakyat, kerana keputusan mengutip GST itu datangnya dari Menteri Kewangan dan hanya dilaksanakan oleh Jabatan Kastam dan Eksais.
Saya mengesyorkan Dato’ Seri Johari Ghani meminta maaf kepada seluruh kakitangan Jabatan Kastam dan Eksais di seluruh negara.

Rabu, 21 Jun 2017

Nak Raya Ni, DBKL Tolong Jangan Sita Barang Kami Rayu Peniaga.

Oleh : Fadli Salleh
Siapa friend dengan Dato Bandar Kuala Lumpur, menteri-menteri dan pengarah DBKL tolong panjangkan pada mereka hal ini.
DIGEMPUR TERUK! 😓. Teruk yang amat. Semalam operasi besar-besaran betul. Dari jam 9 malam hingga 2 pagi. DBKL dan polis berpadu tenaga. Mengepung setiap lorong-lorong di Jalan TAR dan sekitar.
Mereka di arah untuk menggempur Anak-Anak Lorong habis-habisan. Salah apa anak-anak muda ini?


Salahnya hanya berniaga tanpa permit. Mereka bukan sengaja nak berniaga secara 'rambo'. Mereka ada pohon permit, namun tidak diluluskan.
Semalam,banyak tong disita. Operasi semalam memang sangat menguji Anak-Anak Lorong 786. Berniaga dalam takut-takut. Silap langkah, dipegang dan dirampas semua jualan.
Tapi mereka terpaksa juga. Hari raya bakal menjelang. Baju raya anak isteri mesti dibeli. Duit poket untuk balik kampung lagi. Kos segala macam lagi. Semua perlukan duit.
Dan untuk dapatkan duit, mereka perlu berniaga!
Dato Bandar, Dato Menteri, dan pegawai-pegawai atasan sana. Tolonglah faham situasi kami peniaga air jalanan ini.
Kami tidak mencuri. Kami tak jual dadah. Kami sekadar jual air untuk menghilang dahaga pengunjung sahaja.
Ya, kami tahu kami salah berniaga tanpa permit. Tuan-tuan yang berkuasa dah tunjukkan kuasa kalian. Tuan-tuan dah tunjukkan pada semua rakyat ketegasan kalian. Tuan-tuan dah rampas banyak tong air dan troli kami.
Namun tuan-tuan, dalam diri manusia ada satu perasaan dipanggil empati dan simpati. Dalam diri setiap manusia ada sikap tolak ansur.
Bukan semua kesalahan perlu dihukum keras. Terkadang ada kesalahan boleh dimaafkan demi kepentingan yang lebih besar.
Sisi tegas tuan kami dah lihat. Seluruh negara dah lihat. Apa kata tuan-tuan tunjukkan dunia sisi tolak ansur tuan-tuan pula.
Tunjukkan dunia bahawa kalian pun ada sifat empati dan simpati. Tunjukkan pada Tuhan kalian pun masih hamba dan bergantung padaNYA.
Puasa berbaki 5 hari saja lagi.
5 hari sahaja lagi kami peniaga-peniaga air di Jalan TAR dan sekitar akan bertahan demi sesuap rezeki.
5 hari Dato Bandar. 5 hari Dato Menteri. 5 hari para pegawai atasan yang berpangkat tinggi.
5 hari ini mohon sangat kalian permudahkan urusan kami untuk berniaga.
5 hari ini mohon dengan sangat tong kami tidak lagi disita.
5 hari yang tinggal inilah tempoh yang tinggal untuk kami 'merempit' mencari rezeki untuk disuap pada anak isteri.
5 hari ini janganlah kacau kami. Tolonglah.
* Mudahkan urusan kami dan semoga Allah permudah urusan kalian.
* Jika ada sahabat friend dengan menteri, Dato Bandar atau pegawai berpangkat tinggi di DBKL, mohon tag mereka.
* Bagi muka la sikit kat aku.

Ego, Berlagak, Tak Ikhlas - Mohon Maaf Apa Macam Tu, Netizens Kritik Razman.

Post yang mengundang kemarahan Amanah terhadap Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria ialah tentang satu poster yang membayangkan Amanah adalah barua kepada DAP - dan AMANAH ditubuhkan kononnya atas arahan DAP seperti penubuhan PKM suatu ketika dahulu.


Pagi semalam, AMANAH yang diwakili oleh peguamnya Mohamed Hanipa Maidin telah memberikan masa selama 14 hari kepada Razman untuk memohon maaf kerana beliau dianggap membuat provokasi terhadap pemimpin parti berkenaan.
Menurut laporan Malaysiakini yang menghubungi Razman bagi mendapatkan maklum balas, Razman dikatakan membuat permohonan maaf melalui media itu. "Dah mereka terasa hati, kita minta maaf sajalah. Daripada pergi (ke mahkamah) membuang masa, minta maaf sajalah.
"Kalau dia (AMANAH) terasa hati dengan perkataan itu, sekurang-kurangnya dia tak sukalah perkataan itu, tetapi itulah hakikatnya.
"Tak apalah dia minta (permohanan maaf), itu proses saja," katanya seperti yang dipetik dari portal itu.
Razman bagaimanapun tidak membuat sebarang kenyataan tentangnya di facebook beliau. Bagaimanapun respon Razman itu menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong-penyokong Amanah yang beranggapan Razman tidak ikhlas dalam permohonan maafnya itu.

Reaksi penyokong




Kebanyakan dari penyokong meluahkan perasaan marah kerana melihat Razman tidak bersungguh dalam membuat permohonan maaf malahan tidak kelihatan beliau seperti mengakui kesalahannya juga kata mereka.

Sesetengahnya pengomen pula ada yang membela Razman dan mengatakan Razman tidak mengaitkan Amanah dengan komunis sebaliknya poster perbandingan adalah merujuk  persamaan tentang perpecahan yang wujud disebabkan arahan sesetengah pihak.

Gambar atas kononnya merujuk penubuhan rejimen ke 10 bagi mempengaruhi melayu untuk mendekati fahaman komunis manakala gambar bawah membayangkan Lim Guan Eng adalah dalang disebalik penubuhan Amanah bagi memecahkan PAS dan menarik sokongan melayu ke arah parti DAP.

Menjelang PRU yang kami percaya akan diadakan awal tahun hadapan, lebih banyak poster berbaur perkauman, sentimen keagamaan dan kebencian akan bertebaran dan  disebarkan oleh pihak tertentu bagi menimbulkan ketakutan orang ramai.

Selasa, 20 Jun 2017

Penang Bandar Kristian, Jangan Fitnah DAP Wahai Nasruddin Kata Abdul Malik.

Tuduhan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan kononnya Pulau Pinang akan dijadikan sebagai bandar Kristian mungkin bertujuan mengalihkan perhatian rakyat Malaysia daripada masalah sebenar yang membelenggu rakyat dan negara ketika ini.
Justeru sempena bulan Ramadan ini, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim menasihatkan Nasrudin agar menjauhi fitnah dan tidak bersikap takfiri kerana ia bukan cerminan kepada ajaran agama Islam yang syumul.
Fitnah dan tohmahan berbentuk kebencian kaum dan agama seperti ini sengaja dibangkitkan oleh ahli politik yang korup idea.
“Tuduhan kononnya Pulau Pinang akan dijadikan sebagai sebuah bandar Kristian seperti ini akan menimbulkan sentimen kebencian agama dan ancaman kaum, hanya demi kepentingan politik mereka.
“Hakikatnya, Perlembagaan Negara telah termaktub bahawa Islam adalah sebagai agama Persekutuan. Ia terkunci kukuh dan tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung pada sidang media di sini sebentar tadi.
Turut sama, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.
Menurut Abdul Malik, syiar Islam di Pulau Pinang terus berkembang apabila perbelanjaan untuk Hal Ehwal Agama Islam telah meningkat lebih 80 peratus, mencapai jumlah RM457.05 juta sekaligus menyangkal tuduhan tersebut.
Institusi pendidikan Islam di sini bertambah saban tahun, sehingga kini berjumlah hampir 200 buah.
“Malah, pembinaan masjid dan surau turut bertambah, bahkan setiap malam ia diimarahkan dengan majlis ilmu dan kuliah agama.
“Justeru, majoriti rakyat di negeri ini menolak extremis agama dan kaum. Pulau Pinang mendokong prinsip Islam Rahmatun Lil Alamin,” jelas beliau.
Sementara itu, Guan Eng memberitahu bahawa terdapat juga tuduhan mengatakan Kerajaan Negeri menganjurkan majlis onani yang dipercayai dibuat oleh Ketua Bahagian PAS, Wilayah Persekutuan.
Saya terkejut bahawa sebuah parti politik boleh buat pembohongan seperti ini.
“Adakah mereka (PAS) bencikan sangat orang bukan Islam ataupun parti bukan Islam sehingga sanggup membuat fitnah,” responsnya.

Setiap Kali Lepas Subuh, Isa Samad Berwirid Selama Sejam Kata Penyokong.

"Orang yang tak kenal dia, kutuk dia "si pendek", "makan rasuah & sebagainya. Tapi, saya yakin, kawan-kawan yang kutuk dia tidak tahu bahawa Tan Sri Isa ni, khatam Quran dalam bulan Ramadhan setiap tahun sekurang-kurangnya dua kali. Orang tidak tahu, Tan Sri Isa ni setiap kali lepas solat Subuh, berwirid selama sejam," itulah kata-kata yang dipetik dari status Facebook penyokong Isa Samad, Daud Ibrahim.

Dikala hampir kesemua netizens dan rakyat Malaysia memilih untuk mengecam perlantikan Isa ke dalam SPAD selepas dianggap merosakkan Felda, tampil pula beberapa pihak yang menyatakan sokongan ke atas Isa.  

"Orang tidak tahu Tan Sri Isa ni mengimamkan solat Terawih setiap malam (termasuk di Felda kalau ada majlis berbuka puasa). Tan Sri Isa ni, mengaji Quran setiap hari, walaupun bukan bulan Ramadan. Jadi, kawan-kawan yang kutuk dia, saya harap hentikan mengutuk "sipendek" kerana pendek atau tinggi, itu adalah "kerja Allah"," katanya lagi.


Tinjauan yang dilakukan di ruangan komen pula mendapati rata-ratanya menyokong status tersebut, komen yang terlihat hampir kesemuanya hanyalah yang murni-murni sahaja namun dipercayai ada sesetengah komen negatif telah pun dibuang oleh pemilik akaun.

Tinjauan yang dilakukan bagi mereka yang berkongsikan status facebook tersebut mendapati kebanyakkan dari mereka adalah penyokong Najib dan Barisan Nasional seperti Friends Of Perdana Menteri dan Pertubuhan Dinamik Negeri Sembilan.

Mungkin ada percubaan pihak tertentu untuk menggunakan elemen agama bagi mencantikkan imej Isa Samad yang tercalar teruk berikutan rekod buruknya di FGV.

Untuk rekod, sebelum ini Tan Sri Shahrir Samad ada mengeluarkan kenyataan bahawanya pihak pengurusan tertinggi FGV akan dirombak dalam masa terdekat dan semuanya akan diputuskan oleh pemegang saham selepas mereka mengadakan mesyuarat, iaitu 22 jam sebelum Isa Samad meletakkan jawatannya dan dilantik ke dalam SPAD.

Pihak kami percaya keputusan Isa meletakkan jawatan ada kaitan dengan kenyataan Shahrir. Jika benarlah Isa dipaksa meletakkan jawatan, bukankah ini bermaksud beliau sedikit sebanyak ada kaitan dengan dakwaan penyelewengan di dalam FGV? Membawa beliau masuk ke SPAD bukankah itu namanya tidak bermoral - dan sangat pelik jika Najib masih mempertahankan Isa dengan memberikannya pangkat tertentu dalam agensi kerajaan.

Apa pun ada satu pepatah inggeris yang kami suka nak ubahsuaikan kepada bahasa melayu. "Birds of the same feather, flock together". Yang bermaksud kita adalah kawan kita, kawan kita adalah kita. Dengan siapa kita berkawan, ia mengambarkan diri kita. Baik kawan kita, baiklah kita. Jahat kawan kita, jahatlah kita. Najib dan Isa nampaknya ada beberapa persamaan yang akhirnya membuatkan mereka sering dilihat terbang bersama. Tak begitu ke Najib?

Kah Kah Kah

Masa Depan 70,000 Pemandu Teksi Gelap Selepas Isa Masuk SPAD Kata Persatuan Teksi.

Dua persatuan pemandu teksi bimbang dengan kemasukan Tan Sri Isa Samad ke dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), dan berkata masa depan gelap menanti 70,000 pemandu teksi.

Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) berkata SPAD seharusnya dipimpin individu yang tidak terlibat dalam kancah politik dan bebas daripada tuduhan salah laku.
Berdasarkan apa yang sedang dihadapai Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, saya rasa ini satu keadaan yang sangat-sangat tidak baik, bukan sahaja kepada SPAD malah kepada semua pemain industri,” kata Timbalan Pengerusi PERS1M, Kamarudin Mohd Hussain.
Apabila beliau letak jawatan serta merta ketika syarikat FGV hadapi masalah dan meloncat ke SPAD, ini layak saya katakan suatu sikap yang tidak bertanggungjawab,” katanya memetik laporan portal Free Malaysia Today, hari ini.
Semalam, Isa, yang terlibat dengan kemelut dalaman Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), dilantik sebagai pemangku pengerusi SPAD, menggantikan Tan Sri Syed Hamid Albar yang bersara pada 3 Jun lalu.
Kamaruddin menganggap tindakan membenarkan Isa “meloncat ke SPAD” sebagai sikap “tidak bertanggungjawab”.
Sepatutnya letak jawatan, rehatlah dulu sehingga isu FGV selesai, bukannya bawa masalah ke SPAD pula,” katanya yang melahirkan kebimbangan dengan kebajikan seramai 70,000 pemandu teksi seluruh negara.
Sebuah firma teksi Big Blue Taxi berpendapat pelantikan Isa tidak akan membawa perubahan kepada SPAD dan industri teksi.
Dia (Isa) sudah diberikan tugas untuk memimpin Felda dan prestasinya sangat teruk. Dia gagal bangunkan Felda, jadi apa kemungkinan untuk prestasi sama tidak berulang?” kata penasihatnya, Datuk Shamsubahrin Ismail.
Sebaliknya, Shamsubahrin menawarkan dirinya sebagai pengerusi SPAD kerana lebih arif mengenai isu di dalam suruhanjaya itu.
Isa ada isu dengan SPRM, sama seperti saya juga ada isu dengan SPRM. Lebih baik lantik saya sebagai pengerusi, kerana saya banyak libatkan diri dalam isu pengangkutan awam.
Apa beza saya dan Isa? Malah, beberapa pandangan saya sendiri diambil dan diterima kerajaan. Pelantikan Isa adalah langkah dan keputusan yang silap,” katanya.

Bloggers UMNO Dapat Wang Raya RM1,000 Dan Mereka Bertekak Lagi Di Laman Sosial..

Sebelum ini kumpulan cybertroopers BN diraikan dengan pemberian telefon Samsung A9 pro secara percuma setiap seorangnya, bagi memudahkan urusan mereka untuk melawan setiap hujah-hujah kumpulan pro pembangkang di laman sosial, kali ini dilaporkan pula mereka menerima wang raya dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Wang raya tersebut dimaklumkan berjumlah rm1,000 dan diberikan kepada setiap seorangnya sebagai penghargaan kepada cybertroopers/ aktivis politik/bloggers pro Najib Razak yang berjasa, juga sebagai persediaan untuk menyambut Syawal kelak.

Perkara itu sebenarnya didedahkan oleh Zaharin Mohd Yassin, aktivis dan blogger UMNO di laman sosial. Menulis di Facebooknya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua aktivis media pro UMNO dan BN seramai 800 orang kerana menerima wang raya berjumlah 1,000 setiap seorangnya.

"Tahniah kepada semua blogger dan aktivis media pro UMNO/BN kerana dapat wang raya RM1,000 dari PMO seramai 800 orang malam ini". 

Namun Zaharin sempat menyindir mereka yang menerima wang saguhati itu sebagai tidak pandai membuat kerja sebaliknya hanya pandai membalun di laman sosial, bukan sahaja tidak berupaya membela imej Najib Razak malahan merugikan sahaja kerana membazir wang namun hasilnya tiada.

"Jika 100 orang masuk dalam timeline saya untuk menjawab isu-isu PM yang saya naikkan entri. Alhamdulilah. Terbela imej Najib Razak. Tetapi mereka semua dilatih membalun saya. Kesian saya dengan Najib Razak, duit habis berjuta, hasil tidak ada," katanya.

Berang dengan kritikan tersebut, salah seorang yang menerima wang tersebut tampil membalas kritikan Zaharin itu.


Lalu terjadilah pertengkaran kecil di antara kem PMO dan kem Zaharin di laman sosial. 

Bagaimanapun pengakuan Mac Baker itu membuktikan sememangnya Najib telah memberikan wang saguhati kepada aktivis dan bloggers pro BN seramai 800 yang berjumlah rm1,000 setiap seorang. Itu yang paling penting sebetulnya. 

Dalam dok bersilat mengatakan perjuangan ABATA, tak pernah dibayar satusen dan sempat pula menfitnah blogger-blogger pembangkang tertentu menerima bayaran rupa-rupanya mereka yang kantoikan diri mereka sendiri. 

Adapun tidaklah pihak kami mahu mengecam sesiapa pun diantara mereka yang menerima bayaran itu. Di pihak kami, kami melihat menjadi seorang blogger ataupun aktivis boleh juga dianggap sebagai satu kerjaya dan tidaklah pelik jika mereka menerima bayaran tertentu dari pihak tertentu yang mengupah mereka untuk menuliskan sesuatu. Cuma janganlah menulis yang fitnah, tulislah yang benar-benar sahaja. Dan kami juga tertanya-tanya, apakah bekas rakan kami turut menerima wang sagu hati tersebut? 

Kah Kah Kah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...