"Hei, GST untuk makanan yang dah diproses je la," kata mereka di laman sosial.
"GST apa jer untuk orang-orang miskin? Banyak jenis makanan asas dan keperluan orang miskin takde GST pun, kau boleh beli banyak makanan tanpa GST, ikan, ayam, udang takde GST. Sayur takde GST. Buah takde GST," kata mereka dengan penuh bangga di ruangan komen media sosial.
![]() |
Sumber - Google |
Menurut laporan Malaysiakini yang memetik laporan akhbar tempatan China Press, barangan seperti teh, mee, kopi, rempah, buah-buahan tertentu, sayur-sayuran tertentu dan makanan laut tertentu akan dimasukkan ke dalam produk kena GST mulai 1 Julai ini.
Ikan todak, belut, ceri, ovacado, anggur, buah ara, beri, kacang panjang, kentang, bayam, jagung manis, kacang, bihun, kuey teaw, mee, laksa mee, minyak kelapa, akan dikenakan GST berkuatkuasa pada bulan hadapan.
Jadual lama tentang barang tanpa GST
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Kastam Datuk Subromaniam Tholasy mengesahkan perkara tersebut, lapor The Star. "Ia hanya beberapa barangan yang jarang digunakan oleh orang ramai," katanya kepada akhbar itu.
Bagaimana teh, kopi, rempah, bayam, anggur, mee, laksa dan kuey teow ialah sesuatu yang jarang digunakan oleh orang ramai? Kami juga tidak memahami penjelasan oleh Ketua Pengarah Kastam itu.
Turut dilaporkan bahawanya pihak kastam akan mengeluarkan kenyataan penuh berhubung rombakan terbaru mengenai barang kena GST pada hari ini.