Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Oktober 2017

Sekarang Siapa Sebenarnya Sotong? Rafizi Sindir Eric Se To.

Oleh : Rafizi Ramli
Eric See To (yang dipercayai berselindung di belakang nama pena Lim Sian See selama ini) memberi alasan hanya akan berdebat dengan saya jika saya boleh bawa Tony Pua berdebat dengannya.
Ada yang hubungi saya supaya jangan melayan macaimaya beryuran mahal seperti Lim Sian See ini.
Jangan bimbang, saya ada sebab kenapa saya melayan orang begini.
Lim Sian See diagung-agungkan oleh orang-orang Melayu yang masih menyokong Najib Razak. Pembohongannya disebarkan sesama mereka, dosa pahala ditolak ke tepi. Mereka menunggu skrip dari Lim Sian See untuk putar belit bagi menutup salah laku pentadbiran Dato' Seri Najib.
Akhirnya Lim Sian See ini menjadi sangat angkuh. Dengan berselindung di belakang nama pena dan identiti palsu, dia memaki hamun dan menghina sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan Dato' Seri Najib. Dia boleh memperlekehkan mantan Perdana Menteri seperti Tun Mahathir dengan pelbagai panggilan tetapi dia tetap diagungkan oleh Melayu yang menjadi macaimaya untuk mempertahankan Dato' Seri Najib.
Selama ini, Lim Sian See ini memanggil saya sotong untuk mengulangi fitnah-fitnah bahawa saya seorang homoseksual, saya penakut, saya pondan dan lain-lain. Beliau boleh berbuat begitu kerana orang yang difitnah tidak boleh mengambil tindakan saman kerana dia dilindungi oleh identiti yang tidak wujud itu.
Maka saya pun ajak dia untuk berdebat dalam isu yang dia sering perlekehkan orang lain - iaitu ekonomi dan percukaian.
Dia ambil masa sebulan untuk beri jawapan. Itu pun jawapan putar belit iaitu beliau bersetuju tetapi dengan syarat saya bawa YB Tony Pua sekali untuk berdebat juga dengannya. Dia ingat itu kemuncak kepandaiannya - untuk lari dari berdebat dengan saya, dia membelit orang lain. Dia mahu tunjuk dia berani kerana berani berdebat dengan dua orang sekali.
Dia mungkin diagung-agungkan oleh beberapa kerat Melayu yang mendapat beberapa ratus sebulan sahaja untuk menjadi macaimaya (sedangkan dia dapat lantikan tinggi yang imbuhannya tinggi), tetapi rakyat Malaysia yang lain bukanlah bodoh.
Pendeta kepada macaimaya Dato' Seri Najib ini akhirnya sama sahaja dengan ketua-ketuanya dari Umno : kuat berkokok di belakang, tetapi takut berdepan untuk diadili oleh rakyat.
Saya pernah menjemput kesemua pimpinan Umno di dalam gambar ini untuk berdebat - Dato' Seri Najib sendiri, Khairy Jamaluddin (isu fitnah Liwat2.0 ke atas Anwar Ibrahim), Rahman Dahlan (isu dakwaan beliau rakyat Malaysia dapat untung dari 1MDB melalui IPP) dan Khairul Azwan Haron (isu skandal MARA beli hartanah mahal di Australia).
Kesemua memberi pelbagai dalih, seperi mana Lim Sian See memberi alasan sekarang.
Sebab itu saya langsung tidak terasa marah atau terkesan bila macaimaya Umno dan pendeta mereka seperti Lim Sian See ini terus mengejek saya dengan panggilan sotong.
Rakyat Malaysia tahu kalaulah kita perlu memilih ahli-ahli politik yang penakut dan lari dari cabaran, kita tahu siapa mereka ini.

Dah Roboh Baru Bagi Arahan - Azmin Dikutuk Netizens Kaw-Kaw.

Pada khamis lepas, Tan Sri Noh Omar mengatakan bahawa Azmin, sebagai pihak berkuasa tertinggi negeri, boleh dengan mudah menghentikan perobohan itu dengan hanya membuat satu panggilan telefon.

Pengerusi Umno Selangor itu juga menyifatkan tindakan perobohan itu menyebabkan dua keluarga kehilangan tempat tinggal sebagai "kejam" dan berkata Azmin sepatutnya memberi mereka masa untuk mencari tempat tinggal lain.
Bagaimanapun Azmin selaku Menteri Besar Selangor menempelak kenyataan Menteri KPKT itu dengan mendakwa isu itu adalah di luar bidang kuasa kerajaan negeri.
"Suruh dia patuh undang-undang. Tanah tu tanah kerajaan persekutuan. Patutnya dialah yang buat panggilan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui.
PPBM turun padang

Dalam perkembangan yang berkaitan, beberapa gambar tular di laman sosial yang merujuk kepada pemimpin PPBM seperti Mahathir Mohamed turun padang melawat ke lokasi perobohan yang melibatkan tiga buah rumah dan dua unit kedai.
Gambar-gambar itu juga mendapat pujian dan respon positif netizens yang kebanyakkannya menyokong bekas perdana menteri itu dan parti PPBM.
Tular video Azmin hentikan perobohan selepas rumah diroboh
Kenapa taknak jumpa mangsa? Itulah antara komen-komen yang mengkritik Azmin Ali di laman sosial. Malahan terdapat segilintir penyokong Pakatan Harapan dan cybertroopers UMNO menyebarkan poster perbandingan antara tindakan Azmin menemui gadis peniaga nasi lemak dara dan isu perobohan rumah bekas pegawai masjid.
Selain itu video rakaman yang kononnya membuktikan Azmin telah berusaha untuk menghalang perobohan rumah tersebut juga mendapat kritikan netizens.
"Kepala hotak dia, dah roboh baru bagi arahan. Kesian mangsa. Cakap awal-awal la bodoh," marah Sabri.
"Arahan yang terlambat," sindir Sayap Terbang pula.
"Dah roboh baru bagi arahan, wayang lebih," kata Eizlan.
"Lakonan je. Memang dah dirancang. Roboh separuh dulu baru bagi arahan hentikan. Dah masak kes macam neh," kata Hanapiah.
"Semua surat perobohan pasti dah dibawa ke mesyuarat negeri. PBT tiada kuasa meroboh selain dari arahan kerajaan negeri. Janganlah nak berpura-pura main wayang," respon Norzaini.
"Kantoi ayat dia. Takpa, takpa yang penting kita dapat arahan. Arahan sepatutnya sebelum roboh bang bukan selepas roboh," perli Shahrul Hafiz pula.
Disebabkan rakaman video itu jugalah membuatkan lebih ramai pihak tampil mengkritik Menteri Besar Selangor. Menurut netizens, rupa-rupanya Azmin ada kuasa memberikan arahan agar menghentikan perobohan. 
Oleh kerana memiliki kuasa tersebut dari awal lagi, mengapa tidak menghentikan ia sejak dari mula supaya semua rundingan mengenai pampasan dimuktamadkan terlebih dahulu dan perpindahan dua keluarga tersebut dapat berlaku secara aman dan baik. Ini menjadi persoalan netizens. 
Dalam pada itu, menurut individu yang menyebarkan video berkenaan, Wan Kj, beliau memaklumkan bahawanya selepas arahan dikeluarkan agar perobohan dihentikan, pegawai PTD bernama Rashidi Roslan telah bertindak melarikan diri menggunakan kenderaan polis. 
Gambar individu itu juga ketika ini sedang tular dilaman sosial dan menjadi kecaman netizens.

Jumaat, 6 Oktober 2017

Sebenarnya Malaysia Perlu Diselamatkan Dari Orang Seperti Syed Saddiq..

Oleh : Syahir
Bila Syed Saddiq Syed Abdul Rahman buat sidang media umumkan keputusan tak jadi masuk Oxford tiga hari lepas saya adalah antara yang "mengutuk" sidang media tersebut (di Twitter).
Ada fanboys dan fangirls Syed Saddiq kata saya obses, dengki dan sebagainya.
Sebenarnya saya tak kutuk keputusan dia taknak pergi Oxford dan tolak biasiswa yang ditawarkan sebab saya percaya dia ada hak nak buat keputusan tersebut. Malaysia is a free country.
Apa yang saya kutuk adalah ALASAN di sebalik penolakan tawaran tersebut bukannya keputusan dia menolak tawaran tersebut.
Alasan dia taknak sambung belajar kerana kononnya dia sayangkan Malaysia - rasuah berleluasa, rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi, Malaysia ni dah teruk sangat jadi dia kena tangguhkan hasrat sambung belajar di universiti impian dia demi negara.
Dia rasa dia lah "Messiah", penyelamat negara kita sedangkan dia tak lebih daripada seorang Drama King.
Mungkin banyak yang tak perasan, Syed Saddiq ni suka bermain dengan emosi dan sentimen. Dia ulang-ulang cerita dibuang kerja pensyarah sambilan UIA dan researcher (think tank kerajaan negeri Johor Bait-al-Amanah; dah serang Presiden UMNO takkan kau expect nak kerja dengan think tank UMNO lagi?) selepas dia bersuara tentang 1MDB, dia dakwa ibu-bapanya diugut dan macam-macam lagi.
Saya faham, sebagai seorang yang tidak ada banyak bakat mahupun pengetahuan dalam bidang-bidang kritikal seperti ekonomi, kewangan dan public policy, Syed Saddiq perlu menggunakan sentimen untuk meraih sokongan orang ramai.
Alasan Malaysia sudah terlampau teruk dan perlu diselamatkan bagi saya adalah satu penghinaan kepada negara yang kita sama-sama cintai.
Teruk sangatkah Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman? Adakah ibu-bapa kamu tak ada pekerjaan? Adakah kamu hidup merempat? Adakah kamu tak boleh beli makanan kerana harga barang naik? Adakah keluarga kamu kena mengemis untuk hidup?
Sebagai seorang yang selalu mempamerkan diri dia sebagai pejuang pendidikan - contohnya bila biasiswa dipotong dan bajet pendidikan dikurangkan tahun lepas, alasan Malaysia perlu diselamatkan adalah penghinaan kepada pelajar-pelajar Malaysia pada hujung 90-an yang tidak dapat melanjutkan pelajaran di luar negara kerana kerajaan membatalkan biasiswa luar negara disebabkan krisis ekonomi pada masa itu.
Ketika itu Dr. Mahathir bin Mohamad membelanjakan duit rakyat berbillion-billion untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dan juga anak-anak beliau. Dalam masa yang sama bajet pendidikan sekolah dan universiti dipotong, biasiswa ke luar negara dibekukan terus oleh kerajaan. Pengorbanan sebenar dibuat oleh pelajar-pelajar pada masa itu untuk mengurangkan bebanan kewangan kerajaan - bukannya pengorbanan yang macam Syed Saddiq buat.
Cakap sahaja kamu ada cita-cita politik, mahu bertanding di pilihanraya yang akan datang, mahu jadi ahli parlimen termuda tak perlu mereka cerita-cerita dongeng yang Malaysia perlu diselamatkan.
Kemudian nak buat lebih drama, tuduh ada orang nak rasuah dia.
Senang cerita kalau ada orang cuba rasuah, pergi buat laporan SPRM. Dah 3 hari tuduh orang cuba rasuah tapi masih belum kemukakan bukti dan buat laporan kepada SPRM. Yang dia dah buat laporan polis kononnya diugut oleh sesetengah pula.
Yang lebih kelakar, dia cabar individu yang didakwa cuba merasuah dia untuk menafikan dakwaan dia. Seorang graduan undang-undang daripada UIA tak faham beban bukti jatuh kepada orang yang menuduh bukan orang yang dituduh? Kamu dah tuduh orang buat salah, kamu tak kemukakan bukti tapi kamu suruh orang yang kena tuduh nafikan? Gila ke apa?
Malaysia tak perlu diselamatkan oleh manusia seperti Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Sebenarnya Malaysia perlu diselamatkan DARIPADA manusia seperti dia.

Kau Tu 'Anjing, Pelacur', - Wanita Lapor Polis Kerana Diserang Siber Penyokong Pro DAP.

Seorang wanita dari Parti Rakyat Malaysia Bersatu (MUP) mendakwa menjadi mangsa buli siber setelah digelar sebagai 'anjing' dan 'pelacur' menerusi ruangan komen oleh sebuah halaman Facebook pro-DAP.
Wanita berkenaan, Kee Lean Er merupakan Setiausaha Agung MUP berkata, selain dirinya, Timbalan Presiden Koay Xing Boon juga dihina dengan gelaran 'pencuri' lapor Malaysian Digest.
"DAP perlu lebih bertanggungjawab dan memberi amaran kepada penyokongnya untuk tidak membuli orang diatas talian. Ini menyalahi undang-undang.
"Mereka boleh mengkritik kami tetapi bukan dengan cara sebegitu.
"Apabila saya melihatnya, saya membawa perkara tersebut ke pengetahuan presiden dengan segera dan beliau menasihatkan kami untuk membuat laporan polis," katanya.
Kee berkata, halaman Facebook dengan nama '请用行动支持火箭 * Support DAP with Contributions' telah berkongsi sebuah artikel penubuhan MUP sebagai sebuah parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Artikel berkenaan menemubual Kee dan timbalan presiden parti dan kedua-duanya diserang bertalu-talu diruangan komentar.
Ujar Kee, beliau kecewa dengan sikap penyokong DAP bertindak sedimikian di media sosial.
"Apa yang telah saya lakukan sehingga diperlakukan sebegini? Didalam temubual tersebut, saya tidak membuat sebarang komen negatif terhadap parti lain.
"DAP perlu menasihati penyokongnya untuk menghentikan buli siber ini," ujarnya selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Jalan Patani, Pulau Pinang, semalam.
Memetik laporan New Straits Times, Kee menjelaskan bahawa pihak polis juga menyarankan beliau untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Jelasnya, beliau akan berbuat sedemikian selepas berunding dengan peguamnya.
"Biar pihak berkuasa menjejak mereka dan mengambil tindakan ke atas mereka," katanya lagi.
MUP dilancarkan pada Julai tahun ini dengan objektif menjadi penimbang tara antara kerajaan pemerintah dan pembangkang.
Parti berkenaan juga menyatakan hasrat untuk bertanding di Pulau Pinang pada PRU akan datang.

PPIM Diserang Oleh Penyokong Najib, Lancar Gerakan Boikot.

Sejak semalam laman sosial penyokong pro Najib melancarkan gerakan boikot dan mengkritik NGO pro Islam, PPIM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia terutamanya Yusof Azmi yang dipercayai ada kaitan dengan tindakan beliau yang memetik nama Najib Razak dalam isu penubuhan JITN.

Hashtag seperti #TibaiPM_KamiTibaiBalik,  #GengNajibRazak digunakan bagi menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri Malaysia itu semasa mereka menyerang Yusof Azmi PPIM di media sosial.

"Ucap Selamat Tinggal Pada PPIM Terutama Yusuf Azmi, Ego Dan Riak Mula Menguasai Diri Bila Merasakan Seluruh Umat Berdiri Dibelakangnya. 

Allah Uji Dengan Sedikit Kehebatan Tapi Beliau Kalah Dengan Ujian Tu Sendiri . . Berniaga Diatas Kesusahan Orang Lain Tidak Layak Diangkat Sebagai Hero . . No 10% No Fisabilillah Moto Sebenar Mereka . . Kita Tak Usik Mereka Kalau Mereka Tak Biadap Pada Pemimpin Negara.

Kami Bersuara Sebagai Rakyat Yang Dipimpin Oleh Pemimpin Yang Direstu Allah S.W.T , Jangan Melampaui Batas . . 

#TibaiPM_KamiTibaiBalik #GengNajibRazak," kata Aena Fathin di facebook beliau. 

Yusof Azmi dan PPIM diserang hebat oleh kumpulan itu dalam isu mengenakan bayaran atau yuran tertentu atas setiap kes membabitkan hutang Ahlong yang dikendalikan atau diadukan kepada persatuan tersebut.

Yuran 10% disifatkan sebagai taktik PPIM melakukan perniagaan dan memperdayakan orang ramai menggunakan perwatakan keagamaan, kritik mereka lagi. 

Selain dari Aena, team Abu Aqif turut melancarkan serangan yang sama meskipun nada mereka lebih lembut. 

Email yang pihak AW terima semalam


"Jika kita lihat sebelum ini, Pengarah SPRM juga membantah JITN tapi tidaklah sehingga menyebut nama Perdana Menteri. Cukup jika mahu membantah menyebut Menteri Paul Low sebagai orang yang bertanggungjawab dengan cadangan penubuhan JITN itu.

Mereka mahu bantah berkenaan JITN, tapi habis semua isu mereka masukkan sekali, habis pemimpin-pemimpin mereka rendah-rendahkan seperti tiada langsung jasa-jasa pemimpin, yang mana tak perlu pun mereka ulas kerana isunya adalah tentang JITN, bukan isu lain, sudah rojak jadinya.

Jangan sentuh nama Najib Razak

Mereka 'seolah-olah' mengambil kesempatan isu JITN ini untuk memburukkan pemimpin-pemimpin, mereka masukkan semua isu lain sekali dan dalam masa yang sama tiada pun kelemahan pembangkang diceritakan di sana walaupun mereka kata mereka tegur semua tidak kira apa parti," kata Abu Aqif dalam email yang dikirimkan.

Aena dikecam, netizens tak setuju
 

Walaubagaimanapun kebanyakan netizens memilih untuk mengecam tindakan cybertroopers UMNO dan penyokong Najib Razak kerana bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.

Malahan tinjauan yang dilakukan di group Ponzi Scheme Alert juga mendapati ada penyokong kerajaan tidak menyenangi cara cybertroopers BN yang cuba menjatuhkan Yusof Azmi.
Respon netizens
Komen yang melebihi dari 700 itu rata-ratanya mengecam dan mengutuk tindakan individu itu yang disifatkan tidak berasas dan bodoh.

Malahan kebanyakan netizens memilih menyokong tindakan PPIM yang mengenakan caj 10% andai dapat menyelamatkan diri daripada ganguan Ahlong ataupun mendapatkan kembali wang mereka yang ditipu. 

Yusof Azmi kata jangan balas


Dalam satu kenyataan yang dipetik di facebook Yusof Azmi beliau meminta agar netizens tidak perlu membela dirinya. Beliau juga menyeru agar penyokong-penyokong beliau bersabar dan jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat.

"Assalamualaikum kepada pengguna di malaysia..Saya mengharap sangat kepada pengguna yang menyokong perjuangan kami..Saya harap tuan tuan tidak perlu untuk mengugut atau mengkecam orang yang mengkritik atau mengfitnah saya..

Biarla apa pun mereka katakan. Sebab saya selalu bercakap kita tidak perlu menghina atau bertindak kasar kepada sesiapa. Saya tidak terasa atau pun marah atas tindakan mereka..Tuan Tuan kita kan berjuang, kita banyakkan bersabar...," katanya seperti di dalam status facebook beliau.

"Ada yang mengatakan saya menyuruh Tuan Tuan bercakap sedemikian..Tak apa tuan tuan mungkin bersabar itu lebih baik dan mendoakan.. Kita cuba untuk bersabar..

Sebab tidak ada faedah kita mengeluarkan kata kata kesat kepada mereka.. Mungkin niat mereka baik untuk menegur saya.. Kita bersangka baik..Dan saya alu alukan sesiapa nak berjumpa saya untuk memperbaiki cara saya menyampaikan atau menglontarkan teguran.. Saya selalu kata kita nak bina empayar biarlah dengan kasih sayang," katanya lagi.


Naib Presiden Warisan Ditahan SPRM, Dakwaan Menyeleweng Jutaan Ringgit Projek Pembangunan.

Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Peter Anthony ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi, lapor portal Borneo Today hari ini.

Beliau hadir ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu untuk dirakam keterangan.

Menurut portal Free Malaysia Today pula, SPRM mengesahkan tangkapan itu dan berkata ahli politik itu dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret esok untuk tahanan reman bagi siasatan seterusnya.

Sebelum ini beberapa media melaporkan terdapat beberapa ahli perniagaan dan kontraktor di Sabah yang menerima projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang ketika itu dipimpin Datuk Seri Shafie Apdal, kini presiden Warisan.
Malahannya poster memprovokasi bekas menteri itu juga tular di laman sosial. 


Menurut laporan Borneo Post lagi, siasatan ke atas Naib Presiden Warisan itu juga ada kaitan dengan dakwaan membuat tuntutan palsu melebihi 42 juta untuk kerja-kerja kontraktor di UMS - Universiti Malaysia Sabah.

Turut dilaporkan, semalam SPRM menyerbu 15 lokasi di Sabah dalam siasatan mereka.
Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, SPRM telah membekukan RM179 juta dalam akaun bank, termasuk RM29 juta semalam, yang ada kaitan dengan siasatan kes itu.

"Semalam kami telah membekukan lebih daripada RM150 juta dalam akaun bank dalam kes Sabah baru-baru ini dan saya diberitahu baru-baru ini satu lagi RM29 juta (dalam akaun bank) telah dibekukan hari ini," katanya semalam ketika menyampaikan ucapannya di International 9 Persidangan Kewangan Jenayah dan Pembiayaan Keganasan di Kuala Lumpur.

Peter bagaimanapun menafikan pernah membuat tuntutan palsu melebihi RM42 juta ketika melakukan kontrak kerja dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Peter berkata syarikatnya menerima sijil mengesahkan ia menyelesaikan kontrak daripada UMS dengan mematuhi segala peraturan dan skop kerja yang ditetapkan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial yang mengatakan saya disiasat SPRM kerana membuat tuntutan palsu.

“Kami tidak pernah buat sebarang tuntutan palsu dan semua pembayaran, termasuk sijil mengesahkan penyelesaian kontrak daripada UMS, sudah diterima. Jadi tidak timbul soal kami membuat tuntutan palsu,” katanya.

'Revolusi Habib' Dakwa Azmin Ali Berbohong, Pampasan Hanya 5K Sahaja..

Tular di laman sosial satu penulisan dari krew Revolusi Habib yang agak berang dengan kerajaan negeri Selangor atas isu dua pegawai masjid yang dihalau sehelai sepinggang tanpa pampasan dan pembelaan yang sewajarnya.

Hanya selepas ia menjadi kecoh di laman sosial dan dikecam bertubi-tubi oleh pelbagai pihak, kerajaan negeri Selangor kemudiannya mengeluarkan kenyataan segera bagi menangkis serangan bahawanya mereka akan;

1. Menyediakan rumah PPR dengan 6 bulan bayaran sewa ditanggung oleh kerajaan negeri sepenuhnya.

2. Tawaran pembelian dua unit tersebut kemudiannya akan dibuka kepada penyewa-penyewa unit itu selepas tempoh 6 bulan penyewaan berakhir.

Selepas sehari insiden berlalu, pihak kami dihubungi oleh seseorang yang menceritakan tentang kondisi rumah tersebut dan agak sedih kerana kerajaan negeri sanggup 'membunuh' penyokong sendiri. Kami tidak akan menyiarkan perbualan tersebut disini kerana ia adalah luahan peribadi beliau kepada pihak kami.

Bagaimanapun tinjauan yang kami lakukan di sosial media mengesahkan luahan yang pernah dibuat kepada pihak kami.

Dalam pada itu, terdapat beberapa pihak yang kami kesan menyebarkan penulisan dibawah ini yang ujar mereka adalah fakta kes berkaitan insiden perobohan tersebut.

Setelah disiasat kami berjaya mendapatkan sumber asal penulisan tersebut dan kami siarkan dibawah untuk perhatian dan respon dari pihak kerajaan negeri;

Oleh : Revolusi Habib

Azmin Ali berbohong, tidak pernah arah PBT Pejabat Tanah Untuk Hentikan Perobohan & Pengusiran Kita dikejutkan dengan operasi pembantaian ke atas golongan peneroka bandar beberapa hari kebelakangan ini. 

Bermula dengan perobohan rumah di Kajang dalam kawasan Wan Azizah hingga ke perobohan rumah di Subang kawasan Sivarasa. Kedua-dua kawasan ini adalah dalam jajahan ADUN PKR. Kedua-dua mereka juga merupakan pemimpin tertinggi parti iaitu Wan Azizah sebagai Presiden PKR manakala Sivarasah sebagai Naib Presiden. 

Apa yang mengejutkan kita ialah, berbeza dengan zaman Khalid Ibrahim, mahupun zaman Khir Toyo, Perobohan dan pengusiran kali ini tidak diberikan sebarang pampasan. 

Adapun selepas didesak selama setahun, Kerajaan Negeri hanya bersetuju membayar RM 5OOO sahaja kepada pemilik rumah itupun secara ansuran bulanan setiap bulan RM 3OO hingga mencapai ke 5OOO. Berikut adalah fakta kes bagi menjawab kenyataan media MB selangor dan PKR berkenaan dengan tuduhan mereka kepada penduduk dan Parti Sosialis Malaysia yang turun bersama sejak hari 1 usaha pengusiran dibuat oleh Kerajaan Pakatan Harapan Selangor. 

1. TANAH MILIK SWASTA/PERSEKUTUAN, KERAJAAN NEGERI TIADA KUASA. 

- Inilah alasan pertama dilontarkan oleh para blogger dan pemimpin parti PKR serta PH apabila kita menyentuh isu pengusiran ini di pejabat MB sejak tahun 2O16. 

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, jadual 9 senarai kedua, kuasa segala tanah didalam negeri adalah dibawah kuasa negeri melalui Pejabat Tanah Negeri. Adapun Pejabat Tanah Persekutuan boleh memohon kepada negeri untuk mengusir dan merobohkan, itu hanya terpakai jika "wujud" persetujuan oleh Kerajaan Negeri. 

Dengan jelas disini, kerajaan persekutuan tidak boleh buat apa-apa pun ke atas penduduk melainkan dengan persetujuan atau "kawtim" dengan kerajaan negeri. 

Kalaupun milik swasta, Kerajaan Negeri lebih berkuasa untuk menghentikan perobohan dan pengusiran kerana bila-bila masa tanah itu boleh diambil dan dperintah-bekukan demi kepentingan awam, ataupun memerintahkan syarikat swasta membayar pampasan sewajarnya sebelum projek boleh dilaksanakan. Ini pernah dilakukan oleh bekas MB Tan Sri Khalid ketika beliau menjadi MB Selangor. 

Tidak ada satu protes pun di zaman Khalid Ibrahim ketika wujud perobohan dan pengusiran kerana semua pihak berpuas hati dengan pampasan dan penempatan yang menyebelahi rakyat peneroka. 

2. AKHIRNYA PENIPUAN MB MENGENAI "TIADA KUASA" KE ATAS PEJABAT TANAH DAN PBT TERJAWAB SELEPAS RUMAH DIROBOHKAN. 

Selepas setengah jam rumah berjaya dirobohkan, akhirnya difahamkan oleh pemimpin AMANAH bahawa MB angkat telefon dan mengatakan sudah keluarkan arahan untuk hentikan perobohan. So sekarang? sudah "ada kuasa" arah henti robohkan? Kenapa selama setahun ini kata kepada rakyat yang kamu "tiada kuasa" arah pejabat tanah henti robohkan? Jelas Azmin ada hubungan dengan pemaju untuk halau penduduk disitu. 

3. Setiausaha Agung PSM telah bercakap dengan Pegawai Khas MB Suhaimi Shafie tanya MB untuk arahan hentikan pengusiran. 

- Jawapan oleh YB Suhaimi ialah MB tidak mahu keluarkan arahan itu dan dia juga tidak boleh buat apa-apa. 

- Bermakna Azmin memang berniat mahu meneruskan perobohan dan mengusir penduduk. 

4. Rumah dibina oleh pihak masjid dan pekerja MAS. Untuk pengetahuan, penduduk didalam kedua-dua rumah ini adalah antara pengasas masjid berkenaan sebelum JAIS mengambil alih masjid tersebut secara paksa. Mereka memberi makan kepada para pelajar tahfiz di masjid dan juga menjaga kebajikan masjid sejak 3O tahun lalu. 

5. Orang kanan MB, dan team penyelaras DUN KOTA DAMANSARA sebar cerita kononnya tawaran rumah telah diberikan awal sebelum rumah mereka dirobohkan. 

- Tidak wujud sebarang tawaran kepada penduduk melainkan bayaran RM 5OOO, itupun dibayar secara ansuran. RM 5OOO bukan jumlah yang sama dengan bangunan yang dirobohkan dan punca pendapatan mereka di masjid itu. Radzlan dan budak-budak PKR yang baru nak up, sila tunjukkan bukti pemimpin kamu dah sediakan rumah sebelum merobohkan rumah penduduk. 

6. Surat keizinan merobohkan dan mengusir dipersetujui oleh kerajaan negeri. 

- Surat yang dibawa oleh pegawai pejabat tanah menunjukkan dengan jelas, keizinan meroboh dan meranapkan rumah berkenaan adalah dipersetujui oleh kerajaan negeri. Kerajaan Persekutuan hanya meminta izin untuk merobohkan jika kerajaan negeri bersetuju. 


7. Rumah murah PPRT tingkat 18 diberikan setelah semua rumah dirobohkan dan memusnahkan perabot milik penduduk termasuk barang hantaran kahwin milik anak. - Tinjauan krew Revolusi Habib, rumah yang diberikan itu berada dalam kondisi teruk, rosak, dan lif yang tidak berfungsi. wajarkah kita memaksa orang tua berusia 6O tahun menaiki tangga 18 tingkat untuk berpindah rumah? 

8. Krew RH hubungi pejabat tanah negeri dan pejabat undang-undang SUK. 

- Kedua-dua bahagian undang-undang mengesahkan mereka diminta tutup mulut dan tidak dibenarkan menjawab sebarang soalan daripada media berkenaan isu ini. Mengapa takut jika benar? 

- Mengapa MB keluar arahan kepada pejabat tanah dan pejabat undang-undang SUK untuk tidak respon kepada media? 

9. Peguam HAK ASASI MANUSIA sahkan MB boleh arah batal atau henti perobohan dan pengusiran mengikut perlembagaan 

- Berhubung dengan peguam KS BAWANI, beliau mengesahkan bahawa mengikut undang-undang, seorang MB mempunyai kuasa penuh dan mutlak arah henti roboh dan usir mengikut perlembagaan persekutuan demi kepentingan awam. 

- Peguam Kerajaan Negeri pula ketika dihubungi, tidak mampu menjawab pertanyaan krew RH tentang soalan semudah ini. Sah! KERAJAAN LAHANAT! 

Para penduduk dan PSM telah pun hadir mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pejabat MB sejak tahun lalu iaitu sejak bulan november 2O16 namun setiap kali datang ke pejabat walaupun telah dibuat temujanji, MB beri pelbagai alasan dan tidak mahu berjumpa. 

Ingat! undi kita bukan lagi milik PAKATAN! jika beginilah caranya mereka membohong dan memangsakan rakyat! team RH sedia disaman jika ini fitnah!  

Khamis, 5 Oktober 2017

Kalau Rasa Dah Bertaubat Focus Ubah Sistem Bukannya Asyik Bagi Statement Prejudis Mahathir Oi..

Oleh : Hafiz Idrus
Aku bukan ahli PAS sebab aku masih ahli parti bekas 'rakan baik' PAS. Tapi bagi aku kenyataan 'Negarawan/Top Dog' ini bersifat prejudis serta 'hatred' terlampau bagi seorang yang tidak pernah bersama-sama dalam perjuangan oposisi tetapi merasakan anda itu amat 'reform' dalam perjuangan kanan politik Malaysia masakini.
Satu contoh aku nak tanya negarawan cum Top Dog ini (malas nak tanya soalan banyak sebab aku perlu fokus cari rezeki sebab aku ini bukan golongan elitis seperti kaum keluarga beliau), selama anda mentadbir negara dua puluh lebih tahun yang lepas apa sudah jadi dengan Sekolah Agama Rakyat yang serupa 'Hidup Segan Mati Tak Mau' itu?
Jadi adakah 'kegagalan' anda yang menganggap Sekolah Agama Rakyat seperti kelas mengaji Quran dan Fardu-Ain selama itu merupakan satu sumbangan yang amat besar sekali kepada rakyat beragama Islam di negara ini ?
...dan...
Membentuk golongan-golongan melayu kaya raya yang terdiri daripada kaum keluarga sendiri dan kroni sekeliling anda itu merupakan kejayaan terbesar dalam sejarah bangsa melayu dinegara ini ?
Nasihat saya...
Kalau rasa diri anda itu sudah 'bertaubat' jadi lebih eloklah fokus menukar sistem pentadbiran negara yang lebih terjamin walaupun anda juga merupakan salah seorang 'agen pemusnah' yang terbabit dengan sistem yang telah 'korup' ini.
Mungkin sejumlah besar rakyat sudah percaya hanya anda sahaja yang mampu memulihkan kembali sistem yang telah binasa kepada rakyat ini tetapi jangan lupa bahawa masih wujudnya satu kelompok rakyat (dianggap tidak berjiwa besar) masih fokus kepada perjuangan lebih 'real' dan tidak mudah diperdaya dengan agenda politik bersifat retorika serta dalam mode penuh hipokrasi ini.
Sekian...

Ada Beberapa Penguatkuasa Tak Tergamak Nak Meroboh Rumah Rakyat Sampai Ditengking Ketua..

Oleh : Nik Aziz Afiq
Ada satu kejadian yang saya kira mengusik perasaan. Ini diceritakan sahabat saya Mat yang menjadi saksi kejadian.
Dikatakan sebaik tangkapan pada 9 orang ini selesai lalu rumah itu nak dirobohkan ada beberapa anggota penguatkuasa yang tak tergamak nak meroboh sehingga ditengking ketua mereka.
Ya mereka juga manusia. Mereka pun ada rumah dan keluarga. Sukar bagi mereka nak buat apa yang berlaku tadi lebih-lebih lagi penghuni rumah itu adalah antara yang mengimarahkan masjid.
Maka jangan doa yang bukan-bukan kepada orang-orang yang terdesak mengikut arahan seperti mereka. Nak doa sila doa pada dalang kejadian ini yang mana pasti tidak dapat selindung kejahatannya dari pandangan Tuhan.
------
Saya perasan ada pihak cuba selindung cerita dengan taktik kononnya MB Azmin ali tak tahu menahu apa yang berlalu. Ada versi lagi dahsyat iaitu MB dah arah untuk tangguh atau henti tetapi pegawai penguatkuasa sengaja langgar arahan.
Sekarang mereka cuba menjadikan pegawai terbabit sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan. Gambar pegawai terbabit diedit pelbagai rupa.
Walhal semalam, sebelum kejadian ini berlaku Setiausaha Agung PSM Saudara Sivarajan telah menelefon YB Suhaimi iaitu PA kepada MB lalu merayu untuk hentikan perobohan ini. Tetapi YB ini menjawab perobohan tetap akan diteruskan.
Maknanya PA kepada MB yang juga Wakil Rakyat sudah maklum akan hal ini. Apakah PA beliau tidak maklum pada beliau sendiri (jadi PA buat apa kalau macam tu?) Bahkan isu ini hangat sejak minggu lalu lagi. Apakah tak ada mulut yang menyampai kepada MB?
Implikasi soalan ini ada dua;
Jika PA tak bagitahu MB/sembunyikan maknanya kerajaan negeri teruk.
Jika MB sengaja buat pekak maknanya kerajaan negeri teruk
Jika PA dan MB sama-sama lemah daya ingatan dan mamai bermakna confirm kerajaan negeri teruk!
Zaman khir toyo pun kerajaan negeri ketika itu bagi rumah ganti oiiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...