Rabu, 4 Oktober 2017

Papa Gomo Malu Besar Apabila Syed Saddiq Uturn..

"Dilaporkan esok 2 Oktober jam 11.30 pagi, Ketua Armada parti Bersatu akan membuat sidang media khas bagi mengumumkan perletakkan semua jawatan yang disandangnya kini dalam parti Bersatu. 

Mengikut sumber terdekat dari pakatan Harapan, pengunduran Syed Saddiq dari parti Bersatu adalah ekoran huru hara dalam Pakatan Harapan kerana berebutkan jawatan. Ditambah pula dengan politik wang yang semakin keterlaluan untuk menjawat jawatan dalam parti Bersatu," itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Sir Azri yang juga adalah blogger Papa Gomo di facebook beliau sehari sebelum Syed Saddiq membuat sidang media bagi mengumumkan tindakan beliau menolak tawaran sambung belajar ke Oxford.

Menurut Papa Gomo, dia dan Syed Saddiq sebenarnya berkawan dan ada bertemu dengannya baru-baru ini di mana Syed Saddiq meluahkan perasaan mahu berhenti daripada politik kerana mahu meneruskan hasrat sambung belajar ke United Kingdom.

"Aku kawan biasa dengan Syed Saddiq, dan tempoh hari berjumpa dengan beliau pun waktu itu ada Syed Saddiq menyatakan hasrat untuk berhenti politik dan menyambung pelajaran ke luar negara memandangkan sudah ada tawaran dari Universiti di UK buat Syed Saddiq", katanya di status berkenaan.


Bagaimanapun pada hari yang dijanjikan apa yang berlaku ialah Syed Saddiq mengumumkan hasrat untuk tidak menerima tawaran sambung belajar dan menolak biasiswa yang bernilai 400,000 yang ditawarkan kepadanya jika memilih untuk menyambung pengajian ke Oxford.

“Saya buat keputusan mengenepikan (biasiswa) Oxford dan mengutama dan memfokuskan perjuangan untuk Malaysia yang lebih baik. “Parti politik bukan keutamaan. Tapi saya tahu jika saya ke Oxford, hati saya bukan di sana. Hati saya akan di Malaysia,” kata Syed Saddiq dalam sidang media pada 2 Oktober lepas.

Selain Sir Azri, Papa Gomo juga mempunyai satu lagi akaun Facebook yang menggunakan nama Muhammad Azri.


 
Setelah seharian galak mengusik rakan-rakan dari parti PPBM, Papa Gomo menukar nadanya selepas Syed Saddiq tidak mengumumkan apa yang beliau canang-canangkan di Facebook sebelum ini.

Syed Saddiq disifatkannya sebagai 'sampah' apabila beliau disakat dan dikutuk kerana membawa berita palsu mengenai Syed Saddiq yang didakwanya akan berhenti berpolitik dan mahu mengutuk Mahathir Mohamad dalam sesi sidang media.


Bagaimanapun isu Syed Saddiq tak jadi sambung belajar nampaknya telah memberikan tamparan hebat buat Papa Gomo yang rata-rata netizens beranggapan beliau telah dipermainkan dan diperbodohkan oleh Syed Saddiq.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...