Rabu, 4 Oktober 2017

9 Ditahan Kerana Halang Roboh Rumah Pegawai Masjid.

9 orang ditahan polis kerana didakwa menghalang, membuat huru-hara dan mengacau kerja-kerja perobohan beberapa unit rumah yang diduduki oleh Pegawai Masjid Subang.
9 yang ditahan
Menurut PSM, tanah tersebut telah dipajakkan kepada pihak swasta dan pengusiran dibuat untuk membolehkan pihak swasta menjalankan kerja-kerja pembangunan yang telah dirancang ke atas tapak berkenaan.

Bagaimanapun pengusiran dibuat tanpa melibatkan sebarang bayaran pampasan mahupun notis awal.

Baca : Ada Apa Dengan Cerita 2 Pegawai Masjid Yang Ditindas Ini?

Pada 27 September lepas pihak berkuasa tempatan sebenarnya telah hadir ke kuarters pegawai-pegawai masjid tersebut untuk menjalankan kerja-kerja perobohan bagaimanapun ia ditangguhkan selepas PSM campurtangan bagi menghalang kerja-kerja perobohan dilakukan apatah lagi tanpa melibatkan notis dan pampasan perpindahan.


Rundingan kemudiannya berlangsung di antara dua pihak, dan PSM menuntut agar pampasan dan masa diberikan agar kesemua mereka dapat berpindah sebelum kerja-kerja perobohan berlangsung.

Bagaimanapun awal pagi tadi beberapa anggota berkuasa tempatan telah memenuhi kawasan kuaters untuk melakukan kerja-kerja perobohan dan 9 ditahan kerana didakwa menghalang tugas penjawat awam.

9 yang ditahan adalah;

1. Sivarajan Arumugam (SUA PSM) 
2. TMohan Mohan (PSM Subang) 
3. Khalid Mohd Ismath (KP PSM) 
4. Sharan Raj (Pemuda PSM) 
5. Smm ParanJothi Ks Joma (Pemuda PSM) 
6. Ahmad Ridzuan 
7. Ahmad Fauzi 
8. Hafizudin 
9. Mohamad Anaqy bin zulkifli

Kesemua yang ditahan dimaklumkan akan dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk diambil keterangan.

Dalam pada itu menerusi kemaskini terbaru PSM di halaman media sosial milik parti itu, mereka mendakwa orang Pakatan Harapan yang berada di lokasi perobohan telah memutarbelitkan cerita dengan melakukan penipuan.

"Sehingga rumah dirobohkan, dan penahanan dibuat 9 org, tiada langsung arahan MB untuk hentikan perobohan! Orang PH yang ada disitu cuba spin cerita katakan MB suruh hentikan perobohan, tapi Pegawai PTG yang tak ikut. Isu ini dah bawa ke MB sejak Nov 2016. 

Langsung tiada Tindakan Kerajaan Negeri Selangor. Semalam saya Sivarajan Psm SUA terus hubungi PA MB, Suhaime, dia juga enggan hentikan perobohan ini," katanya di status tersebut.

Oleh : Nik Aziz Afiq

Tadi kamu roboh rumah saya, sekarang kamu tahan dua orang anak saudara saya! Kenapa kamu kejam begini!! - Luah Bilal Razak, rumah beliau di tepi Masjid Airport Subang tadi antara yang dimusnahkan pihak berkuasa dibawah kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali.
"Dulu, waktu umno berkuasa, saya, arwah Ustaz Dahlan dan kawan-kawan langgar arahan jabatan agama bawah umno untuk bawa Ayoh Chik (Haji Hadi - Presiden Pas), Ust Nik Aziz (Mantan Mursyidul Am Pas) ke Masjid kami untuk berkuliah.
Sayalah yang menjadi Lajnah Tarbiah masjid yang aturkan kuliah, sayalah juga yang berkawal jaga keselamatan mereka demi melawan Umno.
Saya tak pernah terfikir, disaat hujung usia ini, kerajaan negeri yang asalnya pembangkang dulu sanggup buat saya macam ni, rumah saya dirikan diroboh tanpa pampasan.
Yang pertahan rumah saya orang PSM, bukan orang PAS, bukan orang PKR! Yang ditangkap bersama dua anak saudara adalah pimpinan PSM. Tergamak kamu buat begini. Tergamak kamu!

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...