Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 4 Oktober 2017

YB Amanah Luahkan Kekecewaan Cara Kerajaan Selangor Tanggani Isu Perobohan Rumah Rakyat..

Pagi tadi dua unit rumah yang didiami oleh kakitangan masjid Subang telah dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan selepas mendapat notis kebenaran dari pihak mahkamah. PSM menerusi beberapa wakilnya telah turun padang bagi menghalang kerja-kerja perobohan berikutan rundingan di antara kedua belah pihak belum lagi dimuktamadkan terutamanya mengenai penempatan semula dan bayaran pampasan.

Bagaimanapun Pejabat Menteri Besar, Azmin Ali tadi telah mengeluarkan satu siaran media pantas bagi memberikan maklumat bahawanya kerajaan negeri bersedia menawarkan dua buah unit rumah sebagai pampasan kepada keluarga terbabit.

Ini dipercayai mungkin ada kaitan dengan kritikan bertubi-tubi yang diterima oleh pihak kerajaan negeri sejak siang tadi selepas berita rumah-rumah tersebut dirobohkan menjadi tular di laman sosial. 

"Rakyat bukan tak nak keluar tapi minta pampasan yang bersesuaian dengan berpuluh tahun mereka mbina kehidupan di situ. Gadis jual nasi lemak pun boleh diberi perhatian. 

Inikan pula nasib pejuang2 rakyat yang kehilangan rumah kerana perobohan dan pengusiran paksa. Dah tak de ke rumah rakyat yg boleh ditawarkan kepada mereka dalam negeri ni? Exco Perumahan mana?," kata Aiman Athirah di facebook beliau. Aiman Athirah ialah Wanita Pakatan Harapan dan juga AJK parti Amanah.

Manakala Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Mariah Mahmud pula meluahkan perasaan kecewa kerana rumah rakyat diroboh tanpa disediakan rumah ganti terlebih dahulu.


"Kecewa bila dalam negeri yang di kuasai Pakatan Harapan rumah rakyat dirobohkan sebelum mereka ada rumah ganti. Bukannya ramai dua keluarga sahaja. Di mana silapnya," katanya di akaun Facebook milik beliau.

Meskipun kerajaan negeri bersedia menawarkan rumah untuk kedua-dua keluarga terbabit tetapi ia tidak menghentikan cakap-cakap negatif terhadap pihak kerajaan.

"Dah roboh baru nak bagi rumah, kenapa tak bagi awal-awal dulu?," kata Sahazan. 

"Katanya semasa proses perobohan rumah itu berlaku, pihak kerajaan negeri SEDANG bermesyuarat. Inilah yang disebut bak kata pepatah dah nak terberak baru nak gali lubang. Semalam, dua hari lepas, minggu lepas, bulan lepas kerajaan negeri buat apa?," sindir Hadi Nur Muhammad pula.

"Inila yang dok bincang. Bagi rumah nanti dorang pindahla cara elok. Kau dah roboh rumah orang. Lepas tu jadi hero tawarkan rumah. Apa tak bagi awal-awal masa orang minta dulu? Takdelah isu," kata Che Dha.

"Betul ka ada surat dari kerajaan negeri ke IPK Selangor mintak polis turun ke Masjid Subang?? Maaf seqodar bertanya," soal Abah Anas di Facebooknya.

Bagaimanapun tinjauan di laman sosial mendapati kebanyakan netizens masih memuji tindakan Azmin Ali yang menawarkan bantuan rumah kepada keluarga yang terbabit.

Walaupun bantuan agak lambat dan pengumuman dibuat secara tergesa-gesa dan di saat-saat akhir, ramai menyifatkan bantuan rumah yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri sepatutnya diterima oleh keluarga-keluarga yang terbabit. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...