Jangan marah aku. Aku juga tak ingin tengok dan ulas macam2. Tapi oleh kerana berita semalam sangat kelakar maka aku dengan sengaja sambung tengok lagi pada malam neh. Dan akhirnya macam yang aku jangka dan sangka. Ia memang kelakar bhai.
kah kah kah
Amek mood gelak dulu.
Tadi di buletin utama tah hapa2 najib cakap blablab.. lepas tue ada lah orang yang aminkan.
Najib : blablab..
amin..
Najib : blablab..
amin..
Last2 diakhiri dengan salam.
Aku siyes tak faham apa benda yang aku tengok. Apakah najib sedang membaca doa? Jika ya kenapa dia tidak tadahkan tangan dia bagai membaca doa? Kalau dia sedang berucap maka kenapa ada orang2 umno mengaminkan ucapan2 dia? Maaf. Aku mengaku ia pelik pada pandangan aku. Sebab bagi aku ucapan2 yang mengutuk2 pas, pr dan dap kemudian di aminkan pula oleh orang2 umno, jelas ia mengarut.
Contoh ;
Najib : saya kata pas bangang ..
amin..
Apa maksudnya neh?
Aku sebenarnya dah selak laman web tv3. Tapi video berkenaan tiada. Aku suka nak tunjukkan korang perkara tersebut sayang.. ia tidak direkodkan dalam web. Tapi itu bukanlah lawak yang aku nak share.
Lawak yang sebenarnya ialah bila umno pongpang berbai'ah. Tapi tv3 hanya sebut ikrar. Tapi piem sendiri mengaku bahawa mereka telah berbai'ah. Cara mereka berbaiah juga berbeza. Ia baiah yang langsung tak macam baiah.
Ironinya puak2 ini lah yang dulunya menghina + mengutuk + mencerca + melabel + menuduh + memaki bahawa pas neh sesat sahabat2. Sesatnya pas sebab berba'iah. Kata mereka baiah ini tiada dalam politik islam sahabat2. Selak lah blog2 depa. Search balik artikel2 lama. Baca balik apa yang depa tulis pasal isu bai'ah neh. Baca balik apa ulasan depa pasal isu bai'ah neh.
Tapi pada hari neh puak yang menghina kita sebagai sesat, kafir, taliban, syiah, ektremis dan macam2 lagi gelaran yang buruk dan teruk mengamalkan apa yang pimpinan kita amalkan. Tapi itu pun dengan cara yang main2. Orang kalau bersolat mesti ada wudhu, mesti baca niat, mesti ikut rukun tertib, tapi depa main bedal. Janji dilihat dan di anggap macam bai'ah.
kah kah kah.
Tepuk dahi aku bhai. Aku yang pondan, yang bapok, yang lembut, yang lembik, yang sotong neh pun tahu cara bai'ah yang betul. Takan najib dan umno yang terer bab sumpah sampai 4 kali, yang baru balik haji, yang hebat bercakap pasal wasatiyah tak tahu cara bai'ah yang betul? Dia piem malaysia ma. Dia cakap dia hebat pasal islam dan melayu ma. Dia ada menteri agama di belakang time dia pongpang2 ma. Dia patut arif dan faham tentang itu.
Tapi yang tak boleh blah sekali bila dia masih lagi berpongpang kutuk2 pas selepas dia berbai'ah bagai. Dah larh berbaiah sebab pas berbaiah walaupun sebelum neh kutuk pas segala bagai tapi lepas berbaiah bukan nak semak kesalahan diri sendiri tapi sibuk hentam pas.
Lepas dah puas kutuk pas "kedalun" dan pelbagai fitnah dan tohmahan yang lain, pongpang pasal anwar ibrahim tak bersumpah pula. Dia siap bangga2 lagi sebab dah 4 kali bersumpah dan junjung Alquran. Peh. Adakah perbuatan bersumpah dan junjung Alquran ialah perbuatan yang boleh dibanggakan sebenarnya disini? 4 kali bersumpah? Itu perkara yang membanggakan ke?
Dia cakap dia dah bersumpah 4 kali. Dan najib bandingkan diri dia dengan dsai yang langsung tak bersumpah. Malahan dsai juga tidak bersumpah di mahkamah [menurut dia]. Lepas tue macam biasa dia buka cerita pasal saiful [liwat] lagi. Konon nya kes liwat itu urusan dsai dan saiful. Memang lah. Bukan orang tuduh dia liwat saiful. Orang tanya dan persoalkan apa sebab sebelum dan selepas saiful diliwat, saiful bersama dia. Itu je.
Itulah yang orang jadi hairan. Ingat akal manusia neh remote ka? Bila lue tekan a maka semua orang akan fikir pasal a? Takde. Akal manusia neh unik ma. Satu benda boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran apabila akal2 yang berbeza menafsirnya. Sama juga dalam kes neh. Contoh ;
Sorang penyokong umno yang berakal umno akan iyakan kata2 pemimpin umno [najib] bahawa saiful datang jumpa najib sebab urusan biasiswa.
Seorang penyokong pr pula akan mengkaji akedemik saiful adakah dia benar2 layak berjumpa piem dan mohon biasiswa?
Manakala seorang penyokong bebas pula akan berfikir apahal plak si saiful neh leh direct jumpa piem minta biasiswa padahal wa kena panjat tangga naik lif jumpa prof, lec, belajar pandai2, cpga 4 pun payah nak mampos dapat biasiswa. Dia plak sesedap jumpa piem minta biasiswa. Weh.. piem tue bhai. Piem. Wa cakap sama lue..piem tue..
Soo? Ko expect seme orang terima hujah dan sumpah ko bulat2 dan jangan sesekali meragui ko dan mesti belajar bersangka baik? Salah begitu. Pemikiran ko ialah pemikiran yang sangat songsang. Jika pun rakyat mahu bersangka baik, sudah tentu perwatakan seseorang itu haruslah dilihat baik.
Dengan seseorang yang bergiat dengan aktiviti judi dan pelbagai maksiat [melalui lesen dan saham], dengan seseorang yang menghalang royalti petroleum, dengan seseorang yang menfitnah mereka2 yang berbeza pendapat dengan dia, dengan seseorang yang memperlekehkan islam, dengan seseorang kejam, walau sedaya mana pun kita mahu dan cuba untuk bersangka baik, kita [rakyat] sebenarnya tidak mampu. Tidak mampu untuk menipu diri sendiri.
Fahami neh najib. Walaupun ko mungkin menang besar pada pru-13 kelak, jangan pernah anggap ia nikmat. Jangan pernah anggap ia rahmat. Ko sebenarnya dah kehilangan rahmat dan nikmat yang paling besar sekali di dunia dan akhirat. Sudah lama ko kehilangan ia. Sejak rakyat menangis dan merempat kerana dizalimi ko.
Ameno : Pertandingan sesumpah?