Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 25 April 2015

Ini Dapur Rumah Rosmah.

Ini dapurnya.


Kau baca lah ;



Sekarang ko tahu. Itu dapur rumah mama Rosmah kita katanya.

Sepanjang hari-hari yang sakit. Aku dan juga laptop. Macam sehati sejiwa plak. Aku daripada sibuk mengingati tuhan. Buang masa mengikuti pergaduhan antara rakan-rakan UMNO di facebook.

Dorang bergaduh hari-hari. Sindir menyindir sesama sendiri. Dan bila bergaduh mula la masing-masing mengeluarkan point-point yang mendedahkan kelemahan lawan (rakan) mereka. Dari situ ko yang tatau apa-apa pun boleh jadi tahu sesuatu. Nampak? Nampak? Dedicate gile jadi orang penyibuk tengok dorang bergaduh.

Starter.


Maaf. Aku dah terscreenshot. Awal-awal lagi. Dia dah padam. Tapi bukti aku dah rakam.

Haha.

Aizley neh siapa. Aku, tak kenal. Start kenal bila tengok mereka bergaduh sesama sendiri.

Baca portfolio sikit ;
Ini kita nak kelaskan macam mana ya...?

* Calun Exco Pemuda Umno Malaysia (2013-16) -KALAH
* Calun Naib Ketua Bahagian Ampang (2013-16) - KALAH
* Setiausaha Unit Pidato Pemuda Umno Malaysia (2008-13)
* AJK Biro Putera Pemuda Umno Malaysia (2004-08)
* Ketua Cawangan Umno Persiaran Bukit Jaya (2013-16)
* Ketua Penerangan Pemuda Umno Cawangan 
Jalan Enggang (2007-13)
Aizley Shahar ini sangat rapat dengan kepimpinan Pemuda Umno Malaysia walaupun tewas bertanding Exco dan hanya dapat 3 Undi (1 undi Pencadang,1 undi Penyokong dan 1 undi dia sendiri...koh koh koh).Dia dilihat selalu bersama Ketua Penerangan Pemuda Sdra Jamawi Jaafar dan rasanya dia diberi jawatan dan tugasan dalam Biro Penerangan Pemuda Umno Malaysia ini.

Tapi,sejak Tun Mahathir melancarkan serangan terhadap Presiden Umno,mamat ini pun sama naik senada dan serirama dengan Tun M dalam mengutuk,menghina dan menyindir Presiden Umno dan Isterinya. Jadi suka aku nak bertanya kepada Khairy Jamaluddin sebagai ketuanya...apa sakit budak ini?

Kepada Sdra Jamawi Jaafar yang sering mengusung budak ini kehulu kehilir..apa fungsi budak ini dalam Biro Penerangan Pemuda Umno Malaysia?

Apakah korang semua sedar tindakan dan kenyataan "menghina" Presiden Umno dan Isteri yang dia muatnaik dilaman facebook nya setiap hari?
Apakah tindakan anda semua?

Sumber.

Kesnya.

Pro Mahathir VS pro Najib di laman sosial.

Aizley neh pro Mahathir.
Macam pendedahan Mykmu baru-baru neh. Geng 5 sekawan yang bermatlamat tumbang Najib. Itupun dikatakan pro Mahathir. Geng2 Aizley neh la. Armand apa semua. Tatau la aku isu yang MYKMU dedahkan tue betul ke tak betul. Bila tengok list barisan pro Najib dan Rosmah ada nama Papa Gomo yang dah semakin kurus tue aku terus geleng2 kepala. Percaya kat pemfitnah ibaratnya aku neh p bunuh diri.

Kritik Rosmah di laman facebook.

Dapur rumah dia bagi. Pakej dengan ruang tamu. 

Bagi pada geng2 UMNO. Untuk menilai. Rosmah kononnya tak seperti yang dorang lihat. Tapi beb. Rosmah pada mata aku memang senada dengan persepsi aku. Bukan aku nak mengutuk ke apa ke ek. Ini cakap pasal fakta. Cuba kau semua perhatikan Rosmah setiap kali dia p mana-mana. Dari baju kepada beg kepada jam. Rantai, gelang, cincin dan subang. 1 set selalunya. Dari bayangan gambar je dah boleh tahu bukan stok cikai-cikai punya. Yelah. Aku selalu perhatikan dia. Biasalah. Paparazi. Penyibuk pun ya juga. Tapi lebih tepat sebetulnya cari bahan. Fikir fikir fikir. Hari neh apa aku nak kutuk Rosmah. Tahu. Aku kena santau. Ini semua salah Rosmah. Tapi orang macam Rosmah memang jenis jaga penampilan dan gaya. Dia utamakan fashion dia. Rambut pun berdandan lagi. Orang yang jaga rambut, jaga beg, jaga penampilan, jaga kasut, jaga jam, jaga gaya kau rasa dia nak ke berdapurkan seperti di atas? Kalau jarang balik rumah tue mungkin ye la. Mungkin itu rumah yang setahun sekali dia jenguk. Silap2 2,3 tahun sekali baru balik.

Tapi orang macam Rosmah neh, rumah yang dia dok tinggal tue dia akan jaga kaw2 punya. Dari dapur sampai la ke laman. Ada satu rancangan kat Astro yang aku tengok. Lupa nama rancangan tue apa. Home apa tah. Rumah pelik2, mewah2 dalam tue. Ada rumah tengah laut. Rumah dalam hutan. Rumah atas sungai. Rumah yang sekeliling dia ada air. Rumah kolam. Macam-macam design la kan. Orang yang ada rumah2 cantik macam tue tak semuanya kaya2 beb. Ada yang beli rumah lelong je pun. Tapi dorang renovate dan jaga elok2 la. Itu orang yang biasa-biasa. Kalau yang macam Rosmah? Kau rasa dia nak ke ada dapur macam tue kalau dah tinggal kat rumah tue hari-hari?

Memang tak la. Bukan pula aku kata ianya salah untuk dia memiliki dapur rumah yang cantik. Cuma aku kata untuk mengatakan Rosmah itu berserdahana orangnya dengan menyebarkan gambar salah satu dapur rumah yang dia ada, sebenarnya tak masuk tajuk beb.

Pada Rosmah neh. Tajuk dia bukan dia bersalah kerana menjadi kaya. Bukan juga dia dipersalahkan kerana suka bermewah. Bukan orang target dia sebab dia isteri Najib. Setakat suka bermewah dan barangan berjenama, bukan bini piem pun suka. Boleh aku kata, perempuan lazimnya memang itulah sikap mereka. Barangan branded, mewah dan cantik. Mahal pun ya juga. Ini peel pompuan. Hentikanla nak berlakon tak suka. Meluat plak aku tengok. Tapi. Yang menjadi masalah bila Najib dan kerajaan asyik tarik subsidi. Dan seru rakyat berjimat. Itu boleh sabar lagi. Lepas tue kantoi plak mama Rosmah ke luar negara naik pesawat rasmi. Pembayar cukai tanggung pulak. PERMATA. Memang projek kerajaan. Tapi terlalu dikaitkan dengan Rosmah disebabkan kerajaan beri penumpuan khusus. Kenapa bukan tadika KEMAS yang diperluaskan peranannya. Kenapa bukan tadika KEMAS yang diperbaiki organisasinya. Kenapa bukan tadika KEMAS yang disusun semula sistemnya. Kenapa nak buat yang baru sedang yang sedia ada boleh dirombak semula. Bahkan. Tadika KEMAS boleh dijenamakan semula sebagai PERMATA. Dengan peranan dan manfaat yang lebih baik ke atas rakyat. Perkara-perkara inila yang menyebabkan orang pinpoint cara Rosmah hidup dengan mengaitkan ia dengan pembaziran di saat rakyat diseru dan dinasihati jimat cermat. Rakyat rasa syak dan prasangka pada kepimpinan Najib. Tindakan Najib la yang mendorong ke arah pemikiran rakyat. Rosmah tue kalau boleh dianggap sebagai mangsa keadaan, maka suami dia la yang paling bersalah dalam cerita neh. 

Sekarang Aizley silent mode. Bloggers pro Najib lancar serang kubu pertahanan kem Mahathir kaw2. Semua perkara kena korek. Rahsia. Kerja. Selongkar. Mampuih. Btw. Takyah sibuk serang2 aku. Aku memang ada gambar bogel dan video lucah. Mengaku siap-siap.  

Aku perhatikan. Satu persatu yang condong ke arah Mahathir semua kena serangan maya. Lima sekawan. Lima tak sekawan. Apa-apa je la. Asal pro Mahathir. Yang cari makan dengan UMNO. Yang memang kerja atas label UMNO. Yang dok menyendeng dengan UMNO mencari rezeki dan projek. Menteri atau apa. Asal lawan Najib kau kena.

Pergaduhan dorang sengit. Bukan ada tumbuk-tumbuk atau darah pun. Sengit sebab memasing akan melondehkan rahsia memasing. Dulu kawan. Rapat. Pegang tangan kutuk pembangkang. Sekarang kutuk sesama sendiri. Benda neh lumrah beb dalam politik. Kita amek popcorn sudah. Sebab popcorn ada GST, kita desak Rosmah belanja kita. Then ramai-ramai dok tepi tengok pro Najib vs pro Mahathir. Sapa menang, sapa kalah. Jangan harapkan macam tue. Berdoalah. Agar dua-duanya bakal kalah. Kerana kekalahan BN, kemenangan buat rakyat.

KAH KAH KAH

Kutip 42 Juta Sehari Dengan GST Tapi Batal Pembinaan Hospital.

Malas nak membebel. Aku bagi ringkasan sudah. Kaki pun tengah sakit neh. Dedua belah plak tue. Silap2 mati esok lusa. 

Fakta.

 
KASTAM umum kutip 922 juta dalam masa 22 hari sejak GST dilaksanakan. 42 juta sehari. Ini hanya berdasarkan kepada barangan import semata-mata. Barang tempatan yang kita produce sendiri itu lain cerita. Yang kita langgan perkhidmatan itu pun lain kisahnya. Kutipan di atas hanya merujuk kepada penjualan barangan import semata-mata. Bil api ka bil elektrik ka permit ka lesen meniaga ka roadtax ka cukai tanah ka cukai hartanah ka cukai segala mak bapak ka apa ka itu tak campur dengan collection di atas oke.

Dan ini juga berlaku di negara kita.


BATAL! BATAL! BATAL!


Duit takdak katanya.

Kedudukan ekonomi tak mengizinkan. Bukan batal forever. Just tangguh ke satu tarikh baru yang mereka boleh laksanakan kelak. At this moment, kira tergendala lah prosesnya.

Satu hari kutip 42 juta.
Nak bina hospital, duit takdak?

Kelakar bhai.

Kemudian. Ini kisahnya.

 
Alasan kenapa tuntutan untuk menaikkan gaji kakitangan awam tidak sepatutnya dipenuhi pada masa kini.

Keadaan ekonomi tidak sesuai katanya.

Tapi gaji wakil rakyat kau?
Ahli parlimen naik. Senator naik. Menteri pun naik juga.

Kurang2. Menjadi ahli parlimen. Bila mereka pencen kelak. 8,000 sebulan dalam tangan. Untuk diri atau bini jika si tuan punya badan tiada.

Boleh naikkan gaji wakil rakyat dan menteri?
Kakitangan awam biasa tak boleh?
Sedangkan tuntutan berlaku dalam waktu yang sama.
Keadaan ekonomi berubah setiap 1 saat ke yang bagi alasan macam gampang seperti di atas? Eh, lue fikirlah sendiri. Ada banyak benda aku nak karang untuk mengumpat kerajaan seterusnya. Almaklumla. Rehat lama sangat sebab sakit. Kbai.

Jumaat, 24 April 2015

Terus Lawan Rejim Kata Ayah Halim Sebelum Pergi Tak Kembali.

"Kamu mesti istiqomah. Jangan peduli apa yang orang nak cakap. Mulut orang takan berhenti bercakap sama bila-bila. Teruskan buat apa yang kamu fikir betul. Ayah sokong kamu. Tapi ayah malas nak gaduh2 neh semua. Ayah sibuk turunkan rejim (BN)".

"Ayah sedihla tengok pakcik (gigi palsu) tu kena kutuk. Tak patut mereka hina dia".

"Jaga kesihatan kamu. Ayah sayang semua anak-anak Ayah".

"Takde apa. Saja Ayah tanya kesihatan kamu. Jaga diri elok2. Kita nak lawan rejim".

Bulan-bulan terakhir. Hari-hari terakhir. Saat-saat terakhir.

Yang aku tabik. Ini memang jiwa dia. Sekurang-kurangnya berdasarkan pengalaman. Setiap kali pun. Peduli tentang perkhabaran. Tanya tentang kesihatan. Nasihat tak tinggal. Focus jadi pegangan. Katanya. Jangan lari matlamat. Kita terus lawan rejim. 

Dia akan sentiasa ambil berat.
Di panggilan.
Di wassap.
Di inbox facebook.

Apa khabar. Bagaimana. Semua oke.

Kalah aku. Seorang anak. Pada ibu kandungnya sendiri. Kalah.

Bulan-bulan terakhir sebelum dia pergi. Ada beberapa panggilan dia yang aku tak sahut. Melengkapkan kuota memang jenis malas peduli, lepas 2,3 hari baru aku tanya kenapa. Itupun menerusi mesej wassap. Sedangkan. Jika aku call dia, dan dia tak menjawab, dia akan terus call balik untuk tanya kenapa selepas itu.

Beza. Orang yang peduli. Dengan orang yang tak peduli. Yang peduli itu dia. Yang tak nampak itu aku.

Aku fikir ini pengalaman yang berguna. Ini kesilapan yang mengajar. Sekurang2nya untuk aku jadi lebih peka.

Ayah Halim. Damai la Ayah di sana. Terima kasih kerana sentiasa peduli. Terima kasih kerana sentiasa bertanya dan mencari. Maaf. Terlalu lambat untuk aku menyedari. Tetapi insya-Allah. Ini aku pegang. Terus lawan rejim. Lafaz kata Ayah pada aku. Kita terus lawan rejim. Biar mati, kita tetap lawan rejim.


Adat manusia. Semasa hidup. Buruk jadi ukuran. Bila dah tiada. Baru nampak kebaikan. Semoga ditempatkan dikalangan yang beriman dan beramal soleh. Kami akan datang, tak lama lagi, di tempat yang Ayah tinggal kini. Nantikan, ya. 

Khamis, 23 April 2015

Kerana 1MDB Kerajaan Kerugian Aset Bernilai 25 Billion - Dan, Mana Baki Pelaburan 27 Billion 1MDB Soal Mahathir.


Macam biasa. Blog Mahathir sukar diakses setiap kali update sesuatu. Kali neh Mahathir menulis dalam English. Pada pendapat aku. Setiap kali Mahathir mengulas atau mengkritik Najib dalam bahasa English ianya lebih berbisa dan berbahaya berbanding versi bahasa. Matlamat yang disasarkan oleh Mahathir juga jauh bilamana kritikan dilakukan dalam versi English. Mungkin ada la media luar khususnya akan memetik kritikan tersebut dan sekaligus ianya akan menjadi berita bertaraf global. Bukan sekadar laporan dalam media tempatan semata-mata.
Apa pun aku tertarik dengan keypoint Mahathir tentang 1MDB ;
- 1MDB beli 2 aset kerajaan di bawah harga pasaran. Ini menyebabkan kerajaan kehilangan aset bernilai berbillion2 ringgit apabila ianya dijual dalam juta2 ringgit kepada 1MDB.
- Jumlah kerugian itu dicatatkan pada angka 25 billion.
- 1MDB juga beli aset di Penang.
- Kali neh terbalik pula. Hartanah tersebut dibayar melebihi dari harga pasaran.
- Bahkan sektor tenaga yang diambilalih oleh 1MDB juga dibayar melebihi dari harga pasaran.
- 1MDB tidak menghasilkan sebarang pendapatan  sejak mereka beroperasi. Mereka hanya keluar duit.
- Dan yang paling penting bila Mahathir kata hutang 1MDB dijamin kerajaan itu juga sebenarnya membayangkan seolah2 kerajaan la yang berhutang dengan pihak lain. Bayangkan. Malaysia ada hutang 42billion semata2 melalui pinjaman 1MDB sahaja. 42b ini ialah pinjaman pokok. Kita tak cerita tentang faedah yang perlu ditanggung.
Dan, wow. Padan la beria2 GSTkan popcorn. 
Berikut apa yang dipersoalkan oleh Mahathir tentang kehilangan wang dalam 1MDB.
1. The management of Government finances is governed by laws, rules, regulations and practices. Companies also have similar systems but Government manages huge sums of money, basically the people’s money and it is imperative that the managers follow the laws, rules and regulations.
2. Corruption prevails in almost all Governments. But usually they involve relatively small sums. The work of auditors are supplemented by special anti-corruption authorities to ensure that as little as possible of Government money is misused, abused or basically stolen by the people authorised to manage it.
3. Governments can lose money through bad investments. We would know where the money is lost. But when huge sums of money disappear, then those entrusted with its management must answer for the disappearance. Disappearance is different from just losing. Disappearance is about money lost which cannot be traced. This can be because of corruption or theft.
4. In Malaysia the PM and DPM usually hold one extra portfolio. Usually the Ministry of Home Affairs and Ministry of Defence alternate between the two. Occasionally while waiting for suitable candidate, the Ministry of Finance is held by the PM. Dato Sri Najib however prefers to keep the Ministry of Finance under him all the time. He has appointed a second Minister of Finance. This is his prerogative of course, but he must ultimately be responsible for what happens to the country’s finances.
5. The first requisite for the management of Government money is the yearly budget. Prepared by the Ministry of Finance from feedbacks by all ministries and departments, the budget is first presented to the Cabinet. If passed it is then presented to Parliament.
6. Government is expected to spend money according to the budget. If the yearly budget cannot meet an urgent need of the Government, a supplementary budget can be presented by Cabinet to Parliament. Drafts of the budgets are prepared by officers of the Ministry. Government raises money through taxes and fees of all kinds. Government may own special businesses such as Petronas, which may contribute to the budget.
7. In Malaysia there is also off-budget-funds which may not be presented to Parliament but are still subject to scrutiny and approval of the Cabinet.
8. Cabinet papers are secret of course. But in the case of 1MDB the presentation to the Cabinet and approval by it seems to be unclear. There seems to be attempts to hide behind official secrecy.
9. What we do know is that 1MDB has as its advisor the Prime Minister and Minister of Finance. It is inexcusable that the management which is appointed by the PM would reject his advice. So like the British Advisor of old, the advice of the Advisor is a directive.
10. Since then three CEOs of 1MDB have resigned without explanation. Could it be because they could not accept the advice!
11. The Government invested one million Ringgit in the 1MDB. According to known records 1MDB then borrowed from various sources 42 billion Ringgit.
12. A company with 1 million Ringgit capital with no assets cannot borrow 42,000 times its capital with no collaterals. That 1MDB is able to do so is because of Government guarantees.
13. In other words it is Government which is borrowing the money. If 1MDB loses money, the Government will bear the loss. Yet the operation of 1MDB is not overseen by Government officers responsible for the management of Government funds.
14. Why has the 1MDB become controversial? What is wrong with 1MDB?
15. From the beginning it was wrong. It started off as an off-budget and it was not put before the Parliament.
16. The money was borrowed. So it is not sovereign wealth but sovereign debt.
17. The bond raised by Goldman Sachs costs more than is usual for Government borrowings. The interest rate at 5.9% was too high. Government loans usually attract about 3% or below.
18. In addition 10% commission went to Goldman Sachs which means that 1MDB gets only 90% of the money borrowed yet has to pay interest on 100%, raising the interest rate to 6.6%. Averaging at 6%, yearly interest on 42 billion Ringgit is about RM 2.5 billion. Since 2009 there has been no income from all the assets. And 1MDB had to borrow RM2 billion to pay the interest. The loan is now RM42 billion.
19. Total initial borrowings amounted to 42,000,000,000 (42 billion Ringgit). As far as can be ascertained the investments are as follows:
a. Purchase of Tanjong Energy (now known as Powertek Energy Sdn Bhd) from Ananda Krishnan for RM 8.5 billion. This is higher than market price. The licence was about to expire.
b. Purchase of Genting Sanyen Power (now known as Kuala Langat Power Plant) for RM 2.3 billion. Again high above market price. The licence was abut to expire.
c. Purchase of Jimah Energy for RM 1.2 billion.
d. Purchase of 70 acres of land in Jalan Tun Razak for RM320 million i.e: RM64.00 psf. Land last sold in the area was at RM7,000 psf.
e. Purchase of 495 acres of land in the former Sungai Besi TUDM airport (now known as Bandar Malaysia) about RM 363.5 million i.e: at RM 91.00 psf. Estimated value RM1,000 psf.
f. Purchase of 234 acres land in Air Itam in Penang RM 1.38 billion i.e: at RM135.00 psf.
20. It should be noted that TRX land is close to land recently sold at RM7000.00 psf. Assuming the market price is RM3000.00 psf the true value of this land is 6 billion Ringgit. The Government has therefore lost 5 billion plus because 1MDB paid only RM320 million.
21. With regard to the Sungai Besi Airport land, 1MDB paid 363.5 million Ringgit for 495 acres – i.e at RM91 psf. Assuming market price for this land is RM1000 psf. the Government lost approximately 20 billion Ringgit.
22. The land in Penang is of poor quality and has more than 1000 squatters. Yet 1MDB paid RM1.3 billion i.e at RM 135 psf.
23. These are all the purchases that are known. They all add up to RM14.7 billion. So there is approximately 27 billion Ringgit left.
24. More than 1billion US Dollars were said to be paid to Petro Saudi without verification as to the value of this company or its assets.
25. Where is the rest of the money?
26. A certain amount was registered in the Cayman Islands. What was the money used for? What was brought back to Malaysia. What was brought back and deposited in a Swiss bank in Singapore. Why? Where was the money brought back from? Why is this money not used to pay the RM 2 billion interest. Why did Bank Negara allow the first tranche to be repatriated to Malaysia and not the second tranche. Now the Swiss bank has told the Singapore authorities that the document did not originate from them and does not represent a true account of the assets of 1MDB. So where is the money said to be registered in the Cayman Islands and is now brought back.
27. Clearly 1MDB is not getting any return from its investments. Not only is it losing money but the Government has lost money when 1MDB paid only RM683 million for TRX and Sungai Besi. Total loss incurred by the Government is approximately 25 billion Ringgit.
28. 1MDB revalued all its assets at 52 billion Ringgit. That is because Government land was brought at far below the market price. It can only use this money to repay loans if it succeeds in selling them off as land or after development. Progress on TRX is very slow and there is no work on Sungai Besi land. No money will be generated during development; only outflows.
29. It is this disappearance of a huge amount of borrowed money by 1MDB and the inability to answer questions regarding what happened to the funds that disqualifies Najib from being Prime Minister of Malaysia.
Sumber : Chedet

Beli Popcorn Pun Kena GST - Luah MAZA Di Facebook.

Ahmad Maslan kata. Kalau ko sakit dan taknak bayar GST maka berubat la di hospital kerajaan. Jangan la berubat di hospital swasta. Hospital kerajaan sekarang semua lengkap serba serbi. Kenyataan menteri yang menafikan realiti. Macam kita semua tatau. Bukan semua tempat ada hospital kerajaan dan bukan semua hospital kerajaan ada semua jenis kemudahan. Terutamanya kawasan luar bandar. Ini bukan cerita fitnah. Sapa yang dok luar bandar dorang tahu la. Macam kes ambulance kerbau. Itu kau kata kemudahan kesihatan kita terbaikkkkk la sangat di dunia? Elok menteri2 neh p mampos semua. Jenis cakap nak menang sesaja tapi tak jejak tanah. Sembang kemain lagi. Tapi realitinya macam babik. 

Itu dia menjawab pada ahli parlimen BN sendiri. Jumat Idris.

Rujuk ;


Dan bukan setakat berubat je kena GST. Kau beli popcorn pun ada GST tau. Baca pengalaman MAZA. MAZA share di laman sosial ;


MAZA beli popcorn. Untuk anak dia. Sekali beli popcorn pun ada GST. Gila tak gila kerajaan kau neh. Dapat kat Ahmad Maslan. Mesti dia akan jawab begini. Sapa suruh beli popcorn. Beli la jagung. Jagung makanan asas. Takde GST. Dia kan gila. 

Bukan apa. 

Yang sebenarnya kerajaan kita neh dah terlalu kurang ajar dengan rakyat. Dorang layan rakyat betul2 macam sampah sarap. Dulu zaman Mahathir takde GST. Tapi tegak juga KLCC.

Sekarang zaman Najib. Barang naik. Kos sara hidup naik. Gaji tak naik-naik. Tambah GST lagi. Tapi apa yang rakyat dapat? Rumah mahal. Kereta mahal. Tambang mahal. Makanan mahal. Subsidi kena tarik. Serba serbi mahal. Tapi kat dia dapat beli pesawat. Kemajuan yang ada diwarisi dari zaman Mahathir. Selepas Pak Lah dan Najib jadi PM. Apa je yang dorang buat. Betul2 sampahsarapkan rakyat dengan matlamat yang sia-sia. Projek je berlambak2. Juta2 sana. Juta2 sini. Yang runtuh ada. Yang songlap pun ada. Yang rasuah tak terbilang. Apa yang dorang bagi ke rakyat? BRIM guna duit rakyat. Itupun berbalik kepada BN dengan GST. Kedai rakyat 1 Malaysia ke dan seangkatannya dengannya pula projek kroni. Kita dapat apa?

Suruh tanam sayur sendiri.
Berbasikal ke tempat kerja.
Ubah gaya hidup.
Kurangkan minum gula.
Jangan beli kenderaan sebaliknya gunakanla pengangkutan awam.
Masak sendiri kurang makan di kedai.
Takde duit jangan berubat di swasta.
Ayam mahal jangan makan ayam makan la daging ke ikan ke.
Kadar faedah pinjaman bank pun meningkat.

Semua nasihat-nasihat yang bodoh. Dia suruh kita jimat cermat tapi dorang sendiri naikkan gaji sendiri beramai2 untuk disesuaikan dengan keperluan semasa yang mendesak. Tahu pula dorang kos sara hidup meningkat disebabkan polisi yang dorang laksanakan. Tapi ke rakyat dinasihati suruh sabar dan faham. Pada mereka kena pula naik gaji. Apa jadah semua neh? Lue fikirlah sendiri.

Inilah Bukti Bagaimana ISA Boleh Menyusahkan Hidup Rakyat Angkara Difitnah.

Kurang ajar betul la. Jika aku yang kena mesti dah mengigil tahan kemarahan. Ditambah dengan rasa sakit ahti kerana ditindas. Adakah PDRM mempunyai hak menfitnah orang dan kemudiannya berlepas diri dari perbuatan tersebut kerana mempunyai mahkamah yang melindungi tindakan mereka? Adakah ini adil?

Apa yang berlaku?

1. Pada tahun 2008, Teresa Kok telah ditahan polis.

2. Tanpa perintah waran tangkap.

3. Yang mana kemudiannya didapati ditahan dibawah akta ISA.

4. Sebab penahanan kononnya Teresa Kok meminta agar laungan azan diperlahankan. Ia membabitkan 3 masjid di kawasan Sri Serdang, Kota Damansara dan Punchong.




5. Akan tetapi rupa-rupanya tuduhan tersebut adalah fitnah.

6. Bahkan AJK Kota Damansara siap kata yang sebenarnya apa yang terjadi ialah pembesar suara mereka rosak. Teresa atau sesiapa tidak pernah meminta masjid memperlahankan azan pun. Tuduhan di Sri Serdang dan Puchong juga gagal dibuktikan.

7. Kemudiannya Teresa dibebaskan. Kerana tiada kes.

 8. Tetapi Teresa sakit ahti kerana difitnah. Satu hal lain, ditangkap pula. Dilaporkan secara berleluasa juga. Dia mungkin terkesan dari segi emosi.

9. Lalu mengambil pendekatan menyaman kerajaan dan beberapa pihak yang bertanggungjawab disebalik penahanannya.




10. Tetapi apa yang berlaku seperti menikam Teresa di tempat yang sudah luka sekali lagi.

11. Hak Teresa yang difitnah sewenang2nya bukan sahaja gagal dipertahankan, bahkan Teresa bertanggungjawab untuk membayar 50,000 kerana kalah dalam tuntutan tersebut.

12. Teresa berhak ditahan dibawah ISA kata mahkamah. Ianya selaras dengan undang-undang. Dan mahkamah tiada hak untuk mencabar penahanan tersebut. 




Tapi, laporan ke atas Teresa adalah fitnah.
Ditangkap juga atas sebab difitnah.
Kalah saman pun kerana difitnah.

Woahhhhh...

Buat salah pun boleh tegak berdiri dan berbangga lagi kerajaan kau neh ek. Siap dipertahankan lagi melalui kuasa mahkamah. Itu pada Teresa wakil rakyat. Kalau aku yang kena??? Atau kau? Silap2 mati kita dalam penjara walaupun hakikatnya kita difitnah???

Aku tak faham PDRM neh. Ko nak tangkap orang ke apa ke. Ko tak siasat dulu ke. Adakah A buat laporan, PDRM terus tangkap??? Sebab ianya isu politik??? Yang bersepah2 kena tipu online kat internet takde pula beria2 tangkap walau orang siap report dengan bukti dan saksi sekali???? Sebab bukan cerita politik????

Ini baru cerita ISA. Belum masuk bab SOSMA dan POTA lagi. Haru kita semua woi.







Rabu, 22 April 2015

Ini Bukti GST Membebankan Berbanding SST - Jawapan Utk Ahmad Maslan YG Tuduh Pembangkang Kaki Putar Belit.

Putar belit kepala hotak kau berjambul. Walaupun bukan semua perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang adalah benar dan betul tetapi dalam isu GST kebanyakkan point - point yang dipersoalkan oleh pembangkang adalah fakta yang perlu diberikan perhatian. Bukannya putar belit macam tuduhan Ahmad Maslan.

Sejak dia senyap start hari jumaat sampai ke hari selasa, tetiba hari rabu dia bangkit meroyan kembali. Agak-agak kau semua kemana dia pergi. Bercuti sakan ke apa.

KAH KAH KAH

Ahmad Maslan sebentar tadi menerusi satu laporan oleh Astro Awani telah membuat kenyataan akan berterusan menceritakan kebaikan GST berbanding SST. Ahmad Maslan berikrar akan sebar habis-habisan tentang fakta GST bagi menafikan kenyataan putar belit pembangkang. Berikut ikrar yang dilafazkan oleh Ahmad Maslan di hadapan pihak media ;


Pembangkang menang dalam putar belit?


Merosakkan minda rakyat?

GST lebih baik dari SST?

Jadi ini apa ahhhh Ahmad Maslan oi ;


Jumat Idris, pembangkang ke?

Jumat Idris sedang merosakkan minda rakyat ke?

Jumat Idris menceritakan pengalaman sendiri bagaimana dengan GST dia perlu membayar lebih bagi merawat penyakit anaknya berbanding dengan SST, so Jumat Idris sedang karang cerita putar belit ke?

Ini kau kata GST mendatangkan kebaikan?
Ini kau kata kesihatan bebas GST?

Jangan la nak suruh orang merawat di hospital kerajaan. Hospital kerajaan bukan sahaja kekurangan staff, kekurangan kepakaran, kekurangan tenaga mahir yang cekap lagi berpengalaman bahkan kekurangan fasilitis dan kemudahan yang sepatutnya. Bagi yang oke-oke pula tahap prestasi hospital awam tersebut, ianya tidak mampu menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai pula. So pada yang risau dengan kesihatan anak mungkin sanggup mencari wang semata-mata mahu merawat penyakit anaknya. Sudahla anak sakit satu hal. Kos merawat pula mahal. Ini dicukai lagi semata-mata nak merawat penyakit. Setan ke tak setan kerajaan kau? Setan la tue.

Ahli parlimen baru naik gaji.

Itupun MP BN merungut.

Katanya membebankan. Yang gaji 16,000 sebulan. Yang pencen 8,000 sebulan dah tentu selepas bersara.

Bagaimana yang bergaji 900? 1,000?1,500?3,000?5,000? Dengan jumlah tanggungan yang ramai, bagaimana?

Sebab itulah. Ahmad Maslan mulut tue jangan cabul-cabul tuduh pembangkang putar belit dalam soal pelaksanaan GST. Rakyat membeli, rakyat berbelanja. Mereka tahu apa beban yang mereka hadap. Kau pun membeli juga. Berbelanja juga. Kalau membebankan kau pun takan mengaku punya sebab nak cover malu. Sebab tue la kau sendiri siap ajar rakyat lagi cara-cara nak elak GST. Masak sendiri la. Pergi ke kedai yang tak dikenakan GST la. Tapi kata tak membebankan. Tapi ajar rakyat cara-cara nak elak GST pula. Tue apa semua tue kalau bukan kau nak mengambarkan bahawa GST itu sebenarnya membebankan. Itula pasal kau ajar rakyat agar mengelak dari GST. Tapi cara2 yang kau ajar tue semua bangang. Nak elak macam mana? Beli barang untuk masak pun ada GST. Dan kedai apa yang takde GST. Semua ada GST sekarang. Even kau nak repair laptop pun ada GST tau. Gile. Ko memang gile Ahmad Maslan. Bukan bodoh semata-mata tapi gile.

Kbai.

Tindakan Najib Sorok-Sorok Ke Kazakhstan Dipersoalkan.

Tanpa penglibatan pihak media dari Malaysia yang selalunya follow Najib ke mana-mana. Masa Najib p haji pun depa follow bagai nak rak. Masa Najib solat pun depa follow siap tangkap gambar bagai lagi. Tapi pelik plak bila Najib p Kazakhstan pihak media Najib tak ikut sekali. Kenapa agaknya lawatan itu seperti sengaja disorokkan?

Menerusi media Kazakhstan, Najib dilaporkan telah berada di Almaty pada tarikh 18 April yang lepas.


Rujukan : sini

Tapi haram media Malaysia melaporkan. Macam mana nak lapor? Tahu pun tidak. Mungkin terpakai bagi sesetengah pihak la. Tapi pada sesetengah yang lain mungkin dah memang tahu. Tujuan dan agendanya. 

KAH KAH KAH

Perkara neh nampak macam remeh tapi sebenarnya tak kena langsung dengan sikap piem kau yang gile glamer. Memandangkan dia gila glamer mustahil pula untuk dia tak war-warkan lawatan kerja dia kalau memang itu yang dia buat di Kazakhstan. Melainkan, dia buat benda lain dan lawatan kerja itu pula sengaja disiarkan dengan harapan orang melihat dia ke Kazakhstan sebagai satu lawatan kerja. Nak topeng 'tugas' sebenar kenapa dia ke sana.

Pada aku takde hal la. Dia nak ke sana atas urusan peribadi sekalipun.

Cuma aku tertanya-tanya part perbelanjaan dan sapa yang menanggungnya je. 

Benda-benda lain aku takmao tahu.

Aku cuma nak tahu ;

- Sapa ikut dan sapa yang tanggung kos penerbangan pergi balik

- Kos penginapan

Yang neh jek aku kisah.

Bercuti ke hadiri majlis persandingan anak kat luar negara ke apa ke jangan babitkan duit rakyat. Kalau guna duit sendiri usah kata pergi bercuti nak pergi mati pun aku tak peduli. 

Kbai.


Selasa, 21 April 2015

Satu Lagi Individu Dipecat Kerana Berkata Benar Di Malaysia - Kali Ini Seorang Guru YG Melawan PBS Menjadi Mangsa.


Pecat orang. Dah la kita semua tengah semak dan serabut dok fikir masalah GST. Masa neh pula sibuk nak pecat-pecat bagai untuk tambah serabut. Gila ah dorang neh. Kali neh yang menjadi mangsa dek berkata benar ialah seorang guru yang melawan sistem PBS. Sistem PBS neh usahkata cikgu, mak bapak pun merungut sebab tak faham. Aku pun tak faham. Dan bila aku tanya cikgu berkaitan PBS sekali dengan cikgu2 pun tak faham. Usah kata cikgu pangkat biasa, tue hahhh yang dok dalam bilik pengetua pun sama pening. Huru hara kot. Pelaksanaan macam hapa. Aku neh bertanya sampai naik ke pejabat. Bukan pengalaman orang. Tapi pengalaman aku. Boleh kata nak jumpa cikgu yang betul2 faham matlamat PBS lebih kurang hmm.. eh ada ke? Dorang dipaksa buat dasar itu lagi la ada.

Kerajaan kau sebelum neh dok sembang macam langit nak runtuh dalam mempertahankan sistem PBS. Alih-alih sistem itu dipinda semula atau ditangguhkan untuk disemak semula. Itupun selepas bertubi2 depa dikritik. Buku aktiviti budak2 plak yang jadi serabut. Yang dok buat buku pun jadi serabut. Kejap dirangka atas dasar PBS. Kejap exam-oriented pula. Satgi sistem apa yang depa nak terap aku pun tatau. Yang pasti sistem pendidikan negara rendah dan menengah sekarang huru hara. Kejap batal kejap tak batal kejap PBS kejap tak PBS kejap PMR kejap tak PMR. Semua neh depa dok buat tanpa kaji betul2 dulu apa sebenarnya yang sepatut menjadi matlamat dan sasaran pendidikan negara. Jenis buat sistem syok sendiri orang kata.

Dan bila ada guru yang cerdik sikit mengulas dan membantah. Mempersoalkan dan mengkritik. Melawan dan mempertahankan hak. Depa buat apa? Cantas, pecat, buang, tindakan tata tertib laju2.

Korban terbaru kerajaan kau.


 
Korang yang tuduh2 dia. Tindas dia. Dia bersuara pertahankan hak. Persoalkan pelaksanaan dan kelompangan sistem. Senang cakap. Berkata benar. Sepatutnya perhalusi point dia. Amek tahu kritikan dia. Bukannya dok tukar sekolah then pecat orang tue. Siap nak letak dalam rekod lagi. Gila punya dendam. Lepas tue sesuka ahti buang orang dari perkhidmatan. Alahai. Nak melahirkan guru2 yang bersikap pengecut dan tidak berdaya saing ka? Jenis mengikut je bulat2 apa yang kerajaan atur dan susun walaupun tak menepati kualiti pendidikan yang sepatutnya ka? Komplain dakwat tak kekal. Kena siasat, kena denda. Kena pecat. Komplain sistem PBS mengelirukan dan menyusahkan. Kena siasat. Kena denda. Kena pecat. Macam neh nak lahirkan rakyat Malaysia yang berdaya saing dan berkualiti bagi memajukan negara? Elok kau pergi mati saja la kerajaan oi. Semak aku tengok.

Najib, Rosmah Sekali Lagi Jadi Tumpuan Dunia Kerana Gemar Bermewah.

Sebelum ini. Dr. MAZA ada keluarkan satu artikel mengenai bagaimana tingkahlaku seorang wanita khususnya isteri berupaya mempengaruhi suaminya. Disentuh juga tentang wanita yang gemar berboros. Ramai membuat sangkaan. Artikel berkenaan ditujukan kepada Najib dan Rosmah.

Kemudiannya. Pada semalam. Seolah seperti acara lari berganti-ganti. Mahathir pula menyentuh tentang gaya hidup mewah Rosmah. Penulisan berkenaan juga viral di pelbagai media tempatan. Namun media arus perdana berbahasa melayu tidak menyiarkan kritikan terbaru Mahathir ke atas Najib dan Rosmah.

Ketika ini. Media Malaysia tidak melaporkan aktiviti terkini Najib Razak. Apa yang dia buat, apa event yang dia hadiri, di mana dia berada dan sebagainya. Bahkan bersama Najib, Ahmad Maslan juga hilang dari radar sejak beberapa hari yang lepas. Entah aktiviti apa yang mereka buat dalam beberapa hari neh kan. Hehe.

Sebaliknya media lebih beri tumpuan kepada adik Najib Razak. Adik Najib Razak baru-baru neh telah upload satu gambar Micheal Jackson yang tertera perkataan You Are Not Alone di laman sosial.

Posting berkenaan viral dan menimbulkan satu persepsi. Bahawa adik kandung kepada Najib sendiri memilih untuk bersama Mahathir bagi memastikan Najib berundur sebagai PM. Persoalannya, kenapa dan apa yang menyebabkan adik beradik ini bertelagah. Seteruk mana pun mereka bergaduh, tidakkah hubungan adik beradik ibaratnya seperti air dicincang tidak akan putus? Najib dan Nazir adik beradik seibu sebapa. Tak mudah nak putuskan hubungan kekeluargaan ini. Melainkan isu yang menyebabkan mereka berperang sememangnya isu yang benar-benar seriyus.

Selain ada masalah dengan keluarga sendiri dan diserang oleh Mahathir, Najib juga menjadi tumpuan dunia apabila peranan Jho Low diwar-warkan secara berleluasa di pelbagai media dalam dan luar negara. Jho Low menjadi sasaran kritikan kerana terlibat dalam pelaburan multi-billion yang membabitkan syarikat kontroversi 1MDB.

Dan serangan itu pula bersahutan hingga kepada pembongkaran gaya hidup mewah Rosmah Mansur seperti yang dilaporkan oleh media Indonesia. Najib dan Rosmah dijadualkan akan ke Indonesia bagi satu lawatan rasmi kelak. Dan serangan ini seolah-olah memberikan satu gambaran 'layanan tidak mesra Indonesia ke atas Malaysia' apabila Najib dan Rosmah dikritik teruk melalui satu laporan pemberitaan oleh media Indonesia yang mendedahkan gaya hidup mewah dan membazir Rosmah Mansur. Laporan itu juga menyebut bagaimana sikap Rosmah menimbulkan rasa kebencian rakyat Malaysia ke atas pasangan suami isteri PM tersebut. Tidak hanya itu, bahkan koleksi jam tangan mewah dan mahal yang dimiliki oleh Rosmah turut disiarkan oleh media berkenaan. Termasuklah koleksi beg berjenama serta barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit. Memang betul2 charming welcome dari Indonesia kepada Malaysia, kan? Hehe

Rosmah. Rosmah. Seronok ke kau bila 1 dunia iktiraf keborosan kau ahhh?

Kah Kah Kah

Isnin, 20 April 2015

Kisah Wartawan Sinar Harian Melindungi Wartawan Non Muslim Dari Dibelasah Peserta Demo Turunkan Salib Mendapat Pujian Netizens.

Macam-macam berlaku rupanya pada protes turunkan salib di Taman Medan. UMNO UMNO. Korang neh memang memalukan umat dan bangsa la. Demi agama kepala bana kau la.

Kisah menarik ini dikongsikan menerusi laman rasmi facebook Marina Mahathir. Selain itu, ianya juga viral di beberapa page yang lain. Dan mendapat pujian dari Netizens.

Baca ;


Ianya mengenai seorang wartawan bernama Nicholas Cheng. Tak dinyatakan dari akhbar mana tetapi aku syak dari The Star. Sebab, salah satu yang melaporkan kejadian berkenaan adalah dari akhbar The Star. Kata Nicholas ada 2 syarikat akhbar yang cover kisah demo turunkan salib semalam di Taman Medan. Jika salah satunya dari Sinar Harian maka satu lagi mesti dari The Star. Sebab banyak press lain yang cover story berkenaan dengan memetik sumber The Star yang direct p cover isu berkenaan semalam.

Nicholas bukan hadir sebagai wartawan semata-mata. Tetapi sebagai penganut kristian yang tengah pelik memikirkan apa rasionalnya sekumpulan umat Islam p protes agar gereja turunkan lambang salib.

GEREJA TURUNKAN LAMBANG SALIB.

Jadi. Bersatu dengan kepelikkan tersebut. Dia pun mulakan sesi temubual dengan kumpulan pendemo dengan niat mahu mengambil peduli motif disebalik tindakan.

Tanya Nicholas kepada mereka ;

- Apa kuasa yang kamu ada (penduduk) untuk mempersoalkan kewujudan gereja di kawasan berkenaan?

- Siapa yang berikan kamu hak untuk mendakwa kawasan (penempatan) ini milik muslim?

- Bagaimana lambang salib boleh membuatkan anak anda menukar agama kepada kristian?

Sebahagian dari wakil penduduk marah dan beremosi. Lalu bertindak kasar dek terprovokasi.

Soalan Nicholas tue dah kira bagus la. Cukup sopan dah tue. Kalau aku wartawan. Ini yang aku tanya.

- Makcik, pakai baju tshirt, tudung singkat nampak tetek terjojol dan demo bantah lambang salib. Saya bukan nak serang peribadi makcik ye harap maklum. Tapi saya rasa tetek makcik lagi menakutkan dari lambang salib tue makcik. Sekurang2nya kalau saya tengok lambang salib tue saya fikir worrr ini gereja rupanya kat sini. Tapi kalau lelaki2 lain yang tertengok makcik dan tetek makcik apa yang mereka akan fikir agaknya ye makcik. Makcik rasa2 la sendiri ek. Jadi makcik rasa, patutkah makcik berdemo dengan berpakaian begini? Adakah GST menyebabkan makcik gagal membeli pakaian yang lebih mendekati kepada kepercayaan makcik? Ce citer.

- Pakcik. Dulu saya pernah kerja di Western Digital. Hari2 lalu depan pelbagai jenis kilang2 yang menghasilkan asap tebal2 sampai merosakkan kualiti udara. Pada pendapat saya, pencemaran udara itu lagi relevan dipersoalkan dari lambang salib pada gereja. Tidak kah pakcik rasa pakcik neh bodoh sebab tatau nak berfikir dengan kritis?

- Pakcik, makcik. Saya nak tanya. Sapa yang luluskan permit dan lesen judi kasino apa bagai di Malaysia? Dah protes bab tue ke belum? Kegiatan perjudian menyumbang ke arah kongsi gelap. Salib pula mendorong manusia agar kembali beragama. Makcik dan pakcik rasa tak yang pakcik dan makcik neh dah mempersoalkan isu yang memperbodohkan diri sendiri?

Lepas tanya aku syak bukan setakat kena cekak baju je. Silap2 mati kena bunuh dah kot aku. Taraf pejuang Islam cara UMNO di Malaysia. Pantang kau cakap jujur. Confirm kena balon kaw2.

KAH KAH KAH

And then. Selepas Nicholas dilayan secara kasar oleh peserta2 demo yang protes, wartawan dari Sinar Harian yang cover isu berkenaan menghampiri Nicholas dan meminta dia agar tidak berjalan secara berseorangan. Wartawan dari Sinar Harian itu seorang perempuan yang bernama Jannah. Seperti namanya, akhlaknya juga indah. Bagi memastikan keselamatan Nicholas terjamin sepanjang sesi temubual dan collect info untuk cover story berkenaan, Jannah sentiasa mengikuti Nicholas agar dia tidak diserang oleh kumpulan2 pendemo tersebut.

Tindakan Jannah itu membuatkan Nicholas tersentuh lalu berkongsikan pengalamannya di laman facebook bagi menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kepada Jannah yang sudi melindungi dan mempedulikan keselamatan dirinya dari diancam oleh peserta2 demo turunkan salib pada gereja di Taman Medan.

Dan sikap Jannah itulah sebenarnya yang kita boleh sebut sebagai Islam. Ini yang Islam anjurkan kau buat. Jadi baik untuk diri kau. Jadi baik pada orang lain dan jadi baik demi agama kau.

Dan bila kau baik, orang lain yang terkesan dengan kebaikan kau akan nampak manfaat dan kebaikan Islam.

Tahniah Jannah. Contoh yang baik.

Bukan macam kumpulan pendemo tue. Mereka jadi jahat. Dan buat agama nampak buruk. Tapi kerana lebih ramai non muslim dan penganut kristian yang memahami fakta bahawa kejahatan kumpulan pendemo itu bukan la sebahagian dari Islam maka mereka hanya mengkritik tindakan kumpulan pendemo tersebut. Mereka tak heret agama pun. Malu la kau semua. Malu la laju2. Nicholas dan Jannah. Dua contoh christian dan muslim yang boleh hidup harmoni. Korang bila lagi ah setannnnnnn.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...