Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 25 April 2015

Ini Dapur Rumah Rosmah.

Ini dapurnya.


Kau baca lah ;



Sekarang ko tahu. Itu dapur rumah mama Rosmah kita katanya.

Sepanjang hari-hari yang sakit. Aku dan juga laptop. Macam sehati sejiwa plak. Aku daripada sibuk mengingati tuhan. Buang masa mengikuti pergaduhan antara rakan-rakan UMNO di facebook.

Dorang bergaduh hari-hari. Sindir menyindir sesama sendiri. Dan bila bergaduh mula la masing-masing mengeluarkan point-point yang mendedahkan kelemahan lawan (rakan) mereka. Dari situ ko yang tatau apa-apa pun boleh jadi tahu sesuatu. Nampak? Nampak? Dedicate gile jadi orang penyibuk tengok dorang bergaduh.

Starter.


Maaf. Aku dah terscreenshot. Awal-awal lagi. Dia dah padam. Tapi bukti aku dah rakam.

Haha.

Aizley neh siapa. Aku, tak kenal. Start kenal bila tengok mereka bergaduh sesama sendiri.

Baca portfolio sikit ;
Ini kita nak kelaskan macam mana ya...?

* Calun Exco Pemuda Umno Malaysia (2013-16) -KALAH
* Calun Naib Ketua Bahagian Ampang (2013-16) - KALAH
* Setiausaha Unit Pidato Pemuda Umno Malaysia (2008-13)
* AJK Biro Putera Pemuda Umno Malaysia (2004-08)
* Ketua Cawangan Umno Persiaran Bukit Jaya (2013-16)
* Ketua Penerangan Pemuda Umno Cawangan 
Jalan Enggang (2007-13)
Aizley Shahar ini sangat rapat dengan kepimpinan Pemuda Umno Malaysia walaupun tewas bertanding Exco dan hanya dapat 3 Undi (1 undi Pencadang,1 undi Penyokong dan 1 undi dia sendiri...koh koh koh).Dia dilihat selalu bersama Ketua Penerangan Pemuda Sdra Jamawi Jaafar dan rasanya dia diberi jawatan dan tugasan dalam Biro Penerangan Pemuda Umno Malaysia ini.

Tapi,sejak Tun Mahathir melancarkan serangan terhadap Presiden Umno,mamat ini pun sama naik senada dan serirama dengan Tun M dalam mengutuk,menghina dan menyindir Presiden Umno dan Isterinya. Jadi suka aku nak bertanya kepada Khairy Jamaluddin sebagai ketuanya...apa sakit budak ini?

Kepada Sdra Jamawi Jaafar yang sering mengusung budak ini kehulu kehilir..apa fungsi budak ini dalam Biro Penerangan Pemuda Umno Malaysia?

Apakah korang semua sedar tindakan dan kenyataan "menghina" Presiden Umno dan Isteri yang dia muatnaik dilaman facebook nya setiap hari?
Apakah tindakan anda semua?

Sumber.

Kesnya.

Pro Mahathir VS pro Najib di laman sosial.

Aizley neh pro Mahathir.
Macam pendedahan Mykmu baru-baru neh. Geng 5 sekawan yang bermatlamat tumbang Najib. Itupun dikatakan pro Mahathir. Geng2 Aizley neh la. Armand apa semua. Tatau la aku isu yang MYKMU dedahkan tue betul ke tak betul. Bila tengok list barisan pro Najib dan Rosmah ada nama Papa Gomo yang dah semakin kurus tue aku terus geleng2 kepala. Percaya kat pemfitnah ibaratnya aku neh p bunuh diri.

Kritik Rosmah di laman facebook.

Dapur rumah dia bagi. Pakej dengan ruang tamu. 

Bagi pada geng2 UMNO. Untuk menilai. Rosmah kononnya tak seperti yang dorang lihat. Tapi beb. Rosmah pada mata aku memang senada dengan persepsi aku. Bukan aku nak mengutuk ke apa ke ek. Ini cakap pasal fakta. Cuba kau semua perhatikan Rosmah setiap kali dia p mana-mana. Dari baju kepada beg kepada jam. Rantai, gelang, cincin dan subang. 1 set selalunya. Dari bayangan gambar je dah boleh tahu bukan stok cikai-cikai punya. Yelah. Aku selalu perhatikan dia. Biasalah. Paparazi. Penyibuk pun ya juga. Tapi lebih tepat sebetulnya cari bahan. Fikir fikir fikir. Hari neh apa aku nak kutuk Rosmah. Tahu. Aku kena santau. Ini semua salah Rosmah. Tapi orang macam Rosmah memang jenis jaga penampilan dan gaya. Dia utamakan fashion dia. Rambut pun berdandan lagi. Orang yang jaga rambut, jaga beg, jaga penampilan, jaga kasut, jaga jam, jaga gaya kau rasa dia nak ke berdapurkan seperti di atas? Kalau jarang balik rumah tue mungkin ye la. Mungkin itu rumah yang setahun sekali dia jenguk. Silap2 2,3 tahun sekali baru balik.

Tapi orang macam Rosmah neh, rumah yang dia dok tinggal tue dia akan jaga kaw2 punya. Dari dapur sampai la ke laman. Ada satu rancangan kat Astro yang aku tengok. Lupa nama rancangan tue apa. Home apa tah. Rumah pelik2, mewah2 dalam tue. Ada rumah tengah laut. Rumah dalam hutan. Rumah atas sungai. Rumah yang sekeliling dia ada air. Rumah kolam. Macam-macam design la kan. Orang yang ada rumah2 cantik macam tue tak semuanya kaya2 beb. Ada yang beli rumah lelong je pun. Tapi dorang renovate dan jaga elok2 la. Itu orang yang biasa-biasa. Kalau yang macam Rosmah? Kau rasa dia nak ke ada dapur macam tue kalau dah tinggal kat rumah tue hari-hari?

Memang tak la. Bukan pula aku kata ianya salah untuk dia memiliki dapur rumah yang cantik. Cuma aku kata untuk mengatakan Rosmah itu berserdahana orangnya dengan menyebarkan gambar salah satu dapur rumah yang dia ada, sebenarnya tak masuk tajuk beb.

Pada Rosmah neh. Tajuk dia bukan dia bersalah kerana menjadi kaya. Bukan juga dia dipersalahkan kerana suka bermewah. Bukan orang target dia sebab dia isteri Najib. Setakat suka bermewah dan barangan berjenama, bukan bini piem pun suka. Boleh aku kata, perempuan lazimnya memang itulah sikap mereka. Barangan branded, mewah dan cantik. Mahal pun ya juga. Ini peel pompuan. Hentikanla nak berlakon tak suka. Meluat plak aku tengok. Tapi. Yang menjadi masalah bila Najib dan kerajaan asyik tarik subsidi. Dan seru rakyat berjimat. Itu boleh sabar lagi. Lepas tue kantoi plak mama Rosmah ke luar negara naik pesawat rasmi. Pembayar cukai tanggung pulak. PERMATA. Memang projek kerajaan. Tapi terlalu dikaitkan dengan Rosmah disebabkan kerajaan beri penumpuan khusus. Kenapa bukan tadika KEMAS yang diperluaskan peranannya. Kenapa bukan tadika KEMAS yang diperbaiki organisasinya. Kenapa bukan tadika KEMAS yang disusun semula sistemnya. Kenapa nak buat yang baru sedang yang sedia ada boleh dirombak semula. Bahkan. Tadika KEMAS boleh dijenamakan semula sebagai PERMATA. Dengan peranan dan manfaat yang lebih baik ke atas rakyat. Perkara-perkara inila yang menyebabkan orang pinpoint cara Rosmah hidup dengan mengaitkan ia dengan pembaziran di saat rakyat diseru dan dinasihati jimat cermat. Rakyat rasa syak dan prasangka pada kepimpinan Najib. Tindakan Najib la yang mendorong ke arah pemikiran rakyat. Rosmah tue kalau boleh dianggap sebagai mangsa keadaan, maka suami dia la yang paling bersalah dalam cerita neh. 

Sekarang Aizley silent mode. Bloggers pro Najib lancar serang kubu pertahanan kem Mahathir kaw2. Semua perkara kena korek. Rahsia. Kerja. Selongkar. Mampuih. Btw. Takyah sibuk serang2 aku. Aku memang ada gambar bogel dan video lucah. Mengaku siap-siap.  

Aku perhatikan. Satu persatu yang condong ke arah Mahathir semua kena serangan maya. Lima sekawan. Lima tak sekawan. Apa-apa je la. Asal pro Mahathir. Yang cari makan dengan UMNO. Yang memang kerja atas label UMNO. Yang dok menyendeng dengan UMNO mencari rezeki dan projek. Menteri atau apa. Asal lawan Najib kau kena.

Pergaduhan dorang sengit. Bukan ada tumbuk-tumbuk atau darah pun. Sengit sebab memasing akan melondehkan rahsia memasing. Dulu kawan. Rapat. Pegang tangan kutuk pembangkang. Sekarang kutuk sesama sendiri. Benda neh lumrah beb dalam politik. Kita amek popcorn sudah. Sebab popcorn ada GST, kita desak Rosmah belanja kita. Then ramai-ramai dok tepi tengok pro Najib vs pro Mahathir. Sapa menang, sapa kalah. Jangan harapkan macam tue. Berdoalah. Agar dua-duanya bakal kalah. Kerana kekalahan BN, kemenangan buat rakyat.

KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...