Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 21 April 2015

Najib, Rosmah Sekali Lagi Jadi Tumpuan Dunia Kerana Gemar Bermewah.

Sebelum ini. Dr. MAZA ada keluarkan satu artikel mengenai bagaimana tingkahlaku seorang wanita khususnya isteri berupaya mempengaruhi suaminya. Disentuh juga tentang wanita yang gemar berboros. Ramai membuat sangkaan. Artikel berkenaan ditujukan kepada Najib dan Rosmah.

Kemudiannya. Pada semalam. Seolah seperti acara lari berganti-ganti. Mahathir pula menyentuh tentang gaya hidup mewah Rosmah. Penulisan berkenaan juga viral di pelbagai media tempatan. Namun media arus perdana berbahasa melayu tidak menyiarkan kritikan terbaru Mahathir ke atas Najib dan Rosmah.

Ketika ini. Media Malaysia tidak melaporkan aktiviti terkini Najib Razak. Apa yang dia buat, apa event yang dia hadiri, di mana dia berada dan sebagainya. Bahkan bersama Najib, Ahmad Maslan juga hilang dari radar sejak beberapa hari yang lepas. Entah aktiviti apa yang mereka buat dalam beberapa hari neh kan. Hehe.

Sebaliknya media lebih beri tumpuan kepada adik Najib Razak. Adik Najib Razak baru-baru neh telah upload satu gambar Micheal Jackson yang tertera perkataan You Are Not Alone di laman sosial.

Posting berkenaan viral dan menimbulkan satu persepsi. Bahawa adik kandung kepada Najib sendiri memilih untuk bersama Mahathir bagi memastikan Najib berundur sebagai PM. Persoalannya, kenapa dan apa yang menyebabkan adik beradik ini bertelagah. Seteruk mana pun mereka bergaduh, tidakkah hubungan adik beradik ibaratnya seperti air dicincang tidak akan putus? Najib dan Nazir adik beradik seibu sebapa. Tak mudah nak putuskan hubungan kekeluargaan ini. Melainkan isu yang menyebabkan mereka berperang sememangnya isu yang benar-benar seriyus.

Selain ada masalah dengan keluarga sendiri dan diserang oleh Mahathir, Najib juga menjadi tumpuan dunia apabila peranan Jho Low diwar-warkan secara berleluasa di pelbagai media dalam dan luar negara. Jho Low menjadi sasaran kritikan kerana terlibat dalam pelaburan multi-billion yang membabitkan syarikat kontroversi 1MDB.

Dan serangan itu pula bersahutan hingga kepada pembongkaran gaya hidup mewah Rosmah Mansur seperti yang dilaporkan oleh media Indonesia. Najib dan Rosmah dijadualkan akan ke Indonesia bagi satu lawatan rasmi kelak. Dan serangan ini seolah-olah memberikan satu gambaran 'layanan tidak mesra Indonesia ke atas Malaysia' apabila Najib dan Rosmah dikritik teruk melalui satu laporan pemberitaan oleh media Indonesia yang mendedahkan gaya hidup mewah dan membazir Rosmah Mansur. Laporan itu juga menyebut bagaimana sikap Rosmah menimbulkan rasa kebencian rakyat Malaysia ke atas pasangan suami isteri PM tersebut. Tidak hanya itu, bahkan koleksi jam tangan mewah dan mahal yang dimiliki oleh Rosmah turut disiarkan oleh media berkenaan. Termasuklah koleksi beg berjenama serta barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit. Memang betul2 charming welcome dari Indonesia kepada Malaysia, kan? Hehe

Rosmah. Rosmah. Seronok ke kau bila 1 dunia iktiraf keborosan kau ahhh?

Kah Kah Kah

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...