Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Ahad, 19 April 2015

Demo #KitaLawan Disindir Kerana Kumpul 25 Peserta Je.


Tiap-tiap minggu mereka berdemo. Bab konsistensi boleh dipuji. Tabah gile. Lepas tue mereka ada buat demo edisi perkahwinan. Untuk raikan atau sindir majlis perkahwinan anak Najib beberapa minggu lepas. Aku tengok pun pening. Rasa huru hara sekejap. Sapa punya idea, kenapa nak buat macam tue, apa matlamat dan berjayakah objektif yang disasarkan. Itu semua benda yang aku fikir dalam kepala hotak aku.

Walaupun menghormati cara mereka berdemo tapi pada aku, satu2 demo perlu ada matlamat tertentu. Jangan kau buat kelam kabut sangat. Tak memasal je dari orang sokong terus orang rasa lawak gile. Nak pergi pun rasa macam memalukan diri.

Pada aku la. Dari demo baik kau semua buat lukisan mural. Cantikkan dinding yang kotor dan rosak. Biar pening DBKL nak counter dengan cat. Kat situ jek korang dah berperanan membantu mencantikkan KL.

Nak lagi dasat. Kau buat terus kat jalanraya.

Lagi huru hara depa nak tar semula jalan2 yang rosak.

Letak Rosmah. Letak Najib. Mesti bengang punya la puak2 sana. Percaya cakap aku. Protes macam tue lagi provokasi minda depa.

Sebab aku tak berminat dan tak pernah berminat dengan demo Kita Lawan, hanya sekadar respect la kekawan yang motivated sangat membela Anwar, maka aku support gitu2 je la. Tanda hormat dan raikan kepelbagaian. Melihat kepada diri aku, memang haram la aku nak sokong benda2 alah macam neh. Jujur aku cakap. Buang masa aku. Nak lebih jujur? Aku hanya sayang orang yang sayang aku. PKR tak sayang rakyat. Takde makna aku nak sayang dan beria2 demo demi parti tue. Sorrrrryyyyy.

Hmm.

Semalam dah baca ramai gak yang sindir-sindir. Perli-perli. Perhimpunan Kita Lawan edisi berbasikal. 

Macam-macam edisi depa neh. Memang ber-idealistik sungguh la aku tengok. Tapi sayang. Idea2 mereka haram ada sambutan. Ada portal laporkan 16 yang hadir. Tapi paling ramai dilaporkan 25 yang hadir perhimpunan pada semalam. Jujur aku cakap. Sampai satu tahap, kalau ko semua rasa susah sangat nak sedar diri, pekata kau biar je aku lempang kau semua laju2 untuk korang wakeup dan memahami perhimpunan kau semua neh takde sambutan dan orang sangat tak berminat nak peduli. 

PAHIT?

Memang. Tapi ini realiti kot. Hadap la.

Baca laporan FMT ;

Apa sudah jadi dengan Perhimpunan #KitaLawan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin tidak mendapat sambutan.
Walaupun pelbagai usaha dan idea baru digunakan untuk menarik penyertaan orang ramai khususnya anak muda, namun ia masih gagal.
Terbaru, idea berarak menaiki basikal yang bermula di Dataran Merdeka pada Sabtu, hanya disertai 25 peserta termasuk anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha.
Begitupun, kumpulan anak muda ini yang memakai serba hitam tetap bersemangat mengelilingi bandar raya dengan memakai baju serba hitam yang tertera ‘Kita lawan sampai menang’.
Biarpun sambutan dingin, Sekretariat #KitaLawan optimis anak muda menyokong misi yang dibawa iaitu menentang GST yang membebankan rakyat.
Anggota Sekretariat, Akmal Nasir berkata, bilangan peserta bukan ukuran kerana aktiviti ini dikongsi pengguna laman sosial.
“Kehadiran peserta kali ini berkemungkinan disebabkan mereka tidak memiliki basikal selain sibuk di hujung minggu,” katanya.
Dia berkata, himpunan #Kitalawan akan tetap diteruskan setiap minggu dan pada minggu hadapan akan diadakan di Pahang dan Pulau Pinang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...