Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 17 September 2016

Semua Salah BN, Saya Tak Pernah Kutuk ATGHD, Twitter Saya Dihack Kata Jeff Ooi.. - Dan Kemudiannya Dia Uturn..

Aku rasa inila rekod Uturn yang paling bahlol dalam sejarah pengUturnan negara. Ahli UMNO yang mengamuk2 keluar parti kat Perak tu kemudiannya 3 jam minta maaf pun tak boleh lawan Jeff Ooi punya uturn. Cilakak. Rasa nak marah tapi dia buat benda lawak. Rasa nak gelak tapi dia jadikan isu kematian sebagai modal.

Sebelum ini aku menulis Jeff Ooi blocked aku di Twitter. Kesalahan aku bukan apa pun. Bahkan aku ragu-ragu jika ianya boleh dibaca sebagai satu kesalahan. Apa yang aku buat ialah aku retweet tweet seseorang. Orang tu mention nama Jeff Ooi. Dia bagi bukti pada Jeff Ooi bahawanya bukan setakat isu adios je. Ada benda lain yang Jeff Ooi buat dalam meremehkan kematian ATG Harun Din. So benda tu la aku retweet. Kurang dalam 5 minit atau lebih sikit tetiba sakai tu blocked aku. Aku dapat notification. Aku macam pelik. Pasal aku tak pernah ada apa2 hubungan dengan dia. Aku marah dia pun tidak, suka pun bukan. Tahu2 je kena blocked. Gila blocked orang jam 3 pagi. 

Rujuk post sebelumnya : Jeff Ooi Ban Saya.

Dalam post yang sama ada dinyatakan pendapat Nik Nazmi PKR. Dia pun beranggapan tweet Jeff Ooi tu biadap. In fact PKR Penang dah keluarkan official statement. PKR tak bersama dengan Jeff Ooi dalam tweet biadapnya. MAZA pun mengkritik tindakan pemimpin DAP meskipun tak sebut nama. Betul kata MAZA. Bukan kita larang lakukan kritikan. Tetapi bagi la selang masa kalau nak mempersoalkan pun. Di saat famili sedang berduka. Tambahan pula isu yang dikemukakan Jeff Ooi dalam tweet dia tak layak dikatakan isu pun. Ia sekadar mempersendakan kematian orang di negara sekular. Ntah hapa-hapa. 

Agaknya teruk sangat dibahan oleh netizens pelbagai aliran politik, pemimpin politik segeng dia pun nyatakan ketidaksetujuan, dia pun dipetik berkata begini ;



Sumber rujukan : sini

Petikan kenyataan ;
Ahli Parlimen DAP Jelutong menyalahkan status menghina kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Twitternya berpunca daripada perbuatan pihak lain menggodam laman media sosialnya semalam.
Jeff Ooi mendakwa kenyataan itu disunting pihak lain dan beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Facebooknya.
“Saya tidak lihat ada isu mengenai kenyataan itu. Cuba pergi lihat di laman Twitter dan Facebook saya.
“Laman itu adalah kerja photoshop dia orang. Saya hanya akan memuat naik status menerusi laman Facebook rasmi saya,” katanya kepada FMT hari ini.

Hmmm..

Dan menerusi laporan NST ;



Petikan kenyataan ;

Ooi clarified that he did not write the alleged remarks - "Adios (Farewell in Spanish) Haron Din, Let there be peace," on his Twitter and Facebook postings and said the entire episode was fabricated. 


"It was not there (on social media) in the first place. "I am not a fan of Haron Din, politically speaking. 

"I have no intention to write an eulogy or to defame him, as well as to belittle him or his family," Ooi said. He added that the allegation was a political ploy to discredit him. Ooi also labelled a report from a local Malay daily on the alleged tweet as dubious. "The image used (by the daily) was from dubious source, with Photoshop manipulation.

Sumber : sini

Menerusi dua laporan media yang berbeza, Jeff Ooi menyimpulkan begini kepada wartawan ;

1. Dia tak pernah keluarkan apa2 kenyataan seperti yang tersebar.

2. Gambar screenshot yang viral tu versi photoshop.

3. Semua yang berlaku adalah salah BN. BN yang menyebabkan perkara itu menjadi kontroversi.

4. Tweet tersebut tak pernah berada disitu. Anda boleh memeriksa account twitter dan facebook saya. Ia tak berada disitu (memang ar sebab kau dah delete, ngok).

5. Semua ini adalah satu tohmahan dan cerita yang di ada-adakan.

Hmmm.

Bodoh sangat alasan penafian dia neh. Aku g check twitter dia jam 2 pagi dan lebih yang mana berakhir dengan insiden aku diblock olehnya pada pagi tadi. Dalam siasatan aku, aku baca dia pergi reply tweet-tweet orang yang mengkritiknya dan mempersoalkan perkataan adios tu. Dia siap bagitau adios tu maksudnya selamat tinggal. Dan dia juga sempat screenshot perbualan dia dengan Sidek yang kutuk ATGHD dalam isu air jampi. So tweet asal tentang adios dipadamkan kerana Sidek dah terminate account Twitter. Sidek lari p menyorok kerana dikecam bertali arus oleh netizens.

Lepas baca lebih kurang aku pun blah. Aku takde screenshot apa2 sebab macam dah aku nyatakan sebelum ini. Aku faham sangat maksud adios tu selamat tinggal dan aku suspect netizens tunjukkan rasa marah bukan kerana perkataan adios sebaliknya mungkin cara ia disampaikan seperti menyindir. Tapi semasa nak blah baru aku nampak rupanya statement Jeff Ooi tentang perkuburan di US tu yang keji.

Dia punya penafian cukup simple. 

INI SEMUA SALAH BN.
PROPAGANDA BN BAGI MELEMAHKAN PERWATAKAN DIRINYA.
YANG TERSEBAR ITU IALAH VERSI PHOTOSHOP.
DIA TAK PERNAH TWEET SEPERTI YANG DINYATAKAN.

Pelik. Dia yang taip sendiri. Ucap dengan lapang ahti. BN yang dia salahkan. Kemudiannya dia tampil dengan satu lagi kenyataan. Kali ini dia uturn habis. 

Ini katanya ;



Rujukan : sini

Account twitternya tidak dihack. Dia ada sepenuh kawalan ke atas account-account media sosialnya. Dia bekerja di bidang IT. Maka mana mungkin dia tak faham samada account dia dihack mahupun tidak. Laporan yang tersebar sebelum ini adalah tidak benar. Kata Jeff Ooi. Ini ringkasan berita di atas.

Jadi, media yang melaporkan, wartawan yang menulis berita tu cedok info dari siapa? Muka macam Jeff Ooi, suara macam Jeff Ooi, tetapi bukan Jeff Ooi ka?

Mungkin berpunca dari ini ;




DAP nampaknya akui kesalahan. Jeff Ooi mulanya dah kantoi, kena kritik kaw-kaw dia menafikan dan menyalahkan BN tak sampai 24 jam dia uturn dan menafikan yang dia nafikan..

Mungkin kerana ini ;



Mabuk-mabuk main twitter. Tak ingat dia update apa mabuk lagi, lupa kemudian berhubung dengan press. Tak sempat habis mabuk cakap bukan-bukan kemudiannya dah clear mabuk baru tahu tindakan bodohnya angkara mabuk, ke?

Tak faham aku dia neh.
Bukti clear terang ada dia boleh slumber nafi.
Lepas tu bertambah slumber menafikan yang dia nafi pada sebelum neh.
Orang macam neh kau nak jadikan pimpinan?
Buat contoh pedoman untuk memerintah korang?
Minta maaf la. Aku nak dipimpin pun biarlah berstandard sikit.
Taraf sampah sarap takla aku nak angkat sebagai pemimpin.
Dah macam takde alternatif atau pilihan lain pula.
Sebagai pengundi, sebagai rakyat, sebagai manusia, i deserved a better leader.

Kbai.

Apa Yang Ada Dalam Wardrobe Rosmah? Kami Cuba Anggarkan Nilainya.

Mama Rosmah punya penampilan, aksesori dan barangan mewah tidak hanya jadi persoalan dan perhatian di kalangan rakyat Malaysia bahkan jadi sensasi juga bagi pemerhati-pemerhati politik tempatan di luar negara sana. 

Media antarabangsa seringkali melaporkan gaya hidup mewah Rosmah bak bidadari yang dikelilingi emas setiap hari. Seolah-olah jika mahu gunakan wang, Rosmah hanya perlu petik jari. Begitula indahnya kehidupan mama Rosmah kau neh hah.

Dan Vulcanpost mengkomplikasikn beberapa barangan mewah yang pernah dipakai/diguna Rosmah berserta dengan anggaran harganya. Barangan tersebut tidak semestinya dibeli Rosmah secara peribadi. Boleh jadi ianya juga hadiah dari seseorang berdasarkan statusnya isteri kepada perdana menteri. 

Nah, saksikanlah!




1. Sekurang-kurangnya Rosmah Mansur ada 12 Birkins! yang dianggarkan bernilai RM4.46 juta ringgit, ko hado? Satu pun jangan harap!


2. Jam tangan Hublot, Big Bang Black Magic bernilai RM67,000!


3. Jam mewah Frank Muller Master Squad Lady, Date Diamonds bernilai RM 153.5k!


4. Jam juga kali ini Richard Mille Lady RM 007 Diamond Cruncher bernilai RM656.3k!


5.  Zebra Bangle dari Jacob & Co bernilai RM1.65 juta.



6. Dilaporkan Rosmah membeli pakaian Carl Kapp bernilai RM326k pada satu hari sahaja. Sejumlah 61 pakaian dibeli Rosmah meliputi dress, seluar dan baju. Harga rumah kos serdahana pun kalah neh.


7. Aksesori lengkap 1 padanan, Golden Pearl bersama aksesori dianggarkan bernilai RM1 juta.


8. Kasut eksklusif edisi tempahan khas dari Emnett Shoes Collection. Harga pasaran biasa dari 825-1650 Ringgit Malaysia. Oleh kerana ianya edisi khas boleh jadi harganya lebih mahal!


Hmm. Cemburu dengan kenikmatan Rosmah yang bermewah dikala anda membayar GST? Sila pergi mati.



Kahkahkahkahkah!

Sumber gambar & info : Vulcanpost
Diedit dan diubahsuai untuk sebaran Ameno World.

Jeff Oi Block Saya Kerana Hanya Retweet Respon Biadapnya Terhadap Kematian ATGHD.

Recap. 

Mukadimah.


Semalam TGHD meninggal dunia di San Francisco ketika menjalani rawatan jantung. Dan semalam juga ketika media melaporkan perkara tersebut, terdapat sebilangan penyokong pembangkang yang merespon secara negatif. Tidak hanya itu, ahli parlimen pembangkang dari parti DAP juga melakukan tindakan yang sama. Jeff Oi namanya. Perkara tu kecoh gila dibahaskan dalam aplikasi sembang seperti WhatsApp dan Telegram. Aku diam je. Sebab bagi aku perkataan "adios" tiada isu. Tak dinafikan terfikir juga orang marah mungkin kerana cara penyampaian seperti meraikan kematian.

Kemudiannya. dah malam-malam sangat saja aku buka twitter Jeff Oi tu. Tujuannya nak make sure. Account betul ke. Bukan trooll bagai. Sia2 juga marah kalau account tu account troll. Then nampak satu content.

Lihat gambar.



Jadi kawan Sidek dia  terpaksa hide sementara disebabkan beri respon bodoh berhubung kematian ATGHD. Mungkin teruk di asak oleh geng2 pro Najib kot. Btw. Yang mulakan  sindrome kononnya ATGHD jual air jampi bagai tu orang kata puncanya dari mulut Mahathir. Sidek tu terperangkap di alam kebodohan kerana menjadikan kenyataan Mahathir sebagai rujukan sehingga dia gagal melihat kebenaran. Baca punya baca punya baca maka fahamla aku Jeff Oi nafi endorse kenyataan Sidek, tindakan delete tweet dibuat kerana Sidek terminate sementara account twitter dia so takde keperluan dia kekalkan kandungan tweet tersebut. Itu yang beria dia sebar screenshot mesej perbualan dia bersama Sidek. Aku pun hmmm. Okay. Fikir macam tu. Then aku siap-siap nak close tab account twitter Jeff Oi bila aku nampak satu nama yang dikenali. Aku pun saja klik nama twitterer tu nak baca content apa yang dia tag Jeff Oi. Rupa-rupanya selain isu adios, Jeff Oi tu ada buat statement lain tentang kematian ATGHD juga. 

Lihat ; 



Tak patut. Tak patut. Aku kata dalam ahti. 
Memang patut. Memang patut. Dia kena serang bertubi-tubi.
Sakai. Tak boleh ke dia wish elok-elok atau better dia diam saja. Jadi dia neh memang bermasalah. Like penyokong like pemimpin. Dua-dua memang tak guna. Aku retweet content tersebut. Sebab aku persoalkan perkara sama juga. Kurang 5 minit tiba-tiba aku terima notification katanya aku diblock Jeff Oi. Bodoh. Aku follow dia pun tak pernah. Jauh sekali tweet, retweet content dia. Apetah lagi berbahas dengan dia dalam isu neh. Satu2nya benda yang aku buat hanyalah retweet content twitterer orang lain yang ada mention nama dia dan dia block aku sebab itu. Tak ke bahlol namanya tu. Aku takdan buka peluru maki pun. Even tak sempat nak update kekurangajaran dia dalam blog post pun. Tau-tau je si bodoh piang tu block aku. Auwwsshh. Aku jadi bengang lak tetiba masa tu. 

Kemudiannya aku on facebook nampak ramai pula geng2 pro Mahathir backup penyokong2 pembangkang/DAP dalam isu ucapan takziah yang biadap terhadap ATGHD. Aik. Pelik pula aku rasa situasi neh.  

Korang tengok jap ; 





Pertama. Situasi neh agak pelik pada aku. Tak biasa rasanya persoalkan kerasionalan penyokong2 Mahathir membekap penyokong2 DAP. Janggal. Tetapi kita semua perlu biasakan diri selepas ini memandangkan mereka dah bersekutu sebagai satu pakatan. 

Kedua.  Dahulunya puak2 ini juga beria mempromosikan & mengaitkan kewujudan RBAs dengan DAP. Mereka pernah menipu orang atas nama propaganda. Dan tak mustahil juga sekarang mereka sedang melakukan propaganda. Itula mereka berpropaganga sentiasa. Buat satu penipuan untuk mencapai suatu matlamat, lepas itu penipuan lama terpaksa dibongkarkan bagi mencapai matlamat yang lain pula. Pening aihh. Asyik nak menipu ja. 

Ketiga. Dan katakanlah memang ada team account fake nama cina kutuk2 kematian ATGHD tetapi bukan bermaksud  yang originalnya penyokong2 pembangkang memang tak ada yang mengutuk. Kalau pun team propaganda cyber team Najib manipulate isu neh sudah tentula ia berpunca dari mereka2 yang berjari celupar kerana bagi modal ke musuh politik. Kan aku dah ulas semalam. Aku pergi semak ke ruangan komen portal2 berita untuk semak penyebaran. Aku klik juga account2 yang mengkritik. Dan oleh kerana dah lama jadi pembangkang akan ada beberapa nama netizens yang dikenali aku bahawanya dorang2 neh ialah pembangkang. Dari situ boleh difahami walaupun bukan semuanya tetapi memang ada sebilangan penyokong pembangkang yang keluarkan komen2 kurang ajar. Yang fake samada berperanan create isu (dorang yang kutuk mula2 then orang ramai terhasut untuk kutuk sama) atau manipulate isu (yang mula2 kutuk ialah penyokong pembangkang dan fake jadi batu api) takla penting sangat sebab point yang ingin dibahaskan ialah moral/akhlak penyokong2 pembangkang itu sendiri. 

Keempat. Akhirnya dah terbukti walaupun kita dah berkali2 nafi bahawa RBAs tu ciptaan DAP sebaliknya ialah propaganda musuh sebelah sana tetapla terdapat pihak yang mudah percaya pada fitnahan itu. Sekarang team yang kutuk2 DAP tentang RBAs malukan diri dengan isu tersebut. Malas aku nak cakap apa. Kebenaran dah bercakap bagi pihaknya. 

Kelima. Taksub. Itu lorong yang penyokong2 Mahathir lalui sekarang. Jalan tu aku pernah lalu. Tapi aku dah keluar. Lagi lama ikut jalan tu lagi banyak kekesalan yang kita akan kumpul. Matlamat jatuhkan Najib aku pun ada tetapi jangan biar matlamat itu menghilangkan kewarasan akal fikiran kita. 

Keenam. Dah habis modal berhujah, UMNO yang dipersalahkan. Pelik aku dengan dorang neh. Kalau kelakuan2 penyokong pembangkang > RBAs > propaganda UMNO bagaimana pula dengan kesnya Jeff Oi? 

Ini respon Nik Nazmi.  



MP pembangkang yang lain kata Jeff Oi tak sopan.

Nik Nazmi = UMNO?
Jeff Oi = RBAs? 

Tak payahla kita buang masa. Backup akhlak penyokong2 bermasalah hanya akan merugikan kita dan melemahkan perjuangan kita. Kita dah la semakin jauh dari Putrajaya. Jangan tambah jauhkan lagi. Ini masa kurangkan kilometer bukan bagi tambah kilometer. Buang mereka macam kita buang kain buruk. Akhlak penyokong takde intergriti hanya akan mengacau matlamat yang kita mahu capai kelak. Hari ini kutuk kematian ATGHD esok lusa masalah ape yang dorang nak cetus kita pun tak tahu apa. Sentiasa berjaga2 dan bila buat masalah je mula la kita kena karang strategi bagi mencetuskan polemik di kalangan penyokong agar pemikiran mereka terkacau dan terhasut dengan propaganda. 

Sampai bila? Robot pun akan ada masa mati bila tamatnya bateri. Manusia pun akan tahu hilang sabar jika dah rasa letih. Lebih baik kita tinggalkan penyokong yang takde hemah dan budi bicara kerana mereka begitu pentingkan diri. Buang mereka macam kita buang kain buruk. Perjuangan yang kita nak capai itu terlalu penting sampai kita tak sepatutnya ada masa nak bekap manusia2 yang bermentaliti sarkis.

Jumaat, 16 September 2016

Kematian Harun Din Dicaci Maki Oleh Penyokong Pembangkang Di Portal FMT & Malaysiakini.

Hmm.

Kisah pagi tadi.



Tuan Guru dikatakan mengalami pendarahan dalaman yang akhirnya menyebabkan dia koma dan perlu bergantung kepada alat saluran pernafasan sejak malam tadi sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini pada waktu tempatan.

Media kemudiannya melaporkan kematian ATG Harun Din secara berleluasa kerana arwah ialah tokoh politik dan agamawan yang tersohor di Malaysia. Penglibatan arwah dalam parti politik PAS membawanya ke jawatan akhir sebagai Mursyidul AM Pas mengantikan jawatan ATG Nik Aziz yang juga telah meninggal dunia pada tahun lepas. PAS telah kehilangan dua tokoh agamawan yang berpengaruh dalam masa setahun.

Ketika beberapa tokoh pembangkang dan kerajaan menyampaikan salam takziah dan menyatakan kesedihan berhubung dengan kehilangan itu, lain pula halnya yang berlaku di kalangan penyokong-penyokong pembangkang.

Hasil pemerhatian aku mendapati rata-rata masyarakat non muslim yang berkomen di Malaysiakini dan Free Malaysia Today lebih cenderung melepaskan komen berbaur sindiran, cemuhan dan kata-kata nista bila mengulas tentang berita tersebut. 

Lihat paparan gambar- gambar ;







Komen-komen tersebut akhirnya telah mencetuskan konflik berbaur perkauman di ruangan komen laporan berita Malaysiakini dan Free Malaysia Today dan sudah tentu akan menjadi satu pergaduhan yang berpanjangan pada masa-masa mendatang. 

Dipercayai rata-rata penyokong DAP yang mengeluarkan komen2 sedemikian. Ini terjadi berikutan mereka mempercayai selain dari TG Hadi Awang, ATG Harun Din juga adalah dalang yang memecahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Mereka juga menyakini laporan portal Sarawak Report bahawanya PAS mendapat laba 90 juta (team Hadi-Harun, team TITM tidak mendapat apa-apa, kononnya lah) daripada Mahathir bagi memecahkan dan mengucar-kacirkan pembangkang agar Pakatan Rakyat musnah dan berkecai. Disebabkan fahaman itulah yang membuatkan rata2 penyokong DAP membenci ATG Harun Din. Tak dinafikan juga pendapat ATG Harun Din dalam isu kitab bible melayu yang mencetuskan polemik muslim-kristian turut menjadi sebab kepada kebencian tersebut.

Kerjasama PAS - UMNO, kononnya mahu berUG juga menjadi punca penyokong2 DAP membenci ATG Harun Din kerana arwah kononnya bersetuju dengan penyatuan tersebut bahkan antara yang terlibat secara utama bagi mendekatkan PAS kepada UMNO. Namun sehingga TG Harun Din meninggal dunia, PAS dan UMNO belum lagi bersatu secara legal. Sekadar kerjasama dalam beberapa perkara2 politik dan pentadbiran yang juga turut dilakukan oleh PKR dan DAP, mereka bersama-sama kerajaan pusat pimpinan Najib dalam sesetengah isu berkaitan hudud, pentadbiran negeri dan juga projek pembangunan. 

Respon luarbiasa penyokong2 pembangkang ini juga jadi pemerhatian blogger2 dan penyokong2 Najib dari jarak jauh. Mereka melihat akhlak yang sama mengkritik kematian pimpinan pembangkang seperti mendiang Karpal Singh & ATG Nik Aziz oleh sesetengah penyokong kerajaan berbalik kepada penyokong2 pembangkang terutamanya pada geng2 DAP. Adakah ini akhlak yang patut ditunjukkan ketika berlakunya kematian? Adakah perbezaan politik menghilangkan perikemanusiaan kita? Tidak kah kita belajar moral di sekolah bahawanya orang yang mati harus dihormati? Ucapan2 yang baik bagi memujuk ahli keluarga yang kehilangan sudah tidak wujud kah? 

Apetah lagi ucapan2 negatif itu dihamburkan pada saat semua yang kita diberi-faham tentang ATG Harun Din tidak terbukti. Apakah kita ada bukti ATG Harun Din ialah dalang perpecahan PAS - DAP? Apakah kita ada bukti ATG Harun Din terima wang 90 juta? Apakah kita ada bukti PAS - UMNO berUG atas inisiatif TG Harun Din? Tuduhan2 yang dilemparkan oleh sesetengah blogger pembangkang seperti blogger pro Amanah / Khalid Samad adalah tidak pernah dibuktikan secara fakta serta hujah bahkan tiada apa2 dokumentasi konkrit yang dilampirkan dan bagaimana mudahnya kita berdasarkan hanya persepsi menunjukjan kebencian yang melampaui batas kemanusiaan? Mana moral kita di saat kita persoalkan moral pimpinan kerajaan? Bagus sangat ke akhlak kita neh? 

Memalukan. Semua orang baca komen kita. Dan sekarang semua orang tahu bagaimana adab kita bila mendengar perkhabaran tentang kematian. Hormat orang meninggal dunia konon. Cakap tak serupa bikin. Pura-pura dan kemunafikan yang jelas disitu. Sekarang penyokong2 PAS akan bertambah benci kepada DAP. Terima kasih kepada sesetengah penyokong DAP yang biadap. Jangan bermimpi tentang Putrajaya. Aku tak rasa Pulau Pinang pun akan menjadi laluan mudah sekarang. Tidak hanya kita berpecah. Bahkan berlumba2 melakukan kebodohan juga. Err tahniah la.

Babai

Nota. 1. Sesetengah gambar kredit to Lim Sian See. Yang lain aku semak dan siasat sendiri dan nampaknya terbukti apa yang sedang berlegar2 di media sosial kini. 

Nota 2. Dimaklumkan oleh LSS juga, terlalu banyak komen2 biadap di Malaysiakini saluran English yang melaporkan kematian ATG Harun Din sehingga memaksa pihak Malaysiakini memadamkan semua komen2 tersebut dan block orang awam menghantar komen ke atas berita tersebut.

Khamis, 15 September 2016

Mahu Bebaskan Anwar? Ini Surat Terbuka Saiful Kepada Muhyiddin.


Semalam Muhyiddin menyeru agar pembangkang bersatu. Jika pembangkang bersetuju untuk sama-sama bersatu dengan PPBM bagi menumbangkan BN dalam PRU ke 14 kelak maka PPBM juga akan bersetuju dengan agenda pembebasan Anwar.

Kenyataan Muhyiddin itu kemudiannya viral dan mencetuskan polemik di kalangan penyokong pembangkang. Ada yang bersetuju. Ada yang menyindir juga.

Pihak media kemudiannya meminta respon pantas Mahathir tentang hal itu. Mahathir kelihatan seperti tidak bersetuju dengan tindakan Muhyiddin namun tidak dinyatakan secara terus. Mahathir hanya berkata bahawanya belum lagi masanya untuk memperjuangkan agenda pembebasan Anwar. Tunggu PPBM diberi kuasa barula boleh diusahakan hal tersebut. Setakat ini sekadar cakap-cakap pun takde gunanya.

Hehehe.

Saiful seperti berpatah arang berkerat rotan dengan Najib Razak dan kepimpinannya. Nada berkias tapi tak bermaksud kita sebagai pemerhati tak memahami. Jika Saiful bersama PPBM logik ka tak logik PPBM nak turut serta dalam perjuangan pembebasan Anwar? Padanla. Dari hari ke hari orang asyik kata pembangkang makin kekarutan.

Kahkahkahkah!

Berikut di bawah surat Saiful buat Pak Yidin ;

Kepada Tan Sri, jika benar seperti yang dilaporkan dalam keratan media yang saya lampirkan ini, maka saya amat bersimpati dengan Tan Sri. Saya bersimpati kerana di awal perjuangan melalui wadah baru (PPBM) ini Tan Sri sudah terkhilaf. Pada hemat saya, tidak perlu gentar untuk peroleh sokongan jika yakin wadah baru ini BENAR.

Perjuangan berlandaskan kebatilan saya kira kurang keberkatannya, sukar untuk berjaya. Apatah lagi memohon pertolongan ‘sokongan’ dari makhluk yg Tan Sri sendiri tahu kebenarannya dan sudah diputuskan bersalah oleh Mahkamah.

Mohonlah pada Allah SWT dan bersama makhluk yang BENAR jalannya. Dalam kamus politik berdusta itu kononnya tidak salah, tapi dalam agama berdusta tak kira dalam politik atau tidak, ia sama sahaja semasa perhitungan di masyar nanti.

Apa lagi dengan menjaja dusta itu untuk meraih sokongan, yang bakal menganiaya saya sebagai mangsa dalam kes ini. Nasihat saya, usah cemarkan wadah baru(PPBM) yang ibarat bayi yang masih suci ini dengan kekotoran. Marhaen di luar ingin tahu hala tuju parti, dasar, idealisme n etc, bukannya janji jika menang pilihanraya mahu bebaskan banduan yang bersalah.

Biarlah beliau menjalani hukuman, kelak akan bebas jua akhirnya, berkemungkinan lebih awal jika berkelakuan baik. Belum terlambat untuk perbetulkan. Namun jika Tan Sri beranggapan ‘jalan pintas’ ini jalan yang terbaik, maka saya ucapkan selamat ‘maju’ jaya. Terus doa, sabar & istiqamah.

SAIFUL BUKHARI AZLAN

p/s: Sebelum anda semua tanya apa hak saya nk ulas? Ingin saya maklum sebagai pihak yang berkepentingan dalam kes ini, saya mempunyai ‘locus standi’ untuk mengulas apa yang diperkata oleh Tan Sri.

p/s 2: Kpd Tan Sri, mohon renung, dan hayatilah dua Firman Allah di bawah:

Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalang mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk. [al-Zukhruf 43:37] Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. [al-Nisa’ 4:120]

Rabu, 14 September 2016

Senaman Tonggeng 2.0 Di Hadapan Rumah Maria Chin - Amaran Ali Tinju Kepada BERSIH 5.


KAHKAHKAHKAHKAHKAH!

Berlumba-lumba buat 'action' sebab tengah cari peluang jana habuan express ke tu?
Biasalah. Di mana pembangkang berdemo, disitulah ada peluang buat duit, ye tak?

KAHKAHKAHKAHKAH! 

Siang tadi BERSIH 5 buat sidang media. Umum tarikh himpunan seterusnya. Ia akan diadakan pada 19 November. Sebelum itu Jamal cabar Maria Chin umum tarikh BERSIH 5. Ini kerana gerakan MERAH akan bawa 300 ratus ribu bala tentera bagi mengcounter perhimpunan BERSIH 5. 300K ialah lambang penyokong Najib manakala himpunan BERSIH 5 adalah anti Najib. Jamal beri gambaran perhimpunan MERAH akan diadakan pada hari, masa dan lokasi yang sama. Dan cabaran Jamal itu agak sensasi juga kerana dia turut mengatakan Maria Chin sebagai "anjing pembangkang".

Dan siang tadi juga, Ali Tinju memberitahu bahawanya dia akan tampil dengan persembahan terbaru apabila diminta mengulas tentang perhimpunan BERSIH 5. Mungkin kerana mahu menyaingi Jamal Yunos. Umum tahu sebelum ini Ali dan Jamal bergaduh tentang habuan berkaitan dengan perhimpunan pro kerajaan yang pernah dianjurkan oleh mereka sebelum itu. Dan agaknya bila si Ali tengok Jamal femes sangat di kalangan pembangkang kerana seringkali buat tindakan-tindakan bahlol, maka Ali pun perlu buat comeback. Mana la tau kalau dah kontroversi boleh la buat proposal sebagai platform dapatkan habuan. 

Kahkahkah! 

Ahh syall la. Gelak pasal hape. Kalau habuan diluluskan bukannya guna duit UMNO BN. Duit rakyat juga jadi mangsaaaaaa. Btw, Ali Tinju kata dia akan bawa 50,000 turun untuk counter BERSIH 5. Jamal bawa 300k. Ali bawa 50k. Total 350k. Seriyus ke mangkok hayun berdua tu? 10k pun aku rasa susah nak dapat kot. Bangang!

Laporan Malaysiakini ;

Ingat lagi "senaman punggung" – dengan aksi membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung arah kediaman bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga empat tahun lalu? Gimik itu ternyata membuatkan penganjurnya Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju menjadi terkenal sebagai pengkritik lantang perhimpunan BERSIH. Kali ini, setelah empat tahun, daripada BERSIH 3 kepada BERSIH 5, Ali akan kembali dengan acara sama bagi membantah penganjuran himpunan itu. 

Mereka akan menjadikan rumah Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah sebagai sasaran. "Maria Chin akan dapat satu tentangan hebat daripada Gerakan Merah dan kami tidak teragak-agak untuk membuat 'senamam tonggeng' siri kedua di hadapan rumah beliau. "Itu pesan Ali Tinju kepada Maria Chin agar berhati-hati, bagaimana Datuk Ambiga mendapat senaman tarian kita juga akan ke rumah beliau (Maria) dalam masa terdekat ini," kata Ali kepada Malaysiakini. 

Ali diminta mengulas pengumuman Maria bahawa BERSIH 5 akan diadakan pada 19 November depan, yang dilihat bakal memberi tekanan kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang. 

Sementara itu, Ali juga berkata beliau akan menggerakkan 50,000 penyokongnya untuk hadir membantah himpunan itu pada tarikh sama. Malah, Ali berkata kehadiran mereka bukan sekadar memprotes tindakan Maria tetapi akan bertindak menasihati Maria agar menghormati undang-undang negara. 

“Jika mereka tak berpuas hati tunggu PRU (pilihan raya umum) tahun depanlah. Kenapa tak sabar nak buat kerja bodoh dan menyusahkan rakyat sebegini," kata Ali Tinju. Kumpulan penentang himpunan BERSIH sudah beberapa kali menganjurkan perhimpunan balas tetapi angka pesertanya jauh lebih rendah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...