Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 14 September 2016

Senaman Tonggeng 2.0 Di Hadapan Rumah Maria Chin - Amaran Ali Tinju Kepada BERSIH 5.


KAHKAHKAHKAHKAHKAH!

Berlumba-lumba buat 'action' sebab tengah cari peluang jana habuan express ke tu?
Biasalah. Di mana pembangkang berdemo, disitulah ada peluang buat duit, ye tak?

KAHKAHKAHKAHKAH! 

Siang tadi BERSIH 5 buat sidang media. Umum tarikh himpunan seterusnya. Ia akan diadakan pada 19 November. Sebelum itu Jamal cabar Maria Chin umum tarikh BERSIH 5. Ini kerana gerakan MERAH akan bawa 300 ratus ribu bala tentera bagi mengcounter perhimpunan BERSIH 5. 300K ialah lambang penyokong Najib manakala himpunan BERSIH 5 adalah anti Najib. Jamal beri gambaran perhimpunan MERAH akan diadakan pada hari, masa dan lokasi yang sama. Dan cabaran Jamal itu agak sensasi juga kerana dia turut mengatakan Maria Chin sebagai "anjing pembangkang".

Dan siang tadi juga, Ali Tinju memberitahu bahawanya dia akan tampil dengan persembahan terbaru apabila diminta mengulas tentang perhimpunan BERSIH 5. Mungkin kerana mahu menyaingi Jamal Yunos. Umum tahu sebelum ini Ali dan Jamal bergaduh tentang habuan berkaitan dengan perhimpunan pro kerajaan yang pernah dianjurkan oleh mereka sebelum itu. Dan agaknya bila si Ali tengok Jamal femes sangat di kalangan pembangkang kerana seringkali buat tindakan-tindakan bahlol, maka Ali pun perlu buat comeback. Mana la tau kalau dah kontroversi boleh la buat proposal sebagai platform dapatkan habuan. 

Kahkahkah! 

Ahh syall la. Gelak pasal hape. Kalau habuan diluluskan bukannya guna duit UMNO BN. Duit rakyat juga jadi mangsaaaaaa. Btw, Ali Tinju kata dia akan bawa 50,000 turun untuk counter BERSIH 5. Jamal bawa 300k. Ali bawa 50k. Total 350k. Seriyus ke mangkok hayun berdua tu? 10k pun aku rasa susah nak dapat kot. Bangang!

Laporan Malaysiakini ;

Ingat lagi "senaman punggung" – dengan aksi membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung arah kediaman bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga empat tahun lalu? Gimik itu ternyata membuatkan penganjurnya Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju menjadi terkenal sebagai pengkritik lantang perhimpunan BERSIH. Kali ini, setelah empat tahun, daripada BERSIH 3 kepada BERSIH 5, Ali akan kembali dengan acara sama bagi membantah penganjuran himpunan itu. 

Mereka akan menjadikan rumah Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah sebagai sasaran. "Maria Chin akan dapat satu tentangan hebat daripada Gerakan Merah dan kami tidak teragak-agak untuk membuat 'senamam tonggeng' siri kedua di hadapan rumah beliau. "Itu pesan Ali Tinju kepada Maria Chin agar berhati-hati, bagaimana Datuk Ambiga mendapat senaman tarian kita juga akan ke rumah beliau (Maria) dalam masa terdekat ini," kata Ali kepada Malaysiakini. 

Ali diminta mengulas pengumuman Maria bahawa BERSIH 5 akan diadakan pada 19 November depan, yang dilihat bakal memberi tekanan kepada kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang. 

Sementara itu, Ali juga berkata beliau akan menggerakkan 50,000 penyokongnya untuk hadir membantah himpunan itu pada tarikh sama. Malah, Ali berkata kehadiran mereka bukan sekadar memprotes tindakan Maria tetapi akan bertindak menasihati Maria agar menghormati undang-undang negara. 

“Jika mereka tak berpuas hati tunggu PRU (pilihan raya umum) tahun depanlah. Kenapa tak sabar nak buat kerja bodoh dan menyusahkan rakyat sebegini," kata Ali Tinju. Kumpulan penentang himpunan BERSIH sudah beberapa kali menganjurkan perhimpunan balas tetapi angka pesertanya jauh lebih rendah.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...