Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 15 September 2016

Mahu Bebaskan Anwar? Ini Surat Terbuka Saiful Kepada Muhyiddin.


Semalam Muhyiddin menyeru agar pembangkang bersatu. Jika pembangkang bersetuju untuk sama-sama bersatu dengan PPBM bagi menumbangkan BN dalam PRU ke 14 kelak maka PPBM juga akan bersetuju dengan agenda pembebasan Anwar.

Kenyataan Muhyiddin itu kemudiannya viral dan mencetuskan polemik di kalangan penyokong pembangkang. Ada yang bersetuju. Ada yang menyindir juga.

Pihak media kemudiannya meminta respon pantas Mahathir tentang hal itu. Mahathir kelihatan seperti tidak bersetuju dengan tindakan Muhyiddin namun tidak dinyatakan secara terus. Mahathir hanya berkata bahawanya belum lagi masanya untuk memperjuangkan agenda pembebasan Anwar. Tunggu PPBM diberi kuasa barula boleh diusahakan hal tersebut. Setakat ini sekadar cakap-cakap pun takde gunanya.

Hehehe.

Saiful seperti berpatah arang berkerat rotan dengan Najib Razak dan kepimpinannya. Nada berkias tapi tak bermaksud kita sebagai pemerhati tak memahami. Jika Saiful bersama PPBM logik ka tak logik PPBM nak turut serta dalam perjuangan pembebasan Anwar? Padanla. Dari hari ke hari orang asyik kata pembangkang makin kekarutan.

Kahkahkahkah!

Berikut di bawah surat Saiful buat Pak Yidin ;

Kepada Tan Sri, jika benar seperti yang dilaporkan dalam keratan media yang saya lampirkan ini, maka saya amat bersimpati dengan Tan Sri. Saya bersimpati kerana di awal perjuangan melalui wadah baru (PPBM) ini Tan Sri sudah terkhilaf. Pada hemat saya, tidak perlu gentar untuk peroleh sokongan jika yakin wadah baru ini BENAR.

Perjuangan berlandaskan kebatilan saya kira kurang keberkatannya, sukar untuk berjaya. Apatah lagi memohon pertolongan ‘sokongan’ dari makhluk yg Tan Sri sendiri tahu kebenarannya dan sudah diputuskan bersalah oleh Mahkamah.

Mohonlah pada Allah SWT dan bersama makhluk yang BENAR jalannya. Dalam kamus politik berdusta itu kononnya tidak salah, tapi dalam agama berdusta tak kira dalam politik atau tidak, ia sama sahaja semasa perhitungan di masyar nanti.

Apa lagi dengan menjaja dusta itu untuk meraih sokongan, yang bakal menganiaya saya sebagai mangsa dalam kes ini. Nasihat saya, usah cemarkan wadah baru(PPBM) yang ibarat bayi yang masih suci ini dengan kekotoran. Marhaen di luar ingin tahu hala tuju parti, dasar, idealisme n etc, bukannya janji jika menang pilihanraya mahu bebaskan banduan yang bersalah.

Biarlah beliau menjalani hukuman, kelak akan bebas jua akhirnya, berkemungkinan lebih awal jika berkelakuan baik. Belum terlambat untuk perbetulkan. Namun jika Tan Sri beranggapan ‘jalan pintas’ ini jalan yang terbaik, maka saya ucapkan selamat ‘maju’ jaya. Terus doa, sabar & istiqamah.

SAIFUL BUKHARI AZLAN

p/s: Sebelum anda semua tanya apa hak saya nk ulas? Ingin saya maklum sebagai pihak yang berkepentingan dalam kes ini, saya mempunyai ‘locus standi’ untuk mengulas apa yang diperkata oleh Tan Sri.

p/s 2: Kpd Tan Sri, mohon renung, dan hayatilah dua Firman Allah di bawah:

Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalang mereka dari jalan yang benar, sedang mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk. [al-Zukhruf 43:37] Syaitan sentiasa menjanjikan mereka serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata. [al-Nisa’ 4:120]

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...