Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 28 Mei 2011

Manchester United kalah kerana najib!


Ini bukan mimpi tapi realiti. Hakikat dan kenyataan. Penyokong2 manchester united terpaksa menerima akan hakikat neh. Hakikat yang MU akan kalah habis dan najib akan meraung sakan akibat kekalahan itu. Hehehe..

Sorry beb, aku terpaksa rasa menyampah bhai dengan pasukan neh. Siyes. Malam neh aku dengar citer najib and the geng akan menonton perlawanan bola neh kat putrajaya. Fuhh.. tengok dengan geng2 vvip beb. Jeles ka aku? Tak pun.. ada masalah ka bagi aku? Tak pun.. saja jerk aku nak mengata sebab ia melibatkan najib bhai.. hehehe..

Najib minat Manchester United beb. Minat gila. Disebabkan dia minat gila dengan pasukan neh lah dia sanggup nak buat tayangan perdana untuk menonton beramai2 bersama rakyat. Salah ka? Tak pun.. kan aku dah cakap tadi benda neh tak salah, aku saja je nak mengata si najib neh. Aku menyampah beb dengan MU. Menyampah sebab najib sokong sokong setan merah. Hehehehe..

Disebabkan dia sokong setan [MU] maka aku memilih untuk menyokong pihak lawan [Barcelona]. Walhal aku satu sen pun tak minat pasukan barcelona neh. Tapi disebabkan piem aku sokong MU, maka aku memilih untuk support barcelona untuk hari ini dalam sejarah. Heh.

Dengan ini aku juga suka untuk mengisyitharkan pasukan MU akan kalah dengan teruk. Tergolek habis. Confirm. Aku confident bhai. MU akan kalah habis disebabkan najib. Dan najib akan menangis akibat kekalahan itu. Manakala aku pula akan happy tergelak saat2 najib kalah bola.. hehehe.. nasiblah. Najib + Manchester United = kalah.. hehehe.. apa? Pasukan MU mengamuk kat aku? Yang korang pandai2 sokong MU buat apa? Kan dah kena.. nasiblah.. apa yang najib sokong aku tak sokong dan ianya muktamad! Habis.

Gaps: cina, india tiada hak untuk biasiswa kerana ia hak melayu sepenuhnya !

Hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak untuk menerima biasiswa kerajaan, kata kumpulan pendesak yang berkaitan dengan Umno - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps).

NONE“Adakah sebenarnya setiap rakyat Malaysia berhak mendapat biasiswa? Perlembagaan Persekutuan hanya mengariskan orang Melayu dan Bumiputera (sahaja) mempunyai hak untuk menerima biasiswa,” kata presiden Gaps Hamidzun Khairuddin dalam satu kenyataan.

“Perlembagaan ini di buat oleh Suruhanjaya Reid, bukan oleh pemimpin Melayu,” katanya dalam usaha cuba memindahkan kesalahan itu kepada lima anggota panel Komanwel yang menggubal perlembagaan negara pada tahun 1965.

Hamidzun mengulas kenyataan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berkata, “MCA meminta perdana menteri supaya memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang SPM untuk melanjutkan pelajaran di luar negara meskipun Putrajaya mendakwa tidak membuat sebarang janji seumpama itu.”

Sambil menuduh “sesetengah ahli politik parti pemerintah dan pembangkang yang sangat bersifat perkauman dan chauvanistic”, Hamidzun membidas Chua, khususnya dan mencabar ketua parti komponen BN yang kedua terbesar itu meminda perlembagaan jika tidak bersetuju.

gaps protest 20101205 banner 05“Kalau (Chua) Soi Lek tak setuju, dia kena pinda perlembagaan yang digubal oleh Lord Reid ini. Soi Lek wajar bersikap lebih objektif dalam kepimpinannya.

“Soi Lek juga kena belajar menjadi pemimpin untuk semua rakyat Malaysia, bukan menjadi jaguh untuk bangsanya sahaja,” kata pemimpin Gaps itu.Cukup la...

Hamidzun juga membidas parti-parti komponen BN yang katanya setiap tahun dalam bulan Mei-Jun MCA dan MIC serta Umno akan menjadi juara kaum masing-masing.

“Gaps melihat isu ini harus diselesaikan secara tuntas agar ianya tidak menjadi polemik tahunan yang tidak menguntungkan rakyat,” katanya sambil menambah pemimpin BN perlu bertanggungjawab mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan kaya di negara ini.

NONE“Cukup lah Do Xiang Zhong (sic), PERKASA dan Hindraf menjadi jurucakap bangsa masing-masing. Mereka cemerlang dalam bidang itu,” katanya.

Bagaimanapun bercanggah dengan dakwaannya hanyak orang Melayu dan Bumiputera yang layak diberi biasaiswa, pada akhir kenyataannya Hamidzun menulis “Pemimpin parti politik harus berjiwa besar membina negara bangsa. Mereka harus berani mempertahankan kepentingan semua kaum berdasarkan asas undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan.”

Adakah GAPS ini BODOH? Apa benda yang salahnya kenyataan CSL bila dia minta agar semua pelajar SPM yang CEMERLANG diberikan biasiswa? Bukan nya CSL sentuh pasal kaum kat sini bhai. Dia cuma merujuk kepada pelajar spm yang cemerlang aje bhai. Yang pasal apa GAPS gila bangang neh meroyan segala bagai nak mengamuk isu pasal kaum mengkaum plak neh? Bodoh siott dorang neh.

Ini pasal aku heran dari dulu lagi. Apa masalahnya pun kalau pelajar2 cemerlang spm neh diberikan bantuan biasiswa tanpa kira kaum bhai? Takan pelajar cina cemerlang tak ley terima biasiswa semata2 sebab dia cina beb? Takan pelajar spm india cemerlang takley terima biasiswa semata2 dia india beb? Takan pelajar singh segala bagai keturunan takley terima biasiswa semata2 mereka bukan kaum melayu bhai? Adakah pelajar2 cina muslim takley terima biasiswa semata2 mereka bukan kaum melayu walaupun mereka ialah orang islam? Nampak sangat kebangangan GAPS neh terserlah siot.

Cemerlang bukan ikut kaum tapi ikut akal. Bukan nya kita suruh kasi duit2 tue kat orang2 yang tak cemerlang. Duit pendidikan = pelajar cemerlang = berbaloi. Rasanya gaps neh bangang kot. Dia ingat kat malaysia cuma ada orang melayu aje kot. Bayangkanlah perasan orang bukan melayu kalau baca benda alah neh? Bukan kah mereka akan jadi semakin benci kat orang melayu dan sekaligus islam tak pasal2 disebabkan persepsi mereka melayu = islam. Sedangkan islam = adil. Padahal melayu = belum tentu adil. 

Haizhh.. aku agak hampa dengan sikap kebahlolan gaps neh. Aku sejujurnya nak pesan kepada orang2 bukan melayu yang baca benda neh. Sebenarnya gaps = mewakili orang bahlol. Aku sendiri no hal kalau biasiswa = disalurkan pada orang cemerlang = yang benar2 memerlukan = tanpa kira kaum.

Kalau pelajar2 cemerlang = kaya raya = guna duit sendiri = lebih baik = tanpa kira kaum.

Tak perlu bias2 dalam mengagihkan bantuan. Ia kan hak rakyat malaysia dan rakyat malaysia ada pelbagai kaum, bukan orang melayu aje bhai.

Ameno : GAPS = gabungan angkatan pembangangan semalaysia.

KUIN: Beginikah cara layan PAS kepada anak muda?

Sejak pilihan raya umum ke-12 lalu, saya tertanya-tanya apakah pendirian Pakatan Rakyat mengenai anak muda. Adakah benar mereka ikhlas mahu memperjuangkan isu anak muda ataupun ia sekadar retorik politik semata-mata.

Akhirnya, pada 25 Mei lalu, saya telah mendapat jawapan tersebut. Ternyata baik BN mahupun Pakatan Rakyat, keduanya 'tidak mesra' dengan anak muda khususnya golongan mahasiswa.

Pada tarikh ini, golongan mahasiswa di KUIN telah dikenakan satu tindakan yang saya kira sangat tidak wajar.

Enam orang mahasiswa daripada KUIN telah dikenakan tindakan tatatertib daripada pihak pentadbiran KUIN.

Ada antara mereka yang telah didenda. Malahan ada yang telah digantung pengajian selama dua semester!

Hal ini saya kira telah mencabar kami sebagai golongan anak muda yang mempunyai hak bersuara seperti yang telah termaktub di dalam perlembagaan.

Di sini, saya hendak memberi peringatan kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS, jangan sesekali mencabar kami golongan anak muda.

Kami, golongan anak muda sama sekali tidak rela dijadikan bahan mainan politik kedua-dua belah pihak terutama dalam meraih simpati politik yang kini semakin jijik dan kotor.

Saya amat berharap agar kemelut ini diselesaikan dengan baik. Pakatan Rakyat khususnya PAS harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan hal ini.

Ingatlah, kehadiran kami golongan anak muda ini bakal menentukan survival politik Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.


Penulis adalah pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M N) KUIN

WOW.. pas apakah korang neh cuma mengamalkan dasar kuku besi? Why? Adakah auku dilihat lebih baik jika dikendalikan oleh PR berbanding umno? Baca bawah neh plak ;

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak boleh campur tangan berhubung tindakan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah yang mengenakan tindakan tatatertib ke atas enam pelajarnya.

"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 03Azizan mengulas tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS supaya campur tangan.

Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan bagaimanapun berkata keenam-enam pelajar berkenaan boleh membuat rayuan jika mereka tidak berpuas hati.

Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman.

"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor.

"Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya.

Sejujurnya aku kurang faham isu sebenarnya. Yang aku tahu ianya bermula begini ;

1. Mereka bantah pembukaan sekolah insan bestari menggunakan bangunan tahfiz <-- yang mana pas patut bina bangunan baru kalau bangunan tue masih digunakan oleh pelajar2 tahfiz, kalau tidak apa relevantnya budak2 neh g bantah atas bangunan yang tidak digunakan?

2. Mereka kemudian nya didenda di bawah akta AUKU sebab berdemo dan meluahkan bantahan <-- yang mana akta neh diperkenalkan oleh mahathir untuk mengekang suara mahasiswa namun digunakan pula oleh menteri besar kedah ataupun mungkin pihak pengurusan universiti, aku kurang pasti disitu.

3. Mereka tidak puas ahti dengan hukuman yang dikenakan lalu mereka minta campurtangan hadi agar bantu mereka <-- maksudnya disini mereka tak percaya azizan boleh bantu mereka, sebaliknya mereka yakin hadi mungkin boleh membantu mereka, neh dah macam pas lawan pas.

4. Azizan kemudiannya menegur bahawa hanya pihak pengurusan universiti dan dia je layak masuk campur urusan KUIN sebab KUIN bukan hak milik pas. <-- okey fine, dengarlah rayuan anak muda neh dan hapuskanlah hukuman ke atas mereka. Apa sibuk2 bidas itu ini pula. Sibuk2 cakap hadi takley masuk campurlah apa lah tak guna beb. Patut selesaikan masalah bukan dok buat masalah. Maaf, kali neh tindakan azizan ke atas pelajar2 neh aku tak suka langsung.

Apa benda nak gunakan AUKU kepada pelajar2 sedangkan pas dalam masa yang sama menentang AUKU? Aku agak kurang faham disini. Adakah jika PAS guna AUKU maka ia okey? Kalau mahathir guna AUKU maka ia kukubesi? Heh.

Ameno : Lue tinggal solat, berdosa, wa tinggal solat takpa. Heh.

Subsidi minyak : Najib atau rakyat yang terkantoi?

KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah rasionalisasi subsidi yang dilakukan kerajaan bukan bermaksud kerajaan perlu mengurangkan jumlah subsidi ketika ini.
Sebaliknya kata Perdana Menteri, ia bermakna kerajaan terpaksa mencari lebihan RM8 bilion lagi kerana jumlah subsidi bertambah daripada RM11 bilion kepada RM20 bilion.
''Tetapi ramai yang tidak faham mengenai dasar rasionalisasi ini dan jumlah lebihan yang perlu ditambah oleh kerajaan itu sebenarnya bukan sedikit,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.

 Aku kat luar neh beb. Idea aku merapu bila guna komputer luar bhai. Tapi minda aku tetap nak merapu so terpaksalah aku update belog beb. Benda yang aku nak sentuh neh berat sket. Memula aku pun confuse gak time baca benda alah neh. Last2 aku dah dapat tangkap benda alah tue. Korang perhatikan kat sini. 


Nampak tak apa yang aku nampak? Ini ialah carta subsidi minyak time 2007 beb. Masa tue harga minyak ialah rm1.92 sen seliter. Dan harga tue merujuk kepada harga minyak ron 97. Bukan ron 95 beb. Sebab ron 95 tak wujud time tue. Kalau nak di ikutkan subsidi untuk ron 95 mestilah rendah lagi ye tak? Sebab minyak ron95 kan minyak murah. Okey2, then korang perhatikan pula benda kat bawah neh ;


Bukti bahawa masa tue harga ron 97 ialah rm1.92sen seliter. Then korang perhatikan benda kat bawah neh plak beb ;


Nampak tak apa yang aku nampak? Perasan tak apa yang aku perasan? Meh aku simpulkan kat korang kalau2 korang neh still blur lagi beb;

1. Jumlah subsidi minyak pada tahun 2007 ialah rm 16.2 dengan 8.8billion = subsidi.

2. Subsidi minyak neh cuma merujuk kepada ron 97 semata2.

3. Pada ketika itu harga minyak ialah USD 91.36sen setong.

Okey, ulang balik harga minyak ron 97 pada ketika itu ialah USD 91.36 sen dan jumlah subsidi ialah 16billion.

Tapi sekarang ron 97 dah takde subsidi. Yang ada cuma ron 95.Ikut logik akal aku, ron 95 patutnya lagi murah lagi dari 97 sebab tue lah kerajaan buat keputusan memperkenalkan ron 95 dan mansuhkan subsidi untuk ron 97. Kalau pada tahun 2007, 

1. ron 97 = subsidi 16.2billion = pada harga rm1.92 seliter.

maka apa sebabnya 

2. ron 95 = subsidi 20billion = pada harga rm.1.90 seliter?

Korang nampak apa yang aku nampak? Aku sesungguhnya pelik kenapa ya kita kena rujuk harga minyak mentah yang sama untuk penghasilan minyak yang berbeza ron? Maksudnya kat sini kenapa nak anggap minyak ron 95 = 97 = 99 = minyak mentah yang sama jenis? Mungkin kerana ianya minyak mentah yang belum diproses?

Kalau begitu adakah satu2 tong minyak mentah yang siap diproses boleh menghasilkan ;

1. ron 95

DAN

2. ron 97

Jika ya kita kena fikir ke dalam lagi beb. Kalau setong minyak mentah yang kerajaan beli boleh proses pelbagai jenis ron so sudah tentulah nilai subsidi akan berkurangan.. betul tak? Ataupun mungkin kerajaan kira nilai subsidi selepas minyak mentah diproses? Kalau ini berlaku maka sah lah harga minyak dunia tidak boleh dijadikan perantaraan utama untuk mencanangkan nilai subsidi negara meningkat. 

Sebab apa minyak dunia cuma mengambarkan nilai pembelian import malaysia. Namun bukan nilai subsidi. Jumlah subsidi hanya boleh di ambilkira selepas setong minyak diproses habis, betul tak? Silap2 kerajaan jual balik ron 99 yang terhasil semasa pemprosesan minyak kepada negara lain, siapa tahu? Siapa boleh bagi jaminan bahawa setong minyak mentah cuma boleh menghasilkan ron 95 dan ron 97 je beb?

Dan tengok bawah neh pula ;

Malaysia mengeluarkan minyak jenis Tapis, namun minyak tersebut tidak digunakan dalam negeri kerana berkualiti tinggi serta harga lebih mahal dan lebih menguntungkan jika dieksport. 
Oleh itu, Malaysia mengimport minyak jenis lain yang harganya lebih rendah untuk kegunaan
tempatan. Dengan ini Malaysia mendapat keuntungan dengan mengeksport minyak yang lebih mahal dan mengimport minyak yang lebih murah.

Dan ;

Dari segi produk petroleum tempatan (petrol, diesel dan LPG), PETRONAS hanya
membekalkan 42 peratus daripada pasaran runcit produk petroleum. Bakinya dibekalkan oleh syarikat asing seperti Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Jika harga runcit produk petroleum hendak dikekal rendah, Kerajaan terpaksa menanggung keseluruhan subsidi minyak dan adalah tidak bijak Kerajaan berbuat demikian. Jika PETRONAS pula dikehendaki menanggung keseluruhan subsidi tersebut, bermakna PETRONAS juga terpaksa menanggung subsidi yang sepatutnya dibayar oleh Shell, Exxon-Mobil, BHP dan Chevron. Ini kerana
Kerajaan tidak boleh memaksa syarikat minyak asing untuk menanggung subsidi tersebut kerana ia bukan milik kerajaan.

Korang faham apa yang aku faham? Meh aku elobrate kan sket ;

1. Aku faham minyak malaysia lagi mahal dari minyak dunia.

2. Minyak itu tidak digunakan dalam negara kerana berkualiti tinggi, bukan nya kerana minyak itu tidak sesuai untuk kereta. Kalau minyak kualiti tinggi = kereta kualiti tinggi. Namun kerana kerajaan sedar diri bahawa proton tiada kualiti = minyak pun mestilah low standard.

2. Malaysia mencari keuntungan sebab itulah mereka eksport minyak dunia kepada negara luar. Ini diakui sendiri oleh mereka, bukan aku okeyh..  boleh baca sini beb.

3. Petronas membekalkan 42 peratus minyak di malaysia untuk rakyat malaysia. Selebihnya? Dibekalkan oleh syarikat luar. Namun kerajaan tetap menanggung kesemua jumlah subsidi disebabkan syarikat itu bukan syarikat milik kerajaan. Korang faham tak apa yang kerajaan dok terangkan neh? Aku siyes tak faham bhai. Memandangkan syarikat tue bukan syarikat kerajaan so lagilah senang kerja kerajaan. 

Bayangkan enh kerajaan tak yah tanggung subsidi kat syarikat2 minyak luar negara = automatik harga minyak di petro station dorang akan tinggi = keuntungan petronas meningkat sebab semua orang nak beli minyak petronas. Kan mudah? Makna nya petronas menguasai pasaran malaysia. Duit anak tempatan pergi ke anak tempatan. Yang heran nya kalau exxon ke esso ke apa ke keuntungan mereka tak pergi pun untuk anak tempatan. Tengoklah pekerja2 mereka seme spesis bangla mangla.. so apa untungnya kerajaan dok tanggung subsidi / cukai jualan untuk mereka? Faham tak?

Last baca benda kat bawah neh pula ;


Untuk minyak kerajaan bukan sahaja bekalkan subsidi malahan ada pengecualian cukai jualan. Maksudnya ;

kerajaan bagi subsidi + potong cukai jualan = syarikat minyak asing = yang upah pekerja asing = duit malaysia keluar dari negara = 1sen takde faedah kepada rakyat.

Tak reti aih aku tengok cara umno ruling malaysia. Aku rasa kita dah terkantoi sebab percayakan umno last2 umno tipu kita hidup2. Semua maklumat di atas korang leh baca dan selidik kat sini.

Nota : Penulisan aku agak belur sikit hari neh coz diri kue agak belur.. soweeiii

Ameno : Ngantuk siott..

Jumaat, 27 Mei 2011

Dikriminasi sekolah cina : melarang cikgu islam bersolat.

Assalamualaikum admin..

Mcm ni ceritanya.. Briefly psl sy. Mengajar sejak 2002.  ***** Asal dr sg petani, kedah. Belajar di Institut Perguruan *** *** then posting d ***.

Berkahwin pd disember 2005 jd sy minta transfer. Julai 2006 sy dpt transfer ke *** damansara. One of the elite chinese school. Ada bangunan 5 tingkat, siap ada gymnasium, auditorium, lif di bangunan admin. Mmg sangat mewah sbb parents hampir semuanya kaya raya, nk buat kutipan dana sekelip mata je dpt collect 3 juta.

Hr pertama sy lapor diri, sy diarahkan bertugas pd sesi petang. Maknanya tugas dr pukul 1.00pm - 6.50pm. Pd hari sy lapor diri, ada ***  org cikgu beragama islam, termasuk **** org mualaf. Pekerja pejabat seramai *** org beragama Islam. Jd total termasuk sy ada lebih kurang **** org pekerja beragama islam. Dr  *** org cikgu, hanya saya satu2nya perempuan melayu. Yg lain semuanya lelaki. Mualaf td adalah cikgu perempuan, hanya seorang mengamalkan gaya hidup Islam.

Soalan pertama sy bila di sana, sy tanya tentang tempat utk solat. Penyelia petang tanya sy balik, "u mean friday prayers ke? Di sini cikgu lelaki sesi ptg (2org) dibenarkan masuk lewat pd hari jumaat". Sy ckp, "no, i'm talking about daily prayers". Penyelia & Guru Besar (GB) tercengang bila sy ckp tentang waktu persekolahan akan kena dgn waktu zohor & asar. Mereka kata x pernah ada cikgu or pekerja request nk solat d skolah & tkde kawasan sekolah yg boleh dijadikan surau. Sy terankan, x perlu surau, hanya satu spot kecil sudah memadai. Penyelia & GB x kata apa2 lg & sambung cerita psl tugasan d skolah. Bila sy selidik, kakitangan beragama Islam di situ mmg x pernah solat sbb sekolah kata x cukup tempat (walhal sekolah tersangatlah besar). Sy insist nk solat di satu sudut terpencil, tpt anak2 cikgu berehat (ada antara anak2 cikgu yg bersekolah sesi pagi, pulang dgn ibu yg mngajar sesi ptg). Tpt tu dilengkapi sofa jd ada 1 sudut kecil yg diletakkan kayu penghadang, tersembunyi di sebalik almari. Sy minta cleaner utk mengemop tempat tu. Bilik guru sekolah itu sngt besar, hmpir menyamai keluasan 2-3 bilik drjh sekolah biasa. Mmg ada 1 sudut rehat di dlm bilik guru, ada bilik komputer dilengkapi aircond.

Sy diberitahu bbrp hr kemudian bahawa GB telah memijak2 spot yg sy minta cleaner bersihkan. Sy mula ditekan supaya keluar dr sekolah. GB secara indirect menganjur sy keluar dr sekolah itu. Kemudiannya saya dpt tau kesemua guru melayu perempuan dikeluarkan dr sekolah itu jika ada. Sebabnya x pasti tetapi guru lelaki dikekalkan kerana keperluan mengajar bahasa melayu & meningkatkan prestasi BM kpd pelajar cina. Pernah ada seorang guru bertudung labuh & berjubah ditukarkan serta merta oleh PIBG yg merayu ke pejabat pelajaran dgn alasan murid2 takut hendak ke sekolah kerana takut tgk cikgu bertudung labuh. Sy adalah mangsa seterusnya.

Pd jamuan akhir thn 2008 bertujuan mengutip dana utk membina lagi sebuah bangunan 5tingkat, sekolah telah menjemput semu penderma2 yg bmurah hati menderma kpd pihak sekolah. Bangunan baru akan dinamakan sempena nama org yg paling banyak menderma. Di sini sy lihat bonding antara parents dgn sekolah sngt kuat. Parents snngt memberi kerjasama & bantuan. Even parents yg melayu pun boleh derma sehingga puluhan ribu pd pihak sekolah. Sy sngt mengutuk perbuatan ini kerana tidak pernah sy saksikan parents yg snggup derma jumlah yg sama jika di sekolah kebangsaan biasa. Mungkin ada tp sy belum pernah jumpa.

Kemudian sy mohon berkursus ***. 3bln slps sy berkursus, sy disahkan mengandung anak kedua & sy mohon kembali bertugas krn tiada peruntukan cuti bersalin sepanjang tempoh kursus (hanya ada cuti sakit 2 minggu tetapi memandangkan sy hanya boleh bsalin melalui pembedahan, adalah mustahil utk kembali berkursus selepas 2 minggu). Sy kembali ke sekolah namun diberitahu GB bahawa dia tidak mahu lg sy bertugas di situ. GB arahkan sy minta bertukar serta merta. GB menggunakan peluang ini utk melupuskan sy dr sekolah itu memandangkan semenjak saya di situ, sy selalu mengutarakan hal2 berkaitan agama sehinggakan ada pekerja mula curi2 solat. Perkara ini dianggap GB sbg satu rival bg dia.

Sy ke pejabat pelajaran utk mengadu tentang nasib sy yg tidak mempunyai tempat utk bertugas. Setelah dilempar ke sana ke mari berjumpa beberapa org dan mengadu, saya dirujuk ke unit aduan utk berjumpa dgn seorang pegawai ber'title' tuan haji. Malangnya setelah aduan, beliau dgn nada suara yg sinis berkata salah sy sendiri kerana tidak pandai menyesuaikan diri. Tujuan saya berjumpa dgn beliau adalah kerana ingin membuat beberapa aduan, antaranya:

1) Pihak sekolah mewajibkan semua murid membaca buku Confucious secara beramai2 di dewan sekolah sebelum sesi persekolahan bermula. Mengikut pemahaman saya, Confucious adalah satu ajaran maka dgn itu meminta murid2 membaca ajaran sesuatu agama secara paksaan adalah salah.

2) pihak kantin bukan sahaja tidak menyediakan makanan halal malah menjual daging babi salai, pau berinti daging babi di kantin sekolah di mana semua pekerjanya adalah islam indonesia.

3) pihak sekolah secara terbuka menyediakan bar kecil khusus untuk minum arak semasa jamuan makan malam kutipan derma diadakan. Walau disediakan 1 meja khas makanan halal utk kami kakitangan islam, adalah sangat tidak wajar perkara seperti ini berlaku di dalam kawasan sekolah, salah satu kawasan larangan merokok dan minum arak.

4) kami guru2 islam tidak dibenarkan bersembahyang dgn alasan waktu sekolah sepatutnya utk mengajar. Kami juga diberi jadual waktu penuh dan dilarang meninggalkan kelas maka dengan itu kami tidak mempunyai waktu utk bersembahyang. Tempat yg kami sucikan utk bersembahyang juga dipijak-pijak dgn sengaja oleh GB bersaksikan *** sekolah (kini telah pun bertugas di tempat lain)

Selepas membuat aduan, sy pergi berjumpa dgn seorang pegawai penyelia data untuk urusan pertukaran. Beliau langsung tidak terkejut bila saya ceritakan hal yg berlaku pd saya. Menurut beliau, kebanyakan *** *** mempunyai hubungan baik dgn GB sy pd ketika itu iaitu Encik ****

Sy tidak pernah membuat sebarang aduan lagi berhubung perkara ini. Selepas kejadian, sy ditukarkan serta - merta ke *** *** dan sekali lagi ditukarkan ke sekolah sekarang iaitu *** **** **** kerana sekali lagi berhadapan dgn GB yg busuk hati. Alhamdulillah walaupun GB sy sekarang juga seorang cina dan bukan beragama islam, tetapi beliau sngt menghormati kakitangan bawahan yg beragama islam.

Tujuan sy membuka cerita ini bukanlah kerana hendak memalukan sesiapa tetapi sy sngt terkilan kerana dgn pertukaran berulang kali, akan mencalar rekod saya sebagai seorang guru. Walau apapun alasan yg ditulis di atas surat arahan pertukaran, lazimnya semua guru tahu jika pertukaran berlaku secara mengejut, bermakna sesuatu telah berlaku atau cikgu itu mempunyai rekod tidak bersih.

Jika pihak admin ingin menyiarkan cerita saya, tolong jgn highlightkan nama saya, atau sesiapa saja nama individu terbabit, dan juga nama sekolah. Kerana saya boleh berdepan dengan tindakan tatatertib.

Kesimpulan yang aku boleh buat dari luahan di atas ialah ;
1. Sekolah terbabit mendkiriminasikan orang islam dan tidak menghormati orang islam. Samada pengetua sekolah itu bodoh atau bahlol, aku kurang pasti tapi bagi orang yang racist macam pengetua tue, dia patut mampos. Pengetua yang racist menghasilkan suasana pembelajaran yang racist sekaligus menghasilkan anak murid yang racist. Sepatutnya sekolah2 macam neh dibubarkan terus. Fahaman mereka neh sesat lagi menyesatkan sebab menjauhkan perpaduan antara kaum. Tak hairanlah kenapa ada cina2 yang racis di malaysia. Pengetua neh lebih kurang maca siti inshak kat johor tue. Malahan dia lebih teruk sebab mengangu peribadatan umat islam. Pengetua ini memang PADDYKUTTY. Spesis umno. Sama walau tak serupa. Itulah pandangan aku.

2. Mengenai buku conficious pula.. aku cadangkan kita siasat habis2an benda tue apa dan kaji kesannya kepada pelajar2 islam di dalam sekolah terbabit. Memandangkan aku pun blur conficious tue apa. Kalau betul ia satu bentuk ajaran [agama] maka harus ada tindakan teliti tentang isu ini.

3. Whoorr babi sudah masuk kantin sekolah. Arak pun sudah masuk kantin sekolah. Fulamak.. sekolah cina tersebut betul2 mempromosikan arak sebagai satu gaya hidup yer.. heheheh.. no wonder malaysia top ten.. jangan marah. Aku tak minum arak di sekolah ataupun di luar sekolah.. hehehehe.. errkk takdak pelajar islam ka dalam sekolah terbabit [isu babi] dan takpe ke mempromosikan arak di sekolah terbabit kpd pelajar2 sekolah? heheheh..

4. kefackan nyata bila larang umat islam bersolat. itu pengetua memang celaka haramjadah. Sekian.

Akhirnya nasib baik cikgu neh dapat bertemu pengetua yang juga cina tetapi tidak racist. Tahniah di ucapkan kerana berjaya mengharungi pelbagai rintangan hidup untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang guru islam. Buat pengetua yang racist pula.. perangai lue memang paddykutty. Sekian.


Ameno : Patut memamposkan aje orang yang racist neh. Memang sialan sungguh.

Gaji mufti duit pelacur..


Gaji mufti duit pelacur?
Gaji mufti duit haram?
Gaji mufti duit judi?

Kalau macam tue macam mana pula dengan bantuan2 yang rakyat terima dari kerajaan? Peruntukan segala bagai? Kan tak diasingkan semua benda tue? Adakah ahli2 pas macam aku terpaksa membatalkan hasrat memohon apa2 peruntukan yang selayaknya untuk aku mohon disebabkan kelalaian kerajaan barisan nasional mengasingkan benda2 neh? 

Maaf.. melabelkan seseorang memakan gaji haram itu berat. Bukan aku nak bela sapa2 tapi melabelkan orang kerajaan makan wang haram hanya akan mengungkit kebencian orang kerajaan kepada pas. Tolonglah fikirkan kesan dan natijahnya ketika memberikan ceramah politik macam neh. Kita kalau nak orang sokong kita, kita tak boleh cetus kebencian orang. Apatah lagi nak raih sokongan rakyat untuk sokong pas. Rakyat di malaysia bukan semua pekerja swasta. Ramai dari mereka pekerja kerajaan. 

Dan aku tidak menyokong kata2 seperti ini. Mat taliban ke mat toliban ke mat taliben ke yang penting kata2 dia neh tak berapa tepat dalam mengambarkan situasi yang sebenar. Dia neh penceramah politik. Bukan nya blogger macam aku. Apabila dia berceramah ramai orang take note kata2 dia. Sebab apa? Sebab dia berceramah guna pentas. Bukan macam aku. Yang mengarut sakan dalam belog. Aku pun bukan pemimpin. So tolonglah ye, jaga reputasi parti. Pada sesiapa yang rapat dengan dia tolong sampaikan kata2 aku neh kat dia ;

Kalau gaji mufti duit pelacur kerana mufti pekerja kerajaan, maka adakah seluruh pekerja awam perak menjana pendapatan dari hasil haram? Jika ada orang kerajaan yang menggunakan wang gaji mereka untuk menderma kepada pas, adakah pas telah makan wang haram disitu? Ya, ya, lebih baik aku yang tegar pas neh sound ko dulu sebelum ko melalut ke mana2 hala. Fikirlah beza antara lalutan aku dengan lalutan ko. Lalutan aku, orang tahu aku punya pasal sebab ini belog aku punya pasal. Lalutan ko membawa imej pas sebab itu adalah lebih baik jika ko jangan melalut tak tentu hala. Sekian.

Ameno : Ini cari benci kepada pas, bukan sayang der..

Kenapa iklan carlsberg tak boleh di sekolah?

Ada beberapa individu yang mempertikaikan aku mengenai munasabahnya iklan carlsberg di sekolah rendah jenis tamil dan cina. Kata mereka apa salahnya iklan carlsberg berada di dalam sekolah jenis tamil ataupun cina? Kan pemilik syarikat terbabit memberikan dana dan peruntukan kepada sekolah2 tersebut maka tak salah lah logo carlsberg berada dalam kawasan sekolah tersebut.

Walaupun dah dijelaskan dengan terperinci kenapa banner tersebut dipertikaikan tetapi masih ramai orang yang tak nampak kesan negatif angkara logo carlsberg terbabit. Aku bukan nya mempertikaikan bantuan syarikat tue kepada murid2 sekolah rendah jenis tamil ataupun cina. Malahan tiada siapa pun nak mempertikaikan keikhlasan syarikat arak terbabit. Kalau dia nak bantu, fine bantulah. Cuma tak perlulah buat banner macam kat bawah neh ;


Memang arak bukan haram pada orang bukan islam. Tetapi di malaysia kita ada undang2. Pelajar sekolah tanpa kira status agama dilarang minum arak, membawa arak dan terlibat dalam aktiviti pemabukkan di kawasan sekolah ataupun di luar sekolah kerana mereka masih di bawah umur. Memandangkan dah begitu, sepatutnya logo arak tak sepatutnya berada dalam bangunan sekolah. Mengiklan logo arak = mengiklan arak = mempengaruhi budak2 utk mendekati arak = minum arak. Takan masih tak nampak lagi connectionnya disini?

Dan aku dari dulu lagi memang agak hairan dengan segilintir sikap umat islam. Bagi mereka menjaga kepentingan umat islam lebih baik dari menjaga kepentingan seluruh manusia. Ini pandangan yang aku tolak bulat2. Walaupun budak2 neh bukan orang islam, kita tak boleh biarkan mereka dipengaruhi oleh banner arak di sekolah terbabit. Mereka masih budak2 dan budak2 tanpa kira status bangsa, agama apatah lagi sistem sekolah haruslah dipelihara dan di didik sebaik mungkin tanpa sebarang sikap pilih kasih. Tolonglah buka minda masing2. Disebabkan ramai orang islam fikir bahawa islam untuk umat islam sahajalah, ramai orang bukan islam takut kepada islam tak pasal2.

Cuba tengok gambar kat bawah neh pula ;


Suatu ketika dulu utusan pernah menyiarkan berita neh untuk mempertikaikan kelemahan pentadbiran kerajaan dap di pulau pinang. Pelbagai iklan ditampal even di dalam bangunan sekolah sekalipun. Tujuan utusan berbuat demikian, tak lain tak bukan untuk memberikan gambaran buruk secara tidak langsung kepada parti dap di pulau pinang. Namun aku memang agak bersetuju dengan beberapa hujah CAPP = Persatuan pengguna pulau pinang bahawa iklan2 seperti pinjaman + kegiatan rumah urut [jika apa yang diperkatakan oleh utusan itu benar] memang tidak patut berada di atas jalan apatah lagi di dalam bangunan sekolah kerana ini boleh menjejaskan pemandangan di samping itu boleh menjurus kepada perkara yang tidak elok.

Tapi yang hairannya kenapa utusan bersikap dwi-standard? Kalau mereka boleh menyiarkan pandangan CAPP berhubung iklan2 yang tidak senonoh di pulau pinang, kenapa pula sekarang mereka taknak siarkan laporan banner carlsberg masuk sekolah? Apa yang membuatkan dorang bias dalam laporan dorang pula?Ini lah persoalan yang terfikir oleh kepala hotak aku. Orang yang adil tak pernah pandang parti sebelum menulis. Tapi orang yang menulis kerana parti.. lebih baik mampos. Sekian.

Artikel berkaitan disini.

Ameno  : Utusan terbukti bias.

Khamis, 26 Mei 2011

Bukan satu tapi lima loji pembunuh manusia di malaysia.

Maaf, aku sebenarnya kurang info pasal benda neh. Carian di google pun kurang menjurus kepada apa yang aku nak tahu sangat2. Tapi aku ada dapat sikit2 benda yang aku rasa aku boleh nak faham kenapa benda neh agak berbahaya kepada manusia. Kenapa ada mereka yang menentang dan macam mana nak kurangkan risiko bahaya kepada manusia dan alam sekitar khususnya penduduk bumi neh.

Mula2 baca berita kat bawah neh dulu ;

Lebih banyak insinerator perlu dibina kerana tempat pelupusan sampah dan sisa pepejal tidak lagi boleh diterima sebagai pilihan terbaik pada masa akan datang, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heong.


Beliau berkata, untuk jangka masa panjang insinerator menjadi pilihan bagi melupuskan sampah dan sisa pepejal atas pertimbangan dan faktor kesihatan serta alam sekitar.

Katanya, lima loji insinerator di Langkawi, Pulau Tioman, Cameron Highlands, Pulau Pangkor dan Labuan yang telah siap dan ada yang masih dalam pembinaan, mampu menampung keperluan antara 30 dan 40 tahun.

"Sampah yang dibakar di insinerator juga menjana elektrik yang digunakan untuk operasi loji.

"Sampah yang dibakar berbaki 10 peratus dalam bentuk abu atau debu dan dilupuskan di tapak pelupusan yang menjimatkan penggunaan tanah serta lebih selamat berbanding cara konvensional," katanya kepada pemberita selepas meninjau loji insinerator Langkawi hari ini.

Chor berkata, kementerian sedang memantau prestasi semua syarikat yang diberi kontrak melupuskan sampah dan sisa pepejal.

Mengenai loji insinerator Pulau Langkawi berharga RM68 juta itu, beliau berkata ia mampu memproses 100 tan sisa pepejal sehari berbanding purata 80 tan sehari dihasilkan di pulau peranginan ini.

Katanya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara yang menguruskan pembinaan loji di Langkawi turut mengambil langkah menaik taraf empat projek pelupusan sampah di Kedah.

Jika dipandang sekali imbas aku tak nampak benda neh suatu projek yang harus kita tentang. Aku rasa benda neh ada kebaikan dan memang bagus. Tapi entah kenapa setelah membaca beberapa perkara pasal hal neh aku dapati ianya memang patut ditangguhkan terlebih dahulu. Ditangguhkan sehingga sekurang2nya kita mendapat pemimpin dan parti yang bebas dari penyelewengan dan ketamakan kuasa. 

Dari apa yang aku dapat melalui internet benda neh pada awalnya ditentang oleh dap. Ronnie liu seorang pemimpin dap pada ketika itu pernah menentang pembinaan loji insinerator dulu. Sekarang, adakah dia masih lagi menentang benda neh? Sorry aku taktahu. Kena tanya dia sendiri. Lagipun mesti dia boleh jawab kalau kita tanya dia sendiri. Setelah kematian malang TBH di bangunan SPRM pada dua tahun lepas, ronnie liu dah tak sibuk macam dulu. Kes rasuah yang membabitkan dia pun dah tutup. Kes dia bagi projek2 kerajaan selangor kat kroni2 dia pun dah tutup. Heh. Memang best jadi wakil rakyat. Nak projek petik jari jer enk. Opss.. Hehehe..

Okey2 berbalik kepada tajuk cerita neh. Dari pembacaan aku, aku dapati kebanyakkan mereka yang menentang ialah kerana ;

1. Pembakaran sampah sarap neh akan menghasilkan gas yang berbahaya. Nama gas neh ialah dioksin.

2. Dioksin neh berbahaya kepada penduduk kerana penyedutan melampau [pendedahan kepada dioksin] akan menyebabkan kita terdedah kepada pelbagai penyakit genetik + kanser.

3. Namun, dek kemajuan teknologi kini sudah ada insinerator yang mesra alam. Maksudnya disini sistem pelupusan sampah yang mesra alam. Tapi teknologi insinerator mesra alam tidak secanggihnya teknologi insinerator yang menghasilkan gas dioksin tue. Lagipun insinerator mesra alam dengar tetap akan menghasilkan gas dioksin walaupun pada paras yang minima.

4. Teknologi insinerator neh sebenarnya dah banyak digunapakai oleh negara2 barat. Memang terdapat banyak runggutan dan tersebarnya artikel2 mengenai bahaya teknologi neh kepada manusia. Namun kesahihan nya aku kurang pasti. Perlu banyak pembacaan mengenai perkara neh sebelum boleh meletakkan hujah2.

5. Sebenarnya pembakaran sampah sarap melalui teknologi neh akan menghasilkan debu sebagai finalist product. Debu2 ini kemudiannya boleh dijadikan simen dan marmar. Ini sebab teknologi insinerator tak berapa nak mesra alam neh lebih baik daripada yang mesra alam. Disebabkan teknologi yang tak mesra alam neh boleh menghasilkan product untuk dipasarkan semula berbanding yang mesra alam. Itu pun yang mesra alam neh sebenarnya masih dalam peringkat kajian dan penyelidikan.

Aku sendiri sejujur belum ada kesimpulan mengenai projek neh. Bagi aku projek neh memang tampak ada masa depan. Masalahnya sekarang aku taknak ada projek yang boleh membahayakan kesihatan aku dan penduduk malaysia. Namun dalam masa yang sama aku tidak pula menolak idea2 yang baik dari kerajaan andai benar mereka ada backup plan untuk mengatasi sebarang kemungkinan buruk akibat daripada pembinaan2 loji2 ini kelak. Tapi entah macam mana aku tetap merasakan sukar untuk aku mempercayai ketelusan kerajaan bilamana berkaitan dengan projek2 macam neh. Bukan apa, sejarah membuktikan projek2 macam neh selalunya dipandang atas sebab profit yang tinggi kepada keuntungan yang kerajaan bakal raih, bukannya rakyat. MRR2 dan PKFZ antara saksi mata aku dan ko.

Nota : sesiapa yang ada info mengenai insinerator boleh share kat sini. Thanks.

Ameno : Mempercayai perompak ibarat membiarkan diri di rompak.

Talian nur kasih atau talian nur sedara lebih penting?

Takde mood nak tulis pasal politik walaupun aku dah ada bahan nak disampaikan. Baru lepas scan beberapa keratan akhbar namun selera untuk menulis dah hilang. Mood hilang  + terbantut kerana sakit ahti. Sakit ahti neh sebenarnya dah disimpan selama beberapa tahun. Umpatan dan makian aku rasanya dah berterabur di alam realiti. Tapi nampaknya orang yang sepatutnya faham masih buat tak faham. Dan lebih parah mereka makin melampaui batas kemanusiaan. 

Orang buat anak, ko pun sibuk anak. Tapi orang buat anak, mereka pandai jaga anak. Ko buat anak, tapi ko tak pandai jaga anak. Kesabaran aku neh dah sampai limit. Maknanya aku sudah tidak boleh mampu menahan lagi melihat beban penyeksaan budak2 itu di depan mata. Memerhatikan bukan lah seseksa yang menanggung. Aku tahu budak2 itu sakit raga + mental. Tapi selaku sedara mereka aku juga sebenarnya sakit ahti.. sakit ahti melihat penderitaan budak2 neh..

5 tahun melihat kebabian ibu bapa budak2 ini tidak pernah membuatkan aku tidak sakit ahti. Sakit ahti teramat2. Sakit ahti sampai memikirkan lebih bagus gamaknya ibu bapa budak2 ini mampos. Kematian ibu bapa ini sebenarnya memudahkan banyak urusan. Sekurang2nya kami tahu pada siapa yang harus di amanahkan untuk jaga budak2 neh kelak. Kehidupan ibu bapa budak2 neh tak memberikan erti waima 1 sen sekalipun kepada kami.

Daripada menyusahkan keluarga sehingga menyusahkan satu kampung apa lagi yang mereka tak pernah buat? Semua pernah sampaikan aku rasa aku neh takde muka nak mengadap manusia2 yang pernah mereka susahkan.  bukan tiada jalan diplomasi. Dah banyak kali. Benda neh terlalu sulit dan complicated. Kalau hari neh aku jaga budak2 tue, aku bagi makan + minum + sekolah kan, nanti bila aku potong rambut budak tue, mai lah mak bapak budak2 tue mengamok sakan segala bagai. Kenapa potong rambut budak yang segala bagai perang akibat diwarnakan oleh ibu bapa babi neh? Tapi time budak2 tak makan, tak mandi, takde berpampers haram ko nak tengok. Ko neh memang ibu bapa yang CELAKA. Celaka sangat.

Celaka sehingga memainkan emosi orang lain. 3 tahun. Datang rumah. Berjalan tengah panas terik. 3tahun umurnya. Korang boleh bayangkan tak? Budak 3 tahun datang rumah aku tengah panas terik? Bukan dekat beb bagi seorang budak. Memang celaka haramjadah punya mak bapak. Sebenarnya anak sulung dia neh dah mempunyai perasaan dendam. Aku tak salahkan dia. Aku juga suka dia berdendam dengan perangai mak bapak dia. Walaupun aku selalu di marah kerana mempengaruhi budak tue tetapi aku 1sen pun tak heran. Ditinggalkan oleh bapa, itu perasaan yang aku ada. Apa yang dia rasa, aku juga rasakan.

Aku sebenarnya dah banyak kali cuba mengelakkan daripada mengambil tahu kehidupan budak2 neh. Pasal aku telah memilih untuk tidak mengambil tahu 1sen pun aktiviti ibu bapa budak neh. Aku menjarakkan segala bagai pergerakkan aku agar aku tidak sakit ahti melihat budak2 neh di abaikan depan mata. Langkah untuk menyelamatkan budak2 neh terhad. Ibarat buat salah, tak buat pun salah. Buat salah kerana ibubapa budak2 neh dilindungi oleh orang tua yang sedang sakit. 

Memainkan emosi orang tua yang sudah uzur, aku tak sampai ahti walaupun kerap kali bergaduh dengan orang tua pasal perangai ibu bapa budak2 neh. Sampai satu tahap, lebih baik aku jangan datang. Jangan. Bila aku datang, aku geram. Geram sebab tak dapat bantu. So memilih untuk elakkan diri lebih baik. Biarlah orang nak kutuk apa, sebab perkara sebenarnya aku lebih tahu.

Pembesaran budak2 neh juga sebenarnya telah terpesong. Dari rokok, arak, dadah. apa yang dorang tak tahu? Dari mana dorang tahu aku pun confused. Jangan tanya aku sebab aku tak mau tuduh apa2 pun kat sini.  Yang aku tahu budak2 neh dah pandai mencuri + mencarut + menipu. Walaupun perangai mereka terkawal di depan aku, kerana menghormati + menyayangi aku tetapi siapa jamin perangai seperti ini tidak akan berkembang? Dengan tidak disekolahkan.. aku pun taktahu budak2 neh nak jadi apa. 

Dah beberapa kali aku terfikir aku patut hubungi sahaja talian nur kasih. Usah simpan sendiri. Benda depan mata. Ini penderaan juga. Malahan budak2 neh pun memang dah lali di bantai. Tapi bila memikirkan ketegangan yang mungkin timbul kelak aku jadi tawar ahti. Tapi tiap kali tengok budak2 neh terseksa, aku memang tak tahan. Nak bantu aku pun serba salah. Taknak bantu aku rasa aku dah berdosa. Bila bantu mungkin orang tua mengamok sakan. Bila tak dibantu masa depan budak2 neh dalam pertaruhan.

Kebencian aku terhadap mereka bermula sorok2. Tapi telah didedahkan oleh aku dengan slumbernya dalam beberapa tahun neh. Dengan tidak menegur dan buat taktahu sebenarnya dah cukup memahamkan mak bapak budak2 neh bahawa aku tak suka perangai mereka. Mungkin aku patut lari je dari sini. Lari jauh2. Lari dan jangan peduli. Sampai masa andai budak2 neh jadi penjahat aku akan salahkan mereka2 yang melindungi perangai biadap ibu-bapa kepada budak2 neh. 

Aku tidak memilih untuk bersubahat. Aku memilih untuk menghormati orang tua yang uzur. Sebab itu aku rasa aku patut lari dan pekakkan telinga dari mendengar rintihan budak2 neh. Tak guna aku dengar kalau aku tak boleh bantu. Benda neh dah menjadi barah dalam diri aku. Aku pun dah berdendam dengan ibu bapa budak2 tue. Dendam sampai merasakan mereka lebih baik mampos dari hidup.

Rabu, 25 Mei 2011

Kabinet tangguh keputusan kurangkan subsidi?

Taklimat media dan sidang akhbar oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dimana pengurangan subsidi petrol RON95 dan kenaikkan tarif elektrik dispekulasi akan diumumkan telah dibatalkan.

Taklimat media itu dijadualkan di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya pada jam 12.30 tengahari dan diikuti sidang akhbar pada jam 2 petang.

Ia dipercayai berhubung kenaikkan tarif elektrik dan pengurangan subsidi petrol setelah jemaah menteri bermesyuarat pagi tadi.

Bagaimanapun menjelang tengahari, media dimaklumkan bahawa kedua-dua acara itu telah dibatalkan.

Tiada alasan diberikan tetapi seorang pembantu menteri itu memberitahu wartawan bahawa Chin masih bermesyuarat sehingga jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau juga enggan mendedahkan sebarang butiran berhubung pembatalan itu.

Beberapa akhbar juga melaporkan bahawa jemaah menteri akan membincangkan sama ada untuk menaikkan tarif elektrik dan mengurangkan subsidi petrol RON95, diesel dan LPG pada mesyuarat mingguannya itu.

Kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Aku taknak komen apa2 tapi.. aku cuma nak gelak je bila memikirkan bahawa ;

1. Jika kerajaan tak jadi naikkan harga minyak maka sia2 lah kempen tv3 seminggu dua neh pasal subsidi.

2. Jika kerajaan jadi naikkan harga minyak maka kerajaan mesti kena maki..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Lue yang pandai2 canangkan keputusan lue satu malaysia lepas tue lue dah gabra2 dan takut2 untuk umumkan keputusan lue.. 

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Gasaklah dapat kerajaan pengecut macam neh.. kena lah redha .. sapa yang mengundi? Korang jugaaa.. bukan aku..kah kah kah

Ameno : flipppp flopppeeeppp..

Ops balun : Buang kakitangan awam !

Operasi pembalunan ataupun lebih dikenali sebagai ops balun di dalam belog aku dalam dua hari ini dibiarkan oleh aku tanpa sebarang response. Memang menjadi tabiat umum aku kalau pencacai meroyan akan aku ingore kan kerana peroyanan mereka tiada 1sen pun ertinya kepada aku. Heh. 

Mari kita lihat dengan lebih jelas keputusan murni kerajaan berhubung isu pembekuan lantikan baru kakitangan awam ;



Ops balun aku ;

xde bezanye blog nih ngan media arus perdana... semua orang PR dok canang kata media perdana baik elektronik mahupun suratkhabar... hanya melaporkan berita2 tentang kebaikan kerajaan... sbb semuanya dikawal kerajaan.... so thats y aku follow blog2 PR mcm nih utk tahu berita dari sudut pandangan penyokong radikal PR.. so kene tau la dari dua2 pihak, baik penyokong radikal BN mahupun penyokong radikal PR... so kalo korang kata media arus perdana nih dok menjiliat pungkoq pemimpin, korang pulak dok sibuk memunggah taik pemimpin. maknayer korang nih asik mencari kesalahan kerajaan jer...

downlod dulu link tu, n then baca pastu baru lar paste kat blog... JPA buat tu sebab nak buat audit untuk memastikan xde lebihan kakitangan... pembekuan tu pun dari mei sampai ogos jer...
aku petik sedikit komen dari penyokong radikal PR yg follow blog mcm ameno nih iaitu milosuam...
kerajaan tu adalah institusi pentadbiran, xde kaitan ngan politik...

JPA buat langkah tu sebab nak pastikan xde lebihan kakitangan.... apa pun x bleh la korang nih... semua kerajaan buat tu salah... korang gak kata kerajaan itu institusi pentadbiran....

1.blog ini ada beza dengan paper arus perdana.  
 
2.aku pun baca dari semua sumber.
 
3.kerajaan SEPATUTNya = institusi pentadbiran, tetapi UMNO buat kerajaan = parti politik bhai.
 
4.memang kerja membangkang untuk mencari kesalahan kerajaan, kebaikan kerajaan kami taknak kutuk sebab ia benda baik.
 
5.Lebihan kakitangan? Apa dia? Lebihan kakitangan? Fine. Aku terima hujah ko. Hehehe. Siyes neh. Aku syak kakitangan awam kat bawah neh jenis tak berguna bhai, apa lue fikir? [baca sini lanjut]

Apa pandangan lue? Neh aku jumpa satu lagi kakitangan awam yang tak berguna gak bhai ;
 
Samy vellu + rosmah mansur = masing2 ada jabatan sendiri bhai. Ini pengakuan nazri aziz. Baca sendiri.

Harap2 kakitangan dua di atas neh dibuang dari kerajaan beb. Mereka neh gaji beribu tapi kerja 1sen haramjadah tak guna dan tiada keuntungan pun buat rakyat. Hehehe.. gaji mereka tue boleh memberikan gaji kepada ramai rakyat yang masih mengangur dan memerlukan pekerjaan untuk sara hidup. Hehehe..
 
Nota : surat ini didownload dari website jpa atas nasihat pro umno. terima kasih.

Ameno : catitan bahawa menda neh tamat bulan ogos, so adakah samy vellu + rosmah mansur akan dicampak keluar dalam masa itu? kah kah kah sama2 kita nantikan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...