Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 24 Mei 2011

Petrol Ron 95 dijangka naik 20sen.

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika, demikian menurut AmResearch. Firma penyelidikan pelaburan itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding 30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.

Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya....

Urmm kalau ikut analisa aku kerajaan akan naikkan 10sen je. Tapi amresearch cakap kerajaan maybe akan naikkan 20sen. Kenaikan 10sen tue pun dah parah beb. Ini pula 20sen? Hahahah.. habislah kita. 


Dan kenaikan itu akan di umumkan dalam masa terdekat.. auww habislah.. yang neh pun dah tercekik2 untuk hidup neh tambahkan beban lagi.. memang mamposlah jawab nya..

Ameno : Baca tajuk, kenaikan di jangka di umumkan pada minggu neh tapi dalam masa yang sama nak cari alternatif bagi kurangkan beban rakyat? Macam tak sepadan je pernyataan dengan tajuk berita tue..

Share this

0 Comment to " Petrol Ron 95 dijangka naik 20sen. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...