Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 November 2014

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sistem No Plat Yang Diseragamkan Mulai Tahun 2015.

Oke.


Isu no plat memang kecoh baru2 neh. Ia kecoh angkara JPJ yang buat kerja gila saman menyaman rakyat berkenaan no plat yang kononnya tidak memenuhi spesifikasi. Bahkan. Lucu sebenarnya. JPJ boleh ukur jarak di antara setiap satu huruf dan no yang terpatri dan bila satu2 huruf tue tidak mematuhi jarak yang ditetapkan oleh piawaian JPJ, mereka saman orang.

Hanya jarak sahaja dah kena saman.
Hanya jarak sahaja tapi sembang pongpang macam babitkan keselamatan.
Dan bila didesak bertubi2, baru la si JPJ dedahkan bahawa untuk memudahkan speed trap kesan no plat kenderaan yang gagal patuhi had laju.

Memang ale utoo sungguh la JPJ kau neh.

JPJ. Baru2 neh ramai yang nasihatkan agar kau tidak diberikan kuasa untuk menyaman rakyat. Kau patut fikirkan nasihat tersebut sementara rakyat baik ahti bagi kau peluang untuk berubah. Jangan sampai rakyat rangka satu demo dan cause semata2 nak lawan kezaliman kau je JPJ. 

Rakyat memang meluat dengan kau. Tak payah cakap, kau pun tahu.

Oke. Citer pasal no pendaftaran kenderaan. Aka no plat. 

Apa yang kerajaan kau nak buat?

1. Mereka akan mengeluarkan no plat kenderaan. Terus dari agensi. Yakni, kedai2 tak boleh produce lagi la no2 plat. 

2. Mereka akan bekerjasama dengan jabatan penjara. Yakni, banduan2 yang menerima latihan akan membuat no plat kenderaan kau semua nanti. Ia ada beberapa kebaikan. Pertama, banduan2 neh ada kerja, dapat gaji, boleh simpan duit dan gunakan ia bila mereka keluar nanti. Lepas tue bagi consumer, mereka boleh dapatkan no plat dengan harga yang rendah. Bila guna buruh banduan, kos upah mereka rendah.

3. Kalau ko baca sini ==> http://www.cbt.com.my/cbt-exclusive-prison-convicts-to-manufacture-vehicle-registration-plate-number/ ko akan dapati, sistem no plat yang bakal dilaksanakan kerajaan ada dua pecahan.

4. Pecahan pertama, sistem N - plat.

5. Pecahan kedua, sistem E - plat.

6. Sistem N - plat ialah sistem yang mana kerajaan akan mengambilalih secara total daripada pembuatan, pengedaran hinggakan kepada penjualan no2 plat yang melibatkan kesemua jenis kenderaan yang didaftarkan di negara neh. Ia akan mula dilaksanakan sekurang2nya seawal pertengahan tahun depan. 2015.

7. Mereka beri kerja kepada banduan. Ini boleh jadi sumber pendapatan baru kepada jabatan penjara negara. Pada aku, ia bukan benda negatif. Itu jika jabatan penjara memberikan upah yang berpatutan pada banduan. Jangan tindas mereka hanya kerana mereka banduan oke.

8. Dan kedai2 aksesori mungkin akan rasa berang sebab salah satu sumber mereka mendapatkan keuntungan dirampas oleh agensi kerajaan. Tapi aku fikir ini lebih baik daripada rakyat hadap dengan saman sana sini. Bila agensi kerajaan sendiri yang produce no plat, macam mana mereka nak saman lagi? Mereka tak boleh saman dah. Bayaran saman lebih mahal dari beli no plat tau.

9. Dan saman tue pula, boleh dimanipulasikan. Jarak tak patuhi spesifikasi sikit pun kena saman. Apa lancau.

10. Statement dari JPJ sendiri. Sejak bermulanya operasi buru pesalah jalanraya pada 1 Nov yang lepas, daripada 1,574 jumlah kes yang dicatatkan, 1,270 telah direkodkan sebagai memiliki no plat fancy dan tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. 176 kes adalah kerana strobe lights. Dan 128 yang lain adalah kerana lampu HID. 80% kesalahan direkodkan hanya kerana no plat semata2.

11. Bagi aku. Sistem N-plat yang kerajaan nak laksanakan neh boleh juga produce no plat yang agak fancy2. Takde masalah kot. Asal besar dan boleh dibaca no platnya atas jalan dan dapat direkod oleh kamera SPEED TRAP.

12. No plat tue jangan terlalu SKEMA la dan apa salahnya dimodernizekan serba sedikit. Macam di USA tue. Cantik apa. Aku percaya rakyat lebih suka macam tue. Kalau tidak takan la sampai 80% kesalahan yang direkodkan oleh JPJ berkaitan no plat semata2. Mestila ada sesuatu yang rakyat rasa meluat dengan no plat SKEMA. Kerajaan kena terbuka bab neh.

13. Yang kedua. Sistem E-plat. Pada aku sistem E-plat neh agak menarik.

14. Sistem E-plat adalah sistem yang masih dalam kajian dan peringkat perbincangan. Gambaran secara kasar oleh JPJ ialah sistem E-plat ialah sistem yang akan dilengkapi dengan RFID tag. RFID ialah merujuk kepada RADIO FREQUENCY ID TAG.

15. Sistem ini berupaya melakukan dua perkara utama. Yang pertama, mengesan segala2 maklumat berkaitan kenderaan termasuk pemilikan, saman, rekod kemalangan dan sebagainya. Yang kedua, menjejaki kenderaan yang dicuri.

16. Berkaitan saman dan rekod kemalangan, ia adalah perkara yang bagus untuk pembeli kenderaan tapi ia akan menurunkan nilai kenderaan bagi penjual. So yang penjual akan rasa meluat la. Satu lagi. Rekod2 macam tue risiko ia diubah, diedit juga sangat tinggi. Asal kau ada duit dan kau berurusan dengan manusia, terutamanya dari kakitangan kerajaan, kau faham2 sendiri dah la. Aku harap staff kerajaan tak kecik ahti plak aku tulis macam neh. Sorry la. I am being honest jek neh. 

17. Berkaitan mengesan kenderaan yang dicuri, aku rasa hampir kesemua rakyat Malaysia pasti akan suka dengan sistem keselamatan baru neh. Yang si pencuri pula akan rasa meluat. Sudah tiba masanya untuk dorang reka satu strategi baru bagi mematikan fungsi yang terdapat dalam sistem tersebut. Haha.

18. RFID akan dikawal oleh satu pusat operasi yang berfungsi untuk menerima dan menyalurkan maklumat2 berkaitan kepada agensi keselamatan negara. Dan kerajaan takan biar orang lain kawal pusat tersebut. Ia akan dikawal oleh agensi kerajaan 100%. Atas nama melindungi privacy rakyat dari segi maklumat dan data perjalanan.

Contoh. Jika sistem RFID digunakan di Malaysia.


19. Selain daripada kehilangan kenderaan, kalau la sesiapa kena culik, ia juga boleh dikesan on the spot.

20. Dan ini akan memudahkan kerja2 penguatkuasa tau. Contoh. Jika satu2 kenderaan gagal dikesan oleh sistem (melalui sesuatu alat apabila diimbas) automatik depa dah tahu kenderaan tue kena curi dan memiliki no plat palsu, betul?

21. Dan bayangkan jika setiap pengimbas di pasang kat setiap laluan bertol dan utama. Kat mana penjenayah2 neh buat kerja? Hanya penjenayah aje suka pakai no plat palsu, betul? Kalau ko bukan penjenayah jadah apa kau gunakan no plat palsu der.

22. Dan aku suka andaikata, jika satu2 kenderaan yang diimbas mempunyai pendaftaran no plat palsu, sistem akan simpan maklumat kenderaan palsu tadinya tue sebagai data, dan andaikata kenderaan palsu tersebut melalui mana2 jalan yang mempunyai pengimbas, automatik ia dapat alert kedudukan terkini kenderaan tersebut, penguatkuasa take note dan jejak. Jika ia kenderaan curi, maka terbela la keadilan untuk mereka2 yang kehilangan kenderaan kan.

23. Cuma kat sini akan wujud beberapa pertikaian. Dari segi privacy, keselamatan, intergriti dan politik.

- Dari segi privacy, rakyat bimbang jika perjalanan mereka dipantau. Dan dicompromised. Contoh. Jika ada pihak2 tertentu yang memang ada sesuatu niat untuk melakukan sesuatu perkara terhadap seseorang atas sesuatu sebab.

- Dari segi intergriti. Rakyat bimbang jika jutaan atau mungkin billionan wang ringgit dibelanjakan tapi hasil macam celaka. Sembang macam bagus atas kertas kemain cantik tapi pelaksanaan macam cibai. Contoh sistem AES tue dah cukup mendidik rakyat betapa corruptnya kerajaan kita. Sembang boleh la. Bila time laksana ada je masalah2 gila yang timbul. Nanti sistem tak betul la, mudah kena hack la, selenggara juta2 la, pengimbas harga mahal la, upah swasta buat E-plat kos ribu2 la rakyat nak kena install kena keluar duit tambahan lagi la itu la ini la. Ini boleh buat rakyat bengkek tau. Bengkek.

- Dari segi keselamatan. Rakyat bimbang jika2 keselamatan mereka menjadi taruhan. Contoh. Orang2 kaya. Yang mungkin bimbang kena culik, kena bunuh andaikata laluan mereka boleh dijejaki oleh sesiapa saja jika wang dibayar kepada pihak2 tertentu untuk beli maklumat perjalanan mereka.

- Dari segi politik. Ahli2 politik bimbang jika kerajaan gunakan ini untuk menyiasat kat mana mereka pergi, siapa mereka jumpa, apa mereka buat dan segala2 yang berkaitan. Kalau depa nak p demo, kerajaan mungkin akan dapat halang dengan mudah dengan buat sekatan jalan sebab tahu pergerakkan ahli2 politik, pekerja2 mereka dan siapa yang bersama2 mereka dengan mudah. 

Nampak. Ia masih sistem yang bagus dan patut dilaksanakan pada aku dengan syarat kerajaan tidak salah guna kuasa dan perlu secara automatik membayar denda yang tinggi jika didapati berlaku kecuaian dan privacy dilanggar dengan niat samada sengaja ataupun tidak tanpa perlu melalui proses saman asalkan bukti2 yang mendokong perlanggaran hak itu sudah wujud, cukup la. Ini polisi yang perlu digunakan.

Satu lagi. Untuk permulaan. Lebih baik jangan paksa semua orang terikat dengan sistem E-plat. Hanya mereka2 yang berminat aje biar la mereka sendiri secara sukarela menggunakannya.

Dan paling penting. Jangan kenakan kos macam celaka kat rakyat time ia dilaksanakan. Ada faham?

Oke, bai.

Selepas KIDEX, PR & Azmin Uturn Dalam Projek LANGAT 2.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Setelah berbakul2 makian dilemparkan terhadap Khalid Ibrahim oleh puak2 jahanam dalam PKR dan PR khususnya DAP dan geng2 Rafizi kini Azmin sendiri menjamin bahawa projek tersebut tetap akan diteruskan seperti perjanjian asal.

Apa yang Azmin sebut kat bawah neh dah disebut berulang2 kali oleh Khalid Ibrahim dalam sidang media. Aku sampai naik meluat dengar dan baca. Saya akan memastikan perjanjian tersebut tidak merugikan rakyat dan Selangor akan mampu menyelesaikan masalah air. Saya akan kembalikan hak air kepada pentadbiran negeri Selangor seperti sebelumnya dan blablabla..

Dan Azmin copy paste sebijik2 apa yang si Khalid lafazkan..

Tapi.. 

Tak nampak pula Rafizi memekik membidas Azmin dalam isu perjanjian LANGAT 2. Bukan nya Azmin resign atau buat MoU baru pun. Masih gunakan perjanjian sedia ada dan MoU terdahulu.

Sekarang ko semua nampak tak apa yang aku nampak?

Seseorang yang berjuang, tidak berjuang dengan cara menfitnah seseorang. Apabila seseorang tue menfitnah, seseorang tue perlu mohon maaf bukannya ego tak bertempat. Dan apabila seseorang tue degil mempertahankan fitnah dia maka dia bukan pejuang.

Pada saat PKR membiarkan elemen2 fitnah bersatu dengan perjuangan, keadilan dalam PKR dan PR itu sendiri telah tercompromised secara automatik. Dan apabila seseorang itu tahu dan sedar, dan masih memilih untuk duduk dalam partisan yang duduk dan berdiri dengan fitnah, parti itu tidak berjuang dan bukan berjuang. Parti itu hanya mencari kuasa. Dan itulah perangai sebenar BN dan PR yang rakyat perlu tahu. Terima la hakikat itu.

Dan APA selepas terima hakikat? Tak perlu undi atau perlu keluar parti? Keluar parti aku setuju. Bukan hanya keluar parti PR bahkan keluar beramai2 dari parti BN juga. Parti sesungguhnya akan terkesan jika ramai2 keluar dari parti sebab tiada lagi kuli batak yang ditugaskan pasang bendera atau memekik demo kena bantai dengan polis demi pimpinan.

Masa tue baru la yang berkuasa akan sedar. Kuli batak sudah tiada. Pada siapa mereka nak marah dan pada siapa mereka nak arah.

Kuli batak kalau tak berani tingkatkan maruah diri kuli batak akan selamanya menjadi kuli batak partisan.

Fikir2kan.

Baca bawah ;


Kerajaan Selangor memberi jaminan perjanjian penstrukturan air antara negeri itu dengan kerajaan Persekutuan akan memberi nilai terbaik kepada rakyat.

Menteri Besarnya, Mohamed Azmin Ali berkata, ia termasuk bagi memastikan tiada unsur pembaziran dalam projek pembangunan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

"Walaupun beberapa perkara utama seperti kos dan terma pengambilalihan empat syarikat konsesi telah diputuskan sebelum saya menjawat amanah sebagai Menteri Besar Selangor, saya yakin ada ruang yang perlu digunakan sepenuhnya oleh pentadbiran baharu untuk memastikan penstrukturan industri air ini memberi nilai terbaik kepada rakyat Selangor secara menyeluruh.

"Ruang ini termasuklah memastikan pembinaan projek Langat 2 baik dari segi kapasiti, kos kejuruteraan dan pembinaan dinilai secara objektif oleh wakil kerajaan Selangor supaya tidak ada unsur pembaziran yang kelak akan membebankan rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Selain itu, menurut Azmin, kerajaan Selangor menerusi anak syarikatnya iaitu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah memuktamadkan pembelian saham dengan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB).

Pembelian itu merupakan sebahagian syarat dalam Perjanjian Induk Penstrukturan Air Selangor bertarikh 12 September lalu yang dimeterai tiga pihak iaitu kerajaan Selangor, kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Ia melibatkan dua syarikat pemegang konsesi air iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB).

"Dengan pembelian saham ini sebahagian besar operasi dan aset air akan kembali kepada rakyat yang membolehkan kerajaan Selangor melalui Air Selangor mula mengambil alih dan menyusun semula operasi Syabas dan PNSB.

"Tumpuan utama akan diberikan kepada usaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (non-revenue water) yang merugikan rakyat serta memastikan bekalan air mencukupi secara berterusan untuk rakyat Selangor," kata Azmin.

Tambah beliau, kerajaan Selangor juga berhasrat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan air yang lebih mesra rakyat dan responsif kepada pengguna di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jumaat, 14 November 2014

Nga Kor Ming Kena Tiaw Kaw2 Dengan Shabery Cheek Dalam Parlimen.

Tak pasal2.

  Salah bawa tajuk. Tajuk tue mengena kat kita balik bukan kat dia. Sebab kita pun dia kali lima juga macam si dia yang kita dok kutuk huha huha.


Ada beberapa hujah dari Shabery Cheek yang Nga Kor Ming boleh sangkal. Tapi dia tak berdaya nak sangkal sebab ia akhirnya akan memalukan diri dia dan parti dia.

KAH KAH KAH

Tajuk yang Nga Kor Ming bahas isu mengenai kebebasan media di negara neh. Dan point2 yang dibahaskan oleh Shabery Cheek benar2 berupaya menundukkan Ngo Kor Ming ke satu sudut yang dia tak langsung mampu berkata apa2 dah.

Btw. 

Si Nga Kor Ming pun tak uphold kebebasan melapor kat negara neh. Sembang kencang dan merapu boleh la dia tue.

Kalau dia buat posting, dah kantoi salah fakta, dia delete. Minta maaf apa takdak. Buat bodoh ada la.

Then isu rumah baru dia. Kemain nak saman pengguna2 media sosial yang share gambar rumah baru dia.

Yang peliknya. Sosok tubuh yang sama pernah berdemo di rumah pimpinan UMNO suatu masa dulu.

Orang share gambar rumah dia sebab kagum dengan kekayaan dan rumah mewah dia. Itupun dia nak sensitif. Sampai nak libatkan undang2 (walaupun takde tindakan susulan sehingga kini).

Tapi dia pun tak menyokong kebebasan media bagai yang disembangkencang oleh pimpinan pembangkang sebenarnya.

Sapa boleh lupa yang PKR dan DAP sendiri pernah melarang UTUSAN dari masuk ke PREMIS mereka untuk membuat LAPORAN atas alasan UTUSAN kaki fitnah?

Sepatutnya DAP dan PKR berbangga. Selagi mana UTUSAN kaki fitnah selagi itulah UTUSAN menjadi lubuk rezeki ekpress kepada PARTI DAP dan PKR.

Macam tatau semua fitnah2 yang UTUSAN jaja, disaman dan UTUSAN kalah SAMAN.

Nampak?

Benda kecik aje pun.

Bukan korang rugi. Untung lagi ada. Sudah la UTUSAN dikantoikan fitnah, terbukti lagi, kena bayar saman lagi, malu lagi, rugi lagi.. korang plak dapat duit dan dapat membuktikan yang perkara tue fitnah.. apa yang rasa ralat sangat sampai nak boikot2 UTUSAN dari masuk melaporkan event2 tertentu korang.

POYO jek aku tengok.

Dah, jom tengok rakaman kat bawah neh. Shabery Cheek, wins. Walaupun ada hujah2 dia yang tak tepat. Hakikatnya, kebebasan media kat negara neh memang dalam kawalan partisan kerajaan dan pembangkang. Masing2 menyumbang ke arah itu dengan cara masing2 namun penyumbang utama adalah datangnya dari pihak kerajaan pusat. Terima hakikat itu wahai Shabery Cheek.

Lihat ;

Akhirnya Azmin Pulangkan Semula Bible Bahasa Melayu Yang Disita.

Satu keputusan yang tepat dan bagus. Dari awal lagi bible tersebut tak patut dirampas. Alasan perampasan itu berlaku adalah kerana ia adalah bible cetakan bahasa dan iban. Lebih kurang dalam 300 naskah. Ia dirampas pada awal tahun 2014. Dan yang memburukkan keadaan, si JAIS dan geng2 UMNO menyokong kepada rampasan tersebut. Siap ada yang cadangkan agar ia dibakar.

WHAT THE FAK!

Ko sapa nak bakar kitab kepercayaan orang?

Lainla kalau dia buang.

Ini kau rampas hak dia.

Lepas rampas ko nak bakar plak.

Memang bodoh gila.

Dan, kau sapa nak halang bible ditulis dan dicetak dalam bahasa melayu?

Alquran terjemahan pun bersepah2 dalam pelbagai bahasa. Bukan hanya bahasa melayu aje. Dan kau rasa tergugat dengan bible bahasa melayu?

Orang kalau dah convert, tak perlu tunggu bible dalam bahasa melayu pun. Cuba tanya si Lina Joy tue. Dia convert selepas baca bible bahasa melayu ke ENGLISH?

Agak2 la nak buat kerja bangang pun.

Apa2 pun aku puji tindakan Azmin Ali. Bible tue milik persatuan bible Malaysia. Ia adalah hak mereka dari awal dan pulangan kitab2 itu kepada pihak tersebut ialah langkah yang tepat dan betul. Jangan layan puak2 ektremis agama yang bakal merepek dan mengkritik tindakan Selangor dalam isu neh. Mereka2 yang ektremis agama itu hanya sembang kencang. Selagi kasino terpacak, kedai judi bersepah, ada judi lumba kuda, kelab malam tumbuh bagai cendawan, riba kiri kanan, penyelewengan tak terbendung, rasuah merata, jangan sembang bab bible bahasa melayu dengan aku macam kau wira wirawati aku. Aku sokong sepenuhnya bible diterbitkan dalam bahasa melayu tanpa sedikit pun rasa terjejas dan terkesan. Nak risau pasai apa?

Buka tv Alhijrah. Ceramah dalam BM.
Pergi kedai buku. Bersepah buku agama.
Pergi masjid dan surau. Bersepah buku agama bahasa melayu untuk bacaan percuma.
Pergi perpustakaan. Bersepah buku rujukan agama bahasa melayu yang boleh dibaca.

Kau yang akan tentukan apa yang kau mahu baca dan mahu percaya. Tak payah merepek sangat nak salahkan cetakan bible bahasa melayu boleh tak wahai umat melayu.

Jangan lebih2 sembang bab agama orang. Check dulu amalan dan kepercayaan masing2. Lue ada usaha untuk polish dan tambah ilmu ka. Kalau takde, baik buat tue dari termakan dengan propaganda puak2 ektremis agama yang bajet suci nak mampos kat negara neh lagi bagus.

Apa pun, well done Azmin. Aku puji tindakan kau neh. Good job!
 


Khamis, 13 November 2014

Najib Berminat Bina Rumah Mampu Milik Di India.


Cis.

Sasaran bina rumah kos rendah dan mampu milik kat Malaysia pun tak achieve target. Now nak alihkan sasaran ke negara lain pula.

What the fak!

Tengok neh ;


Berikut di atas ialah antara senarai projek2 perumahan yang sedang dalam perancangan dan pembinaan di beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Tang mana harganya boleh ditakrifkan sebagai rumah kos rendah dan mampu milik?

Jawapannya tiada.

Kalau rumah2 yang under SPNB dan PKNS pula. Lagi macam HARAM.

SPNB punya stail. Dia suruh kau daftar dulu. Tapi daftar aje la. Lepas daftar habuk takde. Kalau PKNS? Lagi kelaut. Nak surf website pun tak boleh dah. Dulu2. Masa website dia aktif. Rumah kos 1 juta pun ada.

Gila kau.

Ini website perumahan PKNS yang sekarang tak aktif dah ==> http://www.pknsproperty.com/

Kalau kat ceruk2 kampung sana. Nak cari below 100k memang HARAM la. Sekarang semua stok 135k dan ke atas. Namun. Market price bagi rumah2 di ceruk kampung adalah 200k dan ke atas. Itu ceruk2 kampung der. Wa cakap sama lue. Ceruk2 kampung der. 

What the hell.

Jika starting price 135k tue. Kalau yang kerja kat KL, Selangor, JB ataupun Penang memang dorang rasa kot tue berbaloi. Tapi kalau ko duduk kat ceruk2 hulu yang jalan pun tak sekata, yang gaji pun rendah, yang bas pun 2 jam sekali, kau rasa kos 135k dan ke atas tue berbaloi ke?

Sebenarnya tak berbaloi.

Sebagai seorang PM. Dia patut focus dulu pembangunan kos rumah mampu milik di negara neh. Bukan menyemak kat negara lain. Negara kita berikan banyak kebebasan kepada KAPITALISMA untuk melakukan segala2nya atas nama keuntungan dan tiada kawalan. NEGARA kita juga longgarkan apa saja undang2 berkaitan KAPITALISMA supaya mereka boleh memaksimakan jumlah keuntungan. Tapi kalau ia berkaitan hak, sosialisma dan kebajikan rakyat, negara kita akan cuba sedaya upaya menyukarkan perjalanan hidup kita di negara neh.

BABI PUNYA BARISAN NASIONAL.

Rabu, 12 November 2014

Kerajaan Tiada Kuasa Kawal Harga Rumah, GST Naikkan Harga Rumah - Pendedahan Menteri.


Bukan tiada kuasa. Tapi tidak mahu meletakkan kuasa. Tidak mahu mengubal polisi2 yang melindungi hak rakyat dan pengguna di negara ini. Tidak mahu berpihak kepada rakyat kebanyakkan dan lebih selesa bersama2 kapitalis supaya menteri dan kepimpinan negara boleh turut bersama2 mengaut keuntungan berikutan dari harga rumah dan hartanah yang melambung2 di negara ini.

Benda neh senang aje.

Kalau tiada kuasa, maka wujudkan kuasa.

Macam korang merapu wujudkan akta perhimpunan aman.
Macam korang merapu mempertahankan akta hasutan.
Macam korang merapu gubal SOSMA.

Konsep yang sama boleh terpakai atas isu2 berkaitan perumahan. Dia antara kerajaan kau nak atau taknak membela dan membantu rakyat di negara neh. Bila mereka taknak, mereka taknak la. Maka untuk halalkan perbuatan mereka yang tidak mahu membantu rakyat, mereka buat la alasan tiada kuasa.

Kalau kerajaan kita nak bantu kita dengan mengawal harga rumah, boleh. Mekanisma ada. Bersepah orang bagi idea dan cadangan. Bukan berbayar. Free jek rakyat bagi. Tinggal amek dan analisa dan sesuaikan dengan keadaan aje. Edit sana sikit edit sini sikit biar cadangan2 tersebut nampak tersusun dan complete untuk perbahasan semua pihak sebelum dilaksanakan secara menyeluruh. 

Nampak?

Nampakk?

Jalan untuk membantu rakyat sentiasa ada asal saja kau menteri. Tapi bila kau dah taknak bantu, cakap la apa saja, still menteri2 kau tetap taknak lakukan apa2 usaha untuk membantu rakyat yang tertindas.

Satu lagi. Bodoh tak bodoh juga la menteri kau neh. Dia mengulas. Penggantian SST kepada GST akan menaikkan harga rumah sebanyak 3% jek paling tinggi.

HANYA NAIK ANTARA 2 - 3 % JEK?

ALE UTOO.

Kalau harga rumah tue, 100 ribu, 2-3% berapa?

RM2 atau RM3 ringgit ke?

Naik ribu tue beb. Kalau dah naik ribu, tak ke meningkatkan lagi kadar deposit rumah? Ansurans bulanan? Kadar riba? Babik punya menteri. Cakap tak guna otak. 

Dan. Yang penting dengan pengakuan menteri neh, sah la GST akan meningkatkan harga rumah semasa. Malaon2 UMNO yang memekik cakap kita fitnah dah boleh g mampos. Hidup menyusahkan orang buat apa. Elok g mampos je la korang semua.

Baca ;

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata Putrajaya tidak berkuasa menghalang kenaikan harga rumah kerana Malaysia mengamalkan ekonomi pasaran bebas.

Beliau berkata, kerajaan bagaimanapun mampu bertindak melalui pemberian insentif kepada pembeli bagi mengurangkan kos pembelian harga rumah.

"Ini negara bebas, kerajaan tidak mempunyai kuasa menentukan pasaran harga. Kita boleh membantu mengurangkan harga rumah dengan insentif.


Isu fenomena kenaikan harga rumah bukan hanya di Malaysia, tetapi di seluruh dunia, tetapi kerajaan kita respon dengan mewujudkan banyak program seperti PR1MA," katanya, merujuk kepada salah satu program pemilikan rumah dilaksanakan kerajaan, Perumahan Rakyat 1 Malaysia.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, kajian menunjukkan harga rumah hanya meningkat antara 2% hingga 3% sebaik saja pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015.

"Kalau lebih 3% mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pencatutan," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya kenaikan harga rumah melebihi 3% dikenakan pemaju, dan menggunakan alasan GST, mereka boleh dilaporkan kepada Jawatankuasa Pemantauan Harga GST. -TMI-

Nik Abduh Kena Sindir Di Laman Sosial Sebab Salahkan Thailand Peningkatan Pesakit HIV.

Memang patut jika sungguh itu yang dia nyatakan. Tak patut kalau Awani fitnah dia. Tapi kalau ya memang siyes bodoh kot. Kalau tidak, takde la ramai yang p balon dan sindir dia kat laman sosial pada hari neh.

Ini kenyataan dia seperti yang dilaporkan oleh Awani ;

 
Baca sini untuk laporan penuh.

Punca utama kenapa HIV meningkat di Kelantan adalah kerana berjiran dengan Thailand. Itu yang cuba digambarkan oleh Nik Abduh. Dan Nik Abduh meminta agar orang ramai dan Putrajaya bersama2 membantu Kelantan bagi mengatasi perkara tersebut.

Adalah amat tidak tepat untuk mengatakan kerajaan negeri tiada idea ataupun usaha untuk mengatasi penyakit tersebut dari berleluasa. Beberapa usaha telah dibuat setakat ini bagi memupuk kesedaran ramai.

Menurut Yayasan AIDS Malaysia, penghidap2 HIV paling ramai di Selangor dan kedua terbanyak adalah di Kelantan.

Jika Nik Abduh beranggapan penawaran seks dan dadah oleh Thailand punca kepada masalah di HIV di Kelantan, maka sudah tentu Selangor juga menghadapi masalah yang serupa. Siapa tawarkan seks dan dadah kepada orang Selangor? Sudah tentu bukan Thailand. 

Kerajaan negeri di Selangor adalah PR.

PAS. PKR dan DAP. Majoriti kerusi di Selangor dimiliki oleh PAS dan DAP meskipun PAS gantung sementara keahlian dua ADUN mereka, namun ADUN2 yang digantung itu tetap setia mahu bersama PAS.

Yang neh salah sapa pula?

Sebenarnya. Ini isu kesedaran. Kalau orang letak arak, rokok, dadah dan tawarkan seks kepada kau, kalau kau taknak kau tetap la taknak. Betul?

Kalau pun orang tak tawarkan, kau tetap mencari betul?

Walaupun Kelantan dan Thailand berjiran, ia bukan boleh suka2 kau keluar masuk. Melainkan memang niat kau mencari.

Daripada merepek salahkan Thailand, yang mana negara tue tak pernah plak paksa rakyat Malaysia untuk langgan seks dan dapatkan dadah di negara mereka, baik kau kaji kesalahan cara kau menguruskan permasalahan tersebut lagi bagus.

Kbai.

Teresa Kok Kena Kritik & Majlis Kutipan Dana Untuk DAP.

Teresa Kok dikritik & dianggap racist kerana posting kat bawah neh ;



Point Teresa ;

Perenggan pertama : Persamaan antara Azeez & Loga.
Perenggan kedua : Letakkan ciri2 persamaan tersebut.
Perenggan ketiga : Nyatakan perbezaan bangsa di antara mereka.
Perenggan keempat : Nyatakan sikap Azeez yang suka hebohkan kebaikan yang dia buat.
Perenggan kelima : Pujian kepada Loga.
Perenggan keenam : Terdapat ahli parlimen yang gagal bezakan mereka berdua.
Perenggan ketujuh : Teresa Kok memperkenalkan dua MP tersebut agar tiada lagi orang tersalah cam mereka berdua.

Kat wall Teresa, atas tajuk ini, di ruangan komen, dia kena kritik sebab bersikap racist. Dia dianggap racist sebab menggunakan ayat ==> berkulit hitam. Ayat yang dia patut gunakan ialah berkulit gelap. Itu kata mereka.

Pertama. Aku tak nampak langsung posting Teresa neh berbaur racist dari segi penggunaan ayat tersebut. Ko cakap orang tue gelap ke hitam ke kau tetap point tentang warna kulit dia. Kau cakap tentang gemuk ke atau berbadan besar, kau tetap point bentuk tubuh badan seseorang. Kau cakap orang pendek ke katik ke renek ke kau tetap point tentang ketinggian orang. Teresa Kok hanya mahu mencerakinkan ciri2 yang terdapat pada Azeez.

Kedua. Instead of penggunaan ayat tersebut, aku lebih tertarik kepada point keseluruhan Teresa berkaitan posting tersebut. Apa yang Teresa cuba gambarkan ialah seseorang yang memeluk agama Islam dianggap melayu di negara neh. 

Ketiga. Aku tatau salasilah tentang keluarga Azeez, so aku taknak buka cerita pasal dia. Tapi. Bukan kah DAP juga melakukan hal yang sama berkenaan Zairil Khir Johari? Jika Teresa rasa 'kelakar' Azeez anggap dia melayu hanya kerana dia beragama Islam, apakah itu tidak kelakar jika melibatkan MP DAP sendiri?

Keempat. Isu bangsa melayu, cina, india, iban, lain2 adalah isu yang membina tembok diskriminasi. Isu2 macam neh la yang kadang2 buat dia rasa dia lebih baik dari sesuatu bangsa hanya kerana dia bangsa itu.

Ada beberapa pihak dalam DAP sendiri memperjuangkan bangsa Malaysia or Malaysia Nation sebagai BANGSA di negara neh.

Kita tidak mahu bangsa cina.
Kita tidak mahu bangsa melayu.
Kita tidak mahu bangsa india.
Kita tidak mahu bangsa lain2.

Kita hanya mahu bangsa Malaysia dianggap bangsa dalam negara neh. Patutnya Teresa highlightla sikit2 pasal Malaysia nation.

Kelima. DAP juga suka menghebohkan kerja2 samada sukarelawan atau tidak yang mereka buat. 

Ini contoh.


- Bagi sumbangan derma sikit.
- Pakai baju kebaya
- Upload masuk fb
- Terima pujian melambung

Bagus YB. YB nampak cantik la. YB itu, YB ini.. blababla..

Nampak?

Nampakk?

Ia terpakai untuk BN, PR. Samada UMNO, MIC dan MCA atau lain2 parti dalam BN. Ataupun PKR, DAP mahupun PAS. Belajar sedar diri wahai Teresa. Usah kata kerja2 kebaikan, bahkan kerja2 mabok pun Teresa UPLOAD di facebook. Yang mempromosikan syarikat kapitalis Carlsberg. Jadi duta arak. Tak begitu?

Yang terakhir.


Ini dibuat kat sekolah. Dan ini dibuat untuk mengutip dana. Sejak 2,3 bulan kebelakangan neh, terdapat banyak majlis2 berkaitan kutipan dana yang dibuat oleh PR. Samada PAS, DAP dan PKR.

Aku cadangkan jangan bagi satu sen pun pada Pakatan Rakyat.

Kenapa? 

Untuk kaki ponteng parlimen, bagi dorang 1sen pun merupakan satu perkara yang sangat tidak patut. Rakyat jangan jadi benak otak dan diperkuli-kulikan oleh parti politik, boleh tak?

Jangan biar maruah diri kita dipijak2 oleh parti2 politik BN & PR.

Untuk rakyat yang ada maruah, sudah sampai masanya untuk menunjukkan betapa pentingnya mempertahankan harga diri kita daripada jadi muka tak malu pergi sumbang dana kepada mereka.

Ko bagi mereka duit, mereka ponteng parlimen, tak buat kerja, harga rumah tetap mahal, jadi duta Carlsberg, gaji MP naik, yang tukar kereta baru ada, yang beli rumah baru ada. Berapa banyak lagi permainan2 ahli politik ini perlu didedahkan sehingga rakyat benar2 faham mereka diperkuli batakkan oleh parti politik demi mencapai maksud peribadi mereka?

Berapa banyak lagi?

Lue fikirlah sendiri.

Kbai.

Selasa, 11 November 2014

Ini Penjelasan JPJ Isu Saman No Plat - Jam 2 Pagi JPJ Kena Maki Kaw2 Dengan Pengguna Media Sosial.

Semalam aku tidur agak lambat. Dan semakin lambat bila tiba2 aku tergerak ahti nak p buka fb rasmi JPJ.

Korang tahu apa? Kelakar siot. Terguling2 aku gelak atas katil baca komen2 maki hamun ke atas JPJ. Tak boleh blah. Jam 2 pagi. Si admin JPJ bajet update status penjelasan mengenai kenapa JPJ buat operasi gila. Dan selalunya. Kalau jam 2 pagi orang ramai dah tidur. So takde la sapa2 yang nak komen sangat kat ruangan komen. Selalu macam tue.

Tapi. Ini berbeza dengan JPJ. Aku buka page tue lebih kurang 3 pagi lebih dah. Masa tue komen2 yang maki JPJ dah 300 ++. Dia baru update status dalam sejam lebih yang lepas. Then aku baca la komen2 kat situ. Tergelak sorang2. Lebih kurang pukul 4 pagi lebih, komen2 dah cecah 500 ++ semua stok maki JPJ.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kelakar nak mampos siot.  

Ada dua perkara. Pertama bab timing dia update. Bajet update jam 2, 3 pagi orang tak komen sangat kot. Kedua. Bajet nak bagi penjelasan supaya orang faham. Alih2 semua komen maki hamun JPJ lagi ada.

Berikut kat bawah ialah penjelasan dari JPJ berkenaan operasi saman yang mereka buat baru2 neh ;

JPJ vs KEMALANGAN & KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ. (Yang kau update fb jam 2 pagi, apa matlamat kau sebenarnya? HAHAHA)

Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.

1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?

JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya. (AKTA YANG PATUT DILUPUSKAN)
 

Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang. (TAK PAYAH NAK TEMBERANG. KAU TAK BOLEH AMEK TINDAKAN DIRECTLY, TAPI BOLEH USAHA UNTUK AMEK TINDAKAN INDIRECTLY. BOLEH USAHAKAN UNTUK RANGKA POLISI BAGI MEMASTIKAN MEREKA TURUT DIDAKWA. MELAINKAN KORANG DAH KAWTIM DENGAN BOS2 BESAR SEBAB TUE TAKNAK PROCEED. APA GUNA KPDNKK dan AGENSI2 PENGUATKUASA LAIN2? SATU LAGI. TAKDE GARIS PANDUAN YANG JELAS TERHADAP PENGGUNAAN AKSESORI AKAN MENINGKATKAN / PUNCA KEPADA KEMALANGAN)

2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?

Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA. (TAK PAYAH NAK TEMBERANG. MATLAMAT JPJ ADALAH MENYAMAN. DEMI MENDAPATKAN DUIT. SIAP BUAT KPI KEMATIAN LAGI. JPJ PATUT DIMAHSUHKAN. TERLALU BANYAK AGENSI PENGUATKUASA YANG SIBUK KELUARKAN SAMAN. UNTUK APA? 3,4 AGENSI TAPI BIDANG TUGAS LEBIH KURANG. SPAD. PDRM DAN JPJ. INI SEMUA ADALAH BEROBJEKTIFKAN UNTUK MENGELUARKAN LEBIH BANYAK SAMAN AJE SEBENARNYA.)

Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan 
Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian. (SEBAB PENGARAH KAU BODOH SANGAT KE SAMPAI KAU PERLU TURUN BERI PENJELASAN? KAU PUN TAK BERANI GUNA SEMULA AYAT PENGARAH KAU TUE KAN? NAMPAK SANGAT AYAT PENGARAH KAU TUE MEMANG BERMASALAH & BEBAL)

Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut. (ILTIZAM, TEKAD DAN MURNI HOTAK KAW. KALAU BETUL NAK KURANGKAN KADAR KEMALANGAN, CHECK LA ASPEK KESELAMATAN JALANRAYA. ADAKAH MEMENUHI PIAWAIAN & SPESIFIKASI YANG DITETAPKAN)

KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian).

3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%? 

JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan. (RASIONAL OTAK KAU. CARA PENGARAH KAU BERCAKAP LANGSUNG TAK RASIONAL. DAN CARA JPJ BERTINDAK UNTUK PASTIKAN KADAR KEMATIAN DIKURANGKAN JUGA TAK RASIONAL. KAU PATUT KAJI KENAPA KES KEMALANGAN MAUT BERLAKU, DAN BUAT ANALISA BERDASARKAN MAKLUMAT YANG DITERIMA. KEMUDIAN, CARI SOLUSI TERBAIK UNTUK MEMASTIKAN KEKERAPAN KEMALANGAN MAUT DAPAT DIKURANGKAN HINGGA ZERO MAUT DI ATAS JALAN. KPI ZERO MAUT DI ATAS JALAN REALISTIK JIKA JPJ BENAR2 BERUSAHA KE ARAHNYA. BUKAN SIBUK COLLECT SAMAN)

4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?

Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:


-tali pinggang/topi keladar
-telepon bimbit
-potong garisan berkembar
-langgar lampu isyarat
-potong garisan
-lorong kecemasan
-had laju
 

Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti. 

Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas). (JANGAN NAK MENIPU. KP KAU SENDIRI KANTOI DENGAN SAMAN HAD LAJU. BOLEH PLAK SNAP?)

5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?

Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.

6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?

Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN. (KEPALA HOTAK KAW NAK KATA RAKYAT MALAYSIA MENTALITI KELAS KETIGA. MENTALITI KELAS KETIGA TUE KAU LA JPJ OI)

Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.

Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama. (KES TUE BERLAKU DALAM BAS. KALAU CERMIN TAK GELAP, BAS SEKARANG ADA LANGSIR. KEADAAN BAS YANG BESAR & TINGGI JUGA MENYUKARKAN ORANG YANG BERADA DALAM KENDERAAN KECIL SEPERTI MOTOR & KERETA UNTUK MENINJAU APA YANG BERLAKU DALAM BAS. ALASAN BIAR CERDIK. BAS PUNYA ANGKARA. APA KAITAN MOTOR & KERETA KAT SINI)

Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya. 

Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.

#bestrongJPJ #supportJPJ #JPJboleh #1JPJ
#sayangJPJ

- admin


(#gotohellJPJ #dontsupportJPJ #JPJbolehblah #1JPJgilasaman #taksayangJPJ)

--------------------------------------

Balik2 JPJ akan pongpang2 isu cermin gelap dan kewajaran mereka double standardkan pemakaian cermin gelap antara VVIP dan rakyat biasa.

Hakikatnya. Mereka cuba nak gambarkan asal VVIP pakai cermin gelap = atas dasar keselamatan.

Kalau rakyat pakai = confirm dikaitkan dengan aktiviti jenayah.

Macam la semua rakyat Malaysia kaki penjenayah. Sial punya mentalitisma. Untuk rekod, JPJ & KASTAM sendiri tak tertakluk kepada mereka2 yang dibenarkan untuk bercermin gelap. Tapi boleh plak mereka guna ek? Cakap tak serupa bikin. Nyawa kita semua sama. Kita tak patut dilayan secara berbeza berdasarkan pangkat ciptaan manusia. Jika VVIP mahu rasa selamat dan protected dengan cermin gelap, rakyat Malaysia juga sama. Bukan soal keselamatan semata2, bahkan soal privacy dan kesihatan juga.

Satu lagi. JPJ jangan nak menipu la bab gagal mengesan pesalah SPEED TRAP kerana no plat FANCY. Nampak sangat tipunya disitu.

Tengok ;



No plat yang TAK FANCY, yang baru keluar kedai pun depa SAMAN. Rujuk sini. Apa jadahnya macam tue?

Yang sebenarnya. Next year BRIM kan? Betul? Aha. Rakyat Malaysia dah nampak permainan sebenar lue. Kalau lue anti sangat dengan no plat apa semua neh, kenapa lue sendiri tak keluarkan no plat? Sebab lue tahu saman no plat boleh buat duit.

Dan kalau betul lue nak sembang bab pendidikan. Kenapa lue saman rakyat? Lue patut keluarkan surat amaran dah la. Lue bagitau yang pemilik kenderaan kena tukar no plat. Bagi masa sekian2. Then dorang kena hadirkan diri ke pejabat JPJ yang berdekatan untuk diperiksa sekali lagi samada bertepatan dengan undang2 ke tidak. Kalau tidak, p tukar lagi. Sampai JPJ puas ahti. Itu baru namanya PENDIDIKAN, BONGOK!

Bila lue sibuk saman orang. Lue bukan mendidik. Tapi lue tengah penuhkan kantung yang kosong. Bila lue sibuk buat operasi kat taman2 perumahan, lue bukan mendidik. Tapi lue menyusahkan orang yang nak keluar masuk buat urusan dengan terpaksa berdepan masalah traffic akibat operasi2 lue yang gila nak kutip duit.

Lue kalau nak mendidik bukan ini cara dia. Mentaliti kelas ketiga JPJ hanya penjilat JPJ je yang percaya. Eh jap, JPJ ada penjilat ke?? Apsal tak nampak? Apsal semua maki hamun lue kat ruangan komen woi JPJ? Kesian lue. Satu2nya agensi kerajaan yang dibenci total oleh rakyat Malaysia. Yang neh cina, india, melayu, umno tak umno, pr tak pr, nampaknya bersetuju lue memang gila la JPJ. Nampaknya, kami bersatu kali neh.

KAH KAH KAH

Klik sini untuk tambah makian kat status JPJ.

Peperangan rakyat Malaysia vs JPJ. Rakyat Malaysia 10 - JPJ 0. Tak pernah menang dari segi hujah. Tapi menang menipu & memaksa rakyat Malaysia bayar saman jek.

BUGIMA punya JPJ.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...