Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 April 2013

Surat Terbuka Untuk Najib Razak Yang Penipu.

Kena tipu.

Malam neh aku kena tipu dengan BN. Tak pasal2. Ahti aku sangat sakit. Kalau aku tak jelaskan kepada Najib ia merupakan satu kerugian. Harus Najib tahu apakah tindakan nya yang menyebabkan aku sakit ahti.

Cerita dia macam neh. Hari neh Najib info satu program khas bersama BN. Kata Najib program tue ialah program manifesto bn. Dengarla secara live di tv. 

Woww..

Ada manifesto rupanya. Satu perubahan yang baik. Rupanya BN pun dah mula berkira2 nak lancarkan manifesto. Najib akan terangkan apa kandungan manifesto BN kat tv, live malam tadi.

Aku memang plan nak tengok. Mesti nak tengok. Aku nak tahu apa agenda bn terhadap rakyat. Kalau benda baik aku nak sokong. Aku nak buat perbandingan antara manifesto bn dan pr. Sebagai rakyat memang inila peranan aku. 

Mendengar hujah dari kesemua pihak dan lakukan perbandingan sendiri. Pilih la selepas kita memahami apa yang mereka tawarkan. Jangan pilih A hanya kerana orang suruh ko pilih A. Pilihla apa2 parti sekalipun hanya SELEPAS diri ko sendiri FAHAM kenapa perlu PILIH/UNDI mereka. Ini yang aku amalkan bahkan aku menyeru semua orang mengamalkan hal yang sama.

Jadi aku tunggu. Dan aku dengar. Aku tonton dari mula sampai lah Najib habis berucap.

Selepas itu aku berjalan ke komputer. Aku capai hp. Aku update status naik angin. Sial apa neh? Apakah yang dinamakan manifesto itu? Aku tak dengar apa2 yang berkaitan dengan manifesto pun. Yang aku tahu sepanjang Najib berucap dia pongpang2 pasal ;

1. Keburukan dan kehinaan parti pakatan rakyat.

2. Betapa teruknya negeri2 yang PR jaga.

3. Kutuk2 isu air dan kutuk2 kelantan...

4. Dok tanya siapa yang layak jadi PM.. dok tanya siapa yang layak tadbir negara..

5. Kutuk2 Anwar Ibrahim..

6. Kutuk2 pemimpin2 pakatan rakyat.

7. Puji diri sendiri, bn dan etc2...

8. Citer pasal BRIM, KRIM dan kemurahan ahti bn dalam melaksanakan dasar2 tersebut..

Oke2. Aku faham. BN tak suka PR. Oke2. Aku dah lama tahu dan sedar benda tue. Ko dah hari2 cakap dalam media ko. Hari2 keluar tv ucap benda sama. Hari2 keluar radio atas pentas atas ceramah dalam mana2 program ko dah bagitau benda yang sama. 

AKU DAH TAHU.

KO DAH CAKAP  BANYAK KALI.

KO DAH ULANG SENTIASA.

Tujuan aku dengar program ko ialah AKU NAK TAHU PASAL MANIFESTO BN sahaja.

Aku nak tahu apa plan ko selepas BN berjaya mentadbir negara. Aku nak tahu macam mana ko nak atasi masalah perumahan. Setakat cakap nak bina sejuta rumah kos rendah je takan amek masa berjam2 buat program khas pula?

Kandungan manifesto 5 minit pun takde. Najib hanya cakap 3 perkara. Akan selesaikan masalah kos sara hidup. Bina rumah kos rendah. Nilai BRIM meningkat. Hanya cakap 3 perkara saja. Itu pun asas. Bukan ada penerangan lanjut. Ini pun perlukan ko untuk buat program khas ke?

Sepatutnya masa2 yang ada neh, angkatlah kebaikan dan kemampuan bn. Tunjukkan kepada rakyat apa agenda korang. Bagitau kami secara details. Apa rancangan korang terhadap rakyat. Apa yang ingin korang capai. Apa yang korang ingin laksanakan jika diberikan mandat. Apa yang korang boleh ubah untuk selesaikan masalah rakyat terbanyak.

Ini yang aku nak dengar. Ini sebab aku sudi BUANG MASA AKU untuk dengar ko POTPET2 kat tv tadi. Aku sebagai rakyat bersangka baik. Lim Kit Siang kutuk program ko di twitter siang tadi. Dia cakap program ko patut dibatalkan. Aku cakap tak perlu. Kita harus berikan BN peluang untuk jelaskan manifesto mereka. Rakyat harus diberikan peluang untuk mendengar hujah dari kesemua pihak dan lakukan perbandingan sendiri.

Last2 apa yang aku dapat?

KENA TIPU SAJA.

LIM KIT SIANG memang betul. Program tadi memang SAMPAH. BULLSHIT. SIALAN.

Setelah aku mempercayai Najib dan BN, ini yang aku dapat.

Buka BERNAMA NEWS di twitter, nampak update2 pasal manifesto BN. Ooo.. rupanya manifesto BN DI UMUMKAN oleh pengacara selepas ucapan berapi2 Najib tamat.. 

Bukan nya di UMUMKAN oleh Najib sepertimana yang dilaporkan oleh facebook Najib.

Lepas umum benda2 yang tak sampai 5 minit tue.. pujian2 melambung kepada BN bersambung semula.. PM ajaib kata salah seorang indian di tv sebentar tadi.. pftt..  

Jadi terbuktilah Najib Razak seorang penipu. Belum apa2 dah melakukan penipuan secara besar-besaran.. mana ada bincang isu bab manifesto. Yang ada hanya repekan karut dan dayus saja. Ajak debat tak mao.

Ingin sekali aku nak memahami apa itu persekolahan satu sesi. Aku terkesan dengan janji ini. Menjadikan persekolahan satu sesi [tiada sekolah pagi/petang] adalah satu benda baik jika sistem dia ikut sistem sekolah2 di UK dan USA.

Harga kereta turun secara berperingkat 20% - 30 % ?  

Negara tak bankrupt meh? Apa pun idea PR lebih baik bab isu kereta neh. BN belum mampu menyaingi PR dalam kempen penurunan cukai kereta. Sorry.

Yang lain2 tue, tah. Aku tatau nak ulas macam mana sebab Najib ko gunakan masa yang sangat panjang untuk kutuk2 PR berbanding memahamkan rakyat rancangan BN.  Ini satu politik kebodohan. Faham tak Najib? Politik kebodohan, yang diamalkan oleh politician BODOH. Bai.  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...