Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 April 2013

PKR Dedah Video Kedua Zulkifli Nordin...

Ini pendedahan kedua dari pihak PKR untuk membuktikan bahawa Zulkifli Nordin memang racist, bukan dulu je bahkan sampai sekarang. Juga nak sangkal dakwaan Zulkifli Nordin bahawa PAS parti perkauman dan racist. Ini juga menjawab dakwaan Zulkifli Nordin konon nya PKR bawa isu neh sebagai satu lagi agenda politik untuk meraih undi dan sokongan rakyat marhaen.

Rujuk video yang dimaksudkan kat bawah neh hah ;

 

Korang tonton video di atas neh dan nilaikan sendiri.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata demikian mengulas video terbaru ucapan ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu yang tersebar di internet semalam.

Video kedua itu susulan rakaman ucapan Zulkifli dalam satu majlis ceramah yang didedah minggu lalu, di mana beliau didapati menghina agama Hindu dan Tuhan sembahan penganut agama berkenaan.

Bagaimanapun, Zulkifli memberi alasan ceramah itu dibuat 12 tahun lalu ketika beliau masih di dalam Pas dan kerana ‘terpengaruh’ dengan Pembangkang.

“Ceramah kedua ini bertarikh 6 Mac 2013. Masa tu beliau sudah secara rasmi bergelar pimpinan Perkasa dan secara terang menjadi sekutu kuat Umno Barisan Nasional.

“Video kedua itu bukti jelas beliau bukan terpengaruh dengan sesiapa, tetapi peribadinya sendiri sebagai seorang rasis yang ekstrem,” kata Surendran.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...