Kesian aku tengok. Tapi aku jenis kalau kesian kat UTUSAN mesti gelak kaw2. Tunggu ek utusan. Aku nak gelakkan kebodohan korang dulu.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Sinar harian sebentar tadi menyiarkan satu lagi kekelentongan utusan terhadap rakyat marhaen geng. Lebih tepat kepada pembaca2 utusan. Tak serik2. Jaja fitnah, kantoi. Jaja penipuan, kantoi. Asyik kantoi je la.
"Saya malu kerana saya masih sihat dan mempunyai pencen tetapi ditanya kenapa saya boleh menerima kad itu,".
Itulah luahan seorang pesara tentera yang terkilan dan kesal berhubung penyiaran gambarnya oleh sebuah akhbar arus perdana sebagai penerima Kad Sara Hidup Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedangkan dia tidak pernah menerima kad terbabit.
Mohd Ali Baba, 53, berkata, siaran gambar itu bukan sahaja memalukan dirinya malah menjadi persoalan dalam kalangan rakan-rakan memandangkan jawatannya yang terakhir adalah sebagai sarjan mejar.
Menurutnya, ramai rakan seangkatannya menghubunginya dan mempersoalkan kehidupan dia sekarang kerana syarat penerima Kad Sara Hidup ATM adalah pesara tentera yang miskin dan kurang bernasib baik ataupun yang terdiri daripada Orang Kurang
Upaya (OKU).
"Ada yang marah saya menafikan menerima kad itu kerana gambar sudah disiarkan seluruh Malaysia sedangkan hal sebenarnya (gambar) adalah ketika saya menerima kad pesara tentera daripada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi pada 2011.
"Tapi pada tahun ini, gambar itu diguna pakai semula sebagai penerima kad yang memang saya sendiri tak pernah terima dan miliki," katanya kepada Sinar Harian, dekat sini semalam.
Mohd Ali berkata, tujuan dia memanjangkan hal itu kepada akhbar berkenaan adalah supaya kisahnya menjadi iktibar kepada media lain sekali gus menjawab pertanyaan orang lain yang membuat spekulasi terhadap dirinya selepas menerima kad berkenaan.
"Saya malu dengan apa yang terjadi kerana ia sekali gus menjatuhkan maruah saya dan keluarga kerana benda yang tidak ada tetapi diada-adakan.
"Saya masih berkira-kira mahu memanjangkan perkara itu ke pihak peguam ataupun mahu pihak berkenaan memohon maaf kerana menyalah gunakan gambarnya bagi artikel yang tidak berkaitan dengan dirinya," katanya yang tinggal di Perumahan Felcra Lembah Kesang.
Ini baru benda kecik. Utusan fitnah tue menipu geng. Bayangkan.. tak mustahil banyak lagi perkara2 yang utusan sebarkan adalah penipuan semata2.
Orang kata sebelum menjadi perompak besar-besaran, lue mencuri kecil-kecilan dulu. Sebelum utusan terkenal dengan fitnah, dorang menipu2 dulu.
Dah biasa menipu lama2 menfitnah. Inilah utusan. Haizh utusan, insaflah kau sementara PR belum jadi kerajaan lagi neh.
KAH KAH KAH