Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 7 Mei 2011

Hot : DAP anjur kristian jadi agama rasmi!

Tajuk panas bhai. Patut utusan buat tajuk macam yang aku buat. Barulah direct orang maley [umno] boleh benci dap tanpa ragu-ragu. Lagipun itu memang sikap orang maley. Orang melayu dan islam tak sikap tue. Heh. Baca bawah ;


PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog', bigdogdotcom.wordpress.menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.


Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.

Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.

Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.

Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

"Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan.

Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu.

Utusan secara sedar atau tidak sedar sebenarnya telah mendedahkan kelemahan kerajaan persekutuan. Bukan aku nak tuduh sebarangan. Ini jelas aku nampak menerusi penulisan mereka di atas neh. Mari aku terangkan kepada korang ;

1. Jeff oi nafi dia anjurkan majlis tersebut. Dan dia juga cakap perkara neh telah dirakam. Wartawan utusan sudah tentu boleh access rakaman tersebut dari pihak polis sebab utusan, polis dan kerajaan umno boleh digelar satu komuniti. Satu geng. Dan satu kapla. Bukan kerja sukar bagi mereka, so dengarlah rakaman terbabit. Apa susah?

2. Jeff oi cuma nafi anjur tapi tidak pula dia menafikan niat paderi kristian untuk menjadikan kristian agama rasmi di malaysia. Niat paderi kristian ini adalah niat yang normal. Sebagaimana kristianer berhajat menjadikan kristian sebagai agama rasmi, seperti itu jugalah umat islam [pas] berhajat menjadikan malaysia negara islam. Islam sebagai agama rasmi tidak mencukupi. Kerana islam bukan sekadar agama. Islam ialah satu sistem yang mampu mengatasi kelemahan dasar sekular, sosialis, komunis, dan demokrasi. Inilah hakikat yang ramai orang islam dan orang bukan islam tidak faham. 

Namun Ini bukanlah isu kepartian. Mengaitkan perkara ini dengan parti akan membawa beberapa perkara buruk di mana ;

2.1 Orang2 kristian akan rasa geram kerana seolah2 kerajaan [utusan] mempermain2kan majlis yang mereka anjurkan. Sudah tentu mereka marah kerana utusan memperbesar2kan majlis mereka semata-mata ada ahli dap yang datang ke majlis tersebut sedangkan majlis mereka ialah majlis keagamaan bukan majlis politik. Dan normallah kalau ada ahli politik menganuti kristian sebagai agama di malaysia. Kenapa bila ahli dap jadi kristian maka ia satu isu yang besar pula?

2.2 Umat islam akan merasa tidak selesa kerana cara berita ini ditulis. kita umat islam sudah tentu jelas bahawa kristian dan islam ialah dua agama yang sentiasa akan bercanggahan. Benda neh dah berlarutan dari dulu lagi. Sesungguhnya umat islam dan kristian hanya akan berperang. Samada mereka berperang cara baik [debat, dialog, anjur majlis] ataupun berperang cara kasar [bakar gereja, bom masjid]. Anda pilih.

2.3 Orang islam dan orang kristian yang tidak tahu apa-apa akan saling benci membenci. Padahal mereka tak sedar yang kerajaan cuma nak mewujudkan sentimen keagamaan bagi mengekalkan kuasa mereka. Lagipun menjadikan kristian sebagai agama rasmi hampir sahaja mustahil sekurang-kurangnya untuk masa terdekat neh sebab pdrm, tentera, sultan semua nya dipegang oleh orang melayu. Menukar perlembagaan bukan nya macam menukar baju. Ia perlukan masa dan persetujuan. Yang mana memang takde lah orang islam nak bersetuju atas perkara neh pun. Lagipun perkara neh bukanlah sesuatu yang orang kristian nak hairankan. Walaupun kristian bukan agama rasmi di malaysia mereka tetap bebas berdakyah di mana-mana sahaja berbanding orang islam yang mana nasib mereka akan berakhir di dalam tahanan ISA. Heh.

3. Sepertimana yang dinyatakan oleh utusan, majlis ini di anjurkan setiap tahun. Apa yang membuatkan majlis ini terlihat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya? Ikrar kristianer menjadikan kristian sebagai agama rasmi di malaysia? Ini bukan perkara baru beb. Ini normal. Ini wujud di mana2 negara sekalipun. Paderi kristian berikrar menjadikan kristian sebagai agama rasmi. Dan orang islam berikrar menjadikan islam sebagai agama rasmi. Ini ikrar peribadi. 

Apakah kita boleh melarang ikrar mereka kini? Sudah tentulah tidak. Ikrar itu ini adalah hak masing2. Cara mana kita nak menghalang ikrar mereka jadi kenyataan ialah dengan memperkuatkan akidah umat islam. Itu je. Kalau akidah umat islam dah kuat dan akidah yang kuat ini akan menarik minat orang bukan islam pula. Inilah medium dakwah terbaik. Bukannya pergi menyibuk dan memerangi majlis orang kristian. Apatah lagi majlis itu bukan perkara yang dilarang dalam negara ini. Yang sibuk potpet2 pasal ikrar paderi kristian buat apa? Padahal cara hidup sendiri pun tak macam orang islam. Heh.

4. Kemudian utusan mencanangkan pula agenda cauvinis dap. Apa kena mengena cauvinis dap dengan agama kristian. Mengaitkan cauvinis dengan kristian adalah perkara yang pelik disini. Orang kristian kalau mereka beramal dengan ajaran kristian mereka tiada sikap cauvinis lah. Korang tak pernah kawan ke dengan orang kristian? Adoii.. pergi cari satu lah. Aku kenal banyak. Cauvinis dan kristian bukanlah satu komuniti yang boleh menjadi segeng. 

5. Kemudian utusan melaporkan dap menyerapkan perasaan benci mereka ketika berpolitik. Entahlah betul ke tidak susah aku nak jawab sebab aku bukan dap. Tapi dari apa yang aku lihat sekarang di kaca tv ialah ;

-  rtm pada 3 hari lepas menyemai perasaan benci orang melayu kepada pas dan dap pada pukul 7.30 pagi melalui satu rancangan akhbar dan.. apa tah aku lupa.

- rtm pada tengahari juga pada hari yang sama memainkan perkara yang lebih kurang sama dengan memainkan satu rakaman yang menunjukkan dap dan pas ialah parti perosak dan pengkhianat malaysia.

- Buletin utama semalam dan kelmarin telah menyerapkan sentimen kebencian kepada kaum cina dan dap.Mca malahan mengutuk sekeras-kerasnya dasar perjuangan dap di dalam tv3.

Itu belum masuk paper dan vcd yang diedarkan lagi. Jika diperhatikan apa yang aku lihat dalam setahun dua neh aku dapat merasakan bahawa yang menyemai perasaan benci itu ialah bn.

Daripada pengalaman aku memerhatikan sikap orang2 cina di malaysia neh aku dapati bahawa komuniti cina neh suka membantu orang. Macam mca dan dap. Apa yang membuatkan mereka dilihat kehadapan ialah kerana sikap mereka yang cepat membantu rakyat apabila bantuan diperlukan. Tetapi jika kes itu berkaitan dengan agama ataupun umat islam, memang mereka teragak-agak nak bantu. Mungkin sentimen keagamaan membataskan keterbukaan mereka. Mungkin juga bimbang persepsi serong yang timbul jika mereka membantu orang islam atas perkara2 khusus yang berkaitan islam.

Tetapi PAS tidak sebegitu. Kita, PAS bersama ahli kelab penyokong bukan islam pas, seringkali memberikan bantuan tanpa kira paksi agama. Bagi membuatkan semua orang merasa selesa dan aman damai, maka aku berharap PAS boleh membuka keahlian mereka kepada bukan islam dan meletakkan calon bukan islam di dalam kawasan2 tertentu. Bukan apa, kalau sentimen keagamaan dan perkauman terus dimainkan oleh bn, ini hanya akan mewujudkan perpecahan di kalangan rakyat malaysia. 

Sudah sampai masa nya untuk PAS tampil ke hadapan menyelesaikan isu2 perkauman dan keagamaan yang sering dimainkan oleh umno dan bn. Tiada parti yang lebih bagus dari PAS yang boleh memerintah malaysia neh. Mari kita buktikan kepada orang islam, orang bukan islam dan orang kristian bahawa islam memayungi mereka semua tanpa kira apa parti, apa agama dan apa kaum sekalipun. 

Sebab apa? Sebab Allah swt bagi islam untuk kita, untuk semua umatNYA. Allah swt tidak cipta umat islam untuk mendera orang bukan islam dan begitulah sebaliknya. Ia adalah kelemahan manusia sendiri yang tak faham bahawa dasar islam melindungi manusia. Bukan melindungi orang islam sahaja. Ia melindungi semua manusia. Dan bila aku cakap ia manusia, ia termasuklah orang kristian sekali. 

Ameno : Islam for all.


Jumaat, 6 Mei 2011

Tutorial : Kenali commentluv untuk menambahkan traffic blog anda!

Tadi aku ada ajar pasal dofollow kan? Aku harap korang faham menda tue. Kalau tak faham tue takpe. Jadikan je belog korang dari nofollow to dofollow dulu. Benda neh memerlukan pemahaman yang rumit [pandai2 aku je] untuk menjadikan belog kita senang di indeks dan menaikkan PR [pagerank] masing-masing. PR aku sekarang 0. Kenapa 0? Sebab tak pandai main SEO. SEO inilah kunci penting untuk ;

1. Menambahkan pendapatan iklan kita. Samada churp2, says, nuffnang, innity ataupun advertlets [neh yang aku pakai lah yang aku tak register aku tak tulis sini sebab aku taktahu keberkesanan benda2 tue lagi]

2. Menaikkan PR [pagerank] belog kita. [nanti aku ajar pasal neh pula]

3. Meningkatkan traffic belog kita.

4. Menambahkan unik visitor ke belog kita.

5. Sekaligus menaikkan nama belog kita untuk lebih dikenali.

Jadi korang kenalah pandai jadikan belog korang sebagai mesra SEO. Untuk wordpress aku rasa bukan isu bagi mereka sebab wordpress self-hosted memang mesra SEO. Tapi kalaupun banyak unique visitor tetapi bukanlah visitor yang disasarkan pun tak guna juga, Aku pernah layan wordpress self-hosted apa. Aku tahu lah. Baca sini pasal tue.

Tipsi kedua untuk memesrakan belog korang dengan SEO ialah commentluv. Benda neh memang complicated sket. Sebab tue takley aku nak ajar secara terus. Takpe. Kita buat satu persatu dulu. Mula-mula korang kena ;

1. Daftar akaun commentluv. Klik sini.

2. Ikut lah step dia. Dari verification sampailah ke masukkan url blog dan rss korang.

0key bila korang dah daftar commentluv tue bermaksud kemana-mana korang pergi dan komen kat commentbox yang ada commentluv dia automatik akan detect belog korang. Contohnya macam kat bawah neh..


So ini bagus untuk tingkatkan traffic belog korang. Benda neh lah yang kita namakan as backlink. Tapi mendaftar commentluv hanya boleh membuatkan link kita muncul di belog orang. Tapi belog kita masih belum begitu best untuk dikomen sebab kita tak bagi orang lain tinggalkan link mereka. Itulah sebab kita perlu install commentluv dalam belog kita terlebih dahulu. Tapi benda neh rumit. Tak boleh kita buat sekali harung. Sebab apa cara nak pasang commentluv kat blogspot neh rumit.

Aku dah terai dah tadi. Failed beb. Aku cuba banyak kali. Tetapi tetap gagal sampaikan aku nak hempas orang yang buat tutorial tue. Mana tak nya.. tutorial dia sama dengan apa yang ada dalam intensedebate. Apa yang diterangkan oleh intensedebate tak difahami aku. Langkah dia mampos bila dia cakap copy dan paste semula. Copy dah copy. Nak paste kat mana hala? Nak paste balik kat template ke apa ke? So sampai situ step dia dah mampos. Aku dah cuba macam2 alternatif tapi nampaknya tak berjaya pula aku selongkar lagi macam mana nak mengaktifkan commentluv kat belog neh. [Actually aku terai belog lain tadi]. So aku terpaksa hold dulu kejadah neh.

Tujuan aku suruh korang mendaftar commentluv neh ialah walaupun kita [pengguna blogspot] tak dapat meletakkan commentluv di belog ini [merujuk kepada diri aku] tetapi kita tetap boleh komen di belog yang ada commentluv dan sekaligus meninggalkan jejak [backlink] kita di belog orang lain. Kalau sesiapa perasan entry kita di belog orang lain maybe mereka berminat nak klik dan masuk belog kita. Ini kasi up kita punya traffic dan impression. So register lah. Jangan segan2. Bukan kena bayar pun macam email 1malaysia tue. Heh.

Selain dari commentluv ada satu benda yang boleh tinggalkan backlink juga. Nama benda neh ialah disqus. Fungsi lebih kurang macam commentluv. Lepas korang dah daftar dan isikan belog korang dalam tue. Maka korang leh komen kat belog2 lain gunakan id tersebut. Itupun kalau belog tue ada lah menggunakan benda alah neh kat dalam belog dorang. Daripada survey aku di internet aku dapati dorang banyak guna intensedebate with commentluv. 


Tapi kalau korang nak gunakan untuk belog korang pun takpe. Benda neh untuk semua platform blog termasuklah wordpress. Kalau belog korang kurang komen mungkin okey guna neh. Tapi kalau belog korang banyak komen maka korang kena lalui banyak proses. Nak pindahkan komen dulu barulah boleh letak widget neh dalam blogspot. Sebab apa benda neh tidak akan memaparkan komen2 lama di dalam belog korang kalau korang install widget neh dalam belog korang.  Tapi lepas letak widget neh memang berbaloi2lah dapat buat backlink. 

So disini lah kekurangan disqus yang menyebabkan ramai orang lebih suka guna intensedebate. Sebab intensedebate tak melenyapkan komen lama korang. Tapi disqus neh dia kasi lenyap [hide] kalau korang letak kat belog korang tanpa import comment lama terlebih dahulu yang jelas makan masa bagi aku yang banyak komen kat dalam belog neh. Beza ketara sangat antara disqus dan intensedebate ialah ;

1. intensedebate bagi option kepada kita untuk apply [kemaskini] fungsi baru untuk entry post yang terbaru. 

2. Disqus tak bagi option tue kepada kita. Kalau dia ada buat option tue, tak payah aku susah2 nak kaji lagi macam mana nak letak commentluv kat dalam belog neh weh.. baik aku guna disqus je terus.

Dan benda yang paling simple sekali yang korang leh buat untuk tinggalkan backlink ialah 
ini;

1. Salin code di bawah. Simpan kat notepad korang sebagai persediaan.

New entry <a href="url entry terbaru korang disini">"tajuk entry korang"</a>

2. Setiap kali korang komen kat mana-mana belog, korang paste je code neh selepas komen. Tulisan warna biru tue korang kena ganti lah yer ;

- url entry = alamat post terbaru korang.

- tajuk entry = tajuk entry korang lah.

3. So ini cara manual. Memang menyusahkan asyik nak copypaste je. Nak buat macam mana, bukan seme belog sediakan kotak untuk backlink betul tak? Contohnya cam belog neh. Walaupun aku nak provide pun tak boleh pasal gagal menemui cara untul install benda neh kat dalam belog aku buat masakini. Heh.

Lagi satu agak2 kalau guna anom tue aku cadangkan tak yah lah tinggalkan backlink korang. Bukan apa, korang kan nak ber-rahsia segala bagai, so kalau tinggalkan link belog korang sama gak kita orang tahu juga nanti korang tue sapa melainkan korang tinggalkan link belog orang lain. Heh.

Contoh masukkkan link secara manual ;


Nota : Kesemua info neh aku cedok dari pelbagai blog. Aku baca, fahamkan dan tulis balik. Dorang punya berentry-entry tapi pasal aku terkenal suka tulis panjang2 so aku berjayalah jadikan ia satu entry je. Jenuh lah korang baca ye. Heh.

Nota : Semua teknik SEO ini perlu digunakan. Tiada kecuali2. Ada banyak. Aku akan discover dan terangkan satu persatu kat sini kelak. Makan masa. Kena rajin telaah dan mengodek2 blog orang lain. Agak2 kalau korang nak blog korang meletup dalam satu hari aku cadangkan korang berbogel je dalam belog sendiri dan bagitau aku. Tahu lah aku meletupkan belog korang tanpa teknik SEO pun ramai lah orang akan berpusu2 masuk ke belog korang. Heh.

Ameno : Arhh aku dah penat dah.. camne nak update pasal politik neh?

Tutorial : Kenali Dofollow untuk menambahkan traffic blog anda.



Benda neh pun aku baru je buat. Buat hari neh. Rupanya neh salah satu teknik SEO untuk menambahkan traffic ke blog kita [maksudnya blog aku dan ko]. Aku pada awalnya confused gak memikirkan apa lah benda alah dofollow, nofollow neh. Ingatkan untuk following blog tapi rupanya bukan. Benda neh sebenarnya akan meningkatkan traffic blog korang ketika blogwalking blog dofollow sekaligus menaikkan unik visitor ke blog korang. Dalam masa yang sama pemilik belog dofollow [pemilik belog] pula akan dapat traffic percuma melalui carian internet kerana belog dofollow akan di crawl oleh spider hingga ke ruangan komen ketika membuat satu2 carian. Cara nak buat benda neh mudah je.

Tapi sebelum tue aku nak explain dulu apa benda alah dofollow neh. Korang perasan  tak kadang-kadang ada pengkomen yang mana link blog dia tertera di bawah komen? Aku tak boleh nak bagi contoh lagi sebab baru buat benda neh kat belog aku. Kiranya benda neh cam percubaan arh. Kalau aku bagi contoh kat belog lain mungkin tak sesuai. Sebab takut gak kot2 bila korang komen kat belog neh tak keluar pula link entry korang.. hah kang mampos korang marah aku pula. So, aku nak tunggu dan tengok result kat belog neh sendiri. Aku nak tengok macam mana link blog korang akan terpapar kat entry aku. Dan kalau entry belog korang terpapar kat belog aku, maka itu bermaksud tutorial aku menjadi.

Dan kalau menjadi maka neh lah dia namanya blog dofollow. Kalau blog korang nofollow benda neh takan muncul beb. Kalau nak tahu walaupun korang komen-komen kat blog orang lain..bila orang search satu-satu perkara komen di blog turut akan di index dan ini sekaligus menaikkan PR [pagerank] blog korang. Apa PR neh sebenarnya? PR neh penting pada blog macam kita. Sebab blog yang mempunyai PR yang tinggi akan berada di barisan hadapan apabila disearch berbanding blog yang mempunyai PR yang rendah. Untuk menaikkan PR masing2, kita perlu ada ilmu SEO. Dan dofollow neh ialah salah satu tips SEO yang semua belog mesti buat. Akan datang aku akan share yang lain pula. Kita buat step by step. Dalam erti kata lain.. apa yang aku baru discover, aku share sini dan kita sama-sama buat lah. Sama-sama menaikkan blog masing2.

Cara-cara untuk menjadikan belog korang dofollow neh mudah je. Ikut je step kat bawah neh ;

1. Pergi Dashboard

2. Pergi design

3.Pergi edit html [sila save template terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak di ingin]

4. Klik expand widget

5. Search "nofollow"

6. Dah jumpa ko tukar dari "nofollow" kepada "dofollow" 

7. Tukar semua sekali. Aku punya ada 4 ke 5 kali aku tukar.

8. Then save template.

So bila korang blogwalking dan masuk blog dofollow macam belog aku.. korang leh link-kan entry terbaru korang kat blog aku. So ini akan menyebabkan korang jadi rajin nak komen untuk menambahkan visitor kat belog masing2. 

Tapi macam mana pula dengan belog nofollow? Kalau korang masuk ke belog nofollow entry terbaru korang sama sekali tidak akan menjadi link di belog mereka.Hanya orang yang komen di belog korang je tinggalkan link. Bila dah jadi macam tue sudah semestinya korang malas nak komen kat belog nofollow dorang..betul tak? Hehehe..

Memang korang leh tinggalkan url tetapi sekadar url je lah. Dari apa yang aku faham kat sini, kalau belog yang ada dofollow macam aku, dia automatik jadi link untuk diklik bila korang masukkan entry terbaru. Itulah pemahaman aku sekarang neh meskipun aku dah sedikit binggung akibat gagal masukkan commentluv dalam belog tadi.  Hanya orang yang komen di belog korang je tinggalkan link.

Dan ada caranya untuk korang kenal mana satu belog ;
dofollow => warna biru.

nofollow => warna merah.

Kena install ads on kat mozzila utk trace benda neh tapi application neh not available untuk mozilla terbaru yer ;


Kira nya benda neh cam aku promote entry ko, korang promote plak entry aku. Tapi benda neh ada kebaikan dan keburukan masing2. Lihat bawah ;

Kebaikan dofollow

1. Meningkatkan komen di ruangan komen.
2. Menambahkan backlinks blog pengkomen
3. Meningkatkan PR blog pengkomen dan blog dofollow

Keburukan dofollow

1. Meningkatkan spam.

Cara nak overcome spam kena lah korang buat word verification tue. Macam aku. Sebenarnya salah satu fungsi nofollow ialah untuk sekat spam yang mungkin terjah ke belog korang. So ada sebab lah kenapa blogger automatik set belog korang as nofollow. Tapi itulah kalau belog korang nofollow lambatlah nak meningkatnya PR di belog masing2.


Entry neh berkait rapat dengan commentluv dan intensedebate. Akan datang aku akan sambung pasal neh pula. Aku dah test buat commentluv tapi gagal pula. Adeh.. kena korek ilmu lagi neh...

Ameno : Cari ilmu bab2 seo pun bagus gak..

Najib yang gelak-gelak di hotfm dan hotfm yang kaki ampu.



Kali neh ahti aku agak sedikit panas dengan hotfm. Panas + bengkek + angin = pergilah mampos rasanya nak di sound ke hotfm. Walhal aku tak pernah dengar hotfm am krew sebelum neh. Baru inilah first time dan inilah yang membuatkan ahti aku terus panas dengan hotfm. 

Aku agak lambat buka tv8 tadi. Aku terlupa yang si najib neh bakal muncul kat 8tv pada pukul 7.30 tadi. Aku buka-buka dah dekat-dekat pukul 8.00 pagi. Buka-buka pula nampak si najib neh dok tergelak-gelak depan tv. Nak aje aku lempang. Tapi dia piem. Apa masalahnya dia gelak-gelak pun. Memang takde masalah pun. Saja aku buat macam ada masalah. Sebab ketika melihat dia gelak-gelak depan tv aku memikirkan harga ron 97 yang turun dan susut dalam empat hari neh. 

Macam mana minyak dunia susut dan minyak malaysia boleh naik pada masa yang sama kerajaan cakap mereka ikut pasaran dunia. Aikk? Pasaran dunia apa? Minyak dunia harga konsisten sepanjang 2,3 bulan neh. Mana lah tau kot-kot penyokong umno nak meroyan cakap najib ikut harga 2,3 bulan lepas. Suwey. Minyak mana ada naik beb. Beza 2,3 dollar then turun balik. Itulah yang berlaku dalam 2,3 bulan. Apa benda yang terjadi kat mesir cuma effect sekejap je. Itupun najib dah naikkan awal-awal lagi. Jadi tak faham aku apa keperluan nya si najib neh asyik menaikkkan minyak selepas menang pilihanraya? Tradisi ke apa? Heh.

Si kiran, si fafau dan si faizal neh plak asyik membodek dari pagi tadi. Takde ke korang rasa geli geleman ketika memuji-muji piem? Sudahlah mesej tepi tue seme mesej membodek. Aku punya mesej satu haramjadah tak disiarkan. Suwey punya radio. Bukan nya aku maki-maki piem ngok. Korang leh analisa mesej aku kat bawah neh ;

8chat barang naik neh banyak. sejak minyak naik.. tak henti2 barang naik. what's your plan najib? err ada terai yunnam tak untuk atasi masalah keguguran rambut?

8chat najib wey barang seme naik.. ko seronok gelak2 rakyat susah banyak wey.. apa plan untuk bantu rakyat susah? mesej asyik ditapis je

Mana ada keluar kat tv tue. Yang cuma keluar ialah mesej2 dari abgbong lah apa lah. abgbong aku wish ko read blog neh. ko tue ialah abgbongek. bukan abgbong. tapi abgbongek. Apa? Ko MARAH?? Ada aku kesahhh????? 

Dah tue kalau nak ditapis usah lah chat live bhai. Aku bukan heran sangat pun. Tapi ahti aku bengkek gak. Dah sama2 rakyat, sama2 bayar untuk chat tapi chat aku ko bohlayan. Chat yang puji 1malaysia ko layan. Chat yang support 1malaysia ko layan. Macam neh ko cuma pilih rakyat yang support ko je lah. Rakyat yang tak support ko, ko taknak layan. Sedangkan ko lupa. Orang yang berani kritik ko secara terbuka ialah orang yang memang nampak kelemahan ko. Bila dah begitu sudah tentu orang tue wish ko untuk berubah menjadi lebih baik. Memimpin negara dengan lebih baik. Tapi ko tapis. Ko soh dorang tapis segala bagai. Ko fikir ko tue bagus dan maksum sangat ke sampai nak tapis-tapis kritikan?

Sang pemanggil pun sama. Merapu sakan punya soklan. Apa aku kesah pasal MU sekarang? Apa aku kesah pasal 1malaysia sekarang neh? Apa aku kesah najib minat angka 11 bhai? Apa aku kesah najib minat lagu wonder girl bhai? Apa aku kesah pasal dam aji bhai? Aku tak kesah beb. Tak kesah langsung.

Apsal tak gunakan peluang neh untuk tanya najib pasal email 1malaysia? Tanya lah dia pasal merosmahmansurkan duit rakyat kat kroni. Tanya juga pasal kekantoian eskay dalam isu video seks. Ini barulah dikatakan soalan. Bukan macam yang dikeluarkan kat radio tue. Itu bukan soklan. Itu bodek, bangang. Bodek. Tak cukup ke di bodek 24 jam bhai? Ini topup bodek lagi. Depan tv pula tue. Sanggup malukan diri sendiri sebegitu. Heh.

Arhh sudah. Pagi-pagi hari lagi aku dah mengamuk sakan kat piem. Mungkin ahti ku panas kerana mesej aku ditapis. Mungkin juga panas mendengar soklan2 bodoh dari sang pemanggil. Mungkin juga aku bengkek dengan 3 ekor sang dj yang tak henti2 membodek piem sampai meleleh2 air liur kat tepi mulut tue.

Heran aku. Dekat beratus-ratus kali si fafau neh dok ulang terima kasih datuk seri.. cakap sikit terima kasih datuk seri lagi. Cakap lagi terima kasih datuk seri lagi.. datuk seri korang tue dah berambos pun masih bodek terima kasih datuk seri. Bangangnya sikap itu. Entah kenapa aku rasa amatlah patut aku menyampah kat tiga ekor dj neh. Pasal dorang beria-ria sangat membodek piem satu malaysia. Macam bagus. Yang menyusahkan rakyat itulah yang korang dok puja. Seronoklah tue pasal bidang dorang bidang hiburan. Nak bodek pas kang kena ikut hidup cara islam yang betul. Baik bodek piem. Leh enjoy segala bagai.

Kalau korang tak percaya nanti korang tunggu kol 10 pagi. Ada ulangan kat www.tonton.com.my. Dalam bentuk format video lah. Macam yang aku tengok kat tv8 neh. Kalau bentuk audio mungkin ada kot kat radio. Tapi bila aku taktahu. Yang aku tahu hotfm kaki ampu. Dan najib tak bersedia menerima kritikan depan tv dan melalui radio. Mereka hanya jaguh di hadapan penyokong. Tapi itu bukan sikap Nabi saw. Nabi saw layan semua rakyat samarata sama adil. Tapi layanan untuk aku bias. Najib mem-bias-kan ia dan hotfm membantu najib mem-bias-kan aku. Korang boleh pilih untuk ingore aku didunia. Tapi korang tak boleh pilih untuk ingore aku di akhirat. Aku akan ungkit di sana pasal neh kelak. Tunggu dan lihat.

Ameno : Bila pembodek dan sang dibodek bertemu..


Hebat : Minyak dunia turun, minyak malaysia naik!

Hebat. Aku taktahu nak cakap macam dah. Negara aku mempunyai pemimpin yang unik. Mereka suka cakap terbalik. Dan mereka juga suka membuat perkara yang terbalik. Kata mereka harga minyak ron 97 ikut pasaran semasa. Kalau minyak dunia naik, maka ron 97 akan turun naik. Baiklah keratan printscreen ini membuktikan perkara yang sebaliknya ;

Minyak dunia turun. Malahan untuk kali keempat berturut-turut. Ini pelik. Tapi di malaysia kita membaca ia sebagai minyak dunia naik. Aik.. adakah ada bahasa baru yang aku taktahu disini? Tak silap aku pemimpin aku ada ajarkan aku begini ;

Kalau harga barang naik.. jangan sebut harga barang naik tapi sebut penyelarasan harga..
JADI
Adakah ini bermaksud kalau harga minyak dunia turun, maka kerajaan akan anggap ia sebagai satu kenaikan? Hermm entahlah. Harus tunggu kata putus najib terlebih dahulu. Esok dia akan muncul di radio. Wajarkah aku tanya kan soklan neh kepada dia esok?

Disini ada bukti harga minyak dunia turun pada hari bn menaikkan harga ron 97 di malaysia.

Sumber printscreen ialah dari sini.

Ameno : BN = Barang naik.

Khamis, 5 Mei 2011

Hot : Polis ugut peguam!

Arhh sudahlah perangai polis neh. Nak ugut-ugut orang pula. Apa kena dengan perangai sesetengah polis neh? Korang neh tak sedar ke yang korang tue polis? Faham tak polis? Dah nama POLIS tue berakhlak dan bersikaplah macam POLIS. Janganlah menjejaskan nama baik POLIS. Janganlah menyusahkan seluruh PDRM. Ada banyak polis yang baik di malaysia.

Tapi polis yang perangai jahat neh menyusahkan nama baik polis yang jahat. Dan kalau polis yang jahat neh masih wujud lagi di pdrm macam mana orang nak respect pdrm itu sendiri? Macam mana? Dah tahu polis tue manusia macam aku, macam ko, macam kita semua maka normal lah wujud polis-polis jahat dalam pdrm. Sebab manusia mana ada yang maksum. Dah tue, apa lagi kasi fire lah polis yang buat perangai dalam pdrm. Jangan simpan. Jangan mengheret seluruh team pdrm pula. Jangan menyusahkan polis2 yang baik pula.

Dan kepada pencinta-cinta polis semalaysia. Tolonglah yerk, fahamkan ayat aku betul2. Aku faham korang sayang polis. Tapi tolong lah yerk jangan menyemak kat blog aku dengan menulis begini ;

kalau rumah ko masuk pencuri... sapa ko cari? Polis juga kan?
kalau ko accident sapa ko cari?polis gak kan.. jadi hargailah polis..

KEPALA HOTAK KAU, BANGANG NAK MAMPOS! DAH LAH BANGANG, BEBAL PULA TUE.. pssttt.. puad umno neh bukan bahasa kesat yer. Neh bahasa marah. Sekian terima kaseyyy..

Memanglah der.. aku cari polis der. Tapi aku rasa aku kutuk polis jahat je der.. yang ko terasa sangat kenapa der? Yang ko bela sangat polis2 yang jahat kenapa der? Ko polis yang jahat ke der? Ko tak nampak ke der aku tulis perkataan jahat tue der? Ko tak perasan ke der yang aku cuma mention untuk polis yang jahat je der? Apa? Tak nampak? Okey.. pergilah mampos. Heh.

Video kat bawah neh rentetan dari kisah remaja yang ditahan dibawah ordinan darurat. Korang sila tengok post ini untuk fahami kisah ini dengan detail. Peguam yang membela remaja tersebut telah diugut. Ugutan berbunyik seperti ini :

"Jangan sampai jadi macam sprm"

Aik.. jadi betul lah tanggapan kami selama neh. Sprm bunuh orang. Aik sabar dulu.  Bukan aku tuduh der. Salahkan pegawai polis yang mengugut tue. Kenapa dia nak cakap jangan jadi macam sprm pula? So persepsi masyarakat tak silap lah selama neh. Sarbani dan teoh beng hock adalah bukti fizikal kepada punca persepsi kami. Harap maklum.



Ameno : Wow.. poliss yang jahat.. plisss.. janganlah cetuskan kekacauan di negara neh..

Mufti perlis : Pengkhianat jika halang penyatuan pas-umno!



Arhh sudah. Tak pasal-pasal aku dapat gelaran pengkhianat. Errr jap. Nanti dulu. Gelaran neh tidak asing pun bagi aku. Memang selalu ditujukan kepada aku pun selama neh. Setakat sorang manusia menambahkan lagi gelaran neh kepada aku apa nak diherankan pula ye tak? Baca bawah ;


KUALA LUMPUR, 5 Mei – Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.
“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau(gambar) kepada The Malaysian Insider dalam kenyataan SMS.
Beliau juga berkata, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai hari ini di Mesir, “kenapa tidak Malaysia?”
“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.
Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.
Hari ini, pemimpin-pemimpin PAS menyelar kenyataan Juanda yang dilaporkan berkata pihak yang menentang penyatuan Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Antaranya, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata tidak timbul soal siapa pengkhianat Islam jika Umno dan PAS tidak bersatu.
Oleh itu katanya, apa yang perlu masyarakat faham ialah sebenarnya memutuskan hubungan silaturrahim sesama Islam tidak dibenarkan dalam agama.
“Saya rasa kita perlu faham sebenarnya kita tidak boleh putuskan hubungan silaturahim. Apa yang terjadi sekarang ialah cuma perbezaan pandangan politik dan itu merupakan perkara biasa.
“Jangan terlalu cepat mengeluarkan kata-kata pengkhianat itu. Sebuah negara demokrasi diberi kebebasan untuk berpolitik dan menubuhkan parti politik,” katanya.
Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, terpulang kepada Mufti Perlis itu untuk berkata apa-apa sekalipun kerana ia merupakan permainan Umno.
“Dia (Juanda) nak kata apa, dia punya suka nak kata apa pun.
“Umno main sentimen ini kerana Umno sebenarnya dah tenat dan ada masalah penyakit dalam jiwa. Kita perlu sedia pakar sakit jiwa untuk pimpinan Umno kerana takut mereka akan tertekan sehingga menyebabkan mereka bunuh diri atau terjun bangunan. Jadi kita perlu bersedia,” katanya berseloroh.
Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad juga menganggap kenyataan Juanda sebagai seorang yang tidak memahami situasi yang berlaku antara Umno dan PAS.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kenyataan Juanda yang menyifatkan pihak-pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
Selain itu Juanda berkata, mereka juga boleh dianggap pendukung fikrah puak Khawarij iaitu sebuah kumpulan yang amat bencikan kesatuan di dalam Islam.
“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,’’ katanya.

Aku malas nak bidas orang yang arif ilmu agama neh. Bagi aku kalau dia nak cakap aku pengkhianat, cakap je lah. Apa ada aku kesah pasal memang aku menentang sekeras-kerasnya penyatuan pas-umno. Mati lagi baik dari melihat pas-umno bersatu selagi ini sikap [rasuah, menyeleweng, fitnah] yang umno amalkan.

Tapi aku agak bengang bilamana mufti perlis cakap menghalang penyatuan pas-umno ialah pengkhianat islam. Dan dia cakap berdasarkan nas Alquran. Alamak bhai.. tolonglah jangan cedok separuh-separuh. Kalau pasal satu menyatu aku pun bukan kesah sangat. Tapi nak menyatu pun perlu tengok kepada parti juga. Agak-agaklah nak suruh bersatu dengan parti sekular pula buat apa? Di bandingkan fatah dan hamas pula tue. 

Fatah dan hamas berbaik atas usahasama mesir. Rejim zalim di mesir dah ditumbangkan. Rejim zalim di malaysia masih wujud lagi.Itupun bukan-nya bersatu. Cuma berbaik-baik. Habis tue situasi pas-umno sekarang neh tak berbaik-baik ke? Kalau orang umno buat kenduri, orang pas tak pergi makan ke? Kalau orang pas jadi imam orang umno tak jadi makmum ke? Takde kan? Semua hal sama je kan. Aku rasa semua kebanyakkan tempat sama situasi kat tempat aku. Betul tak? Umno ke pas ke pkr ke masing2 kalau nak hantar anak mengaji hantar juga ke guru pro pas ye tak? 

So sekarang neh memang lah pas dan umno memang berbaik-baik. Mana ada kami bermusuh-musuh. Apa yang dibuat sekarang neh ialah menentang dasar umno. Bukan nya menentang individu dalam umno. Takan tak faham bila kita cakap kita tentang dasar. Dasar sekular yang diamalkan oleh umno ini kita tentang sebab dasar ini menentang islam. Dasar sekular kalau disokong bererti kita mengkhianati islam. Aik.. mufti perlis tak nampak ke perkara pokok yang menyebabkan pas tidak mahu bergabung dengan umno? Takan benda simple macam neh mufti perlis boleh tak perasan sampai nak memaksa2 pas bersatu dengan umno pula?

Lagipun normal lah pandangan berbeza2 dalam parti politik. Bukan di malaysia je. Satu dunia juga begitu. Takanlah berbeza-beza pandangan dalam politik menyebabkan pas menjadi pengkhianat islam? Arhhh sudah. Ini diktaktor punya sikap. Sikap neh yang perlu diperangi. Ini negara demokrasi. Masing2 berhak lah nak buat apa2 parti pun. Dan masing2 berhak juga nak duduk dengan sapa, kahwin dengan sapa, cerai dengan sapa, bercinta dengan sapa, break dengan sapa, pakai baju apa dan sebagainya. So tindakan mufti perlis neh macam nak memaksa-maksa pas pula untuk bersatu dengan umno. 

Apa hak yang mufti perlis ada untuk paksa pas gabung dengan umno? Apa hak dia? Aku tengah fikir apa hak dia sekarang neh. Memaksa orang lain untuk buat perkara berdasarkan kepada kehendak dia ada atau tiada dalam Alquran. Cuba jawab sket mufti perlis. Lepas tue jawab pula apa hukumnya bergabung dengan parti yang menentang islam dengan darah mereka tetapi dengan cara sorok-sorok semata-semata tidak mahu diketahui oleh orang awam. Kalau berani jawab. Kalau tak berani baik berhenti merepek dan melalut. Mengklasifikasikan pas sebagai pengkhianat islam kerana tidak mahu bergabung dengan umno membuktikan si pengklasifikaser itu membuat tuduhan melulu. 

Jika ada bukti yang boleh menyokong tuduhan itu sila lampirkan disini. Memegang title mufti bukanlah mudah. Oleh itu jangan pula mudah menuduh orang islam sebagai pengkhianat islam kalau tak kenal siapa mereka. Apatah lagi pihak yang dituduh sebagai pengkhianat islam itulah yang sering memperjuangkan islam berbanding di pihak yang tidak dituduh itu. Bagi membuktikan pas di pihak yang sanggup melakukan apa sahaja demi menguatkan daulah islam di malaysia, maka suruhlah umno gubal semula undang2 agar berpaksi kepada Alquran. Tak payah mufti cakap, kami dulu ajak umno bergabung. Amacam? Ada berani?


7 NGOs lapor polis perbuatan biadap pkr dan pas di masjid.

WOW.. apsal tujuh je? Aku fikir ia sepatutnya lebih. Hehehehe.. Lihat bawah ;


Dah takde apa yang boleh diperkatakan lagi dah pasal isu neh. Tv3 dah jaja. Tv1 pun dah jaja. Semua tv dan media arus perdana dah jaja cerita neh. Pokoknya hanya pkr dan pas je yang bersalah, yang biadap, yang kurang ajar dalam masjid. Sudahlah fakta diselewengkan. Bukanlah aku nak kata AMK tak bersalah langsung. Salah memang salah. Tapi bukan salah kepada AMK je. Sepatutnya semua pihak yang bertengkar dalam masjid itu bertanggungjawab dan sama-sama mengaku salah. Baru betul.

Dengan meletakkan beban kesalahan ke atas bahu AMK dan PAS amatlah tidak wajar sama sekali. Sedangkan umno yang start menjerit-jerit dulu. Tapi benda dah lepas. Cakap banyak pun tak guna. Semua salahkan AMK. Aku fikir mungkin inilah faktornya AMK taknak minta maaf kot.

Yerlah sebab media arus perdana memutarbelitkan cerita. Kalau citer hal yang sebenar terbuka pula pekung di dada masing-masing.Nak taknak media terpaksa ampu kerajaan dan menyalahkan AMK 100%. Tapi itu bukan alasan lah AMK berdegil dan ego nak mampos. Minta maaf je lah. Sudahlah ramai yang pandang serong kat AMK. Bertambah-tambah serong lagi bila berita ini ditambahkan perasa fitnah oleh semua tv media perdana. Berita kat bawah neh pun aku taktahu betul ke tidak. Dipetik dari utusan ;


Pepaham je lah. Berita tadi utusan neh bukan boleh percaya. Melainkan bab cuaca je dan waktu solat je. Selain dari itu apa-apa perkara yang terpapar di utusan online memang boleh diragui habis. 

Bagi aku sendiri walaupun apa pun alasan yang AMK nak cakap, ianya sekadar alasan je. Elok mereka minta maaf je. Samada provokasi neh ditimbulkan oleh umno ke apa, itu belakang cerita. Depan punya cerita sekarang, aku tahu, ko tahu dan kita sama2 tahu yang AMK dok lawan jerit2 dengan umno dalam masjid. So benda yang menyebabkan AMK kena minta maaf neh ialah sebab AMK dok terjerit2 dan meroyan2 dalam masjid. Bukan minta maaf pasal mencetuskan provokasi. Depan punya citer neh banyak saksi dan video membuktikan. Sekarang neh AMK nak atau taknak tanggung kesalahan atas depan punya citer neh? Apa? Taknak? Owhh segeng dengan umno rupanya. Kalau gitu boleh lah reject AMK sebab dah segeng dengan umno kan? Heheheh.. Sekian terima kaseyy... 

Ameno : Muka macam umno, sikap macam umno, perjuangan macam umno tp bukan umno.. Heh.


Panas : DAP dan UMNO bermain cinta.

Alahai dap dengan umno neh. Main-main tarik tali pula. Sekali aku cepuk dedua kang baru tahu. Hehehe..

Korang baca berita kat bawah neh ;


Perkara remeh neh tak settle-settle lagi dari tahun lepas sampai bawa ke tahun neh. Bukan susah sangat pun nak settle kan benda neh. Heran aku. Korang fikirlah macam mana aku tak heran..

1. Bila umno tak pulangkan wang judi tersebut dap asyik mengebang yang kerajaan negeri tak terima pun wang derma tue..

2. Bila umno dah pulangkan si dap pula cakap wang itu berkemungkinan wang rasuah. Tak siapa pun tahu. Ini dijelaskan oleh lim guan eng sendiri dalam satu sidang media yang ditunjukkan oleh tv3. So aku was2 nak percaya. Even aku nampak dengan jelas itu muka lim guan eng dan dengar dengan jelas suara lim guan eng tetapi bila memikirkan ia dari buletin utama maka aku nak taknak secara semulajadi memang akan rasa was-was.

Bagi aku isu neh memperbangangkan umno yang memang sedia banggang. Tapi yang dap pergi ikut bangang sekali buat apa? Dah umno bagi, amek je lah. Alahai kecoh wang tue wang rasuah lah apa lah. kan dah terang2 masuk pc, masuk paper, masuk sidang dun pulau pinang bahawa umno pulangkan wang judi. Bukan nak rasuah. Ataupun sumber tidak halal [rasuah]. 

Wang itu pula jadi mangsa halal dan haram perbuatan manusia. Wang tak haram. Yang haram itu perbuatan. Kalau ko mencuri, ko jual barang curian tue, maka ko melakukan perbuatan haram. Duit tersebut kalau ko guna beli makanan jadi darah daging ko. Tapi kalau ko gunakan untuk menderma dan orang yang menerima derma tak tahu apa-apa, maka sang penerima derma itu tidak bersalah. Kalau sang penerima derma dah tahu, maka mereka nak pulangkan semula, pun takpe. So dap dan umno nak kecoh apa? Dah umno pulang, dap terima je lah. Kalau takmo bagi kat orang islam yang susah, maka bagi lah pada orang bukan islam yang susah. 

Tak payah lah main tarik tali dan politik dengan umno pula. Umno main politik pasal dia pembangkang di pulau pinang. Memang itu aim dia untuk rampas kuasa dan undi semula. Yang dap neh kerajaan negeri. Yang dia sibuk main politik buat apa pula? Dah terang-terangan umno nak kenakan dap, so dap patut kenakan umno balik. Duit derma tue usah dipulangkan. Amek then derma pada orang bukan islam. Then ganti balik duit derma warga tua kepada orang2 islam di pulau pinang. Kali neh pastikan ia bukan hasil dari judi. Orang bukan islam + islam = sama2 happy. Dap gain trust. Kan bagus untuk reputasi parti?

Kalau dok melayan dan main tarik tali dengan umno, sampai rakyat mampos pun masalah takan settle2 lagi. Cukuplah tue. Propaganda umno harus dibidas bijak oleh dap. Mereka buat propaganda.. dap buat jasa. Bila piliharaya, kita menang besar. Heh.

Ameno : Senang2 bagi je kat aku. Biar aku derma kat rumah2 orang tua dan org cacat kat sini. Beli perabot dan kemudahan2 yang dah lusuh.. uuk kegunaan mereka.. apa daa.. buat org muak je dengan wayang2 neh..


Rahimi Osman : Anwar mulut berbau.

Korang tengok sendiri pengakuan rahimi osman kat bawah neh.. sambil2 tue perhatikan juga baju yang dia pakai tue.. kah kah kah


Dan ini pula tuduhan rahimi osman terhadap harta-harta dsai di luar negara. Betul atau tidak, aku taktahu. Nak tunggu penjelasan dsai.. Tapi jangan lupa perhatikan juga baju yang dia pakai dalam video neh.. kah kah kah


Ameno : Aku rasa rahimi kalau buka mulut je berduit.. heheheh.. lagi dasat.

Hot : UMNO kutuk mahfuz omar.

Mahfuz omar kena bidas dalam utusan. Korang baca bawah neh ;


Aku takmo jawab bagi mahfuz omar because aku bukan mahfuz omar.Tetapi selaku penyokong pas aku nak jawab sikit lah hujah-hujah si puad dan si ahmad maslan neh.

1. Kalau bahasa kesat boleh dijadikan ukuran bahawa mahfuz omar neh tidak berkaliber, maka wajar kah perbuatan kesat dilabelkan sebagai lebih lagi tidak berkaliber? Errr macam adnan yaakob. Tak silap aku dia menteri besar pahang. Kah Kah Kah..

Lagipun apa yang kesat sangat dengan perkataan bahlol tue? Bangang, bengok, bodoh, bengap tue seme bukan bahasa kesat.Itu bahasa yang menunjukkan tahap intelek seseorang. Bahasa kesat ialah sial, celaka, pu** dan sebagainya. Itu baru bahasa kesat. Apa daa.. itu pun tak reti nak bezakan.

2. Terima kasih puad. Dah tahu pas macam tue so usah susah2 ajak gabung lah yerk.. kah kah kah

3. Takyah cakap mahfuz tertekan. Aku lagi tertekan. Rasa nak sepak sekor2 mulut umno pasal sengaja mengeruhkan perpaduan antara penyokong pakatan rakyat. Sibuk sangat ajak orang gabung. Orang tak hingin tue tak hingin lah.

4. Rujuk no 1.

5. Kah kah kah .. menolak usaha murni? Menguntungkan semua pihak? kah kah kah woittt.. ini bukan usaha murni. Ini usaha korang nak kekalkan kuasa. Dan kekalkan kuasa umno dan bn bukanlah usaha murni di malaysia. Lagi satu ia tak menguntungkan semua pihak. Hanya menguntungkan bn je. Dan bila pas buka mulut pasal islam sah2 pas akan ditendang macam dulu. Dulu pas keluar dari bn pun pasal islam. Manusia mungkin lupa sejarah. Tetapi sejarah tidak akan ter-ubah hanya kerana manusia melupakan mereka.

6.Sorry, bukan prasangka buruk. Tetapi memahami dan mengetahui niat bn di balik penyatuan pas-umno. Memahami niat dan matlamat bn untuk menyatukan pas-umno tidak boleh dilabelkan as prasangka buruk.

7. kah kah kah.. ahmad maslan..yeke? kah kah kah aku setuju dengan kenyatan mahfuz per. Ada sesiapa di antara korang yang nak setuju dengan kenyataan ahmad maslan neh? Khusus utk penyokong dan ahli pas je untuk menjawab.

8. kah kah kah suara majoriti pas? kah kah kah.. kah kah kah... nasharuddin dan hadi kena balon woit.. kah kah kah.. itu ko kata suara majoriti? kah kah kah..

9. kenyataan mahfuz itu mewakili kehendak aku. 1 orang dah setuju dengan mahfuz. ada sapa2 nak tambah? Dan pas tidak berkuasa untuk memperolehi manfaat. Sebaliknya untuk membuatkan rakyat memperolehi manfaat. Ada beza tue wahai ahmad maslan bengap dan puad bebal. Ouchh bahasa kasar neh.. biadap neh.. kah kah kah.. 

Ameno : puad dan ahmad maslan lupa bahawa adnan mencarut live depan tv.. kah kah kah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...