Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label eskay shazril abdullah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eskay shazril abdullah. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

7 NGOs lapor polis perbuatan biadap pkr dan pas di masjid.

WOW.. apsal tujuh je? Aku fikir ia sepatutnya lebih. Hehehehe.. Lihat bawah ;


Dah takde apa yang boleh diperkatakan lagi dah pasal isu neh. Tv3 dah jaja. Tv1 pun dah jaja. Semua tv dan media arus perdana dah jaja cerita neh. Pokoknya hanya pkr dan pas je yang bersalah, yang biadap, yang kurang ajar dalam masjid. Sudahlah fakta diselewengkan. Bukanlah aku nak kata AMK tak bersalah langsung. Salah memang salah. Tapi bukan salah kepada AMK je. Sepatutnya semua pihak yang bertengkar dalam masjid itu bertanggungjawab dan sama-sama mengaku salah. Baru betul.

Dengan meletakkan beban kesalahan ke atas bahu AMK dan PAS amatlah tidak wajar sama sekali. Sedangkan umno yang start menjerit-jerit dulu. Tapi benda dah lepas. Cakap banyak pun tak guna. Semua salahkan AMK. Aku fikir mungkin inilah faktornya AMK taknak minta maaf kot.

Yerlah sebab media arus perdana memutarbelitkan cerita. Kalau citer hal yang sebenar terbuka pula pekung di dada masing-masing.Nak taknak media terpaksa ampu kerajaan dan menyalahkan AMK 100%. Tapi itu bukan alasan lah AMK berdegil dan ego nak mampos. Minta maaf je lah. Sudahlah ramai yang pandang serong kat AMK. Bertambah-tambah serong lagi bila berita ini ditambahkan perasa fitnah oleh semua tv media perdana. Berita kat bawah neh pun aku taktahu betul ke tidak. Dipetik dari utusan ;


Pepaham je lah. Berita tadi utusan neh bukan boleh percaya. Melainkan bab cuaca je dan waktu solat je. Selain dari itu apa-apa perkara yang terpapar di utusan online memang boleh diragui habis. 

Bagi aku sendiri walaupun apa pun alasan yang AMK nak cakap, ianya sekadar alasan je. Elok mereka minta maaf je. Samada provokasi neh ditimbulkan oleh umno ke apa, itu belakang cerita. Depan punya cerita sekarang, aku tahu, ko tahu dan kita sama2 tahu yang AMK dok lawan jerit2 dengan umno dalam masjid. So benda yang menyebabkan AMK kena minta maaf neh ialah sebab AMK dok terjerit2 dan meroyan2 dalam masjid. Bukan minta maaf pasal mencetuskan provokasi. Depan punya citer neh banyak saksi dan video membuktikan. Sekarang neh AMK nak atau taknak tanggung kesalahan atas depan punya citer neh? Apa? Taknak? Owhh segeng dengan umno rupanya. Kalau gitu boleh lah reject AMK sebab dah segeng dengan umno kan? Heheheh.. Sekian terima kaseyy... 

Ameno : Muka macam umno, sikap macam umno, perjuangan macam umno tp bukan umno.. Heh.


Eskay : Saya tidak pasti jam omega wujud dalam rakaman video itu.

Semalam selain eskay mengaku bahawa dia bukan menuduh dsai berzina, dia turut mengakui bahawa dia tak pasti samada jam omega itu wujud atau tidak dalam rakaman video seks terbabit. Ini pengakuan dia sendiri. Boleh lihat video disini. Lihat bawah ;


Aku macam semalam, agak confused dengan kenyataan eskay neh. Penconfusedan aku bermula begini ;

1. Eskay mengatakan jam omega itu ada kaitan dengan dsai.

2. Jam omega juga adalah bukti penting dalam kes ini.

3. Tetapi eskay tak pasti jika jam omega ada dalam rakaman video terbabit.

4. Ini bermaksud jam omega itu boleh jadi ;

- ada dalam bilik cuma ia tidak ter-rakam dalam video

- tiada dalam bilik, yang mana membuktikan eskay berbohong bila dia cakap dsai suruh dia collect jam tersebut dari bilik.

5. Semua adegan seks dsai dirakam. Tetapi adegan dia buka baju tiada.

6. Adegan dia buka jam pun tiada. Boleh jadi dia buka jam dalam bilik air. Tapi adegan eskay cari jam pun tiada. Kenapa tue? Berapa panjang sebenarnya masa rakaman? Rasanya ini soalan yang kita belum bagi kat eskay sebenarnya. Agak mustahil panjang rakaman hanya semata2 merakam aksi seks sahaja. Mesti ada perbuatan selepas dan sebelum perlakuan tersebut. Lagipun tak nampak pun dsai pegang handphone dia dalam bilik hotel terbabit. Apsal? Dia sedang bertweet ketika itu. Remember?

7. Kamera itu seolah-olah hanya merakamkan perkara yang perlu sahaja. Kalau ia cctv, sudah tentu ia akan merakamkan keseluruhan adegan. Dari awal dsai masuk bilik sampailah ke akhir dsai keluar bilik. Lagipun kamera tiada bunyi.. waima satu pun kamera fashion apa neh? Wajah mungkin boleh ditiru.. tetapi suara?lenggok percakapan? Gaya bahasa? Lue fikirlah sendiri

8. Dsai keluar dari bilik tanpa tutup pintu. Terbukti itu bukan hotel seperti yang dimaklumkan oleh eskay apatah lagi pintu tersebut tidak kelihatan seperti pintu hotel. Perhatikan tombol pintu itu betul2. Hotel sekarang pakai kad2 lah. Bukan pakai kunci nak buka.

9. Dan kisah ini bertambah misteri bilamana eskay mengakui bahawa dia tidak bekalkan perempuan tersebut kepada dsai. Hait.. kalau dia tak bekalkan sapa yang bekalkan? Sapa perempuan tue? Sapa? Macam mana perempuan tue boleh mewujudkan diri dia di situ? Sapa bawa dia? Bukan kah eskay? Eskay bawa dia masuk bilik tue kan? Ada dalam rakaman video dan pengakuan eskay dalam pc hari tue. Jadi dari mana eskay kutip dan bawa perempuan tue masuk bilik? Dedahkan nama itu. Thanks.

Beginilah untuk lebih adil, kita tubuhkan siasatan suruhanjaya diraja. Cepat. Aku tak sabar nak gelak dengan bangga. Siyes.

Ameno : Aku rasa eskay berjaya memeningkan kepala hotak dia, kepala hotak aku dan kepala hotak kita semua.

Eskay : [video] Saya tidak tuduh DSAI berzina !

Eskay dah buat pengakuan neh. Perghh bukan sebarang punya pengakuan beb. Aku petik dari utusan beb. So pada sesiapa yang taknak percayakan aku leh baca sendiri apa yang si eskay neh cakap beb ;


Arhh sudah. Kalau diperhatikan sumpah laknat dia..

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim.Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Arhhh aku pening. Jap2. Aku nak huraikan pemikiran aku terlebih dahulu.

1. Dalam video itu cuma ada eskay dan anwar ibrahim. Ikut kata eskay lah kan.

2. Then eskay bersumpah dsai ialah pelaku dalam video terbabit.

3. Ada dua kemungkinan bila eskay menyebut pelaku dalam video iaitu ;

- watak lelaki yang mundar mandir berbaju lengkap ialah dsai 

ataupun

- watak lelaki yang berbaju tidak lengkap itu ialah dsai.

4. Sekarang eskay cakap dia tak tuduh dsai berzina.

5. Ini bermaksud kemungkinan besar lelaki yang berbaju lengkap itu adalah dsai berdasarkan kepada sumpahan eskay sendiri. Sebab eskay nafikan bahawa dia tuduh dsai berzina. Maka siapakah lelaki yang berzina itu pula?

6. Sebab eskay cakap cuma dia dan dsai je dalam video terbabit.

7. Eskay sendiri kata dia tak tuduh dsai berzina.

8. Jadi adakah dia mengaku dia sendiri yang berzina? Urmm pelik. Ini ke rahsia besar yang eskay janji nak dedahkan? Ikut jam aku.. belum pun masuk minggu depan lagi. Heh.




Jika video ini bermasalah untuk load sila klik sini.

Nota : Perhatikan pengakuan eskay pada minit ke 2:13 "saya tidak tuduh dsai berzina"

Ameno : arhh sudah ada yang dimakan sumpah neh karang.. kah kah kah

Selasa, 3 Mei 2011

Hot : Eskay janji pendedahan terbaru!

Wowwww..... eskay ada pendedahan lagi lah. Dan berita ini lebih panasss.. panasss.. panasss dari isu video seks.. lihat bawah ;


Point penting ;

1. Eskay akan dedahkan perkara tersebut pada minggu hadapan.

Okey aku tunggu. Hehehe..

2. Benda yang nak didedahkan itu lebih penting dari video seks. Ini melibatkan kepentingan negara.

Yeke? Kalau camtue napa tak dedahkan neh dulu der? Alamak.. lue salah pilih keutamaan lah.. Hehehe..

3. Eskay sudi menjalani ujian mengesan pembohongan.

Thanks to husam sebab menyampuk tak pasal2. Nanti kalau dsai disuruh dan ditanya bukan2 terutamanya kesilapan2 dia di dalam umno di ungkit ketika ujian terbabit macam mana? Dia dah bertaubat kan? So benda neh tak membantulah wahai encik husam.

4. Tetapi eskay nak dsai jalani dulu ujian terbabit.

Which is dsai memang takan buat sebab benda neh mempunyai implikasi negatif daripada positif. Dsai bukan maksum. Dan thanks to husam gak sbb bawa isu neh. 1 point utk bloggers umno maki dsai. Hehehe..

Tapi taktau lah kalau tiba2 dsai sungguh2 nak layan cabaran menjalani ujian neh pula. Bagi aku better dia bersumpah daripada jalani ujian neh. Umno kan suka percaya pada sumpah daripada bukti. Kah Kah Kah..

Kita sama2 nantikan next week. Benda panas yang eskay nak expose.. Wow.. tungguuuu..

Ameno : Bila ummi nak dedahkan 17 klip sex neh. Tak sabar2 i taw.. hehehe...

Isnin, 2 Mei 2011

Entry terbaru : Ustaz zaharuddin saran anwar ibrahim bersumpah!

Setelah aku membaca penghujahan panjang lebar dari ustaz zaharuddin aku dapati diri aku lebih jelas faham apa yang perlu dilakukan oleh dsai. Sebelum ini disini maza telah menyarankan dsai untuk bersumpah dan kali ini uzar [ustaz zaharuddin] pun menyarankan hal yang sama. Baca bawah ;


Dsai patut ambil ini sebagai salah satu nasihat dan pandangan. Macam aku cakap tadi, jangan tolak bulat-bulat. Apa yang diperkatakan uzar dan maza ada benarnya. Jika dengan bersumpah boleh menyelesaikan beberapa perkara yang berbangkit, dsai perlu turutkan kehendak penyokong umno tue meskipun dalam keadaan yang terpaksa.

Tetapi uzar tidak menulis setakat itu sahaja. Panjang sebenarnya artikel dia neh. So baca sini. Mari kita sama-sama faham dan fahamkan orang.

Ameno : Sumpah menyampah.


Ahad, 1 Mei 2011

Hot : Gambar anwar ibrahim gelak-gelak dengan eskay.

Kat bawah neh ialah gambar anwar ibrahim dengan eskay ketika mereka tak gaduh-gaduh macam sekarang. Lihat bawah ;

Arhh sudah. Dulu gelak-gelak. Sekarang gaduh-gaduh. Duit memang boleh beli ;

1. Perkahwinan
2. Persahabatan
3. Kesetiaan
4. Harga diri dan maruah
5. Pangkat dan kuasa.

Nota : Gambar ini diperolehi dari blogger umno. Keoriginalan gambar ini tidak dapat dipastikan. Harap maklum.

Ameno : Mesti dsai tak sangka akhirnya eskay berpaling tadah.. yer tak?


Asri : Anwar patut bersumpah..

Saya tidak bersetuju Dato T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain. Tetapi oleh kerana mereka sudah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja.

NONEJika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan? Ya, bukan satu paksaan, atau kewajiban, tetapi dapat menghilangkan sangkaan.

Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya. Jika isteri suruh suami sumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah mengghukum jika suami bersumpah dia tidak buat, dan memang dia tidak buat.
Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan.

Namun saya nak tegaskan cara politik kita memang sudah jijik dah kotor. Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut.

Pandangan asri neh elok anwar pertimbangkan dan jangan tolak bulat2. Ini semua soal persepsi. Penyokong pakatan rakyat memang dah terang faham bahawa ini fitnah jijik lagi kotor dari pihak umno untuk menjatuhkan dsai secara keji.

Tapi dsai dan pkr kena faham, di malaysia neh tak semua orang sokong pr. Tak semua orang faham dan boleh detect taktik kotor umno neh. Kebanyakkan dari mereka, golongan atas pagar dan penduduk2 kampung yang taktahu apa2 ditipu hidup2.  Sebab itu kalau dsai rasa dia mampu menjelajah satu malaysia untuk clearkan nama dia, abaikan lah cadangan asri neh.

Kalau agak2 sukar sebab asyik kena kacau ngan polis je, ada baiknya dsai buat bersumpah. Kita bukan nak suruh dsai bersumpah sangat. Benda neh pun cuma org2 bebal je buat. Kalau dsai buat memang reputasi dsai tercemar gak ngan sumpah2 neh. Orang akan mempersoalkan kenapa dsai tak faham ke dalam islam mana ada sumpah2, yang pergi layan rentak eskay tue buat apa. 

So itu antara side effect yang dsai kena tanggung kelak. Tapi fitnah jijik umno memang dah melampau sangat. Kalau agak2 dsai dan family leh sabar dengan semua makian, takpelah sabar je lah. Kalau agak2 tak tahan sangat, kena bersumpah lah untuk menghilangkan keraguan dan persepsi buruk. Masyarakat melayu mmg begitu. Mereka mempercayai sumpah lebih dari Alquran. Sebab kalau nak suruh umno bicarakan kes neh ikut hukum syariah untuk dapatkan keadilan, tunggu sampai mati lah jawabnya. Melainkan dsai bersumpah, mungkin baru dorang proceed untuk bawa kes neh ke mahkamah pula. Macam2 boleh jadi. 

Ameno : Bersumpah atau tidak bersumpah dua2 ada side effect yang sama besar pada dsai..berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul.. 

Masuk race untuk rebut hadiah blackberry dan ipod touch disini 

Hot : Mahathir : Sumpah laknat eskay betul!

WOww..! Mahathir.. apakah menuduh dsai bersalah..? baca bawah ;


Mahathir dalam satu kenyataan memberitahu bahawa ;

1. Eskay ada hak untuk bersumpah laknat.

Kalau begitu, aku pun rasa aku ada hak untuk tampar mahathir dan najib. Soal nya bukan ada hak atau tiada hak. Soalnya adakah sumpah itu benar-benar menuruti kehendak pertuduhan zina. Tak kisahlah mengikuti cara islam ataupun sivil [ada ke zina dalam sivil? takde kan?] Yang penting, lalui dulu lah proses mahkamah. Bicarakan di dalam RCI. Kenapa tidak buat kes mahkamah? Liwat boleh takan zina tak boleh?

2. Mahathir secara tidak langsung telah mendedahkan kepada pandangan dia kepada umum bahawa dia rasa dsai bersalah. 

Mahathir.. mahathir.. ko patut desak tubuh rci. Tak sangka untuk orang macam ko pun rela mempercayai sumpah seperti ini?

3.Naib ketua pemuda pkr mengatakan sumpah itu satu bidaah yang amat sesat.

Untuk naib ketua pemuda pkr pula, lebih baik ko diam dari membebel dan merapu tak tentu hala. Aku mengaku aku tak berapa arif bab2 bidaah neh tapi tak payah buat statement melulu boleh tak? Korang gak yang bergaduh kat masjid tue sambil memekik2 kan? Cuba amek sket tanggungjawab. Cuba jangan asyik nak menang je sampai mampos. Ada baiknya kalau pkr minta maaf secara terbuka bagi menyejukkan beberapa pihak [atas pagar] yang melihat tindakan mereka itu.

Ameno : Saya bersummmmmmmmmm........ ooo .. hehehe
Join contest dan rebutlah Hadiah hari ibu untuk ibu anda!


Sabtu, 30 April 2011

Entry super lawak : Banner iklan sumpah laknat eskay!

Tadi aku dah nak out, tapi sempat gak jengah utusan nak printscreen dua tiga artikel kat dalam tue untuk dibahaskan di dalam belog neh kelak. Tengah sibuk-sibuk nak printscreen tue aku terjumpa iklan neh. Tak sangka aku utusan sanggup buat banner macam neh untuk mempromosikan sumpah laknat eskay. Mereka [najib dan umno] kata isu sumpah laknat tiada kaitan dengan umno. Tapi kenapa utusan beria-ria promote pula sedangkan utusan hak milik kekal abadi sampai mampos utusan punya? Why? Lihat bawah ;


Then diri ini paksa tangan ini untuk memaksa jari ini mengelik iklan tersebut. Hasilnya seperti dibawah ;


Hehehe..lawaknya.. patut aku nyanyi satu lagi lagu k-pop [bukan mpop harap maklum] untuk ditujukan kepada mereka neh ;

tajuk : lawak bangat [sanduran dream high kpop]

Jangan buat lawak.. 
wahai beer end.. kerana aku cuma ada satu perut..
aku takmo kesakitan di perut..akibat asyik gelak..bila melihat lawak-lawak ko..

Aku hairan dan pelik..
melihat bn yang beria-ria 
promote sumpah eskay.... di ruangan iklan....
tetapi mereka bilang... dalam masa yang sama..
sumpah eskay... 
tiada kaitan dengan mereka....
kalau tiada kaitan..
apsal buat banner dan promosikan ...
di website utusan......
lawak apakah ini...

ulang rangkap pertama  

kerana ko.. tersangatnya lawakk..
bisa membuatkan perut aku pecah..
kalau bukan kerana ada mode safety
dah lama perut aku pecah.. ooOoO00oo..

Aku semakin hairan..
dan menjadi semakin pelik..
bila najib cakap di berita tadi..
isu video seks tiada kaitan dengan umno..
dan dia minta rakyat nilai sendiri..
tetapi betul ke takde kaitan..
sedangkan blog umno yang edarkan rakaman..
kini muncul dalam bentuk vcd pula..
untuk edaran kepada penduduk kampung... 
diedarkan pula oleh orang umno... 
lawak apakah ini... 

ulang rangkap pertama..

kerana ko.. tersangatnya lawakk..
bisa membuatkan perut aku pecah..
kalau bukan kerana ada mode safety
dah lama perut aku pecah.. ooOoO00oo..
[Bahagian RAP]

Whooii umnoo dan najib.
jangan engko buat lawak lagi.
kalau ko suka buat lawak..
cepat masuk maharaja lawak..
aku takan undi ko.. jangan bimbang tapi ko pasti menang..
kerana lawak ko lebih hebat dari jozan..
tapi jangan lupa undang eskay dan saiful sekali..
semoga kami boleh terhibur di depan tv..
jangan sia2 kan bakat yang diberi..
kurniaan Allah swt haruslah dihargai.. yooo..

ulang rangkap pertama

kerana ko.. tersangatnya lawakk..
bisa membuatkan perut aku pecah..
kalau bukan kerana ada mode safety
dah lama perut aku pecah.. ooOoO00oo..

kah kah kah
kah kah kah kah
kah kah kah kah kah

Ameno : kah kah kah..

Jumaat, 29 April 2011

Hot : [video inside] Eskay buat sumpah laknat guna baju kalis peluru! updated!

Laa aku fikir tak jadi terus. Rupanya di tangguhkan aje. Bersumpah juga eskay neh yer. Tunggu aku akan cari rakaman sumpah dia. Tapi baca dulu berita kat bawah neh ;







Rahim dan shuib tak silap aku mewakilkan sumpah mereka kepada eskay. Isi kandungan sumpah laknat eskay ;


A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Dan ini pula video sumpah tersebut ;




atau tonton terus disini 


Updated ;


1. Rahim dan shuib lazim tidak bersumpah.


2. Eskay di iringi polis ketika masuk dan keluar masjid.


3. malam ini ada ceramah anwar. Sila hadir. Rujuk banner utk maklumat lanjut.




Ameno : Bila masjid dijadikan tempat untuk bersumpah.

Hot : [video inside] Sumpah laknat eskay lewat, masjid jadi medan tempur! [updated]

Updated :  Sumpah laknat eskay terhadap dsai yang dijadualkan berlangsung hari ini dibatalkan.  Eskay jadi bersumpah baca sini


Kat sini aku nak dengan korang tiga video orang-orang islam yang bergaduh kat dalam masjid;




Sebab2 kelewatan tue aku percaya disebabkan kekecohan yang berlaku di dalam masjid. Punca kepada kekecohan tue aku tak pasti tapi apa yang aku pasti umat islam di malaysia berada di tahap yang kronik apabila ;


1. Fitnah berleluasa.


2. Di sebelah pihak yang mempertahankan fitnah taknak dengar rintihan dan penjelasan dari pihak yang dipihak.


3. Di sebelah pihak yang difitnah sudah tidak mampu bersabar lagi dan merasakan bahawa harapan dorang nak mengubah malaysia kini pudar. Sebab itu mereka bertindak emosi.


4. Di pihak rakyat pula dah muak, jelak, bosan, menyampah dan tunggu masa nak meletup kalau drama-drama politik ini berterusan. Bagi mereka, pihak politik seharusnya menumpukan perhatian terhadap masalah rakyat. Inilah yang dsai lakukan sehingga difitnah sebegini hebat sebagai balasan. 


Bagi aku sendiri setelah melihat video di atas aku merasa geram dan rasa nak tampo sekor2 yang bergaduh dalam masjid tadi tue. Tapi nak menyalahkan pihak pembangkang pun tak adil sebab mereka dah takde jalan lain untuk clearkan nama manakala di pihak penyokong kerajaan pula mereka dibayar untuk berbuat demikian. Kadangkala ada juga tersemat kebencian di ahti mereka terhadap PR, itu adalah disebabkan mereka tak mampu nak menilai masa satu baik dan mana satu jahat akibat dimomokkan berita palsu.


Antara gambar-gambar sekitar perkarangan masjid tadi ;
















Ameno : politik kotor dan fitnah harus dihentikan segera.
Ini blackberry free, takpayah bersumpah untuk memiliki ia!

Khamis, 28 April 2011

TV3 tanam fitnah terhadap anwar ibrahim dan eskay yang nekad bersumpah.





Baru habis tengok berita tv3 pasal isu eskay dan dsai tadi. Tv3 neh memang barua sungguh. Sendiri bertanya, dan sendiri buat kesimpulan. Pasal eskay kat tv3 tadi aku tengok ;


1. Eskay akan angkat sumpah esok, macam yang aku dah tulis kat sini. Tapi bukan kat masjid wilayah sebaliknya di masjid sentul. Tak silap aku dia sebut bandar baru sentul.


2. Dia minta orang yang tak percayakan pendedahan dia datang tengok 'upacara sumpah' dia.


3. Dia akan angkat sumpah dengan rahim chik dan shuib lazim.


4. Ketika dia buat pc untuk jelaskan tujuan dia aku nampak dia baca skrip.


5. Ketika dsai nafi dia terlibat dalam video itu, aku tak nampak dsai baca skrip.


6. So aku agak heran kat sini. Kalau eskay di pihak benar apsal dia nak baca skrip pula? Ini kes dia dan dsai. Dia kan ada dalam video tersebut? Kalau tuduhan dia benar, kenapa pula dia tak didakwa sebagai menjadi bapa ayam? Ataupun paling2 koman dia tahu macam mana nak contact bapak ayam. So kenapa pdrm tak banteras kegiatan pelacuran pula?


7. Sebab tue lah aku susah nak percaya cakap eskay. Masa ko pergi haji, lepas balik ko masih bekalkan anak ayam kat orang. Ko sendiri tak malu dengan Allah swt. Tapi ko suruh org lain malu dengan Allah swt. Kononnya ko nak dedahkan perbuatan dsai tapi perbuatan ko macam mana? Ko dah bertaubat habis? Ko pernah terfikir tak nak rujuk mana2 ulama sebelum buat apa2 keputusan. Ko pernah baca Alquran dan mengenangkan kejahatan ko ketika ko bekal anak ayam? Ko penyaport industri pelacuran dan ko takde sedikit pun rasa malu atas hal itu tapi ko suruh org lain malu dengan perbuatan mereka? Aku tak nampak ko menangis. Aku tak rasa ko pun macam dah insaf tapi ko suruh dsai insaf?


8. Eskay juga cakap dia sanggup bersumpah apa yang dia cakap itu benar demi Allah swt, demi rasul dan anak cucu kita.. aik eskay? Kalau dah sungguh benar ko proceed je lah RCI. Sepatutnya dari awal lagi eskay patut call jabatan pencegahan maksiat. Kenapa sebelum jumpa video seks dia tak insaf ttp selepas tengok video seks tiba2 dia insaf pula?


9. Eskay juga mencabar dsai untuk bersumpah bagi membuktikan dsai di pihak yang benar. Dia mengaku dia kenal dsai dah lama. Dia kenal sagat perangai dsai dan dia cakap dsai takan berubah dan insaf. Dsai takan mengaku semua tuduhan2 yang membabitkan dia. Hait, kalau dah tahu pasal apa ko dedahkan video tue? Patut ko atur satu lagi pertemuan pelacur dan dsai, kemudian biarkan jabatan pencegahan maksiat tangkap basah dsai. Apa susah sangat?


10.  Eskay juga cakap yang hanya trio t je yang bertanggungjawab dalam isu video seks. Maksudnya kat sini nak cakap umno dan kerajaan takde kaitan langsung lah. Boleh jadi betul, boleh jadi salah. Tapi aku heran pasal puak2 umno gak yang upload video neh kat utube pada asalnya. So susah nak cakap dorang tak terlibat melainkan bukti menunjukkan sebaliknya.


11. Namun eskay menafikan bahawa dia terlibat dalam penyebaran video seks di utube. Kalau dah eskay nafi, sah2 polis lah yang edar. Sebab video itu ada pada polis bukan pada eskay.


Dah habis babak eskay tv3 buka babak dsai. Lagi kurang ajar dan bacul. Kalau untuk eskay pengacara buletin utama cakap satu kesimpulan then biarkan eskay jelaskan, tapi berbeza untuk dsai. Sendiri cakap dan sendiri buat persepsi. Bodoh!


1. Pengacara tv3 cakap dsai tak mahu menyahut cabaran sumpah eskay. Aku tak dengar pun wartawan tv3 tanyakan soalan macam tue kat dsai. Cuma yang aku dengar dia suruh dsai ulas isu sumpah eskay dan adakah dsai akan bersumpah?


Korang faham tak? Kalau ko ditanya adakah ko akan bersumpah, ko nak jawab apa? Aku tolak cabaran bersumpah!! Aik dari mana kesimpulan itu boleh timbul sedangkan soalan itu lain? So adil lah kalau dsai jawab u orang apa? U orang islam... okey  ikut hukum mana sumpah2 neh?


2. Then tv3 main api lagi. Wahh tv3 cantek ko. Jadi egen gitu. Jaga2 lah jangan esok lusa bangunan ko tue runtuh tv3. Pasal panas sangat dalam tanah. Allah swt melihat. Orang miskin dizalimi. Jangan ingat 10% kebaikan ko boleh menutup 90% kejahatan ko. Aku bukan menghukum ko tv3. Jangan salah sangka. Aku bagi peringatan ikhlas atas tali persaudaraan sesama islam. Menyesal esok takde gunanya. Ingatlah doa orang yang dizalimi dimakbulkan Allah swt. Cepat atau lambat je. Tv3 tak henti2 buat kesimpulan, siar interview dsai tapi suara ko tutup. Bagi kesimpulan 2 minit, jawapan dsai satu saat pun tv3 tak lepaskan ke udara kat tv3. Aku sampai hairan. Kalau macam tue baik ko tak payah rakam interview dia dah korang tv3 hebat sangat buat kesimpulan dan persepsi sendiri. Buat apa menyemak kat majlis orang pula? Bahghal.


3.Dan kat tv3 tadi sempatlah aku tengok sekali lagi dsai menafikan dia pelaku dalam video seks itu dan dia juga cakap dia tak tonton video terbabit. Apa yang dia tahu adalah berdasarkan sumber2 yang dihebahkan menerusi media awam. Kemudian tv3 ungkit isu jam omega. Aku sikit pun tak dengar apa soklan wartawan tv3 pada dsai tapi tak payahlah tv3 buat kesimpulan yang dsai mengelak dari menjawab isu jam omega. 


4. Macam biasa isu dna dimainkan lagi. Memang padan muka wartawan tv3 tue. Kalau aku kat situ, memang dah lama ludah dah. Kiranya dsai tue tahap bersabar lagi. Memanglah tugas wartawan tue bertanya. Korang fikir dsai neh bodoh sombong ke taknak layan wartawan? Dia layan cuma dia bohlayan tv3 sebab tak guna pun cakap elok2 ngan tv3 neh. Cakap baik macam mana pun bila masuk buletin utama kena spin juga. So dah alang2 gitu baik gaduh je terus. Lagi pueh ahti.


Tapi yang aku tak boleh blah tue wartawan tv3 tadi mengaku dah naik pangkat beb. Heh. Dsai cakap nak naik pangkat lah tue..pehtue wartawan tv3 balas dah promote dah pun.. hehehe ko ngaku depan2 dalam tv ko dah dipromote hasil membuat kerja2 fitnah. Sapa lah wartawan tue. Kalau aku jumpa aku tampar puas2. Pehtue aku pijak mulut dia sampai pecah. Geram aku.


Korang fikir rakyat malaysia ada mood nak fikir masalah peribadi dsai dan isu fitnah menfitnah neh? Aku harap tv3 dan kerajaan boleh tumpu isu untuk selesaikan masalah rakyat yang dah menimbun2 neh. Bukan sibuk dok menfitnah pasal nak mempertahankan kuasa. Macam neh punya sikap pemimpin nak suruh kita respect? Masalah rakyat ko taknak focus. Kebajikan rakyat ko taknak jaga tapi suruh undi ko sampai mampos? Boleh mmg boleh, korang umno dan bn boleh pergi mampos.


Nota : Kalau korang perasan tv3 tadi dok guna gambar dsai yang bengis. Apa niat dorang guna gambar tue? Nak serap persepsi kononnya dsai neh org jahat + kejam + zalim + bengis.


Ameno : Cefour.. hehehe

Free ipod nano disini

Trio datuk T sumpah laknat selepas solat jumaat

Pagi tadi aku beli paper berita harian. Macam yang diduga isu video porno pasti menjadi berita muka akhbar hari neh. Tapi takde banyak sangat ulasan pasal video lucah neh kat akhbar terbabit. Mana boleh lawan utusan beb. Heh. 


Polis cakap mereka nak siasat lanjut sapa yang sebarkan video klip bahagian kedua neh. Bahagian pertama pun dah naik mengantuk aku tunggu tak selesai gak. Itu pasal aku malas layan cakap2 polis neh. Cakap je pandai. Baik lagi aku. Dah sah2 cakap memang pandai. Tapi tak mampu nak terjemahkan dalam bentuk perbuatan sebab bukan polis. Setakat mampu melalak dalam belog pun dah cukup bagus aku rasa. At least polis rasa gak pedas kan. Enh nak tangkap aku ka? Heh.


Then kat bawah berita tue pula dan2 je trio t nak buat sumpah laknat. Aik? Korang nak bersumpah laknat pula? Ini butiran mengenai agenda trio t mengenai hal itu ;


1. Trio T akan buat sumpah laknat selepas solat jumaat [iaitu lusa].


2. Mereka nak bersumpah bagi membuktikan mereka di pihak yang benar. Mereka nak membuat pengakuan bahawa memang dsai bersama [bersetubuh] wanita asing yang dipercayai dari china dalam video terbabit.


3. Mereka akan bersumpah di masjid wilayah persekutuan kuala lumpur, di jalan duta.


4. Sumpah laknat itu akan diadakan selepas solat jumaat dan akan disaksikan lebih dari 2,000 jemaah.


5. Ketika wartawan BH hubungi shuib untuk mengesahkan hal ini, shuib mengaku memang benar mereka akan bersumpah tapi di masjid mana dia tak pasti. Lagipun dia pun baru tahu ketika dihubungi oleh wartawan. Wartawan bh gagal contact eskay dan rahim chik.


6. Jamil khir baharom mengalu2kan isu sumpah menyumpah neh. Dia kata Alhamdullilah. 


7. Jamil khir kata sumpah laknat ialah salah satu mekanisme keadilan dalam sistem syariah dan ianya sangat mudah.


Aku bukan peduli pun trio t neh bersumpah. Alquran dah jelaskan orang akhir zaman akan menjadikan sumpah ini permainan. So takde kesan pada aku. Cuma aku heran kenapa taknak procced RCI je? Kan itu harapan trio t? Green light dah dapat dari dsai kan? So RCI je lah.Awat tiba2 main sumpah2 neh? Jamil khir neh pun satu. Terangnya separuh2. Apa salahnya kalau dia cakap yang benar? Bersumpah hanya selepas gagal mendapatkan proses keadilan di dunia setelah menggunakan semua jalan yang wujud. Bersumpah selepas bersolat minta petunjuk dari Allah swt dan bersumpah jika kamu difitnah @ mangsa. Dalam hal ini yang mangsa ialah dsai. Yang menuduh pula bersumpah? Arh sudah. Makin melalut. Yang aku tahu aku takmo terjebak dalam kekalutan ini. Aku nak berdoa semoga aku terselamat dari bala bencana akibat fitnah.


Ameno : Trio T ? Tipu? Tersumpah? atau Terlaknat?


Di sini ada cara untuk dapatkan free blackberry

Isu video seks dsai : 10 soalan umno perlu jawab.





Nampaknya umno memang membabikan seluruh rakyat malaysia dalam permainan babi dia yang jelas tak berfaedah buat rakyat malaysia. Enh nanti dulu. Kenapa aku membabitkan babi pula kat sini? Babi tak pandai fitnah orang. Jadi disini jelas babi itu lebih baik dari orang yang membuat fitnah. Jika begitu statement aku sebentar tadi patut ditukar. Nampaknya umno memang sedaya upaya cuba meng-umno-kan [baca : mensyaitankan] rakyat malaysia dengan permainan fitnah yang mengheret rakyat jelata ke kancah kepornoan. 


Mungkin umno mendapat inspirasi dari  filem terbaru indonesia iaitu 13 cara memanggil syaitan untuk memantapkan jalan cerita ini. Syabas diucapkan. Memang untuk menghidupkan watak porno perlu kita melayan filem porno terlebih dahulu. Jangan terkantoi lagi buat kali yang entah ke berapa aku pun tak terkira. Tetapi saiful boleh lah di anggap sebagai ikon kantoi semalaysia yang terkenal tahap worldwide.


Hari ini kita semua tahu yang umno telah mengedarkan video seks kedua yang mana mukanya mirip dsai [padahal tak mirip langsung dalam video ini] di youtube dan tv3. Memang betul umno sudah tentu akan sedaya upaya menafikan bahawa bukan mereka yang edarkan video itu walaupun kita tahu tv3 ialah syarikat proksi umno. 


Bagi aku tujuan umno edarkan video itu adalah cuma 1 sebab sahaja. Iaitu mereka mahu kumpul ataupun collect pandangan rakyat marhaen atas isu ini. Setelah mendalami sedalam dalamnya isu ini aku dapati ;


1. Tujuan utama video ini diedarkan bukan untuk attack peribadi anwar namun itu adalah salah satu kelebihan yang mereka dapat jika rakyat hilang kepercayaan terhadap dsai.


2. Mereka cuma nak lihat berapa ramai yang sokong anwar itu aje. Lebih kurang macam survey. So inilah yang umno buat sebenar. Mereka edar satu video dan mereka tunggu dan lihat reaksi orang ramai.


3. Kenapa susah payah nak baca reaksi orang ramai? Mudah. Mereka ada plan yang lain. Iaitu nak masukkan dsai ke dalam penjara. Kalau pun tak dapat masuk ke penjara sungai buloh, cukuplah dsai dikenakan tahanan rumah dan dilarang untuk berpolitik lagi. Jika rakyat masih berpihak kepada dsai dan pr ini bermaksud harapan untuk rakyat berdemo dan reformasi akan berulang semula. Ini sudah tentu akan menjejaskan kepimpinan najib. Najib tidak mahu lepas jawatan sepertimana mahathir. Najib juga tidak mahu tanggung risiko kalah dalam PRU-13 jika mengheret dsai ke penjara secara keras dan paksa. Sebab itu dia perlu tahu [mengkaji] sebanyak mana sokongan rakyat terhadap dsai. 


4.Kenapa anwar neh penting sangat? Sapa dia? Sapa? Dia neh adalah watak utama yang sedang struggle nak satukan dap dan pas. Dap dan pas memang tak sepakat dalam banyak hal yang melibatkan akidah umat islam. Atas sebab apa dap dan pas berkompromi sesama mereka kerana anwar dan pkr. Ini hakikat.


5. Selagi anwar ada, selagi itu anwar akan pastikan pakatan rakyat survive. Walaupun brhadapan dengan pelbagai liku. Yang pasti motif umno nak jatuhkan dsai. Jatuhkan pkr. Jika itu berlaku maka dap dan pas akan terang2 tunjuk taring [perjuangan dan matlamat] masing2. Dan bila itu berlaku pakatan akan berpecah. Yang sokong dap, undi dap. Yang sokong pas, undi pas. Takan ngam dua parti ini sampai abadi sehingga ada yang mengamkan mereka. 


6. Anwar tak tentu berjaya satukan dap dan pas untuk selama-lamanya. Sebab tue aku heran apasal umno kemaruk sangat nak jatuhkan anwar secara zalim dan merepek. Kenapa umno takut secara keterlaluan pula? Whoor selagi anwar ada kuasa untuk menyatukan dua parti ini maka selagi itulah pakatan rakyat ada harapan untuk amek alih putrajaya. Bila ada harapan itu, maka secara automatik peluang untuk umno hilang kuasa juga ada. Inilah yang paling ditakuti mereka.


Berbalik kepada isu video seks tadi, setelah aku menonton part 1 dan part 2 aku nak tanyalah kepada penyokong2 umno dan umno sendiri 10 soalan ini. Aku takmo berikan analisis aku kali neh. Aku takmo masuk perangkap umno macam dulu. Sangka aku umno nak jatuhkan karakter dsai sahaja. Rupanya mereka ada misi yang lain juga. Lebih kurang baling satu batu 5,6 ekor burung mampos sekaligus.


10 soalan ini umno perlu jawab. Jangan bagi alasan. Jawab kalau berani.


1. Eskay kata hanya dia memiliki salinan tunggal video terbabit. Telah dia serahkan kepada polis. Tetapi kenapa rakaman video itu boleh tersebar keluar? Adakah pdrm sendiri yang sebarkan? Jika ya, adakan pdrm akan dakwa diri mereka sendiri sebab sebarkan rakaman lucah?


2. Eskay kata ia berlaku di hotel kuala lumpur pada awalnya. Kemudiannya di thailand. Kemudian di kuala lumpur balik tapi kali ini appartment. Jadi dimanakah lokasi yang betul? Jika polis berada di tempat yang benar, maka sila dedahkan lokasi sebenar tempat aksi itu dirakam.


3. Kenapa tidak dedahkan pemilik jam omega sedangkan itulah yang penyokong umno dan ahli parlimen kerajaan dok bising2 sebelum itu?


4. Kenapa polis tidak panggil pakar dari korea itu datang ke malaysia dan membuat statement secara terbuka di sini sambil menjelaskan secara terperinci kaedah yang digunapakai untuk mengesan bahawa video itu tulen? Whorr kejap. Kenapa korea? Kerana k-pop? Ataupun kerana rata2 rakyat malaysia percaya kepada korea kerana mereka mempunyai teknologi yang canggih maka kesempatan ini digunakan untuk mencipta satu lagi persepsi?


5. Polis banyak kali sebut bahawa video itu tulen. Ya. Jadi bilakah masa yang sesuai untuk polis memberikan fakta kepada kami bagaimanakah polis membuktikan bahawa video itu tulen? Saya tak percayakan cakap polis. Maaf. Arwah sarbani dan aminulrashid yang meninggal menjadi antara sebab kenapa kata2 polis adalah perkara yang sangat2 sukar untuk saya percaya buat masakini. 


6. Kenapa dalam video pertama di upload dari thailand?Adakah ini untuk memadankan dengan cerita eskay bahawa dsai selalu ke thailand? Kenapa ada sarikata thailand untuk menutup masa di video pertama? Kenapa tiada bunyi malahan bunyi desiran angin pun takde. Kenapa?


7. Kenapa video kedua di upload dari indonesia pula? Kali neh tiada sarikata indonesia? Babak selepas mandi? Kenapa edarkan sedangkan ulama dan mufti sudah menegur perbuatan ini salah dan bercanggahan dengan islam. Tak faham bahasa atau tak faham islam?

8. Dalam video klip pertama dsai tidak mempunyai janggut. Tetapi ketika dsai pergi ke mahkamah keesokkan hari janggut dia tumbuh. Dalam video klip kedua ditunjukkan perut dsai yang boroi. Tetapi dalam gambar mahkamah dsai hari selepasnya menunjukkan bahawa perut dsai kurus. Adakah kamera cctv pandai buat kamera trick macam yang diperkatakan oleh kicdefella? Ini cctv live. Amek kamera handphone. Rakam diri kita sendiri. Sebagaimana beza pun kita dengan gambar asal ianya takan boleh menghilangkan janggut dan membuncitkan perut dengan sangat keterlaluan melainkan ia di edit terlebih dahulu sebelum di videokan. Jika berlaku editing sebelum itu, maka untuk apa? Untuk apa membuncitkan perut dsai dan menghilangkan janggut pula? Bukan kah ini akan menambahkan keraguan. Hujah kickdefella membuktikan bahawa orang yang sama boleh berubah2 jika berlaku proses mengedit. Sebab itu aku rasa aneh. Kenapa nak edit atau sunting apa2 bahagian dalam video ini pula kalau benar ia tulen? Itupun tak masuk lagi muka dsai yang hehehe.. korang tengoklah kat atas sendiri [rujuk gambar atas].


9. Eskay serah dna tadi. Lagi pelik. Kenapa dia serah dna pula kepada polis? Malahan dalam berita tv3 tadi dia cakap dia serahkan dna secara suci ahti dan sukarela menyerahkan dna kepada pihak polis dan sanggup memberikan kerjasama penuh. Aik. Kenapa dna lagi?


10. Last tapi inilah yang paling penting. Kenapa tidak umno dan kerajaan proceed dengan RCI? Bukan kah itu laungan umno dan kerajaan bahawa dsai perlu diadili bagi membuktikan mereka [umno] di pihak yang benar? Teruskan. Hari rabu sudah brlalu banyak kali. Nazri cakap kabinet nak bermesyuarat bagi menentukan wajar atau tidak RCI dibentuk bagi siasat kes ini. Cepat. Takan dah lupa kot. Proceed je RCI. Mari kita lihat siapa yang kena. Jangan main tarik tali. Jangan cakap belit2. Jangan serang dsai macam neh. Bentuk RCI segera. 


Mungkin umno takut kot. Sebab akan mendedahkan kelemahan mereka.Yang paling utama mereka kena dedahkan kandungan video dan vcd video itu kot. Lepas itu kamera cctv. Lepas itu jam omega. Lepas itu lokasi kejadian. Kemudian perempuan. Kemudian pemilik premis. Kemudian pemandu dsai yang bawa dsai ke sana. Arhh sudah. Makin panjang isu neh. Sangka mereka dsai menentang RCI. Tapi mereka silap. Arh sudah. Maka mereka buat2 lupa pasal RCI pula? Heh.


Sedar tak sedar clue di manakah lokasi kejadian adalah antara perkara utama yang polis akan dedahkan jika perkara ini benar2 berlaku. Tapi sayang nak dedahkan lokasi pun polis takut. Eskay pula cakap belit2. Kejap nak bersumpah. Kejap paksa dsai bersumpah. Bila sesi berita nak sumpah menyumpah berakhir tiba2 muncul pula video seks part II. Cuba cakap dengan jelas. Bila kah tarikh sebenar video seks itu dirakam dan di mana kah lokasi kejadian? Bukan apa, kalau lokasi pun mereka ubah2 kejap sana kejap sini tak mustahil mereka boleh ubah2 tarikh kejadian pula. Tak percaya cakap aku? Takpe. Masa akan membuktikan hujah aku benar. Tunggu dan lihat.


Ameno : Umno kalau berani ko jawab.
Mahu Blackberry percuma? Klik sini tetapi jangan rakam aksi lucah pula ya.

Rabu, 27 April 2011

Eskay beri sample dna pada polis.

Sorrylah kalau aku tak faham. Kenapa agaknya si eskay neh bagi sample dna dia kat polis pula? 
Baca bawah ;




Jangan salah faham aku kutuk eskay pula. Aku bukan kutuk ye. Cuma aku heran kenapa dia bagi dna dia kat polis itu aje. Benda neh fitnah, aku haraplah sangat agar polis jangan berlarut-larutan layan kempen fitnah umno terhadap dsai. Lantaklah aje videoseks neh. Cukup2lah tue jadi pakturut umno.


Ameno : Apa agaknya plan mereka sekarang neh.. urmm.. 

Rabu, 20 April 2011

Entry hot : [isu video seks] Eskay nak sumpah depan kaabah.

Alahai.. si eskay neh dah sanggup bersumpah2 pula. Dah tue dia pilih bersumpah depan kaabah. Apakah ada beza kalau sumpah depan kaabah dan sumpah tempat lain? Apakah dibolehkan bersumpah sedangkan eskay neh dah buat tuntutan untuk tubuhkan siasatan diraja. Dah tue? Proceed je lah dengan tuntutan tersebut.

Apa kerja separuh2 jalan neh. Heran aku. Baca bawah ;



Sumpah-sumpah neh bukan budaya orang islam. Patutlah dulu aku pernah baca berkaitan isu neh. Akan datang, di akhir zaman semua manusia akan bersumpah untuk membuktikan bahawa mereka ialah dipihak yang benar. Sehingga kita tak dapat bezakan mana satu yang bersumpah palsu dan mana satu yang bersumpah benar.

Alah cam kat mahkamah tue. Main sumpah2. Boleh ke? Sebelum bagi kenyataan bersumpah dulu. Bukan tak pernah terjadi berapa banyak kes penipuan yang dilakukan oleh saksi. Sumpah tetap sumpah. Tipu jalan juga.

Jadi apa relevantnya sumpah di sini? Apa yang aku tahu berkaitan isu sumpah neh sepertimana yang aku pernah dengar kata2 seorang yang beriman dulu ialah ;

1. seseorang yang bersumpah mestilah faham yang dia sudah kehabisan jalan / iktihar untuk membuktikan dia di pihak yang benar.

2. seseorang yang bersumpah mestilah sudah menggunakan semua jalan perundangan dunia dan sedar bahawa jalan2 tersebut tidak dapat membersihkan nama dia daripada tuduhan tersebut.

3. seseorang yang bersumpah mestilah bersolat sunat istiqarah dan meminta bantuan dari Allah swt.

4. seseorang yang bersumpah bukanlah orang yang fasiq dan terlibat dengan dosa-dosa besar. Ini disebabkan agar dia tidak menjadikan sumpah dia sebagai alat untuk membebaskan diri daripada segala tuduhan yang dilemparkan.

Nah..bukan mudah rupanya untuk bersumpah. Apatah lagi bersumpah di depan kaabah. Apa yang perlu eskay buat ialah proceed je dengan rci tue. Biar kita sama2 tengok dan nilai. Biar kita sama2 kupas kebenaran tersebut. Amacam eskay? Jangan lah belum apa2 dah main sumpah2.Lagipun kalau semua orang bersumpah untuk membuktikan mereka dipihak yang benar apa guna pula pdrm dan mahkamah di malaysia neh? Heh.

Dan yang neh pula kenyataan terbaru shuib ;



Arhh sudah. Tadi korang bertiga gak yang beria2 sanggup bersumpah. Tapi sekarang tiba2 korang babitkan dsai dan tuan guru pula. Apa kes? Ko nak bersumpah itu ko punya pasal lah. Yang tiba2 dsai dan tuan guru kena bersumpah pasai apa? Dsai dah serahkan kes neh pada pdrm. Dsai pun dah cakap kalau nak proceed rci, proceed lah. Awatnya kecoh2 pulak neh? Awattt???

Benda simple je. Mereka bertiga angin pasal kena dakwa. Mereka kata tak sebarkan video lucah. Dah tue yang upload kat u tube sapa? Takan nak tuduh pdrm pula?
Lagi satu isu masalah empat saksi tue kena fahamlah. Bila ada adegan seks, ko dah tahu lokasi dia kat mana, ko call jabatan pencegahan maksiat. Bila jabatan pencegahan maksiat datang serbu, mereka nampak. Automatik kat situ mereka yang tahan pasangan yang berkhalwat adalah mereka yang menjadi saksi juga.

Haittt... simple je. Tapi masih tak faham2. Shuib pun sedar zaman sekarang sukar nak cari orang benar2 boleh dipercayai. Kalau ko sendiri sukar nak percayakan sapa2, lagilah kami sendiri tak boleh nak percayakan ko. Ngertik ngak?

Artikel penuh shuib di sini.

Rakyat malaysia bersatu dalam 1 facebook? Apa tue?

Ameno : Sumpah2.. kena makan sumpah baru tahu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...