Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.
Memaparkan catatan dengan label Blogger umno. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger umno. Papar semua catatan

Khamis, 3 Ogos 2017

Tiap-Tiap Bulan Kerajaan Terbitkan Bon La, Blogger UMNO Sekolahkan Husam.

Oleh : Syahir
HUSAM MUSA CONTOH PEMBANGKANG TAK FAHAM SELOK BELOK KEWANGAN NEGARA.
Sudah menjadi tabiat pembangkang mengaitkan segala isu di dalam negara dengan 1MDB. Ini adalah kerana mereka kehabisan modal dan ketandusan isu untuk dibangkitkan. Yang terbaru adalah bagaimana Naib Presiden AMANAH Dato Haji Husam Musa mengaitkan terbitan hutang atau bon kerajaan iaiatu Government Investment Issues (GII) bernilai RM2.5 billion dengan pembayaran yang perlu dibuat oleh 1MDB kepada IPIC.
Husam mungkin tak tahu bagaimana perbelanjaan pembangunan kerajaan dibiayai melalui penerbitan hutang secara berkala setiap tahun.
Tahun ini (2017) sahaja setakat bulan lepas (Julai 2017) kerajaan telahpun menerbitkan RM67.5 billion hutang dalam bentuk bon konvensional iaitu Malaysian Government Securities (MGS) dan juga bon berlandaskan syariah iaitu Government Investment Issues (GII). Sebahagian daripada terbitan tersebut digunakan untuk menebus semula bon-bon yang matang tahun ini. Setakat tahun ini, RM24.9 billion bon kerajaan yang matang telah ditebus semula menggunakan sebahagian bon yang diterbitkan tahun ini.
Bulan lepas kerajaan menerbitkan bon sejumlah RM10 billion. Tidak timbul pula isu terbitan bon tersebut akan digunakan untuk membayar wang IPIC? Adakah baru semalam Husam dan pembangkang yang lain sedar berkenaan terbitan bon yang dibuat oleh kerajaan?
Mengikut rekod daripada Bank Negara, tahun ini sahaja kerajaan telah 2 kali menerbitkan RM2.5 billion bon masing-masing pada bulan April dan Jun dengan tempoh matang selama 15 dan 20 tahun sama dengan bon yang baru dibangkitkan oleh Husam.
Terbitan bon berjumlah RM2.5 billion telahpun dibuat sejak berpuluh puluh tahun lagi. Rekod menunjukkan hampir setiap tahun kerajaan menerbitkan bon sejumlah RM2.5 billion dengan tempoh matang 5 hingga 30 tahun sejak tahun 2003 bertahun-tahun sebelum kewujudan 1MDB.
Jika sebelum ini kerajaan tidak pernah menerbitkan bon berjumlah RM2.5 billion mungkin ada logiknya tuduhan Husam tetapi tidak. Terbitan bon dengan jumlah yang sama dan tempoh matang yang sama adalah perkara biasa setiap tahun.
Sepertimana diterangkan Datuk Seri Johari Abdul Ghani Menteri Kewangan Ke-II, setiap tahun kerajaan mencatatkan defisit iaitu perbelanjaan melebihi hasil dan defisit itu ditampung melalui penerbitan hutang/bon. Tahun lepas kerajaan mencatatkan RM38 billion defisit. Penerbitan GII berjumlah RM2.5 billion adalah antara penerbitan berkala yang dibuat oleh kerajaan setiap bulan dan dirancang lebih awal, bukannya secara tiba-tiba.
Hanya kebetulan sahaja terbitan bon tersebut lebih kurang sama dengan jumlah yang perlu 1MDB bayar kepada IPIC.
Sudah banyak kali pembangkang mengaitkan segala jenis isu dengan 1MDB. Harga ikan kembung naik sebab 1MDB, Ringgit jatuh sebab 1MDB, pengurangan biasiswa sebab 1MDB, harga RON95 naik sebab 1MDB, pendek kata semuanya disebabkan 1MDB.
Inilah contoh pembangkang ketandusan isu dan bankrap idea untuk berpolitik. Fakta dan angka belakang kira, asalkan rakyat boleh dihasut untuk percaya dengan tuduhan mereka. Lebih banyak tuduhan dibuat, lebih menunjukkan bahawa mereka ini jahil tentang selok belok kewangan dan ekonomi negara.
RUJUKAN :
1. Facebook Husam Musa
2. BNM Bond Info
3. Johari : Terbitan bon RM2.5b tiada kaitan dengan 1MDB - Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/390728

Jumaat, 2 Januari 2015

Isu Gambar Beras Berwajah Najib - Blogger UMNO, Malaysiakini Berdepan Tindakan Saman.

KUALA LUMPUR 2 Jan - Kenyataan Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda - Mohd Eddy Casmady Che / Hussin mengenai Laporan Malaysiakini Mengenai Paket Beras Bantuan Banjir Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Berpelekat Wajah Perdana Menteri

1. Malaysiakini telah membuat satu pelaporan berita palsu dan memanipulasikan berita bergambar melalui portal berita tersebut beralamat URL www.malaysiakini.com.

Malaysiakini telah menggunakan tanpa izin dan memanipulasikan gambar saya sebagai penampal pelekat berwajah Perdana Menteri di atas paket bantuan beras. Berikut adalah fakta sebenar dan kenyataan yang menyatakan kebenaran mengenai isu ini.

2. Sebagai Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengatur, memindah, mengasingkan dan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Gambar yang dimanipulasikan oleh Malaysiakini adalah gambar saya selaku SUKARELAWAN Briged Kesatria Muda, bukan  seorang "pekerja" seperti yang didakwa portal berkenaan. Rujuk sukarelawan dan NGO yang lain sebagai pengesahan kerja-kerja sukarelawan yang telah saya jalankan.

3. Briged Kesatria Muda adalah biro yang ditubuhkan untuk menggerakkan misi kemanusiaan. Kami telah pun merancang & melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di mana 3000 kampit beras pertama telah disediakan lebih awal oleh MOA melalui satu majlis rasmi pada 17/12/2014 di Putrajaya. Pengedaran aktif oleh Briged Kesatria Muda juga dilakukan sebelum berlakunya banjir besar di Pantai Timur.

4. Briged Kesatria Muda tidak terikat dengan MOA semata-mata. Kami turut mengumpul dan mengedar bantuan dari kumpulan NGO-NGO dan Kementerian lain. Adalah perlu kami meletakkan penanda agar ia tidak bercampur dan memudahkan urusan logistik dan penghantaran.

5. Bantuan makanan daripada MOA sebenarnya tidak mempunyai penanda berwajah YAB PM seperti mana yang didakwa. Hanya sebanyak100 keping penanda yang dicetak dan ditampal untuk membezakan bantuan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari bantuan-bantuan daripada pihak lain yang turut membantu membekalkan barangan makanan kepada mangsa banjir.

6. Banyak gambar yang dirakam dalam operasi penyerahan bantuan ini membuktikan bahawa tiada pelekat berwajah PM dilekatkan di atas bantuan-bantuan yang disampaikan oleh kementerian ini. Para
sukarelawan Kementerian Pertanian dan aktivis-aktivis NGO yang terlibat juga boleh mengesahkan bahawa tiada pelekat bergambar PM di atas bantuan-bantuan yang diserahkan.

7. Pihak Briged Kesatria Muda menganggap laporan berita yang dibuat oleh Malaysiakini adalah palsu dan berniat jahat. Laporan berita dan perbuatan memanipulasi gambar saya oleh Malaysiakini juga telah mengakibatkan persepsi negatif, salah tanggap dan tuduhan-tuduhan tidak baik terhadap saya dan   Briged Kesatria Muda. Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan sama sekali dan tindakan wajar diambil terhadap Malaysiakini yang tidak bertanggung jawab ini.

8. Briged Kesatria Muda akan membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta berhasrat untuk menyaman Malaysiakini bagi membersihkan nama baik Briged Kesatria Muda.

9. Kami juga akan membuat laporan polis terhadap blogger yang bernama Syed yang telah memanipulasi gambar saya dengan kenyataan fitnah dan berniat jahat serta laporan polis terhadap Malaysiakini yang menulis dan menyebar kenyataan untuk memburukkan kami serta Kementerian Pertanian dan Industri Asaa Tani.

10. Briged Kesatria Muda juga ingin mencadangkan agar Menteri dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyaman Malaysiakini yang jelas telah memfitnah dalam cubaan untuk menghasut pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan di media sosial.

11. Sekian kenyataan saya untuk makluman tuan/puan.


Sumber : sini.

Isnin, 7 Januari 2013

Hot : Satu juta untuk berbasikal - Blogger UMNO mengamok !!!

Kelakar nak mampos.

Sungguhpun aku tak nampak apa point blogger umno mengamok marahkan pengarah BTN, Raja Arif, tetapi still ada point untuk kita perhatikan umno vs umno.

Konon nya pengarah BTN ini dikatakan pro anwar. Entah betul ke tidak aku tak pasti. Konon nya pengarah BTN ini juga di anggap sebagai trojan horse dalam kerajaan Najib. Hehe.

Kalau sungguh dia trojan horse + menyeleweng pula = ko ingat Najib akan biarkan jek?

Jangan2 dia memang menyeleweng dan ko sakit ahti sebab tiada tindakan dibuat terhadapnya. Namun, ko sengaja kaitkan dengan dsai at least orang ramai akan support la cause ko nak membalon pengarah BTN tersebut.

Yang sebenarnya kalau sungguh dia menyeleweng ;

1. Ko kena buktikan dengan hujah, bukan tulis panjang2 tapi hujah satusen pun takde.

2. Lepas tue p la call najib. Korang kan disayangi najib. Yelah, Najib kan mendengar dan prihatin sekarang. Hehe.

3. Bagitau lah SPRM dengan bukti. Konon nya SPRM dan PDRM ko tue kan ke cekap, bersih, amanah, berintergriti dan telus. Hehe

Apa citer kalau orang umno sendiri pun tak percayakan institusi yang mereka pertahankan? BODOH nak MAMPOS ke apa?

kah kah kah

Baca bawah neh geng ;


Saya ingin bertanya dengan Raja Arif....

Siapa dia Ahmad Fairuz?

Apa kaitan dia dengan BTN?...Pegawai BTN ke dia?

Jika tidak silap saya Ahmad Fairuz ini telah di pecat oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustamdan Ahmad Fairuz ini juga yang berusaha untuk melawan dengan Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Ketua Bahagian UMNO Putrajaya...

Persoalannya untuk apa Biro Tatanegara memberikan wang berjumlah RM1 juta (1,000,000.00) kepada beliau untuk program berbasikal?...RM 1 juta (1,000,000.00) itu satu jumlah yang banyak dan takkanlah program berbasikal itu sampai RM 1 juta (1,000,000.00)?

SOALAN MAUT....

DARI RM 1 JUTA (1,000,000.00) TU BERAPA KOS UNTUK PROGRAM DAN BERAPA MASUK KE POKET?

Sumber : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=538820589461692&set=a.137701896240232.23982.100000012661699&type=1&theater

PANAS lagi bontot Ketua Pengarah BTN ni. Dedah terus terdedah siapa disebalik pemberian dana berjuta-juta kepada kroni nya. Yang penting aku menulis artikel berkenaan BTN ni bukan nak menghentam atau mencari salah sesiapa. Cuma aku terpanggil untuk menyambung tugas seorang kawan untuk menyelamatkan Perdana Menteri dari terus dipersalahkan kerana kepincangan agensi BTN ini.

Jika artikel-artikel aku sebelum ini tiada sesiapa atau pegawai mana sekalipun dari BTN yang hendak menjawap, tidak mengapa, mengikut sahabat aku tu dia banyak lagi peluru nak ditabur kepada KP BTN tu sendiri. Apa nak buat? Soalan senang pun tak nak jawab.

Artikel pertama aku di SINI ada ura-ura macam nak jawab tapi sayangnya banyak spin, banyak kalih isu. Dah tak nak jawab aku naik lagi artikel baru di SINI bagi menjawab segala hentaman dari pegawai BTN yang ditugaskan untuk menyerang aku. Selepas menunggu beberapa hari bagi peluang kepada Datuk Raja Arif untuk menjawab, masih sunyi sepi seperti tiada apa yang berlaku. Jadi, aku naikkan isu lama di SINI bagi menunggu jawapan Ketua Pengarah BTN ini.

Hari ini dah masuk 4 kali artikel berkenaan BTN ni. Kalau masih tak jawab juga tak tau la nak kata apa. Dan dengar dari sahabat yang mendedahkan, dia dah diugut saman oleh Raja Arif kerana kononnya memfitnah beliau berkenaan isu pemberian dan bernilai RM73,000 kepada ABIM Sabah yang merupakan pusat pengkaderan penyokong Anwar Ibrahim sejak dulu lagi. Mohon Raja Arif percepatkan saman tersebut.

Tapi Datuk Raja Arif kena ingat, sekali saman dikeluar, akan ada banyak lagi pendedahan yang bakal dihadapi. Aku memang tak ada kena mengena dengan sesiapa dan ini adalah inisiatif aku sendiri sebagai membantu Perdana Menteri mencari parasit dalam agensi kerajaannya.

Hari ini, sahabat Apa Sengeh-sengeh dah keluarkan pulak satu lagi posting berkaitan pemberian dana bernilai RM1Juta kepada sahabat baiknya. (boleh rujuk di SINI)

Dikatakan yang Ketua Pengarah BTN ini telah memberikan wang berjumlah RM1Juta kepada Ahmad Fairuz untuk menjalankan program berbasikal. RM1Juta adalah satu amaun yang terlalu banyak untuk menjalankan program sekecil berbasikal itu. SIAPA AHMAD FAIRUZ??

Mengikut keterangan dari sahabat aku ni, Ahmad Fairuz ni dulu merupakan pegawai khas kepada Ketua Menteri Melaka, tetapi telah dipecat dan beliau juga dikhabarkan pernah melawan Tengku Adnan bagi merebut kerusi Ketua Bahagian UMNO Putrajaya dan disponsor penuh oleh Sahlan Nasution. Yang lain aku belum diberitahu lagi.

Back to the point. Persoalannya untuk apa Biro Tatanegara memberikan wang berjumlah RM1 juta (1,000,000.00) kepada beliau untuk program berbasikal?...RM 1 juta (1,000,000.00) itu satu jumlah yang banyak dan takkanlah program berbasikal itu sampai RM 1 juta (1,000,000.00)?

SOALAN MAUT....

DARI RM 1 JUTA (1,000,000.00) TU BERAPA KOS UNTUK PROGRAM DAN BERAPA MASUK KE POKET?

Inilah Ahmad Fairuz (baju biru) yang dapat RM1juta (1,000,000.00) dari Raja Arif Ketua Pengarah Biro Tatanegara....dan Ahmad Fairuz ini jugalah yang di sponsor oleh Sahlan Nasution untuk menentang Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai Ketua Bahagian UMNO Putrajaya... Datuk Seri Mohd Ali Rustam pecat dia ni semasa berada di dalam biro keahlian UMNO...dan dia juga salah seorang yang melobi untuk menjadi KP BTN dulu.....

UNTUNG JADI KAWAN RAJA ARIF....boleh dapat RM1JUTA (1,000,000.00)

Sumber : http://jawaber6.blogspot.com/2013/01/panas-raja-arif-bakal-saman-facebooker.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Pendedahan ini sebenarnya membuktikan bahawa persepsi rakyat tak pernah silap iaitu, dalam UMNO dan BN mereka vs sesama mereka bukan demi rakyat tetapi demi ;

Kedudukan

Harta

Pangkat

kuasa

Wang ringgit

Projek

Terima kasih ek blogger umno kerana menguatkan lagi sangkaan kami.. mucho2 gracias..
kah kah kah   

Sabtu, 28 Julai 2012

Luahan blogger umno mengenai isu logo dan lagu kemerdekaan 2012.


Ini bukan menghentam tapi dengan niat menegur...
(cuma mungkin nada teguran agak keras kerana
dua kesilapan yang dilakukan hampir serentak)
Kerana masalah utama kebanyakan pimpinan UMNO adalah 
merasakan diri mereka pandai serba-serbi. 

Tak payah nak memandai sangat...
for some matters, just leave it to the PRO!

Bermula dengan logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55 
yang bertaraf longkang... Muncul pula lirik lagu yang bertaraf 
sampah-sarap di pinggir jalan! 

Gua mulakan dengan LOGO yang mendapat cemuhan
sebilangan besar rakyat Malaysia.
Percaya atau tidak cuma rakyat Malaysia
yang rabun itik dan kaki bodek seperti Rais Yatim
saja yang akan bersetuju jika logo di bawah ini tetap digunakan 
untuk merayakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55.
LikePage Facebook yang menentangnya saja sudah
melebihi 5,000 rakyat Malaysia (KLIK SINI TENGOK)

Dan apa yang kelakar ~ Rais Yatim tetap mempertahankan
idea & 'kreativiti'nya...


Jika Rais Yatim merasakan kesuntukan masa atau bajet untuk
membuat logo Hari Merdeka 55 baru, gua bersama karyawan2
dan perekagrafik pro-BN lain sedia membuat seberapa banyak
proposal design untuk rekabentuk logo yang baru 
dalam seminggu ini... 
semuanya FOC!
Rais Yatim tinggal pilih saja yang mana terbaik...
asalkan logo sampah 
seperti di atas tidak digunakan!


Gua nak sentuh pasal lagu plak...
Sejujurnya susunan melodi lagunya dah okey...
tapi lirik ciptaan DS Rais Yatim 
(wahhh Rais Yatim tulis lirik siottt!!)
MACAM GAMPANG...
ok serius liriknya MACAM GAMPANG!
(kalau berkesempatan nanti gua ulas
satu-persatu kebangangan lirik lagu di atas)

Hari Kemerdekaan tidak patut diselitkan
political propaganda bodoh seperti dalam lirik
mahakarya Rais Yatim...

Banyak frasa tersirat yang boleh dibaitkan
sebagai satu mesej untuk rakyat Malaysia
mensyukuri nikmat kemerdekaan yang
mereka lewati sudah 55 tahun.

Ramai karyawan yang sanggup tulis kembali lirik
mengikut melodi lagu di atas...
Cuma kalau Rais Yatim memberikan ruang!

Gua respek DS Najib Razak 
yang cuba melakukan
segala yang terbaik untuk negara ini
termasuk UMNO & BN...
tetapi mengekalkan 
pemimpin tua poyo (syok sendiri)
seperti Rais Yatim akan menjahanamkan
semua transformasi yang telah dibina
dan bakal dilaksanakan oleh DS Najib.

Gua PANASSS!
Desakan ni takkan terhenti
hingga sekurang2nya logo
Hari Kemerdekaan ke-55 ditukar...

Rais, just wait & see!

Dipetik dari blog umno : tinggalkan1peluru.

Bien dah hijack sambutan kemerdekaan tahun neh. Dari tema sampai ke lagu dorang sabotaj. Baru perasan ka? Selama neh dah banyak kali dah bien hijack apa2 benda yang related dengan kerajaan tetapi dorang membienkan perkara tersebut tanpa korang sedari. 

Sekarang baru korang tahu betapa perbuatan tersebut meloyakan tetapi apa pun rais ada jasanya pada aku. Kerana dia bakal menambahkan kebencian umum terhadap najib jadi aku tetap rasa seronok. Padan muka je larh.

kah kah  kah

Jumaat, 11 Mei 2012

DSAI ada HIV.

Inilah yang dihebahkan oleh blogger umno. Aku tatau otak dia letak kat mana time neh. Kot ye pun ko benci orang agak2lah nak cakap orang ada HIV. Lepas tue komen2 di bawahnya pula seakan2 mengiyakan jek tuduhan2 tak berasas tue ke atas dsai.

Siap maki2 lak tue. Benda takde bukti pun leh percaya. Tah hapa2. Loser.

Lihat kat bawah neh ;


Stop you are compulsory rather than stop dsai, you sohai. Throwing such accusation without any valid or proper evidences will only leads us to killing each others because of your stupid judgement of hatred. Loser! If you dare to give us any valid document at least to prove that dsai has hiv then i rest my case. Otherwise, just kill yourself immediately right now. Please.

Last but not least, i just noticed that barking is your speciality hah? No wonder. Bai. 

Link to read ==> here.

Ameno : Apa pun tak boleh.

Ahad, 6 Mei 2012

SB, BERSIH dan Khalid Ismeth yang tersepit.

Mari kita hentikan seme neh. Tolonglah. Aku sebenarnya dah rasa kelakar. Ya, siyes. Mula2 aku rasa kelakar. Then aku rasa semak. Last sekali aku rasa demm.. perlu ke sampai ke tahap neh? Ia dah menganiaya orang yang tak bersalah oke. Orang yang tak bersalah. Ugutan itu betul tapi tuduhan menyepak itu salah.

Sekarang bukan masa nak salahkan sesiapa. Memang bukan. Mari ikut aku amek cermin. Ya, cermin. Sekarang cermin kat depan aku. Bercakap mengadap cermin memang mencabar. Sangat mencabar. Mari kita imbas kembali.

Kronologi.

1. Seme neh bermula bila zaharin dok sebarkan isu SB. Ya, tidak mampu menipu untuk mengatakan aku tidak terpengaruh. Aku sememangnya terpengaruh.

2. Lepas tue ramai orang sebarkan gambar2 yang konon nya SB. Antaranya kat bawah neh ;


Selain dari gambar di atas, banyak lagi gambar2 yang dikatakan SB disebarkan. Aku tak terkecuali sebarkan ia cuma aku tidaklah mengatakan mereka2 tue sememangnya SB. 

Contoh ;


Aku cuma berharap polis siasat dan ada lah tulis begini ;


3 orang neh dipercayai ada batu dan baling ke arah polis. Sekarang neh, dorang neh sapa? Tolong jangan nak mencemarkan reputasi bersih, mohon siasat kot2 SB.


Klik sini.


Dan



Ini satu lagi. Lepas buat provoke lari.. ko sapa ? Sapa? Mencemarkan nama baik bersih.. tak guna punya orang.. mungkin SB.. sebarkan.


Klik sini.

Dua link sahaja sebab aku tak sebarkan banyak posting pasal SB neh. Aku cuma sebarkan tiga gambar, dua di atas dan yang lagi satu ialah gambar lelaki baju kuning pegang kayu. Itu aku amek dari TYB.

Walaupun kita menulis " mungkin " dan etc2, tetapi bukan seme orang akan faham sebagaimana yang kita faham. Itu kena salahkan diri sendiri sebab dah berani tulis  "mungkin". Kalau yang direct tuduh tue lagi lah. Habis seme dianggapnya SB. Last2 memalukan diri sendiri. Adoii.

3. Selepas itu zaharin keluarkan kenyataan balas. Start situ aku dah faham bahawa neh seme hanyalah permainan. Aku agak bernasib baik kerana tidak meleret2 bermain permainan tersebut.

4. Tetapi masih lagi ramai yang tidak mahu hentikan permainan neh. Mereka masih tegar menganggap sana sini adalah kesalahan SB semata2.

5. Last sekali, tercetuslah kisah di bawah neh.



Khalid ismeth di anggap individu yang menyepak polis. Alamak ai. Jelas lagi terang bahawa mereka ialah dua individu yang berbeza. Mula2 blogger umno yang up isu neh. Bukan papa gomo, blog lain. Lepas tue papa gomo sahut. Lepas papa gomo sahut barulah jadi kes polis.

Mula2 aku rasa blogger umno nak perli penyokong pakatan rakyat yang taksub menggila salahkan seme ke atas SB. Aku mengaku bahawa penyokong2 pr memang kelakar time neh. Habis seme dicampakkan kesalahan ke atas SB. Sebelum dan selepas penjelasan zaharin. Habis seme depa kait2kan. 

Orang pakai baju sama SB. Orang yang berdiri dekat polis pun di anggap SB. Orang yang pakai band kuning pun SB. Orang yang pakai penutup mulut pun SB. Arhh sudah. Seme SB. Ia disebarkan oleh seme orang, seme sekali tak kiralah page apa pun.. kecuali satu page yang memang personally aku jaga. Aku kawal kandungan dia. Bukan page amenoworld. Page lain oke.

Ketaksuban tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri menjadi punca seme. Ketaksuban menganggap diri sendiri adalah maksum menjadi punca hal neh. Bloggers umno cuma main2 tapi macam mana seriyus nya polis sanggup petik benda permainan neh menjadi kes ? Ini disebabkan mereka dah tertekan.

Satu dunia mengecam mereka ganas. Satu dunia. BBC, Aljazeera, persepsi rakyat malaysia dalam dan luar negara. Itu tak masuk persepsi wartawan2 yang kena bantai. Ya, aku juga punya persepsi yang sama. Tidak aku nafikan. 

Kenapa? Ini kerana aku berpegang kepada situasi. Oleh kerana yang melanggar arahan itu di dataran maka di dataran sahaja lah ko serang. Menyerang pendemo di kawasan lain tak sepatutnya wujud. Menyerang di dataran ialah satu keperluan tapi menyerang pendemo di kawasan lain ialah kezaliman.

Hentikan. Ya, hentikan. Kesemua pihak perlukan hentikan permainan saling salah menyalahkan. Mari kita berpijak hanya kepada fakta. 

Ya, melanggar baricade di dataran itu satu kesalahan. Mereka yang melanggar, polis boleh hukum ikut ketetapan undang2. Jelas arahan A.Samad Said dan Ambiga tidak dipatuhi. Tidak pernah, ya, pengerusi bersih 3 menyuruh kita melanggar arahan mahkamah. 

Ya, menghasut juga merupakan satu kesalahan. Menghasut untuk melanggar kes lain, tetapi diri sendiri yang memilih untuk terhasut dan melanggar adalah kes yang lain pula. Tangan sendiri, kaki sendiri, akal sendiri, sebijak mana pun orang yang menghasut, jika anda mampu kawal minda sendiri sudah tentu tidak termakan hasutan. Bukan budak2 kecil yang tak reti bezakan antara betul dan salah.

Ya, menyerang pendemo bersih di kawasan yang bukan larangan juga adalah kesalahan. Sudah sampai masanya untuk PDRM terima dan akui kesalahan diri sendiri bahawa bukan seme tindakan mereka mematuhi SOP.

Ya, meletakkan semua kejadian provokasi ke atas bahu SB adalah satu kesalahan. Sepatutnya setiap tuduhan harus disertakan dengan bukti dan fakta yang kukuh. Jika anda marah orang fitnah anda, apa sebab anda fitnah orang pula? Apa sebab anda marah orang lakukan hal yang anda sendiri lakukan? Apa sebab?

Seharusnya penyokong2 bersih 3 memahami apa itu tuntutan bersih dan mereka2 yang cenderung melakukan provokasi haruslah dianggap mereka2 yang tidak memahami perjuangan, bukanlah menyalahkan setiap satu provokasi sememangnya adalah SB bagi mengalihkan persepsi negatif rakyat ke atas bersih. 

Ya, menganggap perjuangan bersih adalah untuk memperjuangkan agenda pakatan rakyat, LGBT dan seks bebas juga merupakan satu kesalahan. Terdapat beza yang sangat jelas antara apa itu bersih, apa itu seks bebas, LGBT dan PR. Oleh kerana anda tidak boleh menerima bersih itu bukan menjadi alasan untuk anda menfitnah BERSIH 3. Tidak faham takpe, tidak mahu terima, it's oke, tetapi jangan .. ya jangan.. jangan sesekali meletakkan kebencian anda menjadikan anda halal untuk menfitnah dan mengada2kan cerita.

Ya, Ambiga, jawatankuasa bersih, PDRM, Hishammuddin, Pendemo BERSIH 3, Pemimpin PR,  Media arus perdana, harus mengakui kesalahan diri sendiri dan mengkaji kelemahan diri sendiri sebab bermain permainan blame game sehingga memualkan rakyat. Ada yang dah nak mampos sebab muntah banyak sangat.

Ya, khalid ismeth menulis agak kasar di facebook mengenai polis adalah satu kesalahan. Tetapi itu tidak menghalalkan tindakan mempermainkan dia sehingga dia dianggap individu yang menyepak polis. Sejauh mana pun kita nak bermain, janganlah sampai membuatkan orang anggap perkara tersebut adalah benar, jangan sampai permainan bertukar menjadi fitnah. Apatah lagi tindakan dia menyerah diri di anggap ditangkap polis. Jelas, dua perkara yang berbeza maksud. Jangan sebarkan auta hanya kerana kita benci mereka.

Ya, aku mengakui kesalahan diri sendiri jika ada terhasut korang mempercayai perkara2 yang salah dan tidak mengandungi fakta. Apa pun, ingatlah pesanan aku. Yang bebas menulis itu aku, yang bebas mempercayai itu korang. Tak pernah ya, dipaksa atau memaksa. Bai. 

Ameno : Tindakan melulu menyebabkan seorang menjadi mangsa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...